Q&A: 10 Jawapan untuk blogger Aishah Qairina

December 25, 2015

Salam satu dunia!
Kita bertemu lagi dalam sesi "Soal Jawab bersama Sofieadie" dimana wartawan kita kali ini adalah calon SPM 2016 iaitu Aishah Qairina. Sebelum saya menjawab soalan dari beliau, suka saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi tag saya. 
[Aduh! sejak bila aku jadi penulis akhbar ni?!]

Okaylah, aku tak nak serius-serius dihari yang panas terik ni...Meh tengok soalan yang ditanya oleh adik manis kita nih.
1) Apa movie kegemaran korang?
Toys Story! [kalau boleh aku tak nak Andy tu besar, sebab bila Andy besar, itu tandanya aku yang dah tua..*sad story bruh!*]

2) Perangai orang yang macam mana korang paling tak suka? dan nyatakan 2 sebab.
Aku tak kisah dengan perangai manusia ni selagi mereka pandai hormat antara satu sama lain. Respect tu penting! [sebab manusia sekarang ramai pelik-pelik...so biarlah mereka begitu asalkan bahagia...]

3) Warna kegemaran korang? Dan macam mana korang boleh suka warna tu?
Hitam! Just perfect.

4) Berapa orang sahabat korang dan kenapa orang tu dikira sebagai sahabat korang?
Biarlah rahsia...

5) Pernah bergaduh dengan adik-beradik? selalunya bergaduh sebab apa?
Alangkan lidah pun boleh tergigit, inikan pulak adik-beradik...tapi air yang dicincang tidakkan putus...sebabnya biarlah jadi memori anak cucu akan datang...[hahahaha]

6) Pilih nak masuk pintu Syurga atau Neraka? apakah amalan nak masuk pintu yang korang pilih? Bagi 6 amalan yang korang buat untuk masuk pintu yang korang pilih..
[Bila baca soalan ni, tetiba aku rasa macam seat paper PQS dengan PSI masa SPM dulu...]

Adik, tiada manusiakan pilih pintu neraka untuk mereka walau amalannya tidak kearah itu. Tapi siapa tahu hati manusia bukan boleh ditebak dengan mata kasar...kerana pandangan mata itu selalu menipu. Ketahuilah adikku, amalan untuk ke pintu syurga itu banyaknya seperti garam dilaut mati. Dan kadang menyembunyikan perbuatan baik yang dilakukan itu lebih afdal.
7) Adakah korang suka bersenam untuk dapat badan yang sihat? senaman apa yang korang buat?
Jarang r....ikut mood. Biasanya jogging, workout...

8) Jika tiba hari jadi korang, apa yang korang inginkan masa hari jadi korang tu?
Ikutlah...kadang rasa nak kek, kadang dengan adanya orang ingat itu hari jadi kita pun dah okay...

9) Kalau korang disuruh untuk menyampaikan dakwah, siapa yang korang nak dakwahkan dulu?
Diri sendiri...keluarga.

10) Apa yang korang rasa kurang dalam blog aku ni? kalau ada bagilah tahu...
Nope! semua dah ada...Blog Aishah dah cukup semuanya...^_^

***SIARAN TAMAT!***

So korang rasa membunuh tak soalan tu? *sambil lap dahi...*
[panas giler hari ni...]

Semua dah join contest #Dearsofie??
Kalau belum, dijemput untuk meriahkan...
Sokongan dari anda amatlah daku hargai!
^_^

10 comments

  1. Suka sangat dengan jawapan no 6 .. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih2...ilham dari Ilahi semuanya...

      [jap! kenapa aku dah mcm penulis majalah asuh ek?]
      ^_^!

      Delete
  2. hi nice sharing done folo, folo me back ;)

    ReplyDelete
  3. Kalau MD birthday nak surprise party.. hahaha.. selalu ja expect tapi xdak pon.. apapon salam blogwalking.. and salam maulud nabi jugak.. Jom amalkan sunnah =)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sudi jawab :D jawapan no. 6 tu mmg terbaik lah! Hahaha

    ReplyDelete

© SOFIEADIE. Design by FCD.