Day 25: Humble!

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Move On zillion time
Too March stories
Self Care On A Budget
Pilihan kehidupan
Come back blog mission
Holla! 
Semua okay tak hari ni? Iya, aku pun tak okay gak sebenarnya dengan isu ‘unfollow’ yang hangat diperkatakan oleh blogger hari ni…aku ingat aku je yang hadapi situasi tu…rupanya boleh tahan gak ramai yang buat entri…memula baca yang Karimah punya..disusuli dengan Leya, Izyancikpinky… #mohontabah (padahal dalam hati ni panas aje…hahahaha) T_T
Balik pada cerita asal…Hari tu aku ditanya lagi oleh Encik Surveyor. Dialog dia lebih kurang macam ni lah…

Encik Surveyor: Best tak kerja macam ni?
Aku: Best tak?
Encik Surveyor: Entah! Kau rasa?
Aku: Humble…

Sepanjang join diorang kat site, aku rasa banyak benda aku perlu belajar.
Aku rasa aku takkan tukar bidang. Aku rasa aku nak sambung sampai aku dapat pangkal Sr.
Aku rasa aku nak buktikan yang bidang survey ni bukan milik lelaki saja. Banyak perkara yang diorang kongsikan. Tak pernah lokek bercerita.
Aku pun tak pernah jemu mendengar.
Aku rasa, aku nak join diorang lagi. Dan sumpah serius aku rindu untuk bekerjasama dengan diorang….(dan iya aku lebih rela redah hutan, digigit nyamuk dari mati kutu, mereput di office…T_T)
situasi survey site

Seharian buat kerja, meredah hujan, lumpur, nyamuk..aku tak jemu tanya soalan kat diorang…aku rasa tak puas nak korek pengalaman dari mereka. Walaupun kerja aku  kat site jadi tukang pegang payung dan tape je…tapi aku puas hati! Aku puas sebab aku boleh jadi diri sendiri. Lain sangat kalau turun opis. Aku banyak duduk, dijudge orang kat opis sebab tak banyak cakap…dan macam-macam karenah opis yang pffthh!

Adalah dalam dua kali Encik Surveyor suruh aku setup ‘kamera mahal’…masa tu boleh pulak aku lupa nak tengok point kat bawah…pakat main center je buble…hampeh giler kot aku rasa! Dush! mana kata nak jadi surveyor ni kalau setup alat pun fail! Rasa nak tukul kepala sendiri je bila Encik Surveyor cakap: “Eh, tak masuk pun…”
Tapi itulah, bila buat kesalahan kita akan lebih cepat belajar…

setup alat

 Apa sebab aku bagi jawapan ‘Humble’?
Sebab kerja ni, walau tinggi mana dan jauh mana pun belajar, tempatnya ditepi jalan juga…orang tak tau pun benda apa yang kau teropong. Baju pergi kerja pun lusuh aje. Main dengan hutan, tanah, lumpur, berkasut but, bertopi kebun, peluh, kulit jadi gelap…dan banyak lagi…

Pak cik misteri

Bila berada dalam situasi yang disebut tadi, ada ke orang pandang? Nah! trust me…orang hanya pandang kau sebelah mata je…kadang tak nak pandang pun…so, dari situlah kita akan didik hati kita yang…walaupun kerja aku tak dipandang orang…tapi impaknya besar!

Siapa yang mulakan proses dalam sebuah pembinaan bangunan kalau bukan surveyor yang ukur keluasan tapak? Bukankah bangunan perlukan tanah untuk bertapak?
Maka, disitulah kita tahu…”small things matter” – Be humble…

“Dari tanah kita datang, kepada tanah jua kita kembali…”

 Konklusinya, aku rindu hari semalam…. T_T

Keep reading on

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading