Terpaksa Dewasa...

July 29, 2018

Sebuah perjalanan kehidupan yang memerlukan kita untuk menjadi dewasa sungguhlah tak seindah seperti dunia yang kita pernah khayalkan masa kecil dulu kala....

Tapi....haaa ada tapi dia. Tapi dunia yang dikurniakan ini lagi banyak pengajaran dan hikmah dia yang kita boleh belajar dan kenal erti hidup. Ceyh ceyh ceyh....ayat kemain kau menaip memalam buta macam ni ya...

Okaylah, aku pun dah main selam timbul selam timbul da dengan blog ni. Azam nak consistent, haram ke laut sahara! Tapi takpe, rezeki dari segi masa itu sentiasa ada bila jiwa kita benarkan untuk merapu meraban. hahahahaha 

So, apa cerita menarik minggu ni?

Tak banyak. Cuma adalah satu dua cerita yang mungkin aku akan kongsikan untuk post-post akan datang. (InsyaAllah) Mengenai rumah, buku, drama realiti...Oh cakap pasal rumah, alhamdulillah aku dah jumpa kontraktor yang bersesuaian, insyaAllah minggu depan rumah tu dalam fasa pertama untuk menjadi sebuah rumah....#doakanyangterbaik

Yang seterusnya mengenai hidup ini, (ayat serupa lama sangat hidup..kalahkan perdana menteri!)
Aku tengah merencana suatu agenda. hahahahahaha (sila gelak versi villain) tapi tak tahulah sejahat mana agenda tu. Aku pun tak tahu kenapa aku perlu lakukan agenda tersebut. Curiosity kill the cat huh? Orang kata biar mati mencuba daripada mati menyesal....so....#doakanyangterbaik

Another life story?

Tadi ada satu family ni, dia suka sangat beli casing dan aksesori gadget dekat kiosk kitaorang...katanya kedai atas kerek. Wallahu'alam...Macam-macamlah dia beli. Kitaorang pun terhibur je layan karenah diorang. Maklumlah weekend macam ni opkos ramai family menziarah mall. So time ni lah kitaorang kejar sale kaw-kaw punya. Dan bila dengar diorang kata begitu, kitaorang belajar something...

Manusia suka bila kita layan dan mendengar celoteh mereka...

Sebab nak jadi 'telinga' di zaman 'mulut' ni bukanlah kerja idaman semua orang. You know what I mean...Dan sungguh kerja-kerja servis dan melayan orang ni memang dapat belajar baaaanyaaak perkara. Terima kasih Tuhan atas peluang sebegini. Buat kami lebih menghargai tentang hidup. Yeah, hidup..walau kadang jiwa selalu meronta kenapa tidak mati...Allah, syaitan kuat benar hasutannya...dah itu memang kerja mereka. Adoyai!!!

Jadi sebagai rakyat marhaen dan manusia yang hanya memenuhkan muka bumi serta statistik populasi ini, sukalah aku katakan....walau buruk mana pun kehidupan kita, just be nice to others...sebab kita tak tahu apa yang orang lain lalui. 

Begitulah dunia ini memaksa kita untuk dewasa dan aku terpaksa akur untuk dewasa...biar figura batman dan jokers penuh menghiasi kereta serupa kanak-kanak rebina, aku peduli apa....

Menjadi dewasa tak bermakna kita harus menyekat imaginasi kita. Imaginasi adalah kunci pengetahuan yang paling tinggi sebab dari situ kita akan membina mimpi untuk kita kecapi suatu hari nanti...

Jangan jadikan dunia dewasa penghalang kita untuk melintas 'Bridge to Terabithia'....

bridge,

Gerak lu, papehal roger!

A Better Florist Malaysia : Stunning Florist Whom You'll Love to Visit

July 27, 2018

With holidays and anniversaries happening ever so often in our lives, it’s undeniable that finding a good florist is crucial. When you know of a flower shop that you can always rely on, that will deliver when they promised and have what you’re looking for at all times, your days will be a lot less stressful. Not to mention, you’ll be the person that everyone looks forward to bringing flowers and gifts. As a Malaysia flower delivery. A Better Florist is one of the best florists to offer everything mentioned, and even more.


