Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Bagi aku, 2016 itu macam "tahun yang paling sukar untuk dilupakan..." 

Bagi aku jugak, "2016 adalah tahun akhir jejak Arau sebagai student kampus Arau..."

Lagi??

#

2017: Hai! Holla! Ini 2017. Awak 2016 kan? Awak punya tempoh sewa dah tamat dah dengan budak ni...mungkin awak boleh keluar kot. Bawak barang-barang awak semua tu sekali. Jangan tinggal satu pun tau! 

2016: Aduh! Ada ke patut dihalaunya kita 2015? Aku ada sehari lagi kot duduk sini, tak reti sabar ke?

2015: Alah! kau pun dulu buat kat aku macam tu jugak...apa kau lupa?

2014: Tak payah nak kata orang lah kalau kau sendiri pun lupa apa yag kau buat dekat aku...

2013: Hidup baru azam baru...heh! alih-alih dekat aku jugak yang budak ni ingat...

2012: Eleh! kau jangan perasan ek, dia ingat aku lagilah....come onlah ini 2012...

2011: Iyalah tu...dalam banyak tahun, 2011 paling dia sayang..

2010: Aku bukan nak kata apa, korang tu tahun pahit dia...so, tak payah perasan! aku ni je dia suka...

2009: Aku tahu budak ni paling sukar nak lepaskan aku...



#

2016. 
Jujur aku cakap, 2016 paling banyak ajar aku untuk hidup. 2016 yang buat aku tak pernah ada target untuk lepasi tahun ini dengan jaya, tapi aku dah berjaya. Berjayakah aku? 

1316. 
Durasi diploma telah tamat tanpa rasmi. Berat untuk tinggalkan semua memori di belakang. Tapi, suatu hari tu...aku mendengar sang bayu menyampaikan salam...dari Arau katanya...

"Suasana itu dicipta dari minda baru jiwa dapat merasa tanpa perlu hadir ke destinasi yang kau rindu..."

Lantas, aku jenguk ke luar jendela...aku nampak kelibat Academic Height. Aku nampak pokok yang menjadi tempat aku berkongsi rasa. Aku dapat hidu bau Arau. Ya! Arau ada satu bau...bau 'dust' aku gelarnya dulu...

#

Kau tahu kan, siapa pun tak pernah jangka akan hidup sehingga ke usia ini.

Come onlah, Generasi 1999 dah tamat high school. Takde dah batch 19xx ni...

# 

2016. 
Tahun yang mukaddimahnya langsung tidak aku suka. Tidak pernah hatta mengingatinya buat aku rasa sesak!

Persoalan; sampai bila aku mahu hidup begini? sampai bila aku mahu kejar bayang semalam?

Aku diam...bayang itu lari. Sebab aku sembunyi di bilik gelap. Aku melangkah dalam gelap. Mencari sinar yang tak pernah aku jumpa. 

Dan aku selesa berada diruang itu. 

#

2017
Awalun yang mencabar. Tapi aku suka! 
Kenapa?
Terlalu banyak elements of surprise. Hahahahahha

# 

2016?
Aku takkan pernah lupa tahun ini. tahun yang paling banyak...banyak banyak banyak cerita...cerita yang takkan pernah luput. Separuhnya ada bukti. Sebahagiannya ada saksi...Sukunya pula hanya lagu yang berbicara....

#

Song of the year?

Cinta melankolia? 
Alone- Alan Walker? 
Calm Snow- I See Star? 
I dream about you- Simple Plan?
Oreo untuk ahli sihir?

#

Last entry. Isinya berjeda. Banyak....
Last entry 2016, Terasa banyak untuk cerita, tapi sedikit pula yang terluah...

Merenung ke belakang buat aku rasa semakin tak percaya. 
Tahun yang pernah aku hitung dalam buku petak besar dulu kini semakin hampir. 

2020?
Usianya aku sudah menginjak..jauh dari angka dua, perlahan-lahan...

#

Dan aku menatap library sambil dikelilingi nota dari semua subjek. 
Alhamdulillah sudah siap. 
Perang 2017 sudah bermula. 
Pemangkin yang tiada tandingnya. 

#

Baru sedar... Break is the song of the year...

but I still dream about you,...

then I woke up and I'm alone..

Nasib baik dah bagi oreo kat ahli sihir dengan drakula...kalau tidak nightmare saja...

huhuhuhu

###

p/s: oreo dah habis...baru perasan tadi aku makan Nips! 😱 Tak percayanya aku dah lupa tragedi Nips! hahahahhah...

Untuk kamu, aku ucapkan selamat berjuang untuk final exam dan juga hari-hari mendatang....kamulah....kamu yang pernah hulurkan Nips..tapi sayang aku tak ambik...hahahahahah

Menyesal? -tak pun- 
Okay,...aku memang patut chiao...makin merapu halanya....

benci rasa menyesal bila ada peluang...gua takut der...takut pada suatu yang tak pasti..pada impian mungkin aku berani, tapi bila melibatkan barang yang tiada waranti ini, aku memang takut.....

Okay...memang kena chow..
Yeah, ada seminggu lebih lagi 2017 akan persembahkan dirinya sebagai watak utama. Minggu yang sudah penuh dan sesak dengan segala tugasan sebagai pelajar, telah pun berakhir. Sekarang yang tinggal adalah perang menuju final exam. InsyaAllah malam ni, Masjid UiTM Shah Alam ada buat sambutan Maulidur Rasul sekaligus melaksanakan Solat Hajat. Alang-alang berenang, minum air terus...

Ini adalah kali pertama merasa final exam masa sambutan tahun baru. Nervousnya! Kalau masa diploma, musim sekarang adalah musim cuti mid-sem. Jadi bila dah degree ni, dia kontra habislah. 


2017.
Memandangkan bukak je tahun baru ni adalah final exam, maka kemungkinan besar proses penghantaran hadiah bagi contest pun akan makan masa sedikitlah..diharap semua peserta dapat bersabar. Dan terima kasih sertai contest ni! -sudah ada 53 penyertaan- haaa...macam mana mau kasi itu hadiah?- 

Antara list yang aku rencanakan untuk 2017 adalah:-

1- Baju baru untuk blog
Mungkin patut, mungkin tidak...tapi kalau dah bertukar karang, kira misi aku dah terlaksana lah kan? 

2- Marathon DC Series 
  • Arrow, 
  • The Flash, 
  • Legends of Tomorrow, 
  • Super Girl, 
  • Gotham,
  • iZombie, 
  • Lucifer dan 
  • Preacher. 

Sebelum series tu bercambah lagi yang baru, baik aku khatam mana yang ada ni...Yang paling giler hari tu, aku nak layan Arrow je, tapi disebabkan diorang boleh pulak buat crossover bagai, habis habis! Aku paksa hold dulu, dan jadikan asssignment musim cuti nanti...

3- Mengkaji negara Turki. 
Aku tak tahu kenapa, tapi sejak kes duta Russia kena tembak, kes Aleppo dan macam-macam lagi...aku pun rasa patut buat kajian pasal isu ni. Masih belum terlambat untuk mula. 

Kenapa dan kenapa itu masih berselirat lagi..kalau dapat, memang nak pi lah sana. Lagi-lagi Derinkuyu...


Garapan kasarnya beginilah. InsyaAllah akan terus berkekalan semangat ni. Yang Iluminati pun tak habis lagi kaji, strategi pelaburan Robert T.Kiyosaki pun masih tak khatam, rencana untuk personal branding masih dalam proses kajian, carian...

Yang paling utama adalah, menaikkan kualiti dalam diri kepada yang lebih baik dari tahun lalu dan sebelumnya....

