“Kalau aku nih dinasour, mungkin dah boleh jadi minyak kot!”
Statement ni menunjukkan betapa lamanya rasa masa berlalu bila mereput kat opis. Adik aku cakap tu metafora melampau. Sebab dia hanya guna istilah ‘Lebih masam dari tempoyak..’
Pergh! Kalau
hari-hari mereput kat opis, bukan setakat jadi minyak je..mungkin dah jadi asap
lah kot! Ikut sisi gelap akulahkan, nak je aku ponteng dari datang opis ni.
Korang bayangkan ek;
Aku masuk pukul 8 –
melanguk menanti langau bagi idea untuk buat apa- tengok jam baru pukul 9-
toleh kiri kanan tengok staff lain- semua dok bercahaya wajah dengan iman IT-
adoy....lama lagi ke nak pukul 12 ni..- perut bunyi, tengok lagi jam...baru
10.50...
Tu belum lagi
sampai ke petang tu...bayangkanlah kalau aku cerita dari 8-5. Maunya korang
pangkah laju-laju...[aih, budak ni takde kerja sangat dah ke dekat opis tu?]
Sebab takde lah aku boleh bayangkan diri ni sebagai dinasour yang mereput untuk
jadi minyak. Staff yang datang pun berapa kerat sangatlah. Banyak lagi bilangan
keratan pokok kelapa dari staff yang datang! Katanya semua pakat habiskan cuti
tahunan...ada yang dah balik christmas. [tong r...]
Yang tak
acinya...walaupun benda yang aku buat lebih kurang sama macam staff lain...gaji
diorang tetap besar woo...aku nih? Picisan budak praktikal, 10% dari gaji
diorang je...tetiba terngiang lagu Yuna; ‘Ini
tidak adil, tidak adil...tidak adil tidak adil....’
Sampai kesudah
tidak adil tu takkan berhenti...
Korang nak hadiah tak? nak tau hadiah dia apa boleh tengok sini..
InsyaAllah esok aku lancarkan. Sokongan dari korang semua amatlah dihargai... ^_^
[kalau baik hati lagi, tolong klik vote kat sidebar tu k?] Danke!


Welcome to the dark side ..haha
BalasPadamhahahahahha *sambil gelak jahat kuat-kuat*
PadamSame goes to me lah. Huhuhu. Uhukuhuk!
BalasPadammaka ber'huhu'lah kita...
Padam^_^!
Sama ! tapi Lissa dak PSH ja. actuall kalau ramai staff datang, banyak kerja. tapi dah ramai cuti.. sama la jugak mereputnya ni. haha
BalasPadamhahahaha...nasib baik esok cuti!
Padamyeay!