Latest Posts

Memaparkan catatan dengan label Kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kehidupan. Papar semua catatan

Semalam dapat mesej dari group whatapps yang salah seorang selebriti India;  Sushant Singh Rajput meninggal dunia. Aku mungkin bukanlah seo...

Semalam dapat mesej dari group whatapps yang salah seorang selebriti India; Sushant Singh Rajput meninggal dunia. Aku mungkin bukanlah seorang die-hard-fan beliau. Tapi, bila kita tahu seseorang famous, ternama, dah cipta banyak impak dalam pelbagai industri dengan pengakhiran bunuh diri, buat kau sendiri akan terfikir; "KENAPA?"

Mungkin perkara ini takkan pernah bertemu jawapan. Hatta aku sendiri mediocre, marhaen, jobless, unemployed, pun acap kali terfikir mahu saja diakhirkan hidup ini. Dahlah hidup pun taraf-taraf ambil basic syarat hidup. Biawak pulak tu. Kerja pun kena buang. Apply kerja pun tak dapat. Pastu ada hati nak kasi inspirasi dekat hidup orang lain dengan hidup yang serba kurang.

Somehow, aku rasa akulah 'the freedom fraud'. Yang nak bebas tapi dengan cara mudah. Terjerut dengan pemikiran emosi sendiri. Itu, ini, pelbagai kata yang menghenyak buat kau rasa macam, apa gunanya hidup ini...

Ya, orang kata Bebas itu tidak percuma. Ia punya cagar dan harga.

Ya, orang jua kata membebaskan diri di tali itu jua bukan jawapan.

Ya, mereka kata jiwa kita harus kental dengan pelbagai cabaran.

Tapi kenapa semakin dikawal semakin berleluasa?

Jawapan mereka, 'kembali pada Tuhan'

Jawapan aku, 'Bila fitrah ditidakkan, perang 'kan tercetus..."

Samada, lahir, batin, maknawi, mahupun jasmani...Lambat laun perang itu kita harus hadap. Bercakap sama Tuhan yang ku perlukan Dia serta jawapan.

Hari-hari kau tanya, "Apa sebenarnya kebebasan dalam kehidupan itu wujud?"

Apa sebenar kita manusia tidakkan pernah bebas?

Kitakan sentiasa dirantai. Tidak pada yang dicipta, pada yang mencipta.

Freedom Fraud:-  Manusia yang menginginkan kebebasan dengan cara lari dari realiti kehidupan sebenar.

Apa bebas itu ada selepas kita lari nanti?

Aku ingin bertanya padamu, namun dunia kita sudah tidak sekufu.

Ah, bertemukah kamu dengan kebebasan itu?

Mana satu kehidupan sebenar? Yang kini atau yang akan datang?

Mana satu?!

Dunia hari ini dihidup bagi hidup akan datang.

Walau bebas, jika dijerut pada pemikiran jumud, dirantai pada fizikal yang berserabut, usah dikatalah bebas itu wujud. Bebas itu nyata takkan pernah wujud!

The truth is, freedom is a fraud.

Sampai bila kau takkan pernah bebas. Sampai bila-bila kita akan terusan terjerat.

Sampai bila-bila...

27 April adalah tarikh akhir aku gunakan tagline "Kerna-Mu aku hidup" bagi podcast description aku. Kenapa kau tukar? Mungkin seba...

27 April adalah tarikh akhir aku gunakan tagline "Kerna-Mu aku hidup" bagi podcast description aku.

Kenapa kau tukar?


Mungkin sebab aku rasa ia macam hipokrit dan bukan personaliti yang aku bawak.

Aku rasa terbeban dengan imej yang dibawa. Tuhan, agama, bangsa dan mungkin keluarga. Tambah pulak selepas blogger Sofinah dah labelkan aku sebagai "Blogger Islamik", membuatkan aku rasa macam, 'Allah, tak layaknya aku....' dan berakhir dengan aku duduk dalam kegelapan demi tidak mahu pegang label demikian.

Jadinya, selepas tamat season dua dengan judul "Tinta Tanpa Tarikh", aku bertukar pada the Paradox of Orang. Bila baca balik misi awal tahun hari tu, aku rasa macam sampah giler. Blergh! Selepas tiga bulan kuarintin tanpa keluar rumah ni, pemikiran aku dah banyak berubah dan lebih dahagakan kehidupan off grid dan under the radar. Ini semua pengaruh cerita Agents of S.H.I.E.L.D punya pasallah.

Sebenarnya, dah pelbagai jenis tagline dan cover art podcast tu aku tukar. Dari sekadar gambar headphone, kemudian gambar orang rukuk dan akhir sekali (aku harap ia akan kekal selamanya) hanya tulisan ORANG sahaja.

Susah ke nak maintain podcast?


Nope! Podcast lagi senang untuk dijaga.

Tapi tulah, kena sentiasa rajin explore dan kaji serta baca benda yang kau minat untuk diulas. Memang banyak tips kata jangan buat podcast sekadar main buat sebab nak buat tapi takde isi, sebab nanti podcast kau mati takde pendengar.

Tapi, kalau nak cari pendengar yang betul-betul faham niche kau, tak senang der. Jujur aku cakap, tak mudah untuk tarik pendengar dengan niche yang tidak ada kaitan dengan isu viral, hype serta trending.

Jadinya, sepanjang buat projek podcast Orang ni, aku banyak kali terjelepuk jatuh tengadah berapa jenis pesen dah demi kasi semangat agar teruskan projek podcast ni. Mungkin masa kau hidup ni takde sape nak dengar kan. Plus, kau pun dapat idea untuk buat podcast sebab Hannah 13RW. 

At least kalau kau mati, suara kau masih hidup. Selamanya dalam internet. Itu tujuan asal aku buat podcast sebenarnya. Kau tahulah, aku in real life adalah sejenis manusia pemerhati dan pendengar saja. Tak banyak cakap pada orang. Mungkin pada orang tertentu saja yang aku boleh jadi pop corn tanpa henti. Tapi tak ramai dan dah lama giler tak jumpa diorang...

So, terhasillah idea podcast, supaya even aku takde nanti, jiwa seorang aku itu masih ada. Tu je...

Sebab tu aku tak kisah pada rating, followers, subscriber...sebab barang dah mati baru orangkan kenang selalunya. SELALU dengan semua huruf BESAR.

THE PARADOX


Kalau mengikut Cambridge Dictionary, Paradox adalah:
A situation or statement that seems impossible or is difficult to understand because it contains two opposite facts or characteristics

Senang bahasa, ia adalah suatu contradiction antara dua sifat. 

Kadang, kau nak jadi baik sebab itu perintah agama. Plus, mak ayah kau pun sanjung tinggi pada keluhuran agama supaya dapat masuk syurga dan jauh dari azab neraka. Tapi, dalam masa yang sama, kau rasa lemas dan terkongkong dan tanpa sedar kau hidup dalam kederhakaan dalam ketaatan.

Kau ingat kau dah bagus sebab patuh semua ajaran agama, buat baik, tinggal semua yang mungkar, tapi....kau still tak masuk ke level 'baik' dimana kau boleh naik ke peringkat soleh/solehah telah lagi golongan bertaqwa. Sebabnya, kau masih tak istiqomah menjaga segala perkara kecil dalam agama. Lagi-lagi perkara tasauf.

Kadang aku lemas untuk sentiasa baik. Aku lari dari track, sebab penat. Penat buat sesuatu yang tak berhasil? atau penat sebab baik sentiasa ditindas? atau kerna sudah tiada beza antara baik dan jahat?

'Ah, ini semua syaitan!' kata mereka.

'Ini berlaku sebab kau tak faham agama' kata mereka lagi.

'Kau masih tak fahami solat dan segala perintah Tuhan', 'Kau tu yang jarang baca Al-Quran, pastu bila jiwa kacau, salahkan Tuhan', dan paling teruk sekali;

'Kau terlalu lama hidup tidak bermasyarakat buat kau buta dalam cahaya'.

Penat nak bertarung dengan diri yang sedia ada suka pada kekalahan. Usaha tak pernah berhasil sebab kau suka give up pertengahan jalan. Kau takut pada exposure buat kau sentiasa pilih untuk retreat dari bertarung. Why? Why? Why?!

Hari-hari soalan itu ditanya. Jawab mereka, 'usahlah hidup dalam terang jika bayang juga yang kau kejar hingga kau lebih cintakan kegelapan dari cahaya.'.

Aku diam.

Hidup normal itu suatu yang asing dijadual kita. Mungkin kau boleh pastikan aku sentiasa patuh solat lima waktu, tapi aku tiada jaminan yang iakan berisi. Namun, bila solat itu kau tinggal, lantas jiwa kau penasaran hidupnya. Ya, kerna itu fitrah! Fitrah seorang manusia itu berkehendakkan pada AGAMA!

Kadang dilihatnya aku dua puluh empat jam mendengar alunan Al-Quran. Namun, keesokan harinya senarai lagu Breaking Benjamin juga yang diputar. Jika dikira dalam tahun, hanya empat bulan kau baik, selebihnya kau dibawah pengaruh syaitan (walau kau nafikan yang kau 100%, 365 hari itu baik). Dusta belaka!

Okay, sampai mana dah kita tadi?

Oh ya, sebab tu lah aku lari dari membawa identiti agama. Sebab aku takut menjadi penunggang agama, munafiq serta fasiq. 

Aku lebih rela tidak beridentitikan sesiapa, paling kurang aku sebarkan kebaikan sebab ia sebagai pesanan pada diri yang sentiasa alpa dari masa ke semasa. Aku tidak mahu meraih segala nombor yang berjuta jika aku sendiri hidup dalam penipuan dunia yang aku masih damba padanya. Al-Wahan bicara sufi maksudkan. Ia masih elok terletak dalam diri.

Bukan tidak dicuba untuk membuangnya, sudah. Masih.

Masih giat bertarung walau kadang disitulah dia berjumpa ketenangan palsu. Yang membawa kepada the beuaty of darkness and the soulful of emptiness. Aku tahu tidak baik percaya pada nihilism, tapi aku masih mencari. Ya, nihilism itu tidak bagus dalam kehidupan. Tapi, aku perlu kosongkan hidup untuk beri ruang pada kehidupan baru mengisinya.

Yang membawa aku kepada Stoicism.

Dari situ aku mulakan sesi pengajaran kendiri dalam mencari kehidupan yang diredhai cara sendiri, bukan kerana 'kata mereka'.

Banyak lagi isi dunia yang perlu aku kaji sebelum ditimbang tara untuk diserap dalam diri.

I'm up to no good. Just because I did something that makes others feel inspiring doesn't mean I live that life. I too still struggling to live in the life that we have to live... 

Itulah The Paradax of Orang.

Hidup sebagai penganggur graduan 2020 di musim pandemik itu sangatlah membebankan. Bukan setakat keluarga, diri sendiri pun dah tak nampak ...

Hidup sebagai penganggur graduan 2020 di musim pandemik itu sangatlah membebankan. Bukan setakat keluarga, diri sendiri pun dah tak nampak hala tuju hidup. Masyarakat, tak payah tanyalah perspesi mereka.

Jujurnya,...aku give up! Sampai rasa dah malas nak mencuba sebelum mencuba. Sebabnya dah tak nampak sisi positif sampai rasa macam kalau ada positif tu pun ianya bertoksik! Ergh....God what I've done???

Okaylah, aku tak suka sebenarnya bila menjadi agen penyebar aura negatif ni, tapi what if dalam aku cuba jadi positif, sebenarnya ia negatif? Atau, patut aku terima saja hidup seadanya...tak perlu nak berkerah sangat fikirkan masalah dunia hari ni. Ekonomi, kewangan, sosial, politik...

Apa itu Toxic Positivity?


The phrase toxic positivity is the culture of portraying yourself as being happy no matter what. You're basically switched off to anything which might be viewed as negative.

Yeah, aku selalu buat macam ni. Tak sedar pun aku pernah buat....rupanya, dah jadi makanan dah pun. Ingatkan aku bagus sangat nak selalu stay positive. Rupanya, hampeh! Huh...penat kan jadi dewasa....dia penat tapi seronok, tapi penat tapi....ergh...Aku pun dah takde point sebenarnya untuk terusan berharap yang harapan itu sentiasa ada. Lagi-lagi dalam waktu sekarang. Jadinya, aku lebih suka "let by gone, be by gone" or "let it be it"...(okay, ni tanda aku hidup dalam TP...lolz!)

Tanda-tanda Toxic Positivity



  1. Hiding/Masking your true feelings

  2. Trying to “just get on with it” by stuffing/dismissing an emotion(s)

  3. Feeling guilty for feeling what you feel

  4. Minimizing other people’s experiences with “feel good” quotes or statements

  5. Trying to give someone perspective (e.g., “it could be worse”) instead of validating their emotional experience

  6. Shaming or chastising others for expressing frustration or anything other than positivity

  7. Brushing off things that are bothering you with an “It is what it is”


When you deny or avoid unpleasant emotions, you make them bigger


Huh! hurm....does it?

Kalau orang yang baru kenal aku, diorang selalu cakap yang aku ni sejenis manusia yang tak pernah ada masalah. Statement ni dari sekolah aku selalu dengar. Sampai aku takde idea macam mana diorang boleh fikir yang aku takde masalah. Well, everbody has their own problem, but the way they deal with it, is representable their level of maturity right? Right?

Mungkin sebab zaman kanak-kanak aku dulu langsung ditarik dan memaksa aku untuk dewasa belum pada usianya yang membuatkan aku telan pil toxic positivity ni kot...So, kalau korang yang dah lebih dari empat tahun kenal aku, you will see me crying A LOT!

Tak semua rasa tu aku dapat hambur pada buku semata (which is aku selalu lempiaskan) Dan aku rasa bertuah sebab ada kawan yang setia zaman tawa dan duka...

By avoiding difficult emotions, you lose valuable information


Aku pernah deal jugaklah dengan barang bernama emosi ni. SELALU! Lagi-lagi bila ia berkaitan dengan hati. Yeah, right.

Tapi, kebanyakan waktunya, aku akan elak. Sebab ia menakutkan. Aku tak suka rasa macam manusia yang terlalu bergantung hidup pada emosi. No wonder aku tak tahu langsung pasal semua tu. Aku tak suka rasa rendah (yang secara fizikalnya sedia ada rendah), rasa memerlukan, dan pelbagai rasa yang memaksa aku perlukan bantuan. Bila rasa-rasa macam ni wujud selain dari pengharapan pada Tuhan, aku rasa aku manusia paling loser. Loser giler!

Dan aku tak pernah bincang segala apa yang aku rasa. Sebabnya, bila dibincang, perbualan itu akan berputar dalam kepala berulang kali. Tanpa Henti. Of course walau aku kata aku tak bincang, aku akan bincang sebab keperluan pada kebenaran. hahahahaha Better swallow the bitter truth der!

When people don't pay attention to negative feelings, and then come across to others like they don't have them, it makes them less approachable and relatable


Hahahahahaha...gelak je mampu.

Tapi bagus jugaklah. Orang akan elak pilih kita untuk dijadikan kamceng kaki bawang. Yang tak bestnya, orang tak de idea nak borak topik apa dengan kita....huhuhu je lah...

Antara kesan lain Toxic Positivity dalam hidup:



  • Hiding or denying feelings leads to more stress on the body and/or increased difficulty avoiding the distressing thoughts and feelings

  • Encourage a person to keep silent about their struggles

  • When we don’t want to show a part of ourselves, we create a fake face or public persona for the world

  • Suppressed emotions can later manifest in anxiety, depression, or even physical illness

  • Begin to live inauthentically with ourselves and with the world


What we should do when we stuck in the loop of toxic positivity?



  1. Accepting difficult emotions helps with coping and with decreasing the intensity of those emotions

  2. Think of the emotion as guidance

  3. Acknowledge and listen to our emotions when they aren’t as pleasant

  4. Am for balance and the acceptance of both good and bad emotions rather than all-or-nothing thinking

  5. Set healthy boundaries with anyone who passes judgment on your authentic experience and speak your truth


[caption id="attachment_5616" align="aligncenter" width="1024"] Toxic Positivity - Examples of Non-Toxic[/caption]

///

Konklusinya, hidup itu pilihan. Untuk berubah atau tidak, terpulang pada kita. Untuk memahami sebuah kehidupan, kita wajib mendalami diri sendiri...

Untuk aku, baik buruk kau, kau tetap aku yang dulu.

sumber: Psychology TodayThe Psychology Group

Semalam dengar cerita keputusan UPU dah keluar. Dan macam biasa, bila keywords ' Geomatik ' ditaip, secara automatik blog ni akan me...

Semalam dengar cerita keputusan UPU dah keluar. Dan macam biasa, bila keywords 'Geomatik' ditaip, secara automatik blog ni akan mencelah di laman carian Google.

Well, sebagai ex-geomatician, aku rasa bertuah sebab update life series masa tempoh belajar dulu. Walaupun secara jujurnya masa tu hidup agak serabut dengan LP, dengan pelbagai report lagi. Tak ditambah lagi dengan lambakan assignment yang selalu datang tetiba.

Tapi tiada siapa jangka yang tahun 2020 akan menjadi satu tahun 'puasa' untuk plebagai aktiviti, Hampir semua jenis industri turut terkena tempias akibat penangan pandemik ni. Termasuklah industri geomatik sendiri.

Bercakap dari sudut pemerhati, aku sendiri pun hilang kerja selepas seminggu pengumuman pandemik ini dikuat kuasakan di Malaysia. Nasib baik bidang kerja tu bukan dalam dunia yang berkaitan dengan benda yang aku belajar. So, bagi aku masih ada peluang untuk mengadaptasikan perkara yang aku belajar secara meluas walaupun bekerja secara solo.