Thanks for reading and Happy Holiday!

p/s:
Awak yang tengah nak final exam tuh, buat cara nak final ye...cuti awak lambat lagi.-termasuk diri sendiri ni-😂
Kalau korang perasanlah kan, sejak hujung bulan November lepas ramai blogger menyertai contest dari Traveloka. Dan minggu lepas dah keluar pemenang mingguan. Antara pemenangnya adalah Busyra Takiyuddin, Shahida Dzulkafli, Aisyah Nyais dan lain-lain...TAHNIAH aku ucapkan kepada pemenang minggu pertama!!!

And........

Minggu ni, senarai pemenang untuk minggu kedua pulak, baru je keluar semalam...dan....

Aku macam tak percaya giler yang nama aku ADA!!! 


Alhamdulillah!!! 

Dan antara blogger yang menang contest untuk minggu ni yang aku kenal adalah BV. Tahniah BV!!! 

So...how my feeling? 
- excited -ini tak tipu...-memang tak percaya sebab, artikel tu baru je siar baru ni, dan selang dua tiga hari, dapat jadi pemenang mingguan...memang rasa macam nak Lari terus ke El Nido weh! serius!

Kepada semua yang aku mention / tag masa share kat Fesbuk hari tu, terima kasih tak terhingga untuk korang! 😊 Support dari kalianlah yang membantu aku untuk 'lari' ke El Nido ni...

So, itu saja untuk hari ni. 

Kepada peserta lain, ALL THE BEST! Masih jauh lagi misi pelarian kita ini. Dan semoga impian kita semua untuk menjejak kaki ke destinasi pilihan akan BERJAYA!

Thanks for reading!
Baru perasan, tahun lepas tarikh 13/12 ni aku up entry pasal Aku dan Blogger siri 2. Apa lagi, pada tarikh yang sama ni aku gunakanlah peluang untuk menyambung siri tersebut. [siri 1, siri 2] Dan berkemungkinan setiap tahun pada 13/12, siri ini akan terus bersambung dan bersambung....

Holla there!
Salam blogger pada yang baru follow laman ni dan salam ukhwah pada yang telah menjadi pembaca setia blog ni. Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang sudi menyenaraikan blog ni sebagai bloglist mereka. Tiadalah kata penghargaan yang selayaknya dapat aku kongsikan pada kalian selain Syukran Jazillan khairun jjazza'.

Sebelum tu, aku nak minta maaf andai sepanjang aku berblogging ni ada yang tak puas hati dengan cara dan konsep aku. Mana yang masih tak selesai lagi isunya, aku harap kita selesaikannya secara baik.

Siri kali ni, sedikit panjang sebab aku dapat rasakan kecelaruan sepanjang membentuk blog ini menjadi sebegini. Kalau korang pernah kenal aku dengan blog HITAM + EMAS, percayalah...blog Hitam Putih ini masih lagi berkonsepkan 'hitamemas'. Cuma, disebabkan aku dah fikir banyak faktor tertentu, maka blog ini pun berubah wajah.

sumpah eindu giler nak guna theme ni...
Serius aku cakap, itu bukanlah satu keputusan yang mudah. Aku sendiri lebih sukakan background hitam berbanding putih. Jerih payah nak edit kasi dia sekemas dan seringan mungkin itu memang boleh merubah mood aku. Even buku nota pun, aku lebih prefer hitam dari putih. Tapi, tak semua orang senang mata untuk menghadam laman gelap. Lagi-lagi bila usia dah menginjak macam ni..(serupa tua benar bunyinya...hahahaha)

Untuk puaskan hati semua orang tidak semudah ABC...

Masa fasa penukaran domain hari tu, memang makan masa. Sebab time tu aku praktikal. Nak dapat internet pun agak terhadlah. Lepas tu, bila domain dah selesai, aku pun mula merangkak cari template yang selari dengan domain. Nak dapatkan template pun satu hal. Macam-macam jenis aku cuba guna, try and error lah, senget sanalah, sini tak betul pulak...aku pernah mencuba satu template percuma masa anniversary blog aku, tapi bila ditimbang tara, ia berat semacam...

Then, dalam proses pencarian tu, terjumpa blog milik Erin.
Thanks to Erin sebab banyak share pasal minimalist tempalte 😄 Dari situlah bermula aku kumpul dan simpan duit untuk beli template. Masa tu kebetulan Vefio ni ada sale, aku pun beli Nueva dari Vefio. Tak lama lepas tu, masa raya terus aku beli lagi baju baru untuk blog ni. Sampai sekarang aku guna Rosemary dari Sandy themes.

Sebenarnya, aku dalam proses nak custom design blog, tapi bila cari dan gali harga dia...mak ai! not affordable...so aku hold dulu dengan yang ini...


Dalam tahun ni jugak, aku wonder manalah blog parih pergi ea...dah lama tak dengar update dari blogger ni. G+ dia pun dah tak aktif, insta pun takde. Aku ni, bila dah familiar dengan orang tu, dia punya risau, macam kenal lama 😅. Nak nak pulak lepas tu, blogger tomo lesap. Lagi hairan tengok blog lama dia jadi garage car?! Kak ros pun dah lima bulan sepi...

Cepat sangat perubahan tu berlaku. Kalau hujung tahun lalu, aku banyak tukar-tukar cerita dari peserta contest #dearsofie...sekarang ni aku rasa macam soul tu dah hilang...tak sama. Lain sangat...mungkin perasaan aku je kot...-mungkinlah...-

Sekarang ni contest #LASTGIFT masih lagi berlangsung. So far ada 44 orang peserta. Hari tu, sempatlah aku jenjalan cari extra gift...mana tau ada rezeki lebih an...tapi nasib tak menyebelahi sebab dah kena pau..😐 So, mana yang masih belum join, anda kemungkinan ada potensi untuk dapat sagu hati juga....-insyaAllah ada rezeki...-

Blog yang second pun aku dah delete. Hajatnya banyak rencana untuk pembuka tahun 2017 ni, tapi itulah...musim final. Kemungkinan berlaku penundaan sedikit dalam proses akan datang.

Aku dan Blogger #3

Apa yang aku belajar? - banyak-
Kadang aku macam terlalu fokus pada blog sampaikan kawan aku pun tegur, "Kenapa perlu bayar dan beli sesuatu jika ada percuma?"- dia merujuk pada domain dan template yang aku guna...-

Susah nak explain dengan orang yang tak pernah buat blog dan berkecimpung dalamnya...dia macam...tu lah senang kata hanya blogger je faham blogger...sudahnya aku jawab gitu kang, ada yang tarik muka...maka aku pun jawab...-entahlah....-malas nak berfalsafah dengan orang yang tak pernah berada dalam kasut yang sama...- boleh ek macam ni?-

Selepas dua siri berlalu, aku perasan sekarang ni mostly blogger dan mula berjinak dengan template yang lebih simple...putih, nampak mature dan elegant. Sampai aku pun kena jugaklah tempias dia...😅

Harapan aku untuk siri yang akan datang, semoga blogger yang ada pada hari ini akan terus maju dan berjaya pada masa akan datang...-insyaAllah-

###to be continued....###

Aku dah lama tak lari. Lari dalam istilahnya;


menjauhkan diri seketika dari kesibukan kerja harian yang aku lalui.

Semingguan lepas, aku berjaga tanpa sebarang lena panjang. Sampaikan kawan sekelas tegur,


'kenapa kau stress sangat?'.


Mahunya tidak, bila semua kerja jatuh pada dateline yang sama dan groupmates kau pulak submit semua bahagian diorang pada malam harinya then, hands up! Masa tu aku rasa macam,..? macam nak jerit pada KL yang "AKU PERLUKAN HOLIDAY!!!"