With a gorgeous collection of blooms, their KL flower delivery and their flower delivery to JB are one of the most wanted ones in Malaysia, as well as their flower delivery Ipoh has and their flower delivery Penang loves. They all have a very alluring collection of hand bouquets, luxurious floral arrangements, flowers in mason jars and burlap wrapping. The selection is narrowed down to only the most stunning choices, so that you cut time on scrolling and make your choice quickly.

The best florist in Malaysia can be located online, using a phone or a computer. Their mobile-friendly shop make sit all so easy, especially when you’re busy. A Better Florist is a gift delivery ideal for all those who are super busy, but still want to be able to get gifts and flowers when they need them. As a gift delivery, they have a fruit basket catalog, and a hamper catalog, and being that their hampers are some of the most popular ones in Malaysia, you’ll want to check them out. They come as great holiday presents, but for special occasions too, like the baby hamper for a baby shower.



A Better Florist has a same day flower delivery, and if that’s not enough for you, you’ll be delighted to know that this same day flower delivery is also free, and you can count on it every day. They don’t make excuses, and there are no exceptions. It’s just the way their delivery works. If you look into them online, you’ll see that this kind of dedication and fast delivery is what made them the best flower delivery Singapore has, with the best flowers in Singapore that anyone could ask for. As their business become loved by so many people, they set the same standards for the rest of their flower deliveries, such as their Hong Kong flower delivery, their UAE flower delivery and their flower delivery Brisbane has as of recently.


Due to the fact that they offer so much more than a regular flower shop, and they are consistent with whatever they promise, they are known as the best flower delivery Dubai has, in fact, the best flower delivery in the UAE, but also as the best flower delivery HK has and the best florist in Kuala Lumpur. Malaysia has never had a florist this successful, and that is able to offer irresistible flowers and gifts along with a great service at the same time. 

Adulthood thingy is killing me!

July 21, 2018

Holla there! 
Alhamdulillah masih lagi hidup, masih bernafas dan yang paling penting masih punya semangat untuk update post hari-hari sejak 18 July. Hopefully, dapatlah istiqomahkan kerajinan ini. 😇

Nothing,

Yeah, seperti yang tertera jelas tanpa dengung, yes and yes...adulthood thingy is killing me right now na na...Sebab? Kenapa perlu dewasa? Kenapa perlu membesar? Argh!!!! Dulu masa kecik, selalu sangat ulang frasa...'kalau aku besar..' dan sampai sekarang pun aku still guna frasa tu. Sebab aku tak tahu bila seseorang manusia itu dewasa sebenarnya. 

Sebab definisi dia subjektif. Mungkin nampak je dewasa, tapi jiwa, perwatakan, komitmen, emosi, mental...masih lagi tidak mahu membesar. Acah je nak besar...padahal jadi orang besar ni makin besar jugaklah tanggungjawabnya. Allah....

Kadang tu, tak terasa pun. Sebab maklumlah, masih lagi jadikan Woody sebagai hero pujaan. Masih lagi mengharapkan Pyan dalam novel 'Soalnya Hati' untuk muncul depan mata. Masih lagi nak dengar lagu tanpa perlu buat apa-apa...dan masih lagi menjadi pemuja setia dari jauh tanpa sekelumit langkah untuk kehadapan. 

Aku tak pernah ingin jadi dewasa. Dan aku bet semua orang pun tak nak jadi dewasa. Tapi itulah kehidupan. Dia tak kisah pun samada kau nak ke taknak besar, dia paksa jugak kau untuk membesar sampailah ajal menjemput....

Phew...semuanya kerana tak sangka. 
Tak sangkakan dah 2018. Tak sangka dah 26 tahun. Tak sangka...tak sangka...dan tak sangka. Okay, apa cer sebenarnya nak bebel ni? Tetiba cakap perihal orang dewasa bagai ni...chillah kau baru 26 kot. Still got time to enjoy. Still have time to travel what.....still got chance to find what you never search...