Jadi, untuk adik-adik yang berjaya menyambung pengajian dalam jurusan Geomatik mesti korang tertanya samada relevan ataau tak untuk belajar geomatik selepas fasa COVID-19 ni.

Kalau korang perasan, masa fasa ni, kita didedahkan dengan pelbagai peta berkaitan dengan status kes COVID-19. Termasuklah peta thematic atau dalam bahasa omputihnya 'Thematic Maps'.

Berikut adalah salah satu contoh bagi Thematic Maps sepanjang fasa pandemik ini berlangsung.

COVID-19 THEMATIC MAPS EXAMPLE

Apa itu Thematic Maps?


Secara ringkasnya thematic maps adalah suatu peta yang fokus pada tema atau bidang subjek yang tertentu. (Sumber wiki)

Pembikinan thematic maps ada dalam silibus pengajian Geomatik dibawah subjek Carthography. Kalau masa batch diploma 2013 dulu, kitaorang belajar subjek ni masa semester 4 (Geomatik semester 4).

Bestnya masa belajar subjek ni adalah semua berkaitan dengan gambar, warna, dan juga penggunaan software yang canggih seperti ERDAS dan ArcGIS. Setiap pelajar geomatik wajib memiliki software ni untuk menguasai kemahiran pembuatan peta.

Semakin kerap kita praktis dan buat latihan dengan software-software ni tadi, makin mahirlah kita. Sebab ianya agak tricky dan sangat complicated kalau kita tak familiar dengan terms yang diguna pakai dalam software ni.

Kebanyakkan assignment bagi subjek Carthography adalah berkaitan dengan maps. Samada secara berkumpulan atau solo tu terpulang pada barisan pengajar.

Selain daripada tu jugak, cabaran bagi persaingan dunia geomatik pada masa sekarang masih lagi ditahap yang tidak terlalu crowded dan masih difasa baru di Malaysia. Dia bukan suatu bidang yang terlalu popular seperti Doktor tapi sangat diperlukan dalam menjamin kelestarian pembangunan dunia modenisasi.

Jadinya, jawapan bagi persoalan relevankah geomatik selepas COVID-19?


Well, of course, it still relevant!

Kalau boleh sambunglah belajar sampai korang boleh hasilkan data seperti data-data yang dipamerkan pada masyarakat awam dalam menyampaikan kesedaran penyampaian statistik mengenai pandemik ni.

///

Dulu aku pernah up satu isu ni. Kalau nak tahu samada kos yang kita belajar itu akan membantu saat perang, maka ia berbaloi untuk dipelajari walau mengambil masa berapa lama sekalipun sebab ia membantu menimbulkan kesedaran kepada masyarakat awam.

Sebagai salah seorang pakar dalam bidang professional pada masa akan datang, ianya terpulang pada kita untuk menterjemahkan sesuatu ilmu kepada suatu bentuk yang boleh memberi faedah.

Tak kiralah bidang apa yang kita ceburi, semoga kita semua bersedia dengan apa jua kemungkinan serta diberi ketabahan dalam mengharungi cabaran yang akan datang.

Untuk adik-adik yang bakal menyambung pengajian, janganlah putus asa bila terpaksa menjadi salah satu titik dalam 'Lost Generation'.
Every cloud has its silver lining but it is sometimes a little difficult to get it to the mint  - Don Marquis

Setelah hampir 8 tahun impian aku nak ada mentor dan join akademi pembangunan diri , akhirnya Aiman Azlan buka peluang kepada 150 orang unt...

Setelah hampir 8 tahun impian aku nak ada mentor dan join akademi pembangunan diri, akhirnya Aiman Azlan buka peluang kepada 150 orang untuk mendaftar jadi membership istimewa beliau.

Jadinya, tanpa berlengah lagi, aku pun telah mendaftar diri untuk join membership yang AA offer. Sebenarnya takut jugak nak join, sebab aku pun tak tahu samada diri aku ni sekadar bazirkan duit untuk join program ni atau aku memang betul-betul nak join.



Selepas 5 hari fikir, aku rasa sudah masanya aku bagi peluang dekat diri sendiri untuk reach out dan minta bantuan orang. Hahaha ironickan?

Susah jugak nak paksa diri ni untuk minta tolong orang. Itulah bahayanya bila kau terlalu lama berdikari dan survive sendiri. Disebabkan aku sendiri terlalu banyak benda yang aku tak faham dengan diri sendiri, aku harap dengan mendaftar diri pada yang pakar boleh membantu dalam memahami hidup sebenar.

Betullah orang kata, memang kita boleh belajar dari buku, tengok video...tapi lagi bagus bila kita betul-betul ada specific person yang boleh dirujuk. Atau kata lainnya ada murabbi.

Macam dua tiga entri lepas, (bertabahlah korang hadap rapuan aku untuk dua minggu lagi...huhuhuhu) aku dilema giler sampai tahap fedup nak kerja. Walaupun kerja tu benda yang aku suka, tapi bila fikir balik...aku dedikasi 48 jam seminggu untuk bekerja dengan orang, buat aku rasa worthless....

Persoalan seperti:

  • adakah aku akan kerja makan gaji selamanya?

  • adakah aku sekadar hidup untuk jayakan impian orang lain?

  • ini ke matlamat hidup aku sebenar?


Paling teruk, masa fasa awal kerja, aku give up untuk teruskan impian legasi Orang dan Nilediting. Dalam masa tu jugak, salah sorang member ajak buka bisnes. Pergh, lagi triggered aku nak kerja sendiri. Mulanya aku cakap, agak sukar untuk aku join. Since, kerja yang sedia ada pun hanya cuti satu hari. Itu pun aku dah tak konsisten dengan Projek Orang. Mampukah aku?

(Itu tak termasuk lagi langkah paling bodoh aku buat. Dahlah, sampai sekarang aku rasa bersalah giler dengan KKD) -which turned out, aku ingat aku okay dan let go, but..stupid me of being me, it's took forever to let go and move forward....-

Dua tiga empat orang jugak aku tanya, betulkah langkah aku kalau aku berhenti kerja dan kerja sendiri? Aku keliru! Penat betul hidup dalam sarung yang punya banyak takhta. Kadang aku suka sisi yang gelap itu, dia misteri, coldblooded, off grid tapi sayang dia tak membantu personaliti dan EQ. Jadinya, untuk tiga tahun lepas, aku cuba belajar keluar dari lautan tu.

Berjayakah aku?

Hah, you bet me! Kadang tetiba delete account. Shut down semua benda. Lepas tu, tetiba huhahuha macam semua okay...hahaha aku pun dah tak kenal mana satu personaliti yang aku perlu hidup hari ni...

Dekat tempat kerja, mungkin aku boleh bawak persona lain. Buat kerja, outperform expectation...tapi, bila balik rumah, aku rasa; this is it? what next? is this the life I'm gonna live for n years?? What if I'm stuck in this job FOREVER? What is my exit plan?

Jadinya, untuk membantu aku terangkan laluan keluar itu, aku daftar akademi Aiman Azlan.
Kadang kita perlu tawakkal sehabis mungkin sebelum letak semua kehidupan pada Tuhan.

Kuncinya aku sentiasa pesan pada diri, jangan pernah berhenti mencari, mencari, mencari sampai ia jadi realiti yang diimpi....

Moga pencarian itukan bertemu jawapan....

p/s: in case future aku baca post ni, aku nak kau tahu...yang kau worth saving. Present aku tengah bertarung untuk kau....no matter what happens, always be grateful ^_^ Penyu atau naga, kita tetap satu.....

Masuk minggu ni, maka genaplah dua bulan aku bergelar seorang manusia bekerjaya. Bekerjayakah aku? Itulah persoalannya...aku sendiri masih ...

Masuk minggu ni, maka genaplah dua bulan aku bergelar seorang manusia bekerjaya. Bekerjayakah aku?

Itulah persoalannya...aku sendiri masih confused dengan situasi kehidupan aku sendiri. Meh aku senaraikan segala perkara yang telah menyerabutkan fikiran aku sejak dua menjak ni:-

  • Dahlah masa awal kerja, aku tersangatlah tidak ready.

    • menyebabkan secara mental dan emotionally, aku breakdown sebab tiada persediaan yang cukup rapi

    • walaupun aku dah jangka yang aku akan bekerja, tapi tidaklah sesingkat cuti dua minggu...



  • Tempat kerja....

    • peratusan pekerja yang berhenti dalam tempoh kurang dari dua tahun itu sangat tinggi

    • membuatkan aku rasa takut dengan kemungkinan yang aku sendiri tak pasti...

    • dia best, selesa, okaylah...waktu kerja okay, jarak dari rumah okay,...co-worker pun no hal...but feel like something is missing...

      • yep, that's right...there's no appreciation and loyalty treatments






Dan dilema sebagai seorang blogger (walaupun sekadar suam-suam kuku) di alam kerjaya ni of courselah identiti kita sebagai blogger!