Sayangnya jeritan itu tak terluah. Sehinggalah suatu hari, aku check email dan diberi peluang oleh TRAVELOKA untuk fikirkan destinasi larian. Dan aku pun termangu memilih, tempat apalah yang aku patut pergi dan hilangkan diri dalam mayapada ni?


El Nido, Palawan!!!












El Nido, Palawan
source

Yup, aku patut pergi situ. Aku patut main dengan air untuk sejukkan dan tenangkan jiwa aku yang lama membara ni. Aku patut pergi situ. Aku dah penat dikerumuni hutan batu. Mata aku dah lama tertipu dengan keindahan ciptaan manusia dan aku perlukan alam semulajadi. Aku perlukan inspirasi baru. Inilah destinasi larianku!


"Haish, kau pandai berenang ke nak pergi tempat air-air ni?"


Ha'ahkan...aku ni dahlah tak pandai berenang. Hari tu pun belajar masih guna life jacket lagi...


Ah! itu bukan halangan...dapat pijak dan tanam diri dalam pasir dia pun jadilah...mana tau balik je dari pelarian tu, terhasil satu buku karya sofieadie....hahahaha..eh, ada tau penulis novel omputih yang hasilkan novel dia time pergi situ. Tak mustahil lepas ni, aku pulak ikut jejak dia...tapi bukan novellah...dia more kepada bacaan umum dengan ayat dekat belakang buku tu,



"...penulis mendapat ilham ketika 'pelarian' beliau ke El Nido. Di situlah juga beliau bertemu dengan seseorang yang kini telah menjadi sebahagian dari hidupnya..." 

hahahahahahahahh...okay...fine! behave...


Bila pergi El Nido, aku akan pergi style backpackers gitu. Benda yang paling penting kena bawak adalah buku dan pen!


Kau ni pergi melancong pun nak bawak buku pen bagai, come onlah...- cuba cakap, traveller mana tak bawak buku dan pen bila pusing dunia?-


Secondnya, mungkin bawak gitar. Walaupun takde gitar dan tak reti main pun gitar tu...hahahaha. Sebabnya aku dapat bayangkan lagu 'Kau Ilhamku' oleh Manbai dekat Las Cabanas Beach sayup-sayup kedengaran time tengok sunset tu.












Beach, El Nido, Palawan, Las Cabanas, Holiday
source

Subhanallah! Indahnya...aku pun nak menangis gambarkan (baru gambaran tu, belum pergi lagi)...masa tu, sambil tengok pantai, aku dapat rasakan yang aku macam tak nak balik dan selamanya nak duduk kat sana...


Tido? Hah! Kau giler tempat punya cantik nak lelapkan mata pun sayang wooo...lagi-lagi bila depan mata kau tu pulak adalah Seven Commandos Beach! Pantai lagenda yang menyimpan rahsia tujuh komando Jepun.












7, commandos, beach, palawan
source

Dan kemungkinan besar kerja aku dekat The Large Lagoon El Nido adalah merenung air dan senyum sendiri. Sebabnya, aku macam tak percaya yang aku dah sampai ke situ. (Jangan orang ingat aku minah yang terlepas dari Tanjung Rambutan suda...)


Masa tu, mungkin separuh daripada buku dapat diterbitkan dah kot! Dan of courselah aku takkan lepaskan peluang untuk berkayak ke situ... hopefully energy aku tak drain...main kayak kat tasik pun dah semput, inikan dekat pantai...fuh!












sources

Kalau dapat peluang diving and snorkeling dekat El Nido, memang aku takkan lepaskan peluang tu. Ya Allah, bestnya...selama ni asyik berfalsafah pasal lemas dilautan bagai,...(tapi takdelah aku nak lemas pun)...aku nak teroka hidupan dalam laut tu yang mana tahu, aku akan berjumpa jawapan bagi persoalan yang selalu bermain dalam benak ni...-Jap! aku nak tengok ikan? Finding Nemo? Pergh!-












source

Lepas tu, pergi Nangkalit-Kalit waterfalls...spend a day dekat situ. Harapnya takde pacat. hahahaha...fobia pulak aku. Kalau adalah? Hurm....losyen Gamat Emas kan ada...?


Pastu, seharian lagi pi daki Taraw Peak. Serius nak daki? Of courselah! Tiadalah makna kamu jejak El Nido jika tidak mendaki Taraw Peak.












source

Satu lagi, dia macam tak best tau, bila kita pergi tempat yang mostly semua air, tapi kita tak basah langsung. What's the point man? Baik pi London kan? So, kenalah pi basahkan diri dekat Secret Beach, dan semua pantai yang ada dekat situ...hahahaha...dan aku patut beli sun block -tetiba-


Tak dapat mandi, celup-celup kaki tangan pun jadilah labu oii...


Selain pada tu, peluang yang aku takkan lepaskan bila pergi El Nido ni adalah dining by the beach. Huuu..susah tu nak buat kalau jarang-jarang lepak kat pantai ni. Maka, apa lagi...bantailah segala seafood yang ada di situ..especially yang mana susah dan mahal dekat kawasan kita..karang mengidam tahulah dekat mana nak cari kan?



Malamnya, aku akan spend time dekat tepi pantai, tengok langit, tengok bintang...dan tidur dalam khemah. Buat camp fire lah! Apa lagi....berqiamulail dekat tepi pantai, terasa kerdilnya disitu...berteleku menanti subuh dan ambil peluang sunrise sekali...-Alhamdulillah- sejuk hati ibu mengandung...- ?


Selepas dapat ketenangan dan dingin subuh di tepian pantai, peluang untuk mencoret tu mestilah tinggi...apa lagi...tersenyum lagi memandang keindahan alam di El Nido sambil menulis poskad untuk dihantar ke teman-teman...rakan maya, rakan blogger pun tak dilupa...but first, let me take a selfie with #MyTravelokaEscapade !


Hanya dengan membayangkan destinasi ini pun sudah bisa bawa jiwa aku lari ke sana, tidak dapat aku gambarkan betapa lebarnya senyumanku kelak bila dapat menjejakinya....


All the best untuk semua yang mahu 'lari' bersama Traveloka!


Thanks for reading!?



Bila Rancangan (A) bertemu dengan Perasaan (B), maka berlakulah satu komunikasi yang boleh dikira berpotensi untuk menyalahkan 'tak cukup masa'

A: Eh, portfolio english kena submit rabu ni.

B: Malam nantilah aku pulun

A: Kelas petang habis awal, balik ni terus buatlah...

Sesampainya di bilik. Buka laptop:-


A: Cantik! Internet ada...boleh terus buat nih..
B: Mana ada orang panas-panas buat kerja. Baru habis kelas kot...come onlah...relax dulu..

Tengok jam, baru pukul 3:30 petang. Pandang katil... 

A: Petang ni aku relax dulu, simpan energy untuk malam. Pastu malam karang aku stay up lah...

B: Cantik gak tu...lagipun tadi baru bebankan otak dengan markah test. Nanti buat kerja tak faham. Rugi je..

Lantas, aku pun menuju ke katil dan belek-belek semua laman sosial. Apa lagi, pejamlah...

Malamnya...

Laptop dah buka, internet ada...pergi buka email..lepas tu, dashboard blog...dan tersangkut. 


Belek nota subjek X, baru perasan nota masih tak lengkap.
A: Kena print dulu nota ni..
B: Haah, memang kena print dulu..nanti tak payah kelam kabut. 
A: Pergi print dekat bilik memberlah, sambil tu boleh catch up...

Maka, pergilah bilik kawan dari pukul 10:30 malam.

Sambil print, terbukalah isu tentang 'kenapa perkhidmatan bas percuma dalam kampus dihentikan ketika saat-saat nak final exam?' Termasuklah cerita tentang tragedi di TBS. Betapa pahitnya dan bahayanya dunia zaman sekarang. Melalui sentuhan, apa-apa boleh terjadi. 