Alkisahnya begini. Bila seorang budak yang tak mahu membesar diberi tugasan untuk menguruskan hal-hal orang dewasa, dia rasa gelabah. Dia takut. Gelabah sebab dia tak pernah tahu macam mana prosedurnya. Takut sebab dia langsung tak kenal orang yang pakar dalam bidang yang dicari-carinya...

Apa dia ni? Masih metafora lagi. Kau tak habis-habis kasi ayat metafora. Tak penat ke...

Well, metafora itu sudah jadi makanan gue dong. Huhuhu

Syyh...jangan bagitau sesiapa tau! Ni rahsia kita-kita dekat sini je...Okay? (feeling pulak nak menaip dengan BGM My Immortal by Evanescence) 

Haa...padia?

Awal bulan tujuh hari tu alhamdulillah aku telah ditugaskan oleh ayah untuk menguruskan rumahnya di sini. Yeah disini. Kau bayangkan....aku...aku blur dowh. Sumpah tak tau nak buat apa. Plus, rumah ni adalah sub-sale. Bukanlah rumah baru. Kau kena reno situ, reno sini, deco itu deco ini. Check mana yang masih bagus, check mana yang dah tak boleh pakai. Kena cari contractor itu, contractor ini. Sumpah weh aku blur! Aku zero!!!

God! Is really tired to be an adult!!!! How comelah orang boleh have fun dengan dunia dewasa ni? Sebab ada duit? Kot...sebab duit semua orang boleh suka ria...petik jari.. oh, jari aku petiklah berjuta kalipun takkan keluar bunyi...sedih!😫

Dahlah tak tau nak rujuk sape pasal hal-hal ni...mana aku tak sedikit gila...takdelah gila, 'gila'...cuma agak terganggu sedikitlah. Macam mana nak cari yang bersesuaian dengan segalanya. Biasalah, dalam bab camni kita kena banyak berhati-hati. Jangan terlalu berharap dan percaya samapailah kerja siap. Bak kata orang 'I believe when I see it...'

Adult, quotes

Sib baik jugaklah ada Google, ada forum, ada blog-blog yang banyak membantu untuk dijadikan rujukan dan benchmark. Mana tau lepas da siap nanti, turn aku pulak kongsi pengalaman 'How to renovate your sub-sale house from null to hipster..' ceyh ceyh ceyh....😂😂😂

Apa-apa pun aku dah survey dua tiga kedai, explore berlaman-laman sesawang...sehinggalah aku terjumpa kontraktor yang buat semua skop. Esok baru nak jumpa. Harap sangat-sangat dapat memenuhi citarasa budak yang tak nak dewasa ini. Huhuhuhu

So masih berangan nak jadi dewasa lagi? Hentikanlah weyh...tak best pun. Jadilah apa korang nak jadi...tapi jangan biarkan dunia dewasa membunuh dunia Narnia, Neverland, Toys World kita. Yeah!! 

Dahlah...aku nak terbang ke langit dulu. Mana tau dapat lucid dream pergi jumpa Woody ke...pergi terbang sampai ke Pluto ke an...Sebab tu aku suka tengok FRIENDS. Tengok keletah diorang dapat kurangkan kegerunan aku pada dunia orang dewasa ni...

"Adulthood is like looking both ways before you cross the street and then getting hit by an airplane"

Till then!

galeri, phone
Galeri phone sejak dewasa

p/s: Cara-cara nak cut cost...kita shopping dekat DIY k...😜

Rumbling on July's Movies...

July 19, 2018

Alhamdulillah, July bulan ganjil yang walaupun tidaklah semewah mana, tapi masih berpeluang untuk menatap dinding semata-mata movie yang kian hari kian menarik ni.

Mungkin banyak lagi cerita menarik yang sedang dimainkan di wayang, (pss...hari ni Hotel Transylvania 3 dah keluar! yihaaa!) Kemungkinan ada rezeki lebih lagi, rasa-rasanya dah patut buat member kad untuk semua wayang yang berhampiran. Mana tau boleh start collect point sendiri ke apa an...

