Latest Posts

Memaparkan catatan dengan label Reflection. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Reflection. Papar semua catatan

Semenjak dua menjak ni aku kerap 'ter-melayang' minda entah ke mana. Jadinya, dua tiga hari lepas, aku adalah beli buku-buku yang ...

Semenjak dua menjak ni aku kerap 'ter-melayang' minda entah ke mana. Jadinya, dua tiga hari lepas, aku adalah beli buku-buku yang mungkin akan membantu aku memijak bumi nyata. Yang nyatanya, semakin bawak aku jauh ke luar bumi.....


"Berbaloikah?" 

Aku lihat si penanya.
"Apa yang berbaloi? Kerja part-time?"

Dia angguk.
"Berbaloi!" 

Tapi dalam hati bukan main panjang skrip jawapan yang direka. Yang keluar, hanya satu kata. 'B-E-R-B-A-L-O-I'

Betulkah berbaloi? Dia tanya dirinya kembali usai tamat kelas tutorial, sepanjang perjalanan pulang...tanpa henti.
Panjang jedanya....

#

Illenium ada satu lagu ni. Aku pun tak tau kenapa lagu tu aku selalu biarkan dalam mode repeat. Nama tajuknya 'Take you down'. Dah dua bulan jugak lagu tu aku putarkan. Non-stop (tipunya) tanpa sedikit rasa jemu. Lebih-lebih lagi bila baca description disebalik lagu ni,...seolah kena...kena dengan sesiapa saja yang tengah struggling...untuk hidup 'berbaloi'.


Aku tak overdose. Aku tadak addict, tapi jiwa parah macam orang tak punya Tuhan dan seolah punya sakit jiwa tahap penagih petala ke-13. 

Ada satu insiden ni. Dah lama dah berlaku. Lebih kurang bulan lepas. Aku bukan tak ingat, tapi buat-buat tak ingat. Satu insiden yang buat aku rasa murah. Insiden luar alam yang personaliti aku tak pernah sokong dengan tindakan aku. Peluang yang aku ingat boleh ubah persepsi aku terhadap suatu perkara ini. Tapi nyata ia serupa. 

Aku cuba untuk tidak prejudis. Tapi, ia sama. Dan aku rasa, mungkin aku tak patut bagi peluang atau ruang atau apa saja yang menyebabkan aku rasa seperti manusia tak punya Tuhan dan tak belajar syariah.....

Berbaloikah?


Aku tanya setiap hari.

#

"Takdelah. Sehari kerja berapa jam? Kalau naik grab ulang alik tu berbaloi ke? Macam tak je..." si penanya cuba menafikan jawapan dia.

Dia sengih. "Berbaloi sebab dapat pengalaman. Plus, dulukan grab banyak bagi kupon, redeem dan rate dia pun masa tu murah...so takdelah teruk sangat..."

"Oh" diiringi sengihan yang sukar ditafsir apa maksudnya. Dia hanya balas dengan senyuman.

#

Susahkan jadi introvert?

Apasal pulak?

Bila kena hadap orang, tetiba rasa gerun, rasa macam semut..rasa macam jantung nak pecah...rasa macam dalam video klip 'Numb'. Macam-macamlah..

Ah, tu perasaan kau saja.

Tapi kenapa dia real kalau itu sekadar perasaan?

Sebab tu dia bagi alasan;
Tukar duit dengan networking. 
Tukar duit dengan pengalaman
Tukar duit dengan pengetahuan....

Jadi, berbaloikah?

Introvert side kata berbaloi.
Sambil menahan tangkisan yang kian hari menghiris dirinya. Dalam....mata kasar kata dia kuat. Jadi, dia harus menjadi apa yang dia mahu jadi.

Berbaloi atau tidak, lihat pada penghujung hidupnya kelak.


To the end,
moga husnul khatimah.

Obsesi terhadap menghabiskan duit ini memang agak bahaya. Bahaya dia boleh cecah tahap petala ke-18! Dasyhat tak dasyhat! Ya ya ya, aku me...

Obsesi terhadap menghabiskan duit ini memang agak bahaya. Bahaya dia boleh cecah tahap petala ke-18! Dasyhat tak dasyhat! Ya ya ya, aku memang akui yang aku ni seorang yang boros bila datang perihal barang yng aku suka. Come on r, siapalah tak suka duit kan? 