"Lepas ni, kita yang kena buat-buat gila supaya orang tak datang dekat..." kata Suci
"Benda kalau nak berlaku, apa pun kita tak dapat nak jangka..." Yong bersuara. Satu bilik berteleku.

Belum lagi diceritakan peristiwa di MC dan ragam masa kem di Ayer Keroh. 

MC, Melaka Central. 

Hari tu, dok kalut cari tiket. Semua bas kebanyakkan dah habis. 

A: Kau gila?! Dahlah isnin aku kelas pukul 10. Kalau naik pagi pun, belum tentu sempat berkejar ke kelas.

Disebabkan otak tengah berkecamuk, badan pun tak tentu hala sehingga terlanggar orang pun dah tak kisah. Janji tiket dapat. 

"Kau ada mintak maaf tak dekat orang tu?" Suci menyampuk. Baru terfikir. 

"Aku rasa macam dah. Memang tak pandang dowh siapa yang aku langgar. Otak aku fikir tiket je.."

"Apa da kau ni...ko langgar mana masa tu?"

"Dada dialah. Tu yang sengal sakit kat hidung aku langgar pintu toilet hari tu naik balik. Ko bayangkan, speck besar aku langgar dia, bunyilah jugak..."

"Tak rasa sakit ke masa tu? Masa bila pulak ko langgar pintu toilet ni?!" Angguk macam budak nak chikedes lepas tu buka pulak cerita masa di kem dekat Perak dua minggu lepas.

"Time tu aku rasa aku dah buka pintu luas-luas, tapi entah kenapa time aku bukak pintu tu, gedebuk langgar muka aku...Memang berdenyut sehari jugaklah..."

"Kau ni dengan pintu pun bermasalah..."

Ayer Keroh.

Masa tengah lapar, kau disuruh tukar pinggan dengan kawan-kawan satu kem tak kira lelaki atau perempuan.

"Guna tangan?" Aku angguk.

"Kira kau makan air tangan orang campur-campurlah ni? Ergh! Kalau aku tak makan dah!"

"Kau tengah lapar pun terpaksa habiskan..."

"Lepas tu, aku terjatuh tangga, ipad aku tenggelam dalam khemah masa hujan, sampai sekarang takleh buka.."

"Bahayanya....kau ni macam-macamlah..."

Disebabkan tragedi yang berturutan itu, satu gambar pun aku tak ambil sepanjang 4H3M kem berlangsung.

Okay...ni je gambar yang aku ambik...sebelum kem "banjir"

- banyak pulak cerita dia, maklumlah lepas cuti...-😅

"Aku chow dulu, pape hal roger...nak buat assignment lu.." 

Tengok jam dah pukul 11:45 malam.

A: Tadi kirim burger dengan kawan. Makan dululah

B: Buat kerja masa lapar tak jadi kerja...

A: Okay, aku start buat kerja pukul 12.

Sampai je bilik, aku pun makan. Burger dan ayam Uncle Bob. Tak tahulah kenapa hari ni dia punya kebulur tu pelik semacam. Asyik nak maaaaaakann je kerja..

A: Lepas makan, edit slide subjek Law dulu, baru buat english.

B: Bolehlah, follow je mana-mana. Tapi, otak aku berat..serabut pulak time macam nilah nak selsema...

A: Tak yah buat stress-stress sangat, nanti sendiri sakit sape susah? Aku jugak....

Sekarang, 01:41 pagi dan aku masih melayan lagu UG14, Bunga Larangan. Hasil dari mood karok yang tak tercapai, habis aku layan playlist lagu lama. Bermula dengan lagu Penantian by Blackrose. Perut dah kenyang, gigi pun dah gosok. Mata pun masih tak dapat tidur. Kelas esok pukul 11. Bolehlah nak mula buat english ni...

Tapi dalam masa yang sama, masih mencari solution untuk masalah "kenapa gambar untuk contest aku tak keluar dekat muka depan blog?" Macam-macam cara dah cuba, tapi gambar tak muncul jugak...😐

Ah, abaikan! katanya nak buat assignment, pergilah buat sana...minggu ni je kena pulun...lepas tu kau boleh fokus untuk final dah...

Aiy, aiy...

To all my friends yang tengah bertungkus lumus dalam pengajian masing-masing, aku doakan korang all the best and may Allah ease our way! 

Untuk orang yang aku langgar hari tu, mintak maaf giler-giler sebab gua nak cepat punya pasal, memang tak sempat nak berdrama akasia bagai...

Untuk kalian yang telah join contest, saya ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH dan SALAM BLOGGER!😊

Untuk semua yang membaca entri ni, syukran jazzilan...😊

daripada lagu Bunga larangan, sampai lagu Karam...baru selesai entri ni...okay, gua chow buat assignment...serius seyes...seyes..

Penutup bulan november 2016 kali ini agak kurang bernasib baik. Tapi, takdelah tragis mana pun. Cuma, poket yang rabak. Itu aje...tapi itu pun buat aku rasa macam nak hantuk kepala ke dinding berjuta kali setiap kali teringat peristiwa 'hitam' tu. 

Apasal aku tak tahu kes ni? apasal aku senang-senang je percaya cakap dia? apasal aku tak cuba lari tapi layan dia? kenapa sesenang itu aku kasi dia? kenapa, kenapa dan kenapa terus bermain dalam otak aku sampai hari ini...naifnya lahai...

dahlah, nak buat macam mana, memang rezeki dia, walau itu duit aku, tapi kalau dah tertulis itu rezeki dia, aku tak boleh nak buat apa jugak...

Tapikan, aku boleh kawal, aku boleh elak benda macam tu? cumanya, benda tu dah berlaku, macam mana aku nak elak lagi...nak buat bubur jadi nasi? macam nak jernihkan dakwat hitam!

Sekarang, aku nak marah dengan mak cik tu atau aku nak marah takdir? benda dah berlaku,..kalau kita terima, mungkin kita redha...tapi kalau kita persoalkan, kita nak marah, nak marah dekat siapa? 

Kenapa dalam ramai-ramai orang dekat situ, mak cik tu pilih aku? kenapa tidak orang lain? okay, mungkin ada mangsa dia yang lain, tapi kenapa kami? adakah dia pilih mangsanya secara random, atau memang dia dah ekori mangsa??

Begini kisahnya....
Isnin lalu (281116), selepas lepak dengan member aku dekat KL Sentral, aku pun berkejaranlah pergi TBS untuk naik bas ke melaka. Waktu tu, ktm baru lepaslah kot, sebab masa aku turun tu, dah kosong. Next train pulak pukul 8:59 malam. Okaylah, aku berharap yang akan ada bas paling lewat pukul 10 malam. Aku pun, relax jerlah...tunggu sambil belek-belek phone. Dengar lagu...paling kurang pun goyang kaki...

Dalam pukul 9:02 malam tu, train pun sampai..time tu, orang dah tak ramai. Rezekilah aku dapat duduk. Sebab selalunya dari kl sentral nak ke TBS, train dia macam sardin sikit. Kalau dapat duduk, itu memang rezeki. Dalam setengah jam jugaklah nak sampai ke TBS. Aku dah tak senang duduk dah, sebab takut tiket habis ke apa. Sampai je TBS, laju aku melangkah. Terus beratur beli tiket.

Sampai kaunter tiket, orang tu kata, tiket ke melaka dah takde. last bas tadi pukul 9:30. Aku tengok jam, dah pukul 9:33...aiyooo...sikit jer lagi...pastu, aku tanyalah;
"Paling awal esok pukul berapa?" Dia pun tunjuk kat skrin; pukul 5:45 pagi bas kejora. Aku terpaksalah tanya kakak aku dulu, samada dia available ke tak kalau aku ambik bas pagi buta tu. Lepas, buat perkiraan semua, aku pun beli jugaklah tiket pagi tu. Time tu, jam baru pukul 10. Nak buat apalah ni...

