Jun 22, 2020
Kalau dalam bahasa English, mungkin ia kedengaran lagi 'cool' kot. Crawl Above the Wind gitu. Tapi disebabkan aku utamakan pengguna...
Kalau dalam bahasa English, mungkin ia kedengaran lagi 'cool' kot. Crawl Above the Wind gitu.
Tapi disebabkan aku utamakan penggunaan bahasa, maka menjadilah ia suatu tema bertajuk Merangkak Atas Angin. Berikut merupakan keratan artikel yang telah ditulis oleh salah seorang sidang media Bonne Vie bagi kemunculan Season terbaru yang dilancarkan oleh Orang pada hari ini.
///


///
Tu je kot untuk masa sekarang. Aku pun tak tahu benda apa yang aku merepek lagi nanti. Hahahahaha. (Tiber rajin nak buat newsletter acah-acah old newspaper ^_^!)
So, sepanjang fasa penerbitan season ni jugak aku banyak dengar lagu-lagu or nasyid yang pernah teman aku masa-masa tersebut. Mostly lagu la. Sebab season lepas aku dah banyak guna nasyid, so kali ni kita fokus pada lirik lagu pulak.
Ada jugak penambahan lagu baru yang teman aku pada masa sekarang yang jadi inspirasi dan idea. Seperti yang ditulis dalam artikel kat atas
At the end, aku harap semua fasa ni berlalu dan ini merupakan masterpiece yang aku akan kenang sampai mati. Because of them, I'm alive. Amin!
Jun 15, 2020
Semalam dapat mesej dari group whatapps yang salah seorang selebriti India; Sushant Singh Rajput meninggal dunia. Aku mungkin bukanlah seo...
Semalam dapat mesej dari group whatapps yang salah seorang selebriti India; Sushant Singh Rajput meninggal dunia. Aku mungkin bukanlah seorang die-hard-fan beliau. Tapi, bila kita tahu seseorang famous, ternama, dah cipta banyak impak dalam pelbagai industri dengan pengakhiran bunuh diri, buat kau sendiri akan terfikir; "KENAPA?"
Mungkin perkara ini takkan pernah bertemu jawapan. Hatta aku sendiri mediocre, marhaen, jobless, unemployed, pun acap kali terfikir mahu saja diakhirkan hidup ini. Dahlah hidup pun taraf-taraf ambil basic syarat hidup. Biawak pulak tu. Kerja pun kena buang. Apply kerja pun tak dapat. Pastu ada hati nak kasi inspirasi dekat hidup orang lain dengan hidup yang serba kurang.
Somehow, aku rasa akulah 'the freedom fraud'. Yang nak bebas tapi dengan cara mudah. Terjerut dengan pemikiran emosi sendiri. Itu, ini, pelbagai kata yang menghenyak buat kau rasa macam, apa gunanya hidup ini...
Ya, orang kata Bebas itu tidak percuma. Ia punya cagar dan harga.
Ya, orang jua kata membebaskan diri di tali itu jua bukan jawapan.
Ya, mereka kata jiwa kita harus kental dengan pelbagai cabaran.
Tapi kenapa semakin dikawal semakin berleluasa?
Jawapan mereka, 'kembali pada Tuhan'
Jawapan aku, 'Bila fitrah ditidakkan, perang 'kan tercetus..."
Samada, lahir, batin, maknawi, mahupun jasmani...Lambat laun perang itu kita harus hadap. Bercakap sama Tuhan yang ku perlukan Dia serta jawapan.
Hari-hari kau tanya, "Apa sebenarnya kebebasan dalam kehidupan itu wujud?"
Apa sebenar kita manusia tidakkan pernah bebas?
Kitakan sentiasa dirantai. Tidak pada yang dicipta, pada yang mencipta.
Freedom Fraud:- Manusia yang menginginkan kebebasan dengan cara lari dari realiti kehidupan sebenar.
Apa bebas itu ada selepas kita lari nanti?
Aku ingin bertanya padamu, namun dunia kita sudah tidak sekufu.
Ah, bertemukah kamu dengan kebebasan itu?
Mana satu kehidupan sebenar? Yang kini atau yang akan datang?
Mana satu?!
Dunia hari ini dihidup bagi hidup akan datang.
Walau bebas, jika dijerut pada pemikiran jumud, dirantai pada fizikal yang berserabut, usah dikatalah bebas itu wujud. Bebas itu nyata takkan pernah wujud!
The truth is, freedom is a fraud.
Sampai bila kau takkan pernah bebas. Sampai bila-bila kita akan terusan terjerat.
Sampai bila-bila...
Jun 03, 2020
Salam sejahtera dan salam syawal yang ke-11. Amacam raya korang? Meriah ke? Aku? Raya? Well, sejak dari dulu lagi aku dan raya tak pernah n...
Salam sejahtera dan salam syawal yang ke-11.
