Latest Posts

Memaparkan catatan dengan label Tribute. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tribute. Papar semua catatan

Gempar hari ni dengan berita kematian Chester Bennington. #RIPCHESTER memenuhi dada twitter. Sebab utama kematian adalah: bunuh diri.  ...

Gempar hari ni dengan berita kematian Chester Bennington. #RIPCHESTER memenuhi dada twitter. Sebab utama kematian adalah: bunuh diri. 

Why Chester why?
Your song was prevented me from this tragedy...and now you committed suicide? 
Takdirkah ini?

Tuhan murka orang yang bunuh diri sebab dia mengubah takdir yang Allah dah tetapkan pada dia. Sebab tu orang yang bunuh diri akan mengulang proses dia bunuh diri tu sehinggalah datangnya kiamat. Terseksa sangat!

But, Chester...he was depressed! 
Syaitan mainkan peranan yang hidup akan lebih bahagia jika dia mati dan bunuh diri saja. Kejam sungguh janji syaitan padamu itu Chester. 

Innalillahwainnailaihirojiun...
Dia sudah penat. 
Jadi dia pilih jalan ini untuk ubah takdir dia.

Broken family, child abuse = Depression = masalah psikologi = bunuh diri

Ah, sarat benar rawatan untuk penyakit jenis ini. Sebab faktor yang menentukan kejayaan kita dalam rawatan ini adalah diri kita sendiri. Mahu atau tidak untuk dirawat. Sampai suatu masa isitlah penat belengu diri dan hasilnya akhiri hidup lagi bagus.

Tapikan, orang seperti Chester telah banyak menyelamatkan jutaan jiwa kacau yang lain. Termasuk aku (suatu tika dulu). Sebab dia faham situasi dan perasaan itu. Dia sampaikan melalui lagu-lagu dia. Sebab tu aku minat lagu dia. Ia semacam wujud kaitan. Yeah, masalah psiokologi semuanya berkait dengan emosi.

Thank you Chester, for being there through our darkness phase. Even though your song didn't give the light, but it's enough for me to feel your existing. #RIPCHESTER

Chester, RIP, linkin park, vocalist

My December is my favourite birthday song...
Lost in the echo has helped me to walk the path independently..
Castle of glass...Catalyst...new divide..there are so many memories between me and his song. #legendneverdie

***

Then, sedang aku mengucapkan takziah kepada Chester ditwitter, terbaca satu tweet yang mengaitkan isu depression yang menjadi penyebab Chester mati ni dengan 'attention seeker' dan juga 'malays perspective'. 

Dan aku seperti, could you please stop blaming Malays perspective? It's Chester day! Bukan untuk put the blame on Malays. Ah!!! (Malays being Malays be like..) Namalah perspective. Ia subjective. And 'Attention seeker'????

Depression dan attention seeker?????
I don't get it! 
If you want to fight about this issues, please and please not on the Chester day. You are ruining his day!!!!

Aku patut buat kajian untuk isu ni sebelum lebih ramai artis yang menjadi idola aku akhiri hidup diorang dengan bunuh diri. Please Shayne Ward, Chris Martin, Backstreet boys, JT, MCR and all 90's artists...don't commite suicide. 

So, thank you again Chester..At least he left a good goodbye before die. Last but not least, rest in peace Chester. 


(Transformers is not a transformer without his song. huhuhuhu)

Hari tu masa Matluthfi kawen , tadaklah aku sedu sangat. Pastu bila Akim kahwin, rasa dia sama macam masa pyan kahwin dengan zul. Tak sed...

Hari tu masa Matluthfi kawen, tadaklah aku sedu sangat. Pastu bila Akim kahwin, rasa dia sama macam masa pyan kahwin dengan zul. Tak sedih, tapi macam...macam tu lah. Macam makan nasi berlaukkan garam kosong, macam baca buku tapi satu pun tak faham atau macam tengok cerita ‘Pirates of Carribean’. Budak 90’s dah makin ramai bersalaman dengan tok kadi. Makinlah tua daku rasa. Tahniah buat Akim dan Stacy.

credit and sumber ig Fadzilzahari
Akim kahwin dah hari ni. Hari Jumaat, 1015; 5 Feb 2016. Okay tak sedihlah. Gembira lagi ada, sebab akhirnya mereka bersatu juga! Yay! [sambil kipas mata]

Since when aku minat Akim nih? Jap, belek diari lama dulu...based on apa yang ditulis dalam kitab lama, aku bukan minat Akim yang sebenar, sebab aku lebih minat Akim yang klon. Cyeh! Takdelah...aku memang minat sejak lagu ‘Bengang’ lagi...masa Akim buat konsert lagu Bercinta. Lagu I’m Yours....tak sangka dah nak dekat 10 tahun Akim sebagai artis. Dah jadi suami orang dah pun. Aku? tak payah tanyalah....

sumber IG: Akim & The Majistret
Tadak hal lah Akim dah kahwin pun. Ramai lagi ‘Akim’ kat dalam dunia ni. macam Adele kata, takde dia pun ada ‘Someone like you’ pun okey...tapi tu lah, kita takkan selalu dapat apa yang kita nak. Kadang kita kena belajar menerima apa yang kita tak nak atau tak suka. [quote tadak kaitan..T_T]

So Akim dan Stacy, selamat pengantin baru ya! Semoga bahagia hingga syurga.

credit to IG: Hlive

InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, time aku kahwin nak jemputlah Akim ke majlis. [itupun kalau sudilah, kalau tak terpaksalah panggil akim lain...] hahahahha berangan! calon pun tadak dah fikir pasal artis jemputan...choi! 