Aku pusing TBS, cari loker untuk simpan beg. Yelah, takkan nak hangkut berat-berat..plus, semua orang suruh berhati-hati. Aku pun tak tahu bala apa yang datang, baiklah aku simpan barang dulu. Segala dak buku, baju tu, aku tinggal dalam loker...yang berharga tu aku bawaklah. Pusing naik atas, turun bawah...dah macam orang tak betul pun ada. Pastu, aku nampak ada meja food court, aku pun duduk lah. Nampak macam ramai orang. Okaylah kot...takdelah aku takut sangat...

Kemunculan mak cik misteri entah dari mana-mana...
Tengah dok main wassep semua tu, tetiba aku disapa seorang mak cik ni. Masa tu, dah pukul 11 malam. Oh okay, mungkin dia nak teman borak ke apa. Aku pun berbaik sangka ajelah. Layan cerita dia...dalam hati macam taknak percaya, sebab dari gaya dia memang kontra dengan cerita. Penipu ni...tapi entahlah aku pun tak tahu benda apa yang buat aku mudah sangat percaya...(rasa macam nak tampar je diri sendiri time tu)

mak cik, penipu, tbs, kl sentral

(aku malas nak censored-censored bagai, disebabkan censored tu lah aku terkena...maafkan saya makcik, sebab ketidak jujuran mak cik, saya terpaksa dedahkan gambar penuh makcik supaya tiada mangsa yang terkena selepas ini...)

Mula-mula dia tanya, kenapa ramai askar malam ni? Aku pun cakaplah tak tahu. Dia pun berbasa basi macam tahu semua benda yang berlaku. Dia tanya aku, ada ambik ptptn ke? Pernah pergi penang ke? Kalau pergi penang, jemputlah ke rumah mak cik. Aku pun pelik dah, wujud lagi ke manusia yang first time jumpa, terus diajak ke rumah? tak logik sungguhlah!

Dan disinilah semuanya bermula....


"Mak cik ni teacher MUET, ada krusus kat putrajaya Rabu ni. Pagi tadi mak cik sampai dari Penang, kononnya nak datang awal sebab nak jenjalan pusing KL. Masa mak cik keluarkan duit dekat Brickfield, mak cik kena ragut. Adalah dalam rm500 jugaklah duit mak cik melayang. Handphone mak cik pun dia kebas. Hilang semua IC, kad bank. Mak cik ada anak sorang kat Dubai, kerja oil and gas. Mak cik dok mengajar kat Penang. Pak cik dah meninggal. Sedara pun dah takde. Itu yang mak cik menangis sebab tak tahu nak mintak tolong siapa dah. Polis pun tak dapat nak tolong. Ini kalau adik ada duit, mak cik ingat nak pinjamlah sikit. Nanti mak cik bayar balik. Adik bagilah nombor telefon, no. akaun semua, supaya senang mak cik bayar semula. Mak cik nak duit buat beli tiket ke penang je. Mak cik kena buat IC baru sebelum pergi kursus..."

Aku pun tekun dengar. (Siotlah aku ni!!) Kesian jugaklah bila dengar cerita sadis dia. Dalam hati, ragu-ragu jugaklah. Betul ke mak cik ni, nampak macam selekeh tak macam cikgu pun. Pastu, aku kasi tau kawan aku. Dia pun cakap, kalau dapat lari, lari dari mak cik tu...masalahnya, aku dah pun kasi mak cik rm50!!! huargh!!!!! Mak cik tu, naik balik ke food court dan dia tunjukkan tiket yang dia beli.

Aku tanya dia, harga tiket berapa? Dia jawab, rm28.90. Masalahnya, dia tunjuk kat aku baki rm10 je. Aku tanya lagi, mana baki rm21?

Kat situ dah nampak dah dia macam berdolak dalih. Aku pun, ikutlah permainan dia. Dia cakap laparlah, nak makan nasi kandar bagai, aku pun kata, saya tak pernah makan sini. Dia pun blah pergi beli makanan. Then, dia datang balik, cakap nasi kandar tak best, dia nak makan kfc. Pulak dah! ikut mak ciklah kan.

Sebelum tu, dia dah tulis maklumat dia sebab aku paksa sebagai bukti yang dia tak menipu. Tapi, tak tahulah kalau maklumat ni betul ke palsu. Wallahua'lam. Kata dia nombor telefon tu dah 14 tahun guna. Tadi aku cuba telefon, nombor tu dah takde dalam perkhidmatan..pigidaa!! Alamat tu pulak entah alamat sesiapalah dia ambik...😑

maklumat, mak cik, penipu, tbs


Tembelang hampir pecah!
Dalam 5 ke 10 minit tu, mak cik tu dah tak datang-datang. Aku jenguk KFC, macam dah nak tutup. Maka, aku bangunlah ke KFC. Tanya staff kat situ, ada tak mak cik ni (sambil tunjuk gambar mak cik tu) datang beli. Diorang semua cakap takde. Pastu, staff tu tanya kenapa. Aku jawablah...

"Saya syak yang mak cik ni, mak cik yang sama pernah tipu orang dulu. Tadi dia cakap nak beli makanan kat KFC, tu yang saya cari tu..." dan diorang kat situ meng-'o' kan sajalah...then aku turun.

Turun turun tu, pusing dari hujung ke hujung, baru nampak dia dekat 'kerusi pelbagai ragam' (sebab kat situ macam-macam gelagat manusia yang korang boleh tengok. Ada yang cakap sorang diri siap beraksi bagai...). Dia lambai kat aku, aku tengok jam; pukul 11:29. Bas dia jam 11:59.

Aku tanya;
'Mak cik kenapa tak masuk lagi? Bukan kena masuk awal setengah jam ke?' dia pun kata;
'nak masuklah ni..'
'tiket mak cik mana?' aku tanya. Dia pun keluarkan tiket yang dah renyuk lipat tu dekat aku. Aku ambik tiket dia dan tangkap gambar. Pastu, bagi dia balik.
'Pergilah masuk sana mak cik.. karang tertinggal pulak' dia pun ambik beg dia, beg plastik dan paling tak bleh blahnya bersalaman! hahahahahahah apa dowh yang merasuk aku ni?? ---biasalah tu, budi bahasa, budaya kita kan?---

tiket, pass, bas, tbs

Berjumpa mangsa kedua
Tengah aku ekori mak cik tu ke bahagian perlepasan, aku ditahan sorang lelaki ni. Dahlah time tu aku tengah gigih nak ambik gambar 'lawa' mak cik tu dari atas ke bawah, dia pulak tahan. Aku sempat hantar dengan mata jerlah mak cik tu. (mak cik tu pakai selipar besar dari saiz dia, satu beg tangan hitam, satu beg sling kaler coklat dan satu beg plastik koyak gitu...)

Mak cik tu sempat berpesan;
"Adik nanti delete gambar tu kalau mak cik dah bayar..." dan aku pun, tengoklah kalau mak cik bayar...kalau tidak saya simpan ajelah...

Lelaki itu tanya; 'Mak cik awak ke?" (puith! jadahnya mak cik aku nak datang sini memalam buta..pernah pulak mak cik aku nak tegur aku kan?)
'Eh, taklah! itu mak cik penipu tu...kenapa?' <--amboi statement menuduh betul! kes geram punya pasal! hahahaha
'Mak cik penipu?! tak faham?! tadi saya ada kasi dia duit untuk beli makanan dengan tambang teksi...'

