p/s: Kita tengok siapa yang dapat hadiah 1st December ni...jeng jeng jeng..

![]() |
| True isn't it? |
Tak boleh nak janji, sebab takut tak tertunai.
Maybe time befday aku nanti ke semak..kot-kotlah ada yang bertuah time tu..
Tak, bukan ini bukan soal TUAH ini soal SETIA..
Kalau benar setia, jujurlah..
(huahuahua ayat tak bleh bla..)
Serius ok...ini serius...
Dan ia bermula sekarang...none stop...
Tak mau melalut sampai ke laut,
Syuuuhh...silent mood enable.
***to be continued...***
p/s: dah lama tak membalut hadiah...
![]() |
| Pinjam gambar dari Chaca |



"Orang yang ada Iman dalam hatinya takkan pernah berasa bosan, sebab dia sibuk dengan amalannya dan sentiasa memikirkan tentang dosanya yang menjadikan dia takde masa untuk merasa bosan.."
- - Aku duduk kat dapur sambil dengar lagu
- - Aku cuba lupakan perkara tentang bosan
- - Aku makan sambil membaca blog orang
- - Aku baca novel
- - Aku tido lah!

(Maaflah sebab aku memang suka bebel panjang-panjang)
![]() |
| credit le'google |
Janganlah 'main' lagi..dalam subjek engin..sebab dia tak macam cadastral..
Engin perlukan nombor dan teori yang betul, konsep kena betul. Tak boleh goreng kalau tak baca.
Cadastral nombor dan fakta yang dihurai ikut kefahaman...
***THE END***
*p/s: semua tu atas mindset.
betulkan balik niat belajar.


Tengah makan tetiba terfikir dan fikir...
Sebab apa kita follow orang?
- sebab kita nak
- sebab dia ada informasi yang sangat menarik
- sebab dia famous
- sebab dia friendly
- sebab dia ramai 'followers'
- sebab aku kenal dia
- sebab____________________
- takde sebab kukuh.
- saje suka-suka
- sebab dia guna produk 'follow me' yang menyebabkan saya rasa macam nak follow je..

Sebab apa kita follow sesuatu perkara tu?
- sebab minat
- sebab trend
- sebab informasi ia menarik dan up to date
- sebab ia famous
-sebab ia ramai 'followers'
- sebab ____________
- takde sebab kukuh
- saje suka-suka

Adakah sesuatu perkara itu akan dinilai dengan banyaknya 'followers' dan sikitnya 'following' atau sebaliknya?
- Hurm...boleh pakai jugak.
- Tapi kalau 'followers' ramai following sikit, macam tak mesra alam pulak. (enough!)
- Kalau following banyak 'followers' sikit macam tak laku jer...(stop judging!)
- Mungkin dia busy nak handle followers yang ramai.
- Mungkin dia tak tahu pun dia ada 'fan page' yang ramai 'followers' tu, sebab tu following dia sikit.
- tak nak jawab!
- no comment!
- non sense!
- Jealous la tu! hahahahah
Okaylah, soalan seterusnya.

Apa fungsi 'follow'?
- La suka hatilah follow tu nak berfungsi ke tidak.
- Berfungsi sebagai bukti yang kita adalah peminat setia dia.
- Jawapan...fungsi follow adalah untuk kita mengetahui perkembangan yang lebih lanjut tentang sesuatu perkara, orang atau apa-apa peristiwa dan juga isu semasa.
- follow ek? takde function lah...
- untuk suka-suka
- no comment!
- Tak pernah tau pulak!
- Hurm......
- Tak nak jawab!
***tutup soalan***
(cerita di atas adalah rekaan dan imaginasi penulis sahaja)
Tak kiralah apa pendapat dan pandangan orang luar atau sesiapa saja tentang 'follow' ni, janji bahagia.
Kalau dengan menaikkan 'followers' dapat membahagiakan, buatlah. sebab takde sesiapa pun yang rugi.
Tapi, ada certain 'followers' tu yang follow kita, then bila kita follow, dia unfollow kita balik. Pernah jumpa tak? Tak kiralah apa-apa pun aplikasi..
Yang ini, memang 'gila followers' ni..
Untuk elakkan daripada dicaci atau mencaci hamun tu, dah tau orang tu kita tak kenal dan memang tak kenal pun tak payah la 'accept' ye dak?
Kalau rajin nak semak balik 'followers' dan following, semaklah.
Kadang-kadang benda ni dah jadi trend dah. Sebab terlalu banyak sangat masa semaklah benda alah ni.
Sebab apa?
Kadang-kadang orang akan judge kita dengan apa yang kita follow..betul ke?-tak pasti jugak!
Okaylah...tak nak ulas banyak,
kang merapu jadinya,
jangan serius-serius sudah...
enjoy ur day!