Dah! dah! tak baik usha suami orang lama-lama, itu hak milik stacy. Kita mana ada hak....
Entri khas untuk Akim dan stacy sempena korang kahwin. Nanti bila aku rindu korang, bolehlah aku belek entri nih...yelah katanya nak print out blog nanti...

Thanx untuk semua sumber gambar...tak sempat nak kejar flight tadi sebab sibuk uruskan tanah kat Miri ni...huhuhu kalau tak dah lama duduk sebelah stacy tadi...[okay! memang kena stop berangan...]

dah lama giler akim tak update blog dia...habis suda artis pujaan yang single mingle....sendiri lagi...
tetiba lagu zaiton sameon bergema dalam kepala...
"Dulu aku sendiri...kini masih sendiri"

Huhuhuhuhu...okay bye....ku rawat luka ini ditikar sejadah dulu.....

Liputan dari the rakyat post tentang perkahwinan Akim dan Stacy
lagi banyak gambar kahwin akim dan stacy

Assalamualaikum, Entri kali ni aku nak berdiskusi pasal seorang tokoh yang mengagumkan dan mengetarkan jiwa ramai pemuda. Beliau adalah...

Assalamualaikum,

Entri kali ni aku nak berdiskusi pasal seorang tokoh yang mengagumkan dan mengetarkan jiwa ramai pemuda. Beliau adalah 
Ahmad Ammar Ahmad Azam
Sebelum berbicara tentang beliau, baiklah kita hadiahkan Al-Fatihah untuk beliau...
Al-Fatihah.



"Sebuah kematian yang menghidupkan"

Itulah ayat yang paling aku rasa kagum. Ayat inilah yang berjaya meruntunkan sekeping hati aku yang dah lama mencari idola sezaman. Akhirnya muncul juga. Walaupun beliau sudah tiada, tapi semangat beliau tetap bersemarak dalam setiap pembaca. Walaupun aku sendiri pun tak kenal siapa beliau, tapi insiden pemergian beliau sangat hebat diperkatakan. Malah kisah hidup beliau terus menjadi suatu fenomena yang amat membanggakan sesiapa sahaja yang mengenali rapat dengan beliau. Sangat terharu ni...

Teringat tentang nukilan emak beliau tentang beliau dan nasihatnya;

"Seseorang yang pada pandangan kasar kita itu buruk, tidak mustahil boleh berubah jauh menjadi hamba Allah SWT yang jauh lebih baik daripada kita suatu hari nanti...maka haruslah kita bersangka baik dengan sesiapa sahaja."

Ammar juga disenaraikan sebagai seorang yang:
- sentiasa bersyukur dengan apa yang ada
- sifat belas ihsan
- tiada sekelumit pun perasaan dendam
- sentiasa tertib dan hormat dalam setiap butir bicara mahupun perlakuan
- memelihara perasaan orang lain.

Sapelah yang tak bangga mempunyai anak yang ulungnya bagai Uwais Al-Qarni dan semangat Sultan Muhammad Al-Fateh.

Dan selepas baca buku ni, aku baru tahu yang 29 Mei adalah tarikh sambutan sempena pembukaan Kota Constantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.
Ish, ish, ish...teruknya aku. 

Ammar juga pernah berpesan kepada ayah beliau, 

"Abah, dunia ini untuk berjuang dan untuk penat, kita rehatlah bila mati nanti di syurga."

Terharunya...
Hati yang sedingin ais di greenland pun boleh cair selepas baca biografi beliau.


Benarlah, perancangan dan jadual Allah itu lebih kemas dan teratur jika di bandingkan dengan rangkaan plan kita. Sangat, sangat, sangat speechless.

Buku yang jika dibaca bergetar jiwa. menusuk kalbu. Terasa macam rohnya sedang memerhati setiap pembaca. Oh, indahnya caturan Ilahi.

Terima kasih Tuhan kerana telah menghantar Ammar sebagai batu loncatan dan pencetus ummah generasi muda yang kian alpa ini. Moga dirimu kekal dalam lubuk hati setiap insan yang inginkan perubahan. Termasuklah aku...sob sob sob...malu dengan diri sendiri.

Kalau korang nak tahu macamana 'soul' tu kenalah baca buku ni, sangat menyentuh perasaan. Kalau yang dah baca tu, marilah kita sama-sama melakukan transformasi secara istiqomah. Walau tak besar macam yang di buat oleh saudara Ammar ni, buatlah apa yang termampu. Mula dari diri sendiri, nawaitu perlu diperbetulkan supaya transformasi berkekalan. Insya Allah, aku pasti kita boleh. Amiin.
***THE END***


"Jika engkau mahukan teman,
cukuplah Allah sebagai teman.
JIka engkau mahukan musuh, 
cukuplah nafsu sebagai seteru.
Jika engkau mahukan hiburan,
cukuplah al-Quran sebagai bacaan.
Jika engkau mahukan nasihat,
cukuplah mati sebagai penasihat."
-Ahmad Ammar-