So, untuk bulan Jun dan July ni, aku hanya sempat tengok empat movie saja. Let's begin my perceptions....

1. Ocean's 8 ★★★★☆


The most incredible movie! Beyond my expectation. Pergh! Suara Cate Blanchett bapak macho giler!!! I adore her! Awesome giler! Oh right, untuk korang yang baru familiar dengan cerita Ocean ni, sebenarnya ini adalah cerita mengenai Ocean yang keempat. Dia start dari Ocean's Eleven, Ocean's Twelve and Ocean's Thirteen. Yang ini versi lelaki... Barisan pelakon Ocean's ni memang hebat-hebat dan terbaiklah.

Ocean's 8 adalah cerita Ocean versi perempuan. Pelakon yang digunakan pun apak hebat-hebat. Dahlah tinggi, cantik, pandai mencurik pulak tu! hahahahahaha Oh ya, series Ocean adalah mengenai rompakan kelas atasan. Dia tak mainlah rompak barang seratus dua, dia rompak billion kau!!!

Sangatlah tidak digalakkan untuk mengaplikasikan gaya hidup diorang dalam real life. Nampak macam seronok an best kan, tapi....jangan lupa kita ada afterlife...

Recommend film kalau korang tak tau nak tengok apa kat wayang sekarang. Plus dia masih on air...

2. Incredibles 2 ★★★☆☆


Yeay yeay!!! Jack jack sefamily kembali lagi! Yeah right after 14 years! 14 tahun bhai!! Dari aku umur 13 tahun sampailah...ish ish ish...tapi jack jack still tak membesar. What happened to them?? Still awesome cartoon to watch no matter what our age are....hahahaha

Paling terhibur bila si jack ni punya kuasa yang lebih banyak dan awesome dari ahli keluarga dia yang lain.

3. Ant-man and the Wasp ★★★☆☆


Kalau tak nak ketinggalan Marvel movies, maka wajiblah kalian menonton cerita ini. Walaupun bagi pandangan akulahkan, dia punya story not too strong. Orang jahat dia tak berapa nak dibenci dan tak convince langsung untuk jadi jahat. Orang jahat dia tak boleh nak dibenci sebab dia bukanlah jahat sangat, cuma penganggu gugat bagi kelancaran cerita saja....

Penceritaan dia berakhir dengan sambungan yang berlaku dalam Infinity War! Cerita ni bergerak seiring IW berlaku dan.........bolehlah gerak ke wayang berhampiran korang kalau nak tahu ending...hahahahaha Apa IW belum tengok lagi?

4. SkysCraper ★★★★☆


Ini movie kitaorang tengok sebab curios nak tahu pasai pa bangunan yang sikit punya canggih dari sistem fire safety and security tu boleh pulak dipecah masuk oleh puak-puak jahat? Haaaa orang jahat dalam cerita ni sangatlah jahat dan sungguh dan wajib dibenci! Bapak takde life nak kacau hidup orang dengan cara yang....sangat tak berbaloi...lolz!

Untuk korang yang belajar bidang yang berkaitan constructing dan building sewaktu dengannya wajib tengok movie ni sebab...God! The building really cool! Bayangkan sistem kebakaran dia boleh padam sendiri dan tak perlu tunggu bomba datang...unless kalau sistem tu tak aktif....

Pernah tengok cerita Renegades? Yang movie cari harta karun yang smooth giler...cuma yang mendebarkan dan memainkan emosi adalah setiap kali dia lompat, terjun bangunan dengan kondisi yang tidak sempurna....phewwww! Kuss semengat madah orang sarawak!

###

That's all dan hari-hariku seperti biasa banyak dihabiskan dengan marathon novel yang dibeli masa PBAKL hari tu dan juga series F.R.I.E.N.D.S! Haaaa series ni once tengok, I kenot move on la u'olls! Tak kisahlah berapa kali episod tu aku tengok, hiburannya tetap relevan.