***THE END***

12/11/14
'Biarlah tak dean, asal jangan fail sudah!'
Habis doa dah masa sebelum click untuk tengok result.
Then, "Alhamdulillah!'
Fuh! Kus semangat....
Berkali-kali tengok result...hanya beberapa point lagi untuk 'lepas pagar'..ruginya...
'Ah, biarlah. Padan dengan muka, sape suroh main-main lagi! Carry mark sendiri pun tak reti nak jaga...'
'Takpelah, at least still atas 3 kan?'
'Hurm, okaylah tu..usaha lagi dan tebus balik untuk sem yang akan datang..asal CGPA tak jatuh sudah...'
'Tak dapatlah 'makan free' sem depan...'
Sapelah berani nak main-main lagi lepas ni?
Even credit hour sem 2 paling tinggi tapi ia taklah se'teruk' sem 3. Dia punya 'tough' tu lain sikit!
Banyak psychopath!
Macam ada satu soul yang menyebabkan ia terlepas pandang.
Macam ada 'roh jahat'! hahahahahah...merapu sudah!
Teringat lagi masa exam, punyalah takut habis aku search pasal 'repeaters','repeat', 'suplementry examination' bagailah...semua yang berkaitan dengan 'apa yang akan berlaku jika anda kantoi paper?'
Tu masa exam dah rasa macam takde harapan! Oh, lemah jiwa betolla...
Tapi, semua tu dah berlalu...rasa macam 'tak mau da rasa lemah macam tu lagi..'
Kalau umi taule?
Err...jawablah macam ni,...
'takpelah umi, kan ada 3 sem lagi..everything will be alright at the right place on the right time..be patience..hehehehe'
Pesan saya sebagai ex-junior,
"janganlah memandang rendah pada sesuatu yang remeh itu, kerana sesungguhnya yang remeh itulah yang akan membantu anda untuk ke tempat yang lebih tinggi dan selamat"
Akhir kata,
'biar seorang, tapi jangan keseorangan,
biar sendiri tapi jangan sendirian,
tak rebah jika berseorangan,
tapi akan 'runtuh' bila keramaian.'

Cerita 1
Cerita tentang kesimpulan bagi satu-satu semester.
Bagi akulah, semester tiga adalah 'paling teruk'!
Sebab, segala macam konflik dan permainan kehidupan as budak U, mula terserlah.
Itulah tak kena, inilah masalah.
Geng sana puak sini,..
Bak kata Balkis dalam 'Plain Jane':
Kategori pelajar kat U nie ada 6 jenis.
1. Revolutioner
2. Lilin terpadam
3. Rubah
4. Tradisionalis
5. Urban
6. Lebah
7. Lalang
(Rujukan di m/s 14-17)
Bila difikirkan balik, memang ada logiknya.
Kategori aku mungkin ketujuh tu kot.
Tapi, cuba untuk tak dikategorikan dalam mana-mana kategori tu. (o,0)
Itu masalah pelajar yang masuk U, lain U lain pulak peelnya.
***tutup cerita***