  • patut ke aku bagitau dorang tentang passion aku?

  • atau aku patut pendamkan saja dan hanya jadi penyu

  • atau...aku jadikan tempat kerja sebagai platform untuk kutip pengalaman sebanyaknya dan ikut semua exit plan yang aku dah gariskan timeline dia....

  • atau, aku jadi manusia yang takde inspirasi dan datang kerja semata-mata gaji....

    • yang akhirnya menyebabkan aku jadi sloth??? what????




Okay, itu antara persoalan yang buat aku keliru! KELIRU dengan semua huruf BESAR!

Takut???

Opkos der aku takut dan rasa macam....setiap apa yang kau buat akan dipandang seperti debu di kasut maharaja walau kau rasa itu adalah contribution yang terbaik kau bagi. Tapi dimata mereka??? Kau tak ubah seperti ...apa ek frasa yang sesuai untuk digambarkan.....

Kau macam....haaa kuda larian di litar. Penghujungnya, kau hanya seekor kuda. Yang bila-bila masa boleh diganti dengan kereta...atau mesin lumba. Deng it! I hate those vulnerable feels...rasa murah dan tak bermaruah dowh...

Ke aku yang overthinking pasal the anonymity of the future?

Macam, aku letak rules & regulations serta guideline setiap kali orang nak kawan...atau ketakutan pada exposure dan recognition?? Sumpah ia menakutkan! Sampai aku rasa macam nak lari ke gua dan cave in dari melakukan sebarang interaksi.

Dilema ni bukan sehari dua menganggu jiwa...ada jugaklah aku cuba untuk alih perhatian tentang persoalan ni dengan layan series, atau baca research, atau tidur. Yeah, mostly tidur....

Maklumlah, aku pun budak mentah dalam dunia kerjaya, walaupun dah jilat dan palit berjuta garam pada pelbagai birat luka, tapi masih banyak lagi garam yang aku tak telan...dan sapu dengan limau purut pada hirisan luka yang bakal terjadi....

Imaginary luka yang tak berlaku tapi aku dah rasa sakit. Bodohkan?

Inilah namanya overthinking pemusnah keceriaan hidup.

Aku cuba telan dan sapu luka tu dengan losyen instead of garam, aku cuba walaupun aku tak pernah suka tekstur losyen. Aku cuba...doakan aku tidak terlalu takut pada terjun bangunan atau kata lainnya langgar dinding tanpa sebarang perancangan. Aku harap akan okaylah nanti.

Hopefully....phew!

Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku tak tahu bagaimana untuk bercerita. Part 2 podcast aku, takkan didedahkan trivianya. Nanti sampai masan...

Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku tak tahu bagaimana untuk bercerita.
Part 2 podcast aku, takkan didedahkan trivianya. Nanti sampai masanya aku akan kongsilah ye...untuk hari ni, aku cerita trivia kenapa perubahan habitat itu perlu.

Semalam aku join program anjuran MASMED UiTM. Program usahawan yang julung kalinya aku join. Banyak membuka minda dan otak jugaklah bila join program macam ni. Ia lagi meletakkan diri ini berada di kerak bumi.

Bagusnya bila ada rasa macam ni adalah dia membantu kau untuk muhasabah, reflect balik diri...refresh balik plan, objektif, misi dan visi hidup. Macam biasa bila join program baru untuk pertama kalinya, aku lebih suka diam dan memerhati. Suka tengok gelagat, keletah dan karenah manusia-manusia yang berada dalam ruang tersebut.

Tapi tadaklah diam sampai tak buat engagement dan connection, buat jugaklah...sebab kau join program dimana ramai daripadanya adalah bisnes man/woman etc. Ada yang humble, ada yang havoc, ada yang...macam-macamlah! Aku? hahahaha aku ni minah sesat entah dari mana-mana tah yang suka join program hanya semata-mata nak tengok orang. Walhal, dekat tepi jalan pun boleh tengok orang.

Hurm....teringat kata-kata speaker masa hari kejadian,

  • kita kena bezakan hobi dan bisnes

  • hobi adalah sesuatu yang kita perlu keluarkan duit untuk gembira

  • manakala bisnes adalah, yang memberi kita duit


Aku dekat fasa mana? -Hobi @ Bisnes ??-


Aku sebenarnya kurang gemar untuk label benda yang aku buat. Aku buat sebab aku nak buat, dan dia adalah suatu benda yang dapat membantu aku lupakan kekecohan dunia realiti. Ia buat aku rasa happy (yep it's seem like a hobby for them), ia buat aku rasa bertanggungjawab untuk lakukannya...walau ia tidak menjana apa-apa keuntungan.

Okay, katalah sekarang aku tengah internship. Dan aku buat 5 side project.

Podcasting -


sebab aku tak jumpa podcast yang kena dengan jiwa, jadi aku buatlah podcast yang macam mana jiwa aku nak. Sama macam teori penulis buku. Aku adalah pendengar setia podcast sendiri. Pesanan dari masa lalu incase future aku lupa daratan. Lagi satu sebab impian nak jadi deejay radio tak kesampaian, jadi....kita buatlah radio sendiri...senang! Kaulah bos, kaulah deejay, kaulah editor, kaulah producer, kaulah pendengar, kaulah segalanya. Kau malas, channel kosong, kau rajin boleh gain listener selain dari kau sendiri.

Blogging -


yang ni memang hobi, sebab aku suka tengok sentuhan jemari aku hidup dalam dunia maya. Blog ni aku design sendiri tau. Tulisan dia takde ciplak dari mana-mana. Original dari otak dan rasa aku sendiri...adalah jugak orang nak bayar, tapi aku tak jadikan blog sebagai lubuk menjana pendapatan. Ada, ada...takde, takde....bila set otak yang blog ni aku buat untuk kaut untung, automatik ayat dia jadi tak sedap. Plastik dan sebagainya....jadi, aku biarkan ia santai dan profesional.

Format editor -


yang ini aku kena buat betul-betul sebab aku dah daftar bawah SSM. So, ia adalah side bisnes yang aku tak jadikan sebagai main income juga tapi membantu aku untuk meningkatkan ilmu pengetahuan setiap hari. Aku buat sebab minat dan nak tolong orang. Ia adalah bisnes santai yang dibuat atas dasar suka pada perkhidmatan yang memudahkan urusan orang ramai. InsyaAllah ia akan membesar. Masih banyak yang perlu dibelajar.

Faktor yang buat aku suka formatting adalah, aku nak galakkan orang suka belajar, suka buat research, suka self-exploring, suka pada ilmu....aku sedih betul dengan mereka yang walau dah masuk universiti dah habis belajar pun masih come out dengan 'tak suka membaca dan belajar serta praktis'.

Zalora Contributor


Sama jugak macam blog. Ia adalah hobi, in different level. Join Zalora ni aku belajar banyak benda jugak. Dari segi penulisan dalam bahasa English, bina keyakinan dalam menjadi penulis yang professional, no pasar pasar, no slang dan sebagainya...The best part is, ia adalah mimpi yang menjadi realiti. Masa kecik dulu aku pernah berangan nak jadi penulis dan editor bagi majalah Bintang Kecil, Remaja, Nur...

Part-time worker


Oh yang ni sebab aku nak duit lebih. So yeah...ia adalah secondary duit poket kala sesak dan self finance untuk aku established projek Orang dan Nilediting. Since korang pun tahu yang aku tak ambik PTPTN, jadi aku lebih suka ada duit lebih-lebih tanpa sebarang ikatan.

Selain daripada tu jugak, life part time ni dia best sebab membantu gila untuk soft-skill dan skill yang lainnya. Paling crucial sekali, time management skill dan self-motivated skill. Yelah, life ni sunyi kot. Sepi, takde orang faham sangat. Kalau ada pun lane tak sama. Nak tak nak, hanya kau sorang je yang dapat membantu diri kau sendiri.

Internship life


Sebab ia wajib. Inilah benda sepenuh masa aku patut buat. Tapi kalau tak self explore dengan benda-benda lain seperti perkara yang disenaraikan, kemungkinan...aku kekal di takuk yang aku sendiri tak suka.

Aku rasa aku pernah coret entri macam ni. Kalau tak silap dalam....Tiga sisi dan Purpose of living. So, setiap kali aku ubah tujuan hidup....macam nilah cara untuk yakinkan diri yang it's okay start small start none.... kau hanya bersaing dengan diri sendiri saja. Takpe....(pujuk diri sendiri >_<!)

Kenapa perubahan itu perlu?


Sebab ia membantu meluaskan perspektif kita terhadap kehidupan.

Okaylah...panjang pulak....see ya when I see ya!

Till then!

[playlist artists="false" ids="3477,3459,3428"] Salam sejahtera buat kalian semua yang masih sedia menjengah ke laman so...

[playlist artists="false" ids="3477,3459,3428"]

Salam sejahtera buat kalian semua yang masih sedia menjengah ke laman sofieadie.com. Apa cer ni? apa cer sebenarnya kau lambat publish episod ketiga ni?