Maka, aku pun ceritalah apa yang berlaku. Dan dia pun tukar cerita dengan aku. Lama kitaorang borak, baru dia kata; 'apa kata kita duduk..' aku kat situ dah nak tergelak dah. Macam cerita tragedi yang lawak pun ada...mana taknya, dua-dua kena pau!

Pendedahan cerita palsu 
Jalan cerita lebih kurang. Alih-alih, cikgu Penang - asal Johor - Mengajar MUET - anak kerja kat Dubai - kena ragut masa jalan kat kl - takde duit nak makan - then dia kata nak pinjam duit - nanti dia bayar balik- 

Dari pukul 11:40 ke pukul 1 pagi jugaklah kitaorang kenang nasib. Aku nasib baik sikitlah kawan aku ada kongsikan perihal mak cik ni. Sharelah dekat mamat yang sama nasib dengan aku. Tanya dia, berapa kasi? 'RM50'.. geleng kepala ajelah. Untung mak cik...semalam boleh dapat rm100. Aku pun tak tanya apa nama mamat tu, yang pastinya dia punya bas lagi lambat dari aku; 12:30 tengahhari. Itu je. Dan kitaorang blah. Sebelum dia bla, dia kasi aku air tin ribena satu. Ada lagi kat beg. Masih belum minum. Aku ingat nak simpan buat fosil ke artifak ke dulu...(terima kasih awak!)

Sebelum tu, kitaorang pergilah semak kat kaunter tentang penumpang yang naik bas ke penang. Samada ada tak yang tak naik. Mujur semua naik. So, tak tahulah mak cik tu kat Penang ke atau masih di TBS. Wallahua'lam....

ribena, air, minuman

Disebabkan kes itu, aku lupa nak wish birthday dekat kawan aku....esok paginya baru aku ingat. Itupun mujur ingat...

Dalam kepala ni dok pikir siapalah mangsa mak cik tu seterusnya ya? Kenapalah mak cik tu nak menipu? kalau nak duit, nak makan ke apa, cakap jerlah, tak payah nak menipu kata nak bayar balik bagailah, kan senang. At least kalau dapat rm5, ke rm10, pun mak cik tu dah boleh survive makan ke...ini, orang belikan roti pun dia bersungut; "Roti je?". Kita yang nak kasi duit ni pun dah lama tak makan kfc, dia pulak nak kfc demand sungguhlah! Jadinya, apa yang aku beri tu, kasarnya memang dah takde ikhlas.. (ikhlas itu rahsia Allah)

Lepas baca artikel dari link yang kawan aku share, memang sahlah mak cik tu kaki kelentong duit orang sejak tahun lepas lagi. Cuma aku ni ha, tak pernah dengar. Bila dah kena batang hidung sendiri, ambik kau! - aku pun tak faham, kenapa aku baik tak bertempat?? 😓

So, untuk sesiapa saja yang diluar sana, aku bukan nak memburukkan mak cik ni ke apa, cuma aku nak ingatkan agar korang semua perlulah berhati-hati bila nampak mak cik ni. Duit kita tu memang duit kita, kalau korang nak tolong pun, jangan sampai yang meminta lebih berkuasa dari yang mahu memberi.

http://hiburan.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=871597
http://www.ohmedia.my/2015/04/hati-hati-dengan-penipuan-di-kl-sentral.html
https://www.facebook.com/ohmedianetwork/posts/10154115302669572

Bila aku tanya mangsa lelaki tu, 'kenapa awak tolong mak cik tu?' dia jawab;

'Saya teringat dekat mak saya, kalau saya tolong mak cik ni, mungkin bila mak saya dalam kesusahan akan ada orang tolong mak saya...'

Niat nak memberi tu kita dah tunaikan. Tapi, terkilan sebab kenapa mak cik tu perlu menipu?? Kalau tak dapat nak bayar, tak payahlah cakap nak bayar.

Aku pun tertanya, kalau mak cik ni pernah ditangkap oleh pihak berkenaan atau tidak? kenapa tak dihantar ke rumah kebajikan? kenapa oh kenapa?? Dan persoalan hanya tinggal persoalan...

Semoga mak cik tu diberi hidayah dan keselamatan dunia akhirat, Mungkin kisah dia tu benar, cuma dah tak relevan atau dia tak terima hakikat sebab tu asyik ulang jaja cerita yang sama. Sebab tu lakonan dia hebat dan ramai percaya termasuk aku. Mungkin dia tak pernah pun mintak untuk survive hidup dengan menipu orang. Harap suatu hari nanti dia sedarlah sebelum terlambat.

Kongsikanlah dengan orang lain kalau korang rasa patut. Tapi, sebab aku tak nak orang yang aku kenal alami peristiwa sama, maka aku ingatkan sekali lagi, berhati-hatilah dengan kelicikan dan penipuan yang berlaku dimana sahaja. Perkara macam nilah yang menyebabkan orang susah nak menghulur.

Mana yang dapat dijadikan iktibar, ambillah..mana yang terkasar tu, emosi si mangsa yang masih belum reda lagi...

Thanks for reading! 😊
Hai there! Apa khabar kalian? Alhamdulillah baik-baik saja semuanya. Minggu lepas terlalu banyak perkara yang aku nak review...pertamanya tentang tiga buah teater yang aku tengok;
  1. Rasa:Jiwa 3.0 by AKSES
  2. Krue-se (Faizal Tehrani) by Aksara Seni
  3. Setanggi Serapah by Anomalist
Ikutkan ada lagi satu malam ni, Genesis by Faculty Law. Sayangnya, petang ni aku dah kena pergi kem. Jadinya, terpaksalah lelong tiket tu pada kawan lain. 

1- Rasa:Jiwa by AKSES ***


Poster, teater, rasa jiwa, akses uitm shah alam

Dalam teater ni ada 5 cerita berbeza. (Janji, Kesal, Setia, Panas dan Dahaga Kasih). Dari tajuk dia kita boleh tahu yang kisahnya banyak berkaitan dengan kecelaruan perasaan antara satu atau dua orang manusia. Antara lima, tu aku paling terkesan dengan cerita akhir sekali. Mantap dan hebat lakonan dia! Seorang bawak lima watak! Memang terkesan sangat...mana tidaknya dia lakonlan watak seorang autism yang dipandang serong. Sedih sangat... 😭sempatlah bergambar dengan pelakon masa akhir tu.

teater, dahaga kasih, akses


2- Krue-Se by Aksara Seni ****
Cerita dia awalnya aku tak faham. Mungkin sebab tak pernah baca buku dia kot. Tapi, apa yang aku kagum dengan teater ni adalah baju dia semua lawa-lawa... (well, perempuan...😂) aku pun dah lupa siapa penaja baju tu. Tapi, selepas 30 minit berlalu, baru ada faham sikit. Pasal Abdullah, Nisbah, Fatimah,...sakit jugaklah bila berada dalam situasi macam tu.

Cerita dia dilakonkan pada zaman Pattani dulu. Latar tempat dia Pattani dan Madinah. Latar masa dia mungkin zaman 40-50'an. Itu dari apa yang aku tengoklah. Mesej yang dia nak sampaikan adalah elemen kesetiaan. Tak semua orang sanggup untuk setia...

teater, poster, krue-se, uitm shah alam, aksara seni

Kebetulan masa tengok teater ni, hero Chowrasta iaitu Chem Amar tengok sekali. Maka ber-welfie-lah kami...😁dan senior masa dalam kelab teater dulu pun berlakon dalam teater ni, tukarlah cerita berita semua tu, dan macam biasa bergambar dengan aktor kesukaan.