Sebenarnya,..aku bukanlah nak berhujah tentang cinta itu the blablabla.....
Mana ada orang nak ambil nasihat tentang cinta daripada orang yang tak pernah bercinta. Kan?!
Perlahan-lahan angguk...
Aku nak cerita tentang macam mana aku boleh 'cinta' dengan watak Pyan. hahahaha...entri tentang 'pyan'..Ala, pyan yang dalam 'Soalnya Hati' tulah...
Tahun 2007
(merupakan tahun ketiga aku belajar di suatu tempat yang adanya 'tak wujud'.
Macam kat tempat hidden cities gi tu!)
Suatu petang. Aina pernah tanya aku,
"Dah pernah baca tak novel 'Soalnya Hati'?"
Aku jawab, tak pernah.
Tanyalah yang mana satu? Kalau cerita tu pernahlah tengok. Cover novel tu macam mana?
Dengan bersungguhnya dia pun menerangkan bentuk dan segala yang berkaitan dengan novel tu.
(Masa duduk asrama, part paling best adalah bila ada member kita berborak tentang novel atau cerita yang dia pernah tengok sambil makan 'jajan' dan berbincang sambil gelak tawa...)
Start dari sinopsis, pergi kepada watak novel, lepas tu tentang taugeh (sebab heroin dalam cerita tu tak suka makan taugeh) dan style pyan bercakap sambil masukkan tangan dalam poket. (sangat cool!)
Aku yang belum baca lagi dengan setianya mendengar dia cerita terasa macam;
"Weh, nak baca..."
Then, dia pun kata, 'Belilah!" dan gelak bahagia. Menunjukkan bahawasanya cerita tu sangat menarik dan rugi kalau tak baca!
Then, masa tu ada pesta buku sedang berlangsung kat PWTC, Aku dengan member aku yang kamceng 'gila novel' masa tu, habis merayu kat ustazah yang bertugas. Mintak pelepasan dan peluang untuk ke pesta tu. Orang kata, sebelum kita buat cara 'haram', kena mintak cara' halal' dulu. Kalau diorang tak bagi, baru kita 'langgar'! (Ni prinsip masa dululah, kadang-kadang je guna prinsip ni, sebab kadang-kadang ia berguna jugak! hahahahah)
Disebabkan ustazah kami tu baik sangat, dia pun tak benarkan apa-apa outing yang melibatkan aktiviti 'sosial'. Lagi-lagi pesta. Even pesta buku pun, ianya tetap digelar tempat 'bersosial'!
Apalagi, meeting membina 'plan bawah tanah' untuk menyeludup keluar pun dijalankan. Maka, selamatlah kami berangkat ke tapak pesta. Dengan bahagianya (tanpa rasa bersalah), kita orang berhabis sakan mencari novel nan satu ni.
Nak dijadikan cerita, kitaorang beli 3 novel skema bagi setiap satu novel illegal. So, kalau tertangkap pun mustahil lah tak percaya, sebab banyak tu kami beli. Adalah nak sampai dua ratus. Yang si Aina ni mujur sempat sambar novel 'Soalnya Hati' sebelum dia dirembat orang lain. (Oh, macam drama pulak kena rebut-rebut novel...)
![]() |
| Tadaa...inilah dia Soalnya Hati! |
Sampai-sampai je kitaorang depan tangga asrama, tertangkaplah oleh ustazah yang baik tadi. Terkantoilah kami!!! Dalam hati takleh nak kata apalah. Nasib baik dah plan siap-siap. Yang malangnya, novel SH ni tak sempat diselamatkan!!! Maunya tak menangis, tapi sabar je lah. Menadah je lah telinga dengar 'ceramah' free. Nak buat macam mana, dah tak de rezeki. Aina pun iya kan ajelah...
Melepas lagi...
Takpelah 'pyan'...kalau dah jodoh tak kemana...