3 hari!

3 hari kau postponed episod ni sofie. Kau dah kenapa? Orang naik angin gila bila dia dapat tahu kau dah tak konsisten dengan perancangan 4 bulan menuju tahun 2020.

Trivia rakaman #3: Takluk



  • Hectic!

    • Penat gila gila gila gila sebab jadual hidup  yang terlalu pack!

    • Walau weekend tu dipanjang tiga empat hari sekalipun, aku memang tadak masa rilek-rilek dah...



  • Why?

    • Demi nak tahu macam mana flow penulisan skrip teater, maka aku telah mendaftarkan diri untuk menyertai writing workshop by Anomalist Production

    • Then, macam biasa, sisi hidup adhoc part-time tu masih lagi melekat.

      • bila-bila dipanggil untuk bekerja tu, aku kenalah datang...





  • Mental breakdown!

    • Entah. Kadang, dalam sebulan tu aku MESTI alami situasi macam ni.

    • Ni kira sekejap lah tak sampai makan masa berminggu atau berbulan....

    • Cara rawat mental yang berselirat ni, aku cubalah untuk tidak terlalu pressure diri sendiri...

    • Jawapan paling senang untuk Lari dari lingkup yang haywired tu, adalah tidur

    • So, yeah...demi tidur dan luruskan objektif hidup yang kalau 'tak di revise akan semakin bengkok', maka aku tangguhkan operasi merekod episod ni...



  • Normal aku set waktu merekod adalah 0200-0400

    • Jadi aku kena tidur pukul 9 malam dan bangkit pada pukul 2 pagi tu untuk dapatkan vibe rekod yang tenang.

    • Episod ni direkod selepas waktu subuh, sebelum aku pergi intern

    • Jadi ada kemungkinan bunyinya agak bising dari biasa



  • Untuk episod special, aku setkan durasi 15 minit.

  • Normal episod hanya berdurasi 8-10 minit.

  • Originalnya, episod ni direkod selama 23 minit secara spontan tanpa skrip yang detail

  • Antara episod yang makan masa yang paling lama pada fasa post-production. Iaitu selama 5 jam.

  • Kalau korang perasan, episod ni ada ralat pada contoh.

    • Part cerita Toy Story. Sepatutnya, ia adalah Toy Story 4, bukan Toy Story 3. (Forgive all of my nonsense....)

    • Ada satu part bunyi alarm yang menunjukkan jam sudah pukul 0635 pagi.

      • Menandakan waktu untuk bersiap ke tempat praktikal.





  • Takluk adalah episod yang berat.

    • Sebabnya:-

      • Ia harus dipraktis sebelum disampaikan pada khalayak.

      • Sebelum suruh orang minum duduk, kita kena minum duduk selama 21 hari dahulu. Dan jadikan ia suatu habit sampai kita berasa kekok untuk minum berdiri dan berjalan





  • Awalnya, aku nak guna ayat 'baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur'

    • Hujah mengenai suatu isu yang lagi berat dari yang sedia ada ni

    • Isu tu perlukan kajian yang rapi, aku tak boleh spontan je kongsi.

    • Maka, aku tukar ke isu yang lebih ringan sikit.



  • Banyak part yang aku terpaksa delete, seperti:-

    • Selain dari kata 'beliang' aku juga ada ceritakan kata 'kempang'.

    • Cerita orang yang paling banyak dikenakan hukum bila dia langsung tak buat apa-apa.

    • Dan....hujahan penaklukan anasir luar, bila kita lalai mengawal hijab wakanda kita



  • Lastly, ianya susah sebab aku DAH LAMA GILA tak cakap bahasa sarawak  dalam tempoh sebegini lama selepas 14 tahun


Ya, SARAWAK is stand for; Sayang Awak Rindu Awak Walau Awak Kemana.

Oh ya, bermula episod seterusnya, aku akan mula publish pada setiap hari Isnin.

Since weekend tak sebegitu mengizinkan untuk aku aktif publish pada hari Ahad. Plus, hari Ahad juga, aku cuba jadikan ia sebagai hari tanpa soc-med.

Akhir kalam, semoga korang dapat belajar perkara baru sepanjang aku mulakan perkongsian melalui dunia podcast. Bersamalah kita mendidik diri dalam menjadi seorang Mu'min yang Haq. InsyaAllah.

To the end moga husnul khatimah!

Jam 0155. Instead of tidur melenakan diri disebabkan esok kena bersiap seawal mungkin untuk pergi menjalani latihan industri, aku masih sibu...

Jam 0155.


Instead of tidur melenakan diri disebabkan esok kena bersiap seawal mungkin untuk pergi menjalani latihan industri, aku masih sibuk menaip disini. Entah pemikiran mahu bercerita itu selalu menjengah kala lewat malam. Sedang tadi asyik menulis mengenai hari-hari yang berlalu. Rutin yang tiada kenal erti jemu untuk teruskan hidup walau ia sendu, idea cerita 49 hari itu menjelma...

49 hari itu sepatutnya sudah tamat


49 hari itu sepatutnya aku sudah tinggal ia jauh seminggu lalu. Tapi dek kerana takut terlepas segala peluang dan ruang, aku terpaksa olah serta ubah "misi 49 hari" itu menjadi "misi infiniti". Ia masih berjalan hingga ke hari ini.

Penat. Memang penat. Harian sebagai intern, hujung minggu sebagai life seeker.

10 September 2019


Masuk setahun sudah aku duduk diteratak Gothismanda ni. Nama yang sengaja direka dari tiga dunia khayalan yang aku puja. Tahun lepas pada tarikh yang sama, aku adakan majlis doa selamat sempena masuk ke rumah baru. Masa tu, baru masuk awal Muharram 1440H. Tak sangka, tahun ni hari tu masuk yang ke-10 Muharram sudah. InsyaAllah puasa sunat.

Ikutkan "Cerita 49 Hari" itu aku nak garapkan segala perjalanan sepanjang menghabiskan cuti semester lepas disuatu tempat baharu. Tak sangka pulak, ia kekal hingga ke hari ni.

Dengan kewujudan side project yang lain, aku masih lagi mencari dan cuba untuk gagal berulang kali dalam setiap yang aku pelajari. Cuba belajar untuk tidak ukur berjaya itu pada angka. Cuba untuk tidak menilai usaha pada nombor, dan cuba untuk teruskan cerita walau ia sentiasa berubah laman.

0206 pagi.


Aku patut tidur. Aku memang patut tidur.

Seronok tengok semua orang up gambar jalan-jalan, have fun dengan kawan, rakan, keluarga...sedang aku berhempas pulas menjalani sebuah kehidupan demi mencari makna hidup yang masih belum ditemui. Tolonglah bersyukur duhai diri....Jangan mudah tertipu dengan dunia maya....tak semua orang berani tonjol the dark side of their life. Mungkin semua orang mengalami situasi yang sama. Dengan cerita yang berbeza...mungkin...

Cuba menghargai setiap kehidupan walau ia bergerak sangat perlahan. Perlahannya hanya Tuhan yang tahu kenapa....Seolah macam The Age of Adeline...hahahaha

Doakan aku kuat, doakan aku terusan tabah dalam mencipta dunia yang bebas dari stereotaip jahiliah. Kadang aku tewas jua, kadang aku alpa pada kewujudan garisan jingga yang membataskan setiap yang Dia tetapkan. Benda mudah....amar ma'ruf nahi mungkar...tapi, celah mana masih aku sukar untuk jalaninya?

Minum masih berdiri. Makan pun terlupa kanan dan kiri. Solat? Solat sekadar solat, tanpa dihayati....sedih betullah. Rasa nak maki diri sendiri. Rasanya, kalau dengan menyebat dapat menghapus segala dosa yang sengaja dibuat itu, sudah lama berbirat tubuh ini.....Geram. Geram!!!

Nak kata jahil, belajar sudah mahu habis pengajian tinggi. Agama? Makin hari, makin lucut dari hati. Dunia apa yang kau cipta ha? Mahu jadi munafiq? Fasiq? Mu'min asi? Naudzubillah min dzalik!

Tapi sungguh aku lemah, tak kuat. Jiwa alpa, syaitan terusan menggoda....hingga buta pada syurga neraka. Bodoh!!

0221.


Berteman lampu, berlatar muzik nan syahdu dan aku....yang masih termangu...pada jalan kehidupan apa dan bagaimana mahu dan harusku tuju....

Helaan sumbing dari bibir seolah mengejek kekuatan rohani yang erat dipeluk oleh nafsu. Lepaskan aku dari belengu ini...tolong....sungguh...aku...ingin...kembali....

0223.


Esok belum pasti. Hargailah setiap detik dan desas nyawamu, agar ia tidak tersia dibuang waktu. Kerna, belum tentu kau hidup hingga kehari tuamu...

Cerita 49 hari itu masih jua belum tamat. Kerna jiwa itu masih lagi sesat. Sesat dalam pengarapan cerita yang sengaja direka.....Tulisan tengah malam itu kelam dan dalamnya tak semua orang tahu...jiwa hitam itu masih terapung dilautan dosa.....cuba menggapai tali pengharapan yang kian terlepas dari genggaman tangan....dia masih lemas...

Sepatutnya aku up entri ni semalam. Yup, semalam sempena kemasukan tahun baru Hijrah yang ke 1441. Tapi, disebabkan masalah teknikal seperti...

Sepatutnya aku up entri ni semalam. Yup, semalam sempena kemasukan tahun baru Hijrah yang ke 1441. Tapi, disebabkan masalah teknikal seperti, tetiba laptop kau hang dan juga line macam siput mintak cabut nyawa, jadi semuanya tergendala.

End up aku habiskan baca dengan termenung dan baca buku. Oh ya, qada' tidur pun tak dilupakan. Maklumlah, sepanjang 7 minggu cuti sem ni aku tak pernah duduk dekat rumah dengan amannya. Mesti kena keluar. Tak keluar pergi kerja, ada jelah kena teman orang dan lain-lain lagi....

Alhamdulillah, laptop kembali okay walau makan masa berjam-jam jugaklah untuk loading. Maybe dia cuba sampaikan surat berhenti kerja selepas 6 tahun berkhidmat. Maklumlah, teknologi jangka hayat dia tak sama macam manusia.

Well, hello there! Kabare kalian semua? Aku doakan semua dalam keadaan yang baik dan sihat wal-a'fiat. Seperti yang dijanjikan, tepat 1 Muharram 1441H, aku telah pun melancarkan Podcast Orang secara rasminya. So far so good, Start small start none, everything will end well. InsyaAllah, Amin.

Esok, hidup sebagai pelajar praktikal 2.0 akan bermula selama 17 minggu. Bunyi macam sekejap aku harap ianya fasa yang sekejap. Nampak gaya 2019 will gonna be my last year as a student (yang main-main).

A big applause to my new podcast project: ORANG!!!!



Welcome to the new world Orang.


Selepas lima tahun berkecimpung dalam dunia blog secara rasminya, maka aku memperkenalkan kewujudan Orang secara rasmi ke alam maya.

Why and why kau publish podcast walhal kau tak pernah suka dengar suara sendiri?


Kau tahu, sejak semakin hampir ke penghujung dunia belajar ni, kau dah tak banyak berdialog dan borak macam dulu. Sampaikan kadang aku lupa, macam mana nak bercakap dengan orang, kawan dan small talk selain dari promote barang dekat customer. Tak tahu samada ia sadis atau suatu khabar gembira bila mana kau kurangkan bercakap perkara yang sia.

Maka, selepas setahun mengkaji tentang podcast dan persiapan yang diperlukan, akhirnya dengan penuh keyakinan (dan izin Tuhan), aku pilih tahun 1441 sebagai tahun permulaan dunia baru bagi entiti Orang dan juga thesofieadie #theuprisingofnonsense.

Sebenarnya, buat sistem hidup sendiri itu memang makan masa. Sepuluh, dua puluh even seratus tahun pun, belum tentu orang dapat terima. Itulah yang berlaku pada aku sekarang. Aku tak tahu sistem apa yang aku nak buat, hahahaha....takpelah, janji kau start slow-slow....mungkin tak nampak sekarang.....janji kau teruskan hidup.

Jadi dimana korang boleh dengarkan Orang?


Platform raasminya adalah di Anchor.fm. Kalau ada spotify, korang boleh cari 'ORANG'. Google podcast pun ada, iTunes aku baru submit tadi, rasanya belum approved lagi.

Sokongan dari kalian sangatlah aku hargai. Kalau ada komen, maklum balas atau apa jua pendapat, amatlah dialu-alukan.  Dan insyaAllah aku akan ceritakan juga trivia bagi kewujudan setiap episod Orang dari semasa ke semasa.



To the end, moga husnul khatimah, adios amigos zaijian ila liqa' wa maa'salamah!

(Bicara dalam dialect indonesia) Kau pernah mimpi? Mimpi bertemu peri-peri yang akan merealisasikan segala impi menjadi realiti? Geleng.  Ak...

(Bicara dalam dialect indonesia)

Kau pernah mimpi?

Mimpi bertemu peri-peri yang akan merealisasikan segala impi menjadi realiti?

Geleng. 

Aku tidak percaya pada peri. 

Kenapa?

Kerna peri selalu mengecewakan banyak jiwa...buat mereka lupa pada kuasa yang lebih besar dari angan si peri...

(Sinetron tamat)

###

Belum mula menulis sudah mengantuk. Biasalah menulis kala mata sepatutnya lena, aku paksa ia untuk buka dan berkerah tenaga memikirkan perkataan yang serima nadanya. Bismillah awalun kalam pemula bicara...katanya lima belas minit yang lalu.

Jam sekarang menunjukkan pukul 0221. Bermakna, ada tiga jam lebih mahu ke waktu subuh. Ah, setiap malam dia qiamullail. Tanpa solat. Bagaimana, dikirakah itu sebagai berjaga malam? Wallahua'lam...

Sambil mencari latar muzik yang sesuai, aku mulakan penulisan dalam keheningan malam. Gelapnya tenang. Sunyi mengasyikkan si pemejam mata yang sudah panjang mimpinya. Ingin aku turut serta, tapi mimpiku....terlalu berat dan sarat dengan kata yang aku sendiri sukar untuk bernafas kala menceritakannya. Terasa lena seharian pun tidak mampu untuk membendung mimpiku ini.

Mimpi...


Zaman kanaknya pernah bermimpi, mahu menjadi manusia termuda membuka resort atau hotel atau sebuah kompleks perlancongan. Nyata masih jadi angan walau sudah menjangkau dua puluh tahun kehadapan.

Maka, dia mimpi lagi...

Untuk menjadi manusia yang berjaya meraih sebanyak "A" dengan hanya empat bulan belajar. Tidak juga berjaya...dia mulai merasa lelah untuk berangan dan mimpi disiang hari. Tapi, harapan nan secubit mengetuk mindanya agar terusan mencari. Tanpa henti. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran dunia di setiap jemari.

Ketika berada di pengajian tinggi, dia pilih untuk hidup berlainan identiti. Kononnya fokus itu bercabang dua, tapi dia buta pada cabang yang lagi banyak tidak kenampakkan walau sekadar bayang. Dia sudah terjerat dan tersesat dalam keriuhan amukan gila mimpinya yang mahu mengejar semua dalam sekelip mata. Dunia sudah membutakan setiap deria kemanusiaan yang dia pernah penjara suatu tika.

Cinta dunia memakan diri. Dia mengejar, dia terkejar.

Lelah!!!

Tersungkur di tirai mimpi. Tertarik tabir yang selama ini dia cuba untuk sembunyi. Penghujungnya....dia tetap menangis sendiri.

Esakan semalam menjadi percikan bara pada jiwa yang masih percaya pada sebuah mimpi.

Percaya, kuncinya. Percaya adalah fius pemula buat dia lebih gagah.

Percaya yang setiap direncana walau rapuh, dengan tekad dan usaha serta izinNya, dia pasti kan berjaya.

Percaya.

Yakin pula arangnya.

Yang sentiasa menghangatkan bara mimpi itu agar terusan membakar segala anasir yang luar dari kawalannya.

Mimpi ----> Percaya ----> Yakin ---> Tindakan ----> Terserah pada Tuhan

Apa kau pasrah selepas bertindak? Semudah itu kau berserah? Kelihatan lemah di medan perang. Belum masuk bertempur, baru bunyi gempita, kau sudah rebah. Heh, keluar sajalah dari medan...

Lalu dia keluar. Bukan keluar dari medan pertarungan. Tapi keluar menjadi pendekar yang mengetuai pasukan. Pasukan mimpinya yang sekian lama lena hingga diketawakan setiap darinya.

Apa yang harus dimalu?


Malu itu letaknya bertempat. Malu tidakkan membantu mimpi. Malu, kitakan tersesat. Malu hanya pada satu. Adab. Bukan pada pembangunan kendiri.

Boleh terkandas tumbesaran jika malu tidak mengenal laluan.

Itu, sana lorongnya malu.

Sini lorongnya hanya mahu memajukan diri.

Kalau dipermainkan kata itu hanya sekadar untuk mainan bibir, usahlah berkata-kata. Kata itu harusnya dikota. Kata itu, harusnya dipelihara untuk yang selayak mahu menerima.

Kerna telinga, bukan cawan kertas yang kau boleh sewenangnya menuang kata-kata manis murahan yang berakhir dengan hurungan semut merah yang menyakitkan. Telinga itu, wayar yang menghubungkan melodi yang merdu menyimpul setiap satunya menjadi lagu.

Liur itu pula, bukan siraman untuk si cawan penuh.  Liur adalah liabiliti dari Tuhan. Harus bijak menjaga agar tidak berhutang yang sia. Cukainya bukan calang-calang. Bukan boleh dibayar dengan ringgit Malaysia mahupun dolar Amerika.
Hatta 'maaf' dan 'terima kasih' jua belum tentu dapat membayar segala piutang walau fizikalnya resit telah dikeluarkan...