Tapi, tu lah...sepanjang 25 tahun hidup ni, aku rasa sebenarnya boleh sangat aku jadi jutawan sekarang. Kalau aku faham dan tahu macam mana tekniknya pada usia darjah satu. Tapi...tak! Semua tu aku baru faham sekarang. So, mungkin masa aku umur 50 tahun nanti baru dapat jadi jutawan. 👵

rant, money

Jadi, sukalah aku kongsikan sedikit perkara-perkara bodoh yang aku pernah buat sepanjang belajar pegang duit sendiri. Aku harap perkongsiaan ini tidaklah diulang oleh kalian. (Boleh tahan jugak boros aku. Isk isk isk!)

1- Join komuniti MLM

Kisah ni berlaku masa aku belajar dekat Arau. Orang yang ngajak aku ni pulak student UUM. Masa tu aku ingat lagi, aku tengah beli makanan dekat cafe Apple. (Bagi sesiapa yang familiar dengan UiTM kampus Arau mesti tahu Apple dekat mana). Datanglah seorang akak ni. Dia perkenalkan diri sebagai F. Aku ni mati-matilah ingat dia bisnes affialiate yang sebaris dengan bisnes online ke apa kan. 

Tambah pulak masa tu aku terlalu teruja untuk kumpul duit dengan cara 'mudah'. 😑 Aku cubalah bagi peluang dekat diri aku yang, "it's okay to listen first. Later I will decide either I want to join or no". Masa tu kebetulan aku free, aku dengar akak tu kata preview bisnes tu 100% percuma. Namalah previewkan. Aku pun dengar nama percuma ni, laju ajelah kasi nama. 

Pendekkan cerita, aku terjebak! Habislah dalam RM800. Termasuk cost tambang pergi balik ke KUIS. Katanya program gabungan satu Malaysia bagi komuniti tersebut. Masa tu aku terserempak dengan seorang kawan satu sekolah aku kat Kelantan dulu. Memang lamalah tak jumpa. Terasalah kecik dunia bila join benda macam ni. 

Dalam hati aku ada sedikit was-was, tapi aku abaikan. Sehinggalah aku buat pembayaran terakhir dengan janji yang diorang akan guide aku. (Alah, semua orang boleh tekalah apa jadi) Habis aku bayar, diorang terus LESAP!. 👽

2- Scammer versi online

Aku ni memang jenis manusia percaya pada peluang kedua, ketiga dan seterusnya selagi aku tak nampak bukti. Maka aku cubalah satu laman website ni yang katanya akan mendapat pelbagai pulangan yang mashyuk! Padahalkan, aku boleh je fikir logik, mana ada high return kalau low risk! Sumpah aku rasa nak kasi clorox otak aku ni! 

Tapi syukurlah aku habiskan RM140 je dekat sini. Pheww! Itu pun duit jugak mak cik oi!!!


3- Teruja pada penjagaan kulit muka

Kulit muka aku ni kind of neutral. Pakai apa-apa pun semua sama je hasil. Melainkan kalau produk tu bila aku pakai dia mengeringkan muka aku. Even aku tak pakai pencuci muka pun, muka tetap sama dengan pakai. (Syukur jenis muka aku tak mudah naik jerawat bila tak sesuai dengan produk)

Pastu, adalah tiga masa tu aku habiskan 200+540+300 = ........

First, aku kekonon nak try produk mahal. Baru nampak serius dalam penjagaan kan. Konon! So, setakat 200 tu, aku rasa berbaloi jugaklah. Masalahnya, aku tak rajin nak menepek setiap hari. Pagi petang siang malam bhai! Apa dia ingat aku rajin. Then, aku tak pakai dengan konsisten. Akhirnya dia expired macam tu je.

Yang kedua tu, aku terjebak masa ada fair dekat dewan Mawar dua tahun lepas. Produk tu katanya dari doktor skin care. Aku tak pernah dengn nama produk tu. Even aku google banyak kali pun aku tak jumpa reviewnya. Aku ni dahlah tak percaya sikit dengan produk yang takde website rasmi 😅. 

Tapi, aku tak tahu hantu mana yang menghulurkan tangan aku pada diorang sebanyak 540! Telan air liur aku! Ini kalau SKII aku terima lagi. Tapi ini bukan SKII! 

Kes yang ketiga pulak berlaku selepas kes kedua. Aku berhenti pakai segala produk yang tidak aku yakini. Aku biarkan dua tiga minggu tak pakai apa-apa. Pastu, pergi jalan kat mana tah, gatal pulak kaki aku ni pergi menjengah The Body Shop. 

skincare, TBS


Allah, godaan mana pulak yang menghasut sampai aku main bayar je 200+ dekat kaunter. Alih-alih produk tu langsung tak sesuai dengan aku. Sebab kulit muka aku jadi panas dan kering. Haila haila! Pakai Gamat Emas je lagi bagus! Tak perlu pun berhabis beratus-ratus!