Aku dan Lindsey Stirling?
'Bagi aku observ dulu, tang mana tah persamaan dia...'
(Tajuk macam aku dengan Lindsey ni pernah berjumpa je gayanya.hahahaha)
Tak adelah, mana ade....
Aku just salah seorang peminat dia yang menyokong dari jauh je...huhuhu
Nak kata peminat tegar tu, taklah kot..
sebab setakat ni aku takdelah berhabis duit semata-mata untuk album dia.
just usha-usha kat you tube je...
Sape tak kenal gadis violin hip hop ni?
Dengan gaya dia yang cool, sempoi dan sangat humble...
Okey, aku dah speechless....
Senang kata kalau aku nak dengar muzik tanpa lirik, aku akan pasang semua lagu dia.
Macam ada 'soul' di situ..
Seolah, biar irama berbicara..
Sambil nak bersiap pergi kelas or dalam perjalanan ke detinasi, muzik dia 'terbaik'!!!
Paling best yang Assasin's Creed III tu..
Okey, writeless sudah..
Viewers youtube dia pun boleh tahan meletop!

(even aku kind of peminat kecil sofi jikan! huhuhuhu) naa...kan dia dah serang blog gua!!! sofi memang nama aku...amaaaaa!!!!tolong saya!!

- Masa kita pergi tu banyak Sale..sana sini sale. Tapi, duit tak ada.
- Orang usha kita seolah macam kita alien turun bumi, dan tak berduit (dan aku pun mula tertanya 'apa ke pelik sangat fesyen aku ni?' tengok diri sendiri. jubah dan selipar jepun bersama tudung 'indon'. okey jer!)
- Rambang mata. Keliru nak beli yang mana satu..
- Time ni orang kata kena praktis antara keperluan dan kehendak. Tapi, selalu failed untuk diamalkan!
- Terpaksa berdiri lama depan barang yang kita nak tu, sebab masih keliru nak beli ke tak. atau patut tunggu harga dia murah lagi...dan menyebabkan kita menghabiskan masa dalam kedai yang sama. Lagi-lagi kalau masuk kedai buku, seolah macam takde jalan keluar dah!
- Window shopping dalam kumpulan yang tak sama taste dengan kita.
- jangan pergi time duit takde
- jalan laju-laju dan terus ke destinasi dan fokus terhadap barang yang nak dibeli je bagi mengelakkan rambang mata tengok barang di kedai lain.
- pergi time mood shopping takde. Misalnya jangan pergi shopping time tengah boring, atau saja-saja atau tengah kecewa. (but, sometimes shopping is a good treatment for release stress..tapi, boleh guna cara lainkan?)
- jalan dengan family. hehehehe. (sambil gelak jahat!)
.jpg)
Itu cara dan pendapat aku, tak taulah kalau pendapat orang lain macam mana.
lain orang lain cara
lain kepala lain idea
lain fesyen lainlah gaya
***THANX FOR READING***
![]() |
| copy pasta from Kak Shai |
Cuaca: Hujan beserta angin kencang
Mood: Angau!
Lagu latar: Melayu klasik moden.
Ahah!
Akhirnya berjaya jugak aku khatam novel 'Aku keliru' setebal 771 m/s ni dalam masa kurang dari 10 jam. Puit! Lama jugak lah nak hadam. Dengan nak kena refer balik watak-watak yang ada kaitan dengan kisah novel sebelumnya....mengalahkan study masa final hari tu! (Namalah pun sekuel novel...)
So, aku kena start baca balik dari 'Plain Jane' and sedikit pembelekan dari 'Akukan Novelis'. Dan walaupun secara radikalnya, (walaupun radikal tu aku tak faham apa maksudnya...) aku sangatlah tak berminat dengan watak 'SitiNur Balkis dengan ejaan namanya K bukannya Q....' Iyalah, ia agak pahit untuk hadam watak macam tu. Tapi, sekurang-kurangnya dia belum terlambat untuk membetulkan kesilapan dia. Huhuhu...klise..
Dan apa yang pastinya setiap novel karya Nurul Syahida, angau dan penangan dia macam lain sikit. Macam aku kena ambil serius dengan apa yang dia tulis dan catat mahupun ceritakan dalam kisah berbentuk novel. Sebab ianya seolah sangat realiti!
Dan serius selepas aku baca novel 'Aku keliru' ni, tetiba terasa macam nak delete akaun twitter, dak FB bagai,...alasan? Takut terjadi obsesi stalker macam yang berlaku kepada Safiah Shuhaimi! (Dan percayalah, gaya penceritaan sesebuah novel akan mempengaruhi gaya penulisan pembaca jugak!)
Rugi kalau tak baca novel Nurul Syahida dari awal dan kalau nak catch up hanya dengan membaca 'Aku Keliru', macam tak berbaloi! (maka, silalah mencari semua karya Nurul Syahida...) Sebab terasa macam ada 'kosong' di 'situ'.
Misalnya pandangan aku terhadap Zaniel/Daniel Adam dalam novel 'Plain Jane' sangat "undescribe" dan penganggu kebahagian. Tapi, dalam 'Aku Keliru', dia seorang yang sangat matang! Sama jugak macam Safiah...Tapi, tah kenapa dalam banyak-banyak plot aku paling suka part selepas Safiah berpisah dengan Roul...
Sebab kat situ Roul nampak sangat bertanggungjawab (tipulah kalau aku kata aku tak suka part Masni dengan Adam berbaik semula..dan macam mana bibit jejak kasih diorang yang diungkaikan dengan sehelai 'sapu tangan' yang dijahit logo MU dan style tali leher yang dimasukkan ke dalam poket kemeja...)
Wawawawa...benci expectation!!!