Mana isunya mimpi, hingga ke liurnya basi?

Usah malu untuk bermimpi walau disiang hari. Ia percuma. (Dalam tempoh awalan). Kemudian, kau harus bayarnya berterusan.
Mimpi bukan lagi prabayar. Mimpi adalah pascabayar tunggakan bil yang kau harus laksana secara harian...

Kerna mimpi itukan menjadi nyata, bila kau komited untuk mengejarnya dalam setiap tindakan.

Mimpi masa lalu itu masih aktif walau telah bertukar pelan talian. Yang penting ia masih bergantung pada satu hayat. Nyawamu....

-0343-Masa untuk bermimpi....-

Ceritanya selalu tidak berkait. Ceritanya, selalu tidak habis. Jarang pernah ditemui jawapan. Selalu kepusingan mencari isi. Yang berakhir d...

Ceritanya selalu tidak berkait.

Ceritanya, selalu tidak habis. Jarang pernah ditemui jawapan. Selalu kepusingan mencari isi. Yang berakhir dengan ketidakpuasan hati.

Mahu dimarah, dia siapa?

Mahu dijerkah, aku siapa?

Lelah kata jiwanya. Lelah lagi sanubari yang punya rasa. Mahu saja dicabut dan dineutral segala perisa yang telah lama membejat takhta yang selama ini dia pegang dan jaga.

'Bodoh!' jerkahnya.

'Kau yang bodoh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!' teriaknya lebih panjang. Sakit hati!

Pada siapa? itu isunya. Pada diri atau pada takdir yang mencipta aturan yang dia tidak rela?

"Bang, kasi saya plaster satu?" wang kertas seringgit dihulur pada si penjaga kaunter.

Dalam hati berdetak, 'Mampukah plaster yang bernilai 30 sen ini menampung segala luka yang dia rasai?' perlahan sarung plaster dikoyak, menampal luka pada jari. Habis, luka yang tersagat dihati ini mahu ditampal dengan apa? Air mata? Hingusan sendu yang sadis meraih pada jiwa yang akan binasa?

Bodoh!

"Eh, kenapa pintu ni ditutup? Macam mana nak keluar ni?" suara asing bersoal. Dia terpinga. Oh ya, baru dia tersedar yang laluan harian biasanya sudah terkatup dengan bidai. Wajah mereka kebingungan.

"Barangkali, kita harus menggunakan laluan utama untuk keluar..." kata manusia asing itu sambil berjalan menuju pintu utama. Dia hanya mengekor dan tersengih sumbing saja dari belakang. Menggaru kepala yang tidak gatal seperti si bodoh kebangangan.

"Kerja sini ke?"

"Ha?" jelas benar pekaknya. Suara lagu ditelinga direndahkan.

"Haah...kerja." dalam hati berharap yang tiada lagi perbualan yang seterusnya. 'Blah la kau, silalah blah, tolonglah bla....hahahahaha kejam gila' persetan! getus hati rawan.

Dan mereka kembali berjalan bagai dua manusia asing menuju ke satu destinasi yang sama.

"Kau kena hati-hati. Kadang manusia ni suka pergunakan orang lain untuk menampung luka lama mereka pada sesuatu yang tidak kesampaian." pesan si sahabat. Hirupan Coco smoothie oreo cookies seolah berperisa petai yang diblender bersama peria dan durian yang menghasilkan rasa yang amat kelat pada jiwanya.

"Tapi, aku tak pernah pun jadikan manusia sebagai plaster. Asal aku jadi mangsa?" pertikainya. Helaan nafas hasil campuran tiga bahan yang kuat bau dan rasa telah menghasilkan kepulan asap bersimbol tengkorak. Matilah kau...

"Manusia macam tu, biasanya buat manusia lain sebegitu sebab takut. Mereka takut akan bertemu rumput yang lebih hijau dan kuntuman yang lebih mekar. Masa tu, mungkin dah terlambat untuk undur masa..." payau liur dilidahnya semakin berpasir.

Jarak langkah antara mereka sudah jauh lima kaki. Syukur dia berjalan bagai si kura.

'Bagaimana mahu memberi peluang, jika penghujungnya kita tahu ia pasti menyakitkan' mesej dihantar pada teman yang pernah menjadi jiran.

'Kau cuba chill, buat macam biasa...jangan lompat pada babak akhir tanpa melalui setiap bab. Walaupun kau dah tahu permainan setiap cerita ada formasi yang sama, kau cuba belajar untuk kosongkan gelas kau buat sementara.'

Kosongkan gelas? 

Plaster dan Platform.

Balutan plaster pada jarinya yang terluka itu diramas perlahan. Sakit. Bukan kerana luka fizikal, tapi luka yang dia sendiri tidak tahu apa statusnya. Sudah bernanahkah ia? Sudah dihinggap lalatkah? Atau sebenarnya luka itu tidak pernah wujud?

Laluan mereka terpisah kerana dua platform. B2. Jadinya dia ke bandaran, manakala aku ke kampungan. Mujur terpisah.

Dia duduk pada bangku yang kosong. Ditala pandang ke seberang, melihat manusia asing itu dengan segaris senyuman. Dia membalas dengan lambaian. Kita terpisah kerana dua platform.

Plaster itu dia buang.

Platform itu dia tinggal.

Gelas itu juga, dia belajar untuk kosongkan.

Menumpahkan segala rasa dalam bentuk aksara. Sepi tiada rima, sunyi tanpa nada. Kau yang membaca jua pastikan tertanya, cerita ini berkaitan dengan aku kah?

Dan kau bertanya, kau terlukakah?

Aku akan menjawab, dulu mungkin ya. Sekarang, darah itu sudah kering bahkan tidak pernah wujud. Aku tinggalkan segalanya di platform B2 bersama sisa air yang ku tuang dari gelas pemikiran. Memberi ruang pada pengalaman yang mendatang tanpa hentian....

Perjalanan diteruskan...

'Tut tut, tut tut, duguk duguk duguk duguk dung' dan keretapi terus meninggalkan plaster, platform B2 dan juga sisa air jauh kebelakang.

Sebenarnya aku tidaklah sesegar mana untuk berkongsi teori kehidupan pada waktu begini. Tapi disebabkan otak aku tak boleh fokus sepanjang d...

Sebenarnya aku tidaklah sesegar mana untuk berkongsi teori kehidupan pada waktu begini. Tapi disebabkan otak aku tak boleh fokus sepanjang dua tiga hari ni, aku terpaksa muntahkan segalanya sebelum ia menjadi tengkorak berulat dan busuk membangkai dalam diri.

Sambil mencari muzik latar yang sesuai agar idea berjalan dengan lancar, aku mulakan kupasan teori ini dengan melihat 20 tahun hidup ke belakang dan juga kehadapan.

Kenapa tidak sekarang?

Sebab, aku nak kau nampak perbezaan antara fasa perubahan dalam hidup kau.

Pemikiran ini semakin bergolak bilamana hari yang selama ini dihitung kita bersama telah menjadi realiti.

"Normal ke kalau kita sedih dengan perpisahan macam ni?" tanya sang sahabat.

Aku angguk bersahaja. "Normallah tu..." kata seolah perpisahan itu suatu perkara yang terbiasa. Manakan tidak, seawal usia 12 tahun aku sudah terpisah asing dari keluarga, hingga kini rasa itu seolah suatu kedamaian. 'Bahaya kau ni...' umi pernah berkata.

Aku pandang umi, dengan persoalan 'Kenapa pulak?'. Umi hanya diam sebab tidak tahu mahu terangkan bagaimana. Mungkin talian komunikasi kami telah lama bersilang arus. Entah...

"Saya pernah baca..yang orang kata pertemuan, perpisahan semua tu kan, hanya sekadar mainan perkataan yang dicipta oleh minda untuk bagi kita rasa kesedihan. Betulkan?"

Allah, Ain,,,,kaulah satunya manusia yang imaginasi kita boleh bergabung saat berbicara. Aku pun pernah terbaca kenyataan itu. Tapi, entahlah...barangkali hati ini sudah dingin salju membeku semenjak bila, aku pun tidak tahu. Jadi bila dipisah, terpisah ini bagi aku ia sekadar suatu detik yang aku akan gabungkan bersama menjadi satu video berlatar belakangkan tema yang sesuai.

Apa fasal aku rasa penyampaian kau kosong malam ni?

Sebab jiwa itu telah hilang diragut kehidupan yang serba berselarut mengejar modenisasi duit dan berakhir dengan...aku tak tahu...

"Lepas habis belajar, agak-agak kita senang tak nak jumpa lepak macam ni?" tanya Ain lagi. Rakan penghujah bersama Teori Penyu.