Okaylah...penat dah nak replay perasaan masa tengok movie ni semua...Alih-alih friends jugak yang tetap awesome..

Jadi korang semua da tengok belum semua movie ni? Haaaa...kalau belum...masih belum terlambat untuk tengok. Sebab semua movie ni masih on air...aku tengah beusaha nak kuitp duit untuk tengok Mission Impossible Fallout pulak....

Till then!

Featured blogger by Kak Shikin

Kabare readers sekalian!
Now I'm back for good. Hopefully semangat berblogging ini istiqomah mekar hinggalah bila-bila. 

Dia ada je mood nak update apa semua tu kan...tapi biasalah, ada je benda yang buat aku maaalaaaas giler nak update. Nak kata busy tu, idokle busy mana. Semester bagi tahun kedua pun tamat. Ini pun dok sibuk memikirkan perkara orang dewasa. (God! Do I really need to grown up?? Adulthood is killing me dude!) 

blog, life

Menjadi Shabat Blogger Pilihan Starlavenderluna

Alhamdulillah, semangat blogging kini tampil selepas diseru oleh blogger Kak Shikin. Thank you kak, sebab jadikan blog saya sebagai sahabat blogger pilihan akak. Semoga dimurahkan rezeki untuk akak dan dipermudahkan segala urusan. Ha...kalau korang semua nak jadi featured blogger blog kak shikin ni, kenalah aktif blogwalking ke blog beliau. 😎 

Blog, header,

Saya kenal kak shikin sebab beliau join contest yang dua tahun lepas. Yeah, aku pun dah stop jadi penganjur contest sejak sambung degree...Serius, nak handle contest dari awal sampai akhir itu, sungguhlah bukan suatu perkara yang mudah...lagi-lagi part nak kasi hadiah dan cari pemenang....Allah.....sukarnya sampai rasa macam serba salah giler.

Jadi buat pembaca yang baru lagi dengan blog kak shikin ni, dijemput terjah ke blog beliau. Kak shikin ni memang boleh dikatakan sangat supportive dengan rakan-rakan blogger. Lagi-lagi buat blogger baru. Telah lagi kalau korang blogger lama, nama tu dah semacam familiar sangat dah. Sampai boleh da jemput ke majlis open house or kenduri kendara......(InsyaAllah...)

Okaylah, sampai disini dulu pertemuan kita buat hari ni. Semoga berjumpa lagi di lain waktu. Apa-apa hal aku doakan semoga setiap urusan kita semua dipermudahkan dan diberi kesenangan. 

Till then, 
Ila liqa' wa maa'salamah!

The SOC-MED

July 18, 2018

The bipolar
Alkisah seorang budak yang berkecamuk jiwanya setelah disampuk taufan katrina pada 12 May yang lalu, telah memutuskan untuk asingkan dirinya seketika dari dunia soc-med. Ya, dunia social media yang telah banyak menyerabutkan jiwanya pada tika itu. Rasa mahu saja dia melangkah ke tingkat tujuh belas dan terjun dari situ, atau mengambil pisau lantas menusuk diri dengan cara berhaluan kiri. Namun, itu semua hanya sekadar imaginasi liar dia saja. 

pexels, wonder

"Kau kenapa sof?"
"Kenapa apa?"
"Apasal ko post status kena pancung? Kau okay tak?"
Tak! Aku okay. 

Dia buntu.
Keliru.
Kenapa usia ini seringkali dia dilanda perasaan sebegitu?
Perasaan kegelapan yang acap kali menyerunya untuk memasuki lohong yang tiada berpenghujung. 
Tanpa cahaya!

Dia buta!
Untuk zillion kalinya. Dia tersasar lagi dari landasan cahaya. Kenapa? Kenapa?
Tiada jawapan. Selalu begitu!

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati kepada manusia yang alpa jua buta,Lalu terhiritlah aku dilorong gelisah, Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah....

Dia terduduk. Lama termangu. 