4- Hantu Gadget!

Kalau boleh semua gadget aku nak miliki. Lagi-lagi kalau yang berunsur peranti untuk mendengar lagu. Tak kiralah earphone, headphone, bluetooth speaker, MP3, MP4, walkman, discman, speaker biasa, speaker dalam shower....janji dia boleh keluarkan muzik dan lagu! Obses giler dengan muzik! (Aku risau jugak dengan diri aku ni. Risau tak sedar masa bila dajjal serang dengan muzik aku terhanyut...tanpa sedar. Naudzubillah min dzalik!)

Obsesi ini masih lagi berlaku. Sebabnya aku masih buat tabungan untuk belian gadget! 😂 Wishlist gadget aku tak pernah surut. Makin bertambah lagi adalah. Nak nak pulak sejak ipad aku tak function kes masuk air. Lagilah aku geram nak beli baru! Fungsinya:- nak main game lagi puas dengan skrin besar. 😅

5- Expensive foods!

Aku suka makan. Dan mencuba segala jenis makanan yang aku tak pernah jumpa dan rasa. Semua makanan aku balun. Tolak ceri je aku tak makan. Kasilah western, arab, chinese, korea, japan, jawa, melayu, perancis, india...insyaAllah aku akan telan punya. 

Masalahnya, semua makanan ni harganya kadang mampu leleh je. Sampai ada orang jeles kalau insta aku penuh dengan gambar makanan. Come on r, makananlah penghibur perut nak lara. Bila aku lapar ke, aku sendiri belek ig aku kot! 😂 Nak ambik feel masa aku makan hari tu hari tu....tapi tu lah..orang cakap tak baik menunjuk. Haila haila....

Sebab kes-kes macam nilah aku dah jarang up gambar makanan dekat ig dan makan makanan mahal. Melainkan bulan puasa nanti. Hahahahaha atau masa musim gaji ke apakan. Kalau aku up gambar makanan masa bukan musim gaji, fuh! mahu kena pekakkan telinga weh! (Maklumlah, orang tak nampak pun kalau aku makan murah atau terpaksa berlapar....😞)

Menyesal tak habiskan makanan dekat semua benda ni?
Ergh! Sape tak menyesal bhai! Lagi-lagi bila kes kena tipu. Tapi tu lah....banyak benda jugak yang aku belajar dari situ. Aku dapat belajar yang...
  1. Scammer takkan kaya kalau aku tak bodoh dan taksub untuk jadi kaya. Jadi pentingnya belajar kaji selidik sesuatu sebelum buat sebarang keputusan yang melibatkan duit.
  2. Sesiapa pun sanggup berhabisan demi kecantikkan. Tapi kena ingat, beauty is 'pain'...jadi aku perlu berpada dengan penjagaan jangan sampai memudaratkan diri...sanggup berlapar demi cantik? no! Aku takkan buat macam tu dah!
  3. Gadget tu perlu, tapi jangan sampai menjadi liabiliti dan menjerut diri. Sebab, teknologi takkan pernah habis. 
  4. Makan itu perlu, tapi ikutlah besar periuk sendiri. 😅
Benda macam ni lah buat aku lagi berjimat tentang duit. Alhamdulillah, hasil dari tindakan 'kurang cerdik' aku pada masa lalu telah menyedarkan aku tentang banyak perkara tentang masa hadapan. Mana hala duit tu aku lebih cermat dalam menyimpan rekod. Aku belajar dan baca buku berkaitan dengan financial freedom. Biarlah makan masa pun, janji keberhasilannya logik!

Ikut konsep Warren Buffet, konsep Robert Kiyosaki...dan semua sifu yang berjaya buktikan kebebasan kewangan. 
Pesan pada diri, dunia sekarang ni jangan cepat percaya pada khabar yang tiada sahih dari akhbar dan website. Serta, jangan segan untuk bertanya pendapat pada orang yang berpengalaman. 
Jangan jadi macam aku, dah terhantuk baru terngadah....tapi sedarlah sebelum nasi menjadi bubur...

Till then! 
Ila liqa' and xiao xin!

p/s: aku pun hantu barang unik jugak! pantang masuk typo, ada je benda nak sambar! Pantang nampak note book yang lawa, laju je beli! haila haila!