3- Setanggi Serapah by Anomalist ****
Dengar je teater dari Anomalist, cepat-cepat aku book tiket. Tak menyempat dah!😅 Memandangkan minggu tu aku ada kem, terpaksalah tengok tayangan tu pada hari pertama. Wow! memang hebat dan terbaik! Agak seram sikit, sebab masa tengok tu malam jumaat pulak, mahunya balik tu terbayang dan terngiang segala lagu...giler r...aku siap nak berdiri atas kerusi lagi..nak kata teruja tak teruja dia. Kemas dan cantik! Akhir sekali mestilah bergambar dengan si hero...ngeh ngeh ngeh...

Apa yang aku dapat dari cerita ni pulak, kalau nak orang setia, jangan sampai salah guna cara. Niat tak menghalalkan cara...

setanggi serapah, teater, anomalist production,

Ada satu teater yang aku terlepas tengok sebab dia buat kat Puncak Alam...memang susah sikitlah nak pergi kalau takde kenderaan sendiri. Iaitu Mandatori by Malice Movement. Wonder jugaklah cerita ni pasal apa...huhuhuhu 

mandatori, poster, teater, uitm puncak alam, malice movement

Teater loverkah aku? 😃 Hurm...entahlah..tapi selagi ada teater yang ditayangkan disekitar kawasan aku dapat pergi, memang aku akan serbu...memang weh...lagi-lagi 1-4 Disember ni Anomalist ada buat Projek K(dengan nombor tiga kecik dibahagian atas)

teater, anomalist production, projek,

So, kalau antara kalian ada yang teringin dan berminat tengok teater dari Anomalist ni, jangan lepaskan peluang untuk serbu teater yang akan datang ni. Aku? ada rezeki, insyaAllah aku pergi...

Berakhir sudahlah kisah teater untuk hari ini. Nak pergi tengok dengan aku? beres...takdak masalah...😎 gerak lu.. pape roger awal...okeh? .

Thanks for reading!

p/s: seronok pulak main emoji dalam blog ni since dia dah update...😆😆
Kepada kamu, 
terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku ^_^

Kamu yang sentiasa buat hariku ceria walau sebenar ia kelabu suram. 
Kamu yang sentiasa ada dikala aku bermuram durja. 
Kamu yang tak pernah jemu walau aku meninggi suara.
Kamu, yang akan hadir saat aku tiada siapa.

cerita rindu, hanya kamu

Kamu itu bilangannya tidaklah ramai
Mungkin dua orang atau tiga,
Mungkin juga hanya satu
Di setiap tempat yang berbeza

Kamu tahu...
Yang tanpa kamu
Aku hanya sang bisu


Apa khabar kamu?
Apa khabar hatimu?
Apa khabar keluargamu?
Lama tidak bertemu
Moga semuanya sihat selalu

Kamu tahu...
Yang cerita tentang kamu tak pernah lekang dari buku
Ada saja mahu dicoret,
Ada saja mahu dicerita
Saksi saat ketiadaanku
Untuk tatapan kamu

Kamu itu orangnya baik,
Bijak dan cerdik usah dikira
Lebih pula petah bersuara
Bertuah mereka

Kamu,
Mungkin kamu sedang membaca
Berfikir siapa 'kamu' yang kucerita
Padahal 'kamu' tahukan,
Cerita ini untuk kamu
Tapi kamu ragu
Kerna aku jarang memberitahu
Yang aku sayang padamu

Jaga hati jaga iman
Tidak kira makmum atau imam
Kerna tiada jaminan
Untuk tetap beramal

Dari aku untuk kamu,


Malam ini suramnya tidak kelihatan, 
kerna dilindungi sang hujan yang berpanjangan. 
Bulan yang terang juga gagal dikesan 
walau direnung secanggih alatan
Orang pernah kata,

You don't write because you want to say something, you write because you have something to say...

Dunia  penulisan,
takkan pernah ada tarikh luputnya. 
Dunia pembacaan, sentiasa ada pasang surutnya. 

Orang kata juga;
penulis itu anugerah.
Sama seperti melukis.
Tapi tidak memasak.

menulis, diari, penulis, pen, buku

Semua orang boleh menulis, semua orang boleh melukis dan semua orang boleh memasak. Yang bezanya adalah sedap atau tidak, cantik atau tidak...tapi, tak semua orang menolak untuk terus menghukum kita dengan memboikot apa yang kita usahakan. Sebabnya manusia ni unik. Apa yang tak indah di mata mereka, mungkin indah di mata yang lain. 

Seperti juga kesukaan kita pada seseorang. Tipikalnya, ramai orang akan berkata, 'putih itu cantik'. Tapi, bagi aku...sawo matang, hitam manis itu lagi lawa...ya, memang putih itu cantik, tapi hitam itu menawan. Jadi, disini tiada beza. Dua-dua seri. Samalah seperti penulisan seseorang itu.

Dunia pembacaan.
Setengah orang suka bacaan santai, sebab apa? Mudah hadam. Setengah orang pulak hanya membaca cerita berkisar konspirasi, dajjal, dan perjuangan, alasan..ianya lebih realiti, membantu meneguhkan jiwa, memberi semangat untuk hidup lebih bersiaga. Lain orang pula, mereka sukakan sesuatu yang ada lakaran; komik - siapa tak minat komikkan? - Ada juga yang lebih cenderung untuk pembacaan awam, seperti biografi, motivasi, pengalaman, dan lain-lain lagi.

writing quote, anne tyler

Ini baru sikit aku tolong huraikan, Itupun dah rasa teleng kepala ni nak hadam. Kalau ditanya aku suka genre apa? Laju aku akan jawab; konspirasi, sejarah, self-development, biografi dan kewangan. Ah! semualah senang cerita. Buat masa sekarang, novel aku memilih sikitlah. hahahaha

Okaylah, bayangkan kalau aku jadi penulis pulak. Tak terbayang weh!! gelakkan diri sendiri,..ada ke orang nak beli buku kau tu ha? Entah cerita merapu manalah yang kau nak olah..dan seterusnya... idea untuk miliki karya sendiri ditatap umum itu terus tertimbus hingga ke kerak bumi dan dibaling jauh! sejauh planet pluto. 

Dulu, jika disingkap tabir sejarah itu, benar aku lebih cenderung pada seni sastera, tapi kerana percaya sastera tidakkan membantu aku pergi sejauh angkasa, maka aku pilih untuk menutup tabir itu dan dipaku rapat. Malangnya, tabir itu masih kuintai hingga ke hari ini dan sehingga tercetusnya sebuah blog yang kukira tiada orangkan faham apa yang aku sampaikan kerana ideologi yang kubawa terlalu sarat dengan emosi yang tak terluah oleh suara. Aku terlalu banyak bisu dan bermain dengan aksara sehingga orang jemu untuk membaca. - Dan disitulah aku hentikan anganku untuk menerbit walau sebuah buku-

Besar peranan penulis ni. Sampai aku mati pun orangkan tetap ingat. Paling tidak pun seorang. Paling r...

Aku? jadi penulis?
-tarik nafas panjang,... - penulisan aku tiada nilai untuk dibayar dengan wang ringgit pembaca, cukuplah aku mencuri masa orang untuk membaca laman tak bertauliah aku ni pun aku dah bersyukur giler! dapat satu komen pun dah senyum sampai langit. 

Suatu hari suram bersama pelangi malam, aku bertanya seseorang itu tentang terbitan buku hari ini (atau lebih detail lagi tentang puisi)...dan jawapan yang aku terima adalah..."Puisi bukan sekadar medium luahan hati.." Terdiam kau! -akulah yang terdiam- mananya tidak, dah aku macam orang yang disua lada, dah tahu pedas pergi juga makan..

benjamin franklin quote, writing,

Puisi moden. Namalah puisi moden, Tapi jiwa orang yang suka membaca ni, dia macam takkan pernah berkira dengan buku. Sebab setiap buku itu ada isi dia sendiri. Walau satu. Tak mampu beli, sanggup pinjam kat library. Nak, nak pulak library kat sini banyak. 