Amacam raya korang? Meriah ke?
Aku? Raya? Well, sejak dari dulu lagi aku dan raya tak pernah ngam. Asal raya je, aku lebih suka duduk di rumah, makan kuih muih, kek dan juadah raya sambil layan skrin nan empat. Aku lebih prefer pagi raya didedikasikan untuk indoor activities. Dan bila saja tahun ini seolah bersutuju raya hanya disambut sekadar meraikan Syawal seadanya saja, akulah manusia paling gembira tak terkata! Inilah syawal impian seorang sofie!
Thanks to The Universe for this beautiful gesture. I always remember 2020 as the best year to celebrate Raya ever!
So, selepas genap 40 hari melayan nikmat kemalasan dan menghargai dunia tanpa sebarang interaksi social media, aku kembali lagi dengan rapuan yang mungkin takdelah manfaat sangat untuk korang. Sekadar nak panaskan enjin sebelum meneroka galaksi bima sakti.
Dalam masa 40 hari, aku telah berjaya:-
- Menghabiskan series 'Agent Carter'
- Marathon 6 season 'Agents of S.H.I.E.L.D' sebelum season finale dorang yang baru saja bersiaran hujung Mei lalu
- Sambil tu recap balik semua movie MCU yang 24 sebagai selingan
- Marathon 'Young Sheldon'
- Mulakan series baru berkisar sejarah Rom dengan 'Roman Empire' dan 'Ertugrul Resurrection'
- Memahami prinsip dunia gay dengan sitcom series 'Will&Grace'
- Mengungguli Culinary Tournament dalam 'Cooking Diary' sebagai Cosmic Chef
- Mendapat anugerah Silver Tubo-Chef dalam Culinary Bulletin competition
- Tolong Adam buat kek dalam Sugar Rush
- Khatam dua buku Seth Godin dan halfway habiskan satu buku Narcissist
Ni kalau masa sibuk kerja mana sempat nak menghargai nikmat memenangi pelbagai anugerah sebab main game. hahahahaha
Plus, kau pun terhindar dari doktrin-doktrin yang aku pun dah keliru apa yang terjadi dengan dunia hari ini. We are all living in the movies. Jadi, sepanjang tempoh 40 hari aku buat keputusan instead of jadi watak movies atau novel, aku pilih untuk terjun ke dunia series. Berjela-jela episodnya dan way too much exciting than movies.
Selain daripada tu, aku rasa aku just bersihkan otak dan minda dengan living the emptiness. Dan so far so great. Tak perlu sibuk kejar itu ini. Tak perlu nak stress over something yang buat kau rasa macam the-heck-do-I ever-care-about-that.
Walaupun tempoh ni jugak aku rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding sebab kebodohan pelbagai memori yang aku sendiri rasa macam, pebendelah-yang-kau-terlalu-cerdik-sangat-dulu???? Yang akan berakhir dengan statement, "Argh, I just hate myself!" serta "Dahlah, aku malas nak socialize dah lepas ni...malas nak kenal orang dah..."
Pastu kawan lama cakap, 'Kalau kau berhenti kenal orang baru, macam mana kau nak belajar?"
Angkat bahu.
Mungkin, bila usia kau dah berada di era late 20's, kau dah tak rasa macam nak serabutkan hidup untuk rapat dengan orang baru. Bagi kau, orang baru cukup sekadar di zone hadapan Hijab Wakanda atau kata lainnya stay as stranger as you were.
Pheww!
Well, dalam majalah sekolah MAIP dulu aku pernah hantar karya pasal MALAS. Kalau korang pelajar MAIP SPM 2012, korang boleh semak majalah tu ada tulisan pasal 'Bila MALAS berbicara'. Kalau ada rezeki balik Miri, aku bolehlah re-published balik antara tulisan rapuan aku tu dekat sini. Okaylah ada dua karya aku dalam majalah sekolah. Itu pun bagi aku suatu pencapaian yang membanggakan.
Dah-dahlah tu nak kejar materialism ni. Aku pun tak rasa nak jadi komuniti yang dulu aku pernah impi. Bila hidup off-grid lagi mewah, kau dah tak rasa dah pentingnya dunia soc-med. Propaganda Gen-Z semua tu. hahahaha
Rite! Aku pun dah lama sangat tak upload new episode on merapuness dalam Podcast Orang. Till inspiration hit, aku akan upload lah rapuan tu. Oh ye, first thing first, aku perlu polish balik cara bercakap. Rasa macam dah berkurun tak bercakap. Boleh habis vocab aku.
Papehal aku roger balik (kalau nikmat malas dah habis atau aku dapat booster rajin). Since I'm not a fan of kerajiness, aku tak rasa nak brainstorming buat jangka masa ni. Pepandailah universe datang kasi ilham nanti. Pun boleh!
Salam Syawal 1441H! Maaf zahr batin untuk semua!!!!!!!!!