"Nak tak nak kita terpaksa blend in dengan kehendak kehidupan. Yeah, memang hidup perlukan passion tapi sekadar passion tanpa blend in, kita tak kemana, sebab kita masih tak mencipta sejarah agung. Kemodenan kini memaksa kita untuk menjadi seperti mereka..."

Taipan terhenti, melangu seketika...'Ain, next time kita borak, nampak gayanya memang kena rekod...'

"But how we're gonna to stand out after we blend in the society?"

"Tetapkan prinsip hidup, pendirian diri dan kenal diri sendiri dengan lebih terperinci baru kita tahu yang keunikan kita bukan sekadar teori. Tapi, untuk berdiri setelah lama mencangkung itu bukan senang. Samada kitakan selesa dengan cangkungan itu kerana sudah tidak merasa kewujudan kaki akibat kekebasan atau kita menyeringai kesakitan akibat kebasnya kaki dan kita pilih untuk stand out..."

How?


Kau tahu jawapannya. Kenal pasti punca kebasnya kaki tadi itu, dan kau kawal ia dengan sebaiknya...

atau...

jangan pernah lupa warna usul kau...

span atau iguana? tanyamu...

Terpulang bagaimana kau mahu tafsirkannya. Ayah aku bilang, jadilah seperti ikan. Hidup dilaut masin, tapi tak pernah memasinkan dirinya...

Blend in, stand out....


Tapi aku yakin, bilamana kau pilih untuk mengaplikasikan teori ini, kau akan merasa seperti Lone Wolf...Asing benar rasanya. Sehingga mahu berbicara pun kau lupa apa itu A BA TA...A BA CA...

Kenapa nak stand out?

Kata nak cipta sejarah menjadi lagenda bukan sekadar mitos....

Kalau semua orang nak stand out, apa uniknya??

Yang mentafsirkan unik itu abstrak, sama seperti cantik, sempurna, sedap dan lainnya...

Tak rasa ke manusia yang stand out ni orangnya pelik-pelik dan sebenarnya mereka tak betah untuk blend in?

As long as kita bekerjasama sebagai satu pasukan, dan kemudiannya membawa hala tujuan sendiri, bagi aku itu sudah memadai untuk hidup harmoni.

Stand out buat kita punya identiti yang tersendiri. Tiada copy paste, tiada ikutan dari mana-mana budaya dan bukan sekadar ikutan semata-mata...sebab kita sudah kenal mana letak duduknya diri kita untak berpasak dimuka bumi ini.

Taipan panjang berjeda....kenapa tidak kau hidup sekarang? Itukan lebih menyenangkan. Appreciate the present, they said.

I will.

Esok hari yang panjang untuk aku masuk dalam blender, dikisar halus oleh kemahuan dunia. Aku harap, selepas fasa 49 hari ini, aku masih punya kudrat untuk stand out dengan lebih utuh...itupun kalau daging-daging manusiawi dan rohani aku masih kental dalam menyatukan balik jasad untuk aku berdiri...sebab kadang aku rasa, isinya sudah lama tiada. Sebab itu bilamana masuk blender, yang keluar adalah sisa tengkorak. Menghasilkan tarikan pada bau neraka...
Aku takut tersalah masuk blender dan end up aku tersekat di dasarnya hingga aku tak jumpa jalan untuk stand out...

Blend in stand out ini semacam sudah sesat ke horizon lanun yang karam tamakkan harta karun...

Cerita paling besar dalam hidup aku untuk bulan lepas adalah, khabar penutupan kiosk tempat aku kutip pengalaman dan belajar menstabilkan hi...

Cerita paling besar dalam hidup aku untuk bulan lepas adalah, khabar penutupan kiosk tempat aku kutip pengalaman dan belajar menstabilkan hidup pelbagai sisi. Dua tahun kot aku ulang alik, habiskan masa hujung minggu, puasa, raya dekat situ. Siapa tak feeling bhai....banyak memori tercipta dekat situ. Tapi sekarang tinggal sejarah.

in memoir

Walaupun penutupan March aku dipenuhi dengan bergambar bersama artis, ianya tidaklah dapat mengubah rasa sedih tu. Huhuhu

Macam drastik pun ada...tapi hidup ni kalau takde perubahan, tak hidupla namanya. Maka, aku belajar untuk terima perubahan itu sebagai satu kebaikan. InsyaAllah, banyak lagi rezeki lain yang akan datang.

Hidup kembali normal. Yang tinggal, hanya bergegas dengan dateline assignment. Fokus hidup sebagai pelajar tahun akhir. Mencari kehidupan perjalanan yang seterusnya. Sampai tiada lagi impian yang mahu dicapai selain dari hidup bersama Tuhan.

Sebulan dah berlalu sejak aku tinggalkan blogger dan pindah ke platform Nexbuilder. Feel dia, tetap lain. Yelah, tujuh tahun main dengan blogspot. PBAKL kali ni pun tak dapat pergi disebabkan kekangan lain. Takpelah, banyak lagi buku yang aku tak habis baca.

Esok ada modul finishing school. Dah nak habis dah belajar. Bersediakah untuk hadap dunia sebenar?

Kerjaya, keluarga, kehendak, impian.....aku sandarkan hidup ini hanya untukMu Tuhan. Permudahkanlah segala urusan kami dunia akhirat. Amin.

Wallahua'lam....

Dalam tahun ni, kemungkinan aku akan tamat belajar. InsyaAllah. Doakan segalanya dipermudahkan. 2019 adalah tahun dimana aku patut pilih unt...

Dalam tahun ni, kemungkinan aku akan tamat belajar. InsyaAllah. Doakan segalanya dipermudahkan.

2019 adalah tahun dimana aku patut pilih untuk fokus kehidupan sebagai seorang pelajar. Yup! Betul-betul belajar. No more part time work, no more cari gali sisi yang aku tahu lambat laun iakan pergi. Itulah hidup. Yang datang akan pergi, yang hidup akan mati.

Pilihan itu tak akan sentiasa jelas. Ia sentiasa ada dua, tiga, empat atau lima jalan yang perlu kita tapis. Itu cara Dia agar kita sentiasa merujuk pada Yang Kuasa. Dia beri pilihan, sepertimana Dia kurnia Hidayah. Kita, dengan ilmu yang dangkal, iman yang senipis helaian kajang, perlu minta pada Dia...dipermudahkan segala urusan.

Sampai bila pun, pilihan kan sentiasa ada. Ada kos melepas, faktor yang perlu diambil kira.

Macam sekarang, adik aku baru sudah STPM, dihadap dengan berjuta pilihan. Mana hala tuju, ikut hati atau tunjuk kata ibu. Dia pun tak tahu. Pening haru biru! Kesian pun ada, tapi nak buat macam mana...aku sebagai kakak yang sekadar wujud memenuhi mayapada ini, hanya mampu mencucuh akal dia dengan setitis dua hikmah.

Kuasa pilihan tu sebenarnya ada dalam diri setiap orang.


Tapi, disebabkan faktor luaran, kita jadi kecut perut untuk dengar kata sendiri. Iyalah, segala yang dipilih sekarang itu seolah pantulan masa hadapan. Ambil kos ini, kata ramai akan menganggur. Mana tidak serba kena dibuatnya.

Dari sudut pandangan aku, benda memilih kos ni sebenarnya bukanlah suatu yang kau perlu fedup, bergaduh, tarik muka bagai nak rak semua. Ia adalah suatu proses dimana kau perlu enjoy the moment of understanding your true desire. Tak perlu gelabah, tak perlu kalut. Rezeki Tuhan semua ada jaminan. Bukan sebab kos yang dipilih, bukan jugak sebab universiti yang kau masuk dan bukan jugak sebab keputusan yang kau agungkan.

Semua tu asbab. Tuhan kata 'Kun' maka 'Fayakun'.

Usaha ya kita usaha. Tapi jangan lupa Dia. Tuhan sangat suka bilamana kita libatkan Dia dalam setiap urusan kehidupan kita. Nampak remeh, tapi itulah dia indahnya hidup bersama Ilahi. Mana ada manusia yang tahan kita rengek dekat dia minta nasihat selalu. Tapi, dengan Tuhan, Tuhan lagi suka. InsyaAllah, proses kehidupan yang seterusnya itu semacam smooth. Semacam lancar dan terasa ringan.

Lepas dah dapat setiap apa yang kita nak, tadah tangan, syukur. Usaha lagi, doa dan tawakkal.

Senang kan nak kasi ceramah free dekat orang. Aku pun masih bertatih lagi libatkan Tuhan dalam setiap keputusan. Kadang lupa, terasa angkuhnya dengan Tuhan. Bila tak jadi, marah diri sendiri. Bodoh sombong tak bertempat.

Bila dah pilih, belajar untuk YAKIN. Yakin setiap keputusan itu adalah yang terbaik dari Dia untuk kita. Berhenti, berhenti salahkan diri sendiri dan orang lain. Belajar untuk berdamai dengan Takdir.

Dari sisi hidup aku yang sekarang, aku pilih untuk berhenti kerja sambilan