Aku membaca bukan sebab penulisnya, aku baca sebab tulisannya. Isi. Sebab aku pernah jadikan sebuah buku ni sebagai sahabat aku. Dia ada waktu aku tengah hilang arah, buku tu penulis hadiah kan untuk kawan dia yang telah pergi. Simple but worth. Berjuta kali aku baca, aku akan berakhir dengan persoalan yang berbeza. Buku tu penuh conteng, banyak kena high-light, banyak kena bookmark. Buku tu dah bersama dengan aku since 2008. Sampai sekarang...

Dahlah, aku nak bagi gambaran kalau aku jadi penulis, ada buku sendiri ada kedai buku sendiri...tapi dah jauh menyimpang...cukuplah buat masa ni, aku jadi penulis kat blog dulu...standardlah penulis ada blog kan? hahahah -itu jawapan orang yang takde blog bila dia tahu penulis ada blog-

Aku bukan Hlovate,..yang mencipta Jade. Bukan Nurul Syahida yang menggarap watak Pyan..bukan jua RAM...yang menghidupkan laksamana sunan dalam lipatan sejarah...

Jika aku penulis,
Aku mahu dia jadikan tulisan aku sebagaimana aku menghargai setiap penulisan orang, tapi layakkah aku? 

Kalau aku jadi penulis,
bersediakah aku dengan cabarannya?

sedih, termenung, menunggu, bear,

Generasiku,
Jika kamu menjumpai tulisan aku dicelahan buku mahupun komputer riba setelah ketiadaanku kelak, awalku berpesan, ambillah mana yang jernih...dan usahlah kamu pertikaikan apa yang keruh..kerna boleh jadi, itu adalah luahan emosi aku yang tak terluah pada manusia diwaktu itu. Gusar, kamu tidak mampu mendengar, jadi kutulis sebagai hilangkan rasa...bagiku, tulisan adalah bukti yang aku hidup hingga hari ini...jika ia terhenti, maka tahulah kamu dimananya aku...

-Thanks for reading...
Home.
What is home? What is your perception when the word 'Home' come into your mind? What is the different between 'Home' and 'House'?

academic height, uitm arau, perlis,

Home dalam melayunya rumah. Home itu rumah, house itu juga rumah. Okay, aku tak nak berbahas pasal home, sebab home itu subjektif. Ada nilai sentimental setiap kali kita perbahaskan beza antara keduanya. 

Teater Home by Anomalist Production.
Semalam, aku tengoklah teater 'HOME' anjuran kelab OIC kot kalau tak silap by Anomalist Production. Adalah dalam dua jam teater tu berlangsung, tapi serius aku rasa macam kejap giler! Sedar-sedar dia habis dah pukul 11. Mak aih! punyalah tak terasa masa tu berjalan. 

Teater 'Home' ni kalau siapa yang pernah tengok mesti tahu perasaan dia kan. Rasa macam otak dok ligat berfikir, fikir balik tentang teater tu. Isi dia...maksudnya dalam! Terkesima, terpana..bukan sebab lakonan mantap lapan orang pelakon tu,..tapi sebab mesej dia...mesej dia aku nak cerna sampai tertidur-tidur. Bukan sebab unthinkable ke apa, tapi sebab...fakta dia. Realiti kini yang tak boleh disangkal lagi. -Nak cerita balik sinopsis dia, aku pun tak reti camane...- 

teater, tiket, home, anomalist production

Tapi serius best! Kalau teater dari production ni ada buat show kat sekitar kawasan korang belajar ke tinggal ke kan, aku recommendkan sangat korang pi tengok. Tiket dia pun murah! Mampu milik dengan mutu lakonan yang diorang bagi. Nak belanja gambar pelakon dia pun, aku takde gambar...segan katanya...

Dan, sehari sebelum aku tengok teater ni, aku lepak dengan dua orang member dari arau. Kitaorang duduk sama-sama kumpul dekat bilik yang sorang ni, Suci (bukan nama sebenar). Masa tu dia CB, semua roomate dia balik. Aku dengan member sorang lagi ni temankanlah dia. Saja...sebab rindu nak gather-gather macam dulu...

Home = Arau
Serius kitaorang semua masih tak boleh move on dengan Arau. Hati masing-masing cuba untuk menerima keadaan sekarang, tapi dalam masa yang sama #rinduarau semakin menjadi-jadi. Semakin menebal! Ah, makanya kitaorang pun belek semua gambar time dekat Arau dulu...gembira tapi sedih...sayu sangat....

Masing-masing tukar cerita, berita hati, perasaan semua usah diperkatalah...

Ya, Arau memang takde apa-apa...tapi dia punya ketenangan, kedamaian yang hutan batu takkan pernah miliki. Walau ditiru dengan penambahan EcoWorld pun, Arau tetapkan menang...Yang dicipta takkan pernah setaraf dengan yang tercipta oleh Pencipta..-terngiang nasyid zaman sekolah rendah dulu...-

"...Ciptaan Tuhan Maha Sempurna, Ciptaan manusia banyak kelemahan...."

Ya, teater tu berbahas tentang golongan cerdik pandai yang berhijrah ke luar negara kerana kecerdikan mereka tak diiktiraf negara sendiri. Berlakulah beberapa pertikaian dan konflik yang berakhir dengan kesimpulan; "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di tempat sendiri. Bagus lagi tempat sendiri.." dan juga "Jika semua golongan cerdik pandai mengambil langkah untuk ke luar negara, habis siapa yang akan tinggal untuk mempertahankan negara?"

Ya, memang Malaysia masih aman. - dengan pembuka dan penutup kata, tapi sampai bila semua orang akan ambil langkah begitu?- dan tak pernah tipu yang dulu pun aku pernah berfikir juga nak buat macam tu...hahahaha- biasalah zaman-zaman ritu -__-!

Dia lebih kuranglah dengan keadaan kitaorang sekarang yang, walau seagung dan semaju mana tempat ni, Arau tetap di hati...ya...itulah perasaan home..

Tapi, keputusan tu dah muktamad. No turning back. Nak tak nak kitaorang kena HADAM! Rindu, takkan pernah berkurang..percayalah...Sekali korang dapat jejak ke Arau, korang akan rasa nak datang lagi...dia macam ada 'roh' gitu...

Macam takde kaitan pun kan, tapi sengaja nak buat nampak berkait sebab nak move on tu susah bro...bukan senang macam tolak beban guna troli..

Apa-apa pun, definisi Home takkan pernah terhenti. Ianya akan tetap menjadi perbahasan segenap generasi. Lagi-lagi sekarang ni...yang cerdik pandai semakin ramai. Tapi, satu je aku nak ingatkan...jangan pernah lupa resmi padi...

lepak, uitm kampus arau, jerebu,

-Thanks for reading...-

p/s: sorrylah aku ni sekali sayang tu nak move on memang susah der...susah susah...sedetik cuma pun boleh makan masa beribu tahun, all the memories come in permanently...mungkin aku kena belajar terima 'masa sekarang'...bagi peluang mana tau masih ada ruang...hah hah hah!
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!
  • "Sains Geomatik?"

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    6 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    15 jam yang lalu
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Beli tudung baru
    20 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ►  2026 (5)
    • ►  Mac (5)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ▼  2016 (109)
    • ▼  Disember (6)
      • Last entry for 2016...
      • Mengintai tabir 2017
      • Traveloka Contest: Congratulations 2nd WEEK WINNER...
      • Aku dan Blogger #3
      • Lari....with Traveloka
      • Katanya nak buat assignment...
    • ►  November (5)
      • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
      • Teater oh Teater
      • Cerita tentang kamu...
      • Kalau aku jadi penulis...
      • Home...
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026