Aku banyak sangat meraih perhatian manusia ke?
Aku terlalu bersandar kepada manusia senhingga lupa yang Esa kah?
Aku....aku gilakah?

Tiga bulan dia sepi. Tiga bulan jua dia refleksi. Sepanjang Ramadhan dia bermenung panjang. Menungkan cerita yang langsung tiada gapaian akal waras mampu menjejaknya. Dia perlukan Dia....

The Healer
Dan Ramadhan tiba. Untuk seketika dia bergembira. Ramadhan-lah bulan yang paling dia gerun. Takut tidak berjumpa untuk masakan datang. Ramadhan kali ini, dia bertekad untuk lakukan yang terbaik. 

Yang terbaik....baikkah dia? Dia geleng.
Tapi, dia ingin jadi baik....

Aku nak jadi baik,
Aku nak sangat berubah...
Sahabat, apa kata istighfar selalu. Cari keampunan Allah. Siapa dikalangan kita yang tak berbuat dosa. Cuma mungkin dosa kita berbeza-beza sahaja....Kalaulah setiap dosa itu ada baunya, pasti tak ada siapa ingin berada disebelah kita, lantaran busuknya kita....

Pita suara dari Ustaz Syed Abd Kadir bermain taktala dia perlukan jalan. Dia ulang dengar....sambil mulutnya beristighfar setiap kali dia tersasar. Patutlah takde orang dekat dengan aku, nampak gayanya bau dosaku sudah terlepas barangkali....Dia tunduk berteleku...

Ramadhan, 
asid bagi dosa yang telah tersumbat dan berkarat dalam hati. Busuknya lebih busuk dari rumahnya yang dipenuhi sisa loji kesan dari tusukan rumah atas yang berkepentingan. Mana mulianya aku sebagai manusia? 

The Forgotten 
Orang tak kisah pun samada kau wujud atau tak wujud, yang penting kau hidup. Itu saja. 
Orang tak kisah pun siapa engkau, pengaruh kau, suara, nama, rupa, harta....selagimana kau langsung tiada manfaat pada mereka..
Jadi kau lambat laun tetapkan dilupakan....walau kau jerit berjuta kali yang kau fobia...spesifiknya athazagoraphobia.

Kaukan mati dan dilupakan...
Kau akan mati cepat atau perlahan...
Kau tetapkan pergi tak kembali...
Siapa kau?
Ulanginya, kerna aku lupa...

The failure once again..
Hanya tiga bulan dia bisa hidup tanpa soc-med. Setelah tiga bulan, panadolnya hilang. Dia bukan gagal. Dia cuma gemar pada suatu kecantikan. Memang tidak dinafikan!

Dia gagal!
Kau gagal!
Aku gagal...

Sebab aku manusia...
Jadi, jangan terkejut jika lihat aku kembali dipaparan soc-med. 
Aku gagal...
Semoga kegagalan ini mengajarku untuk lebih berjaya. 
Mengambil yang jernih untuk dialurkan pada peti suaranya yang telah lama bisu. Harapannya tiadalah keliru menjengah dalam peti fikirannya buat masa terdekat. Dia tiada punya ubat...

###

'Kenapa disable soc-med?'
'Sebab aku takut.'
'Apa kaitan disable soc-med dengan nak jadi baik?'
'Aku takut aku tak kuat...nak bunuh jiwa yang sukakan perhatian.'
'Jadi? Kau disable? Siapa kisah?'

Geleng....tiada siapa kisah. 
Would it matter?

Dia memang takkan pernah keluar dari palitan lumpur yang selalu menariknya ke jerlus kelam. Tapi, berpaut pada lilitan iman dari doa orang-orang yang beriman, dia yakin...pautan itukan menariknya keluar. Yang penting dia perlu kekalkan stamina untuk bebas dari gelutan...

Bebas...ya bebas....

Ampun aku Ya Allah...
Janji itu kumungkiri...
Janji pada diri pun sukar dipegang, telah lagi pada yang lain....

lost, pexels

Sampai bertemu kembali.
"May someone who lost find their way..."
© SOFIE ADIE. Design by FCD.