Tambah pulak aku baca novel tu sambil dengar semua list lagu melayu yang ada dalam lappy...part tak boleh blah bila seolah latar lagu dengan part yang aku tengah baca tu, macam kena je...hahaha...(kenapa lagu melayu? sebab untuk memudahkan 'perhadaman' dalam sistem pembacaan..)
Kalau ada orang tanya; "siapa penulis melayu alaf-21 prima yang membuatkan aku terasa macam hidup?"
-Nurul Syahida.
Sebab?
Cerita dia tak berkisarkan tentang;
- orang pandai yang sambung belajar sebagai doktor dan engineer tak pun pilot dan seangkatan dengannya...
- anak orang kaya dengan kaya dan dunia persekitaran orang kaya yang bahawasanya orang kaya mana ada baca novel melayu walaupun kebanyakan besarnya novel melayu sangat meng'angkat' taraf orang 'kaya'
- tiada sinetron air mata atau drama yang membuatkan aku fobia untuk 'berkahwin' atau menyebabkan aku rasa macam 'nak kahwin'
- senang di hadam dengan bahasa yang bernama 'pengalaman'.
- membuatkan aku nak tingkatkan pengetahuan am!
Bila membaca sesebuah novel yang membawa impak positif, biasanya aku tak jemu baca berulang kali. Macam novel 'Soalnya Hati', novel yang menambahkan minat aku pada sejarah. Macam novel 'Aku Keliru', tetiba je ada semangat nak tengok wrestling...hahahaha...(tapi, macam tak je yang ni)
Itulah yang dinamakan penangan 'Aku Keliru'!
(Pyan, Apis Milo, Abg Jeb, Roul, ..dan aku masih belum ada koleksi 'Tiga Hati')
Pyan tetap pilihan... :)

Sambil mendengar Cats.fm, cuba memberanikan diri menaip entri yang entah apa-apa tah! itu tajuk yang pernah nak jadi impian, tapi...rasa macam tak payahlah. cukup sekadar bacaan kecil-kecilan jerlah. kalau nak jadi blogger famous leceh. Itu kata aku. Bagi orang lain mungkin senanglah.
Banyak benda kena buat kalau nak jadi blogger yang famous. Kena pandai promote barang, produk ke,... Tapi, selagi orang ramai, selagi itulah ragam dan seleranya banyak.
(Iklan pun boleh tahan banyak lah....)
Okey, balik kepada kenapa batalkan niat nak menjadi macam blogger famous?
1- Pertama dan utamanya kena tak konsisten terhadap dunia blogging.
Tak boleh main tenggelam timbul. Bab ni aku hanya boleh apply kat rumah jer, sebab kat rumah ada line yang tak payah dirisaukan untuk dibayar. FOC.
2- Tak mesra Alam semesta.
Itulah, dalam alam maya memang senang nak jadi mesra alam. Tapi, realitinya macam kena fikir banyak kali. Sebab? entah, macam fobia dengan dunia sosial. Hurm, itu sebab low-self-esteem da....
.jpg)
3- Takut.
Takut apa yang aku taip menyinggung dan memboringkan orang.
Kadang-kadang tu kisah tapi cuba untuk tidak kisah sebab inikan blog gua...Tapi, still takut macam dah paranoid...hahahahah
Dan itulah TIGA sebab utama yang membantutkan impian 'blogger famous' aku.
Haila,...aku pernah buat blog then delete, buat lagi dan padam balik...
Sebab?
macam yang dikatalah.
someday, maybe not today...
ok.
Mood: kiciwa.
Status menaip: try to be the good writer.


Popular, tak popular...semuanya sama di mata Dia.
Siapa suka dikategorikan? Di pisahkan dengan dua darjat dan kedudukan yang hanya terletak pada nama, harta, kuasa and is all about duniawi.
Weh, itu semua perkataan jelah. Takde lebih tak kurang.
Aku berkuasa, aku boleh dapat nama dan harta.
Aku ternama, aku boleh dapatkan kuasa untuk harta.
Aku ada harta, aku boleh beli kuasa untuk mencipta nama.
Na...semuanya berkait.
Berkait dengan Dunia.
Salah ke kalau kita just hidup bersederhana? Jadi orang yang bukan nak kejar sangat kepopularan ni?
Jadi budak the next-door je...orang tak kisah dengan kewujudan kita.
Dia macam tak salah, tapi tu lah...
Susah nak describe kan perkataan tu bila kita budak next-door nak menjadi si master-mind.
Macam________.
Dulu aku tak kisah, tapi kenapa sekarang kisah pulak aku?
Sebab, bila orang next-door dikategorikan seperti naive tu yang menyebabkan aku rasa kejam.
Naive tu naive lah, next-door tu lainlah.
(Bukan yang next door jiran sebelah rumah...tapi budak yang macam geek tapi dia bukanlah genius...)
Dia kind of orang yang ada kecelaruan identiti. Tapi, orang nampak dia mcam normal je.
Itulah dia dunia orang yang hanya orang tertentu je faham.
Faham dengan makna pernh melaluinya, pernah rasa dan cuba untuk berubah.
At the end, kita semua tak diadili dengan duniawi.
So, tak salah kalau kita 'unpopular' (wujud ke istilah ni?),
Yang penting kita semua tahu dan bersiap untuk ke muka pengadilan yang HAKIKI.
✨Short Update✨
Saya doakan apa jua yang berlaku, semoga dipermudahkan urusan kalian🤲🏻
Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨
Singgah Baca
Singgah Selalu
-
-
.: BRISWALK DI BATU GAJAH :.21 jam yang lalu
-
Hadiah dari Faa21 jam yang lalu
-
-
Salam Aidiladha5 hari yang lalu
-
May Babies!Seminggu yang lalu
-
Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites8 bulan yang lalu
-
Tulisan pertama pada 20259 bulan yang lalu
-
UntungSetahun yang lalu
Singgah Borak
Arkib Blog
-
▼
2014
(44)
-
▼
November
(20)
- Chapter 4 @Arau
- Betul Nak Setia?
- Syuhh...silent reader nak cerita.
- Proving the Illuminati is Real!
- Intermission: Nasi Lalapan
- Terima Kasih Sudi Review #1
- Bila bosan melanda....
- Bila umi tanya...
- Thanks to Angel!
- Segmen: Blogwalking by Dayang Deno #2
- Cerita tentang 'follow'?
- Goodbye Part 3!
- Summary of part 3
- Suatu CINTA dahulu...
- Aku dan Lindsey Stirling
- Aku dan Blogger
- Perempuan vs 'window shopping'
- Penangan "Aku keliru"
- Nak jadi blogger famous, tapi....
- Rant on unpopular
-
▼
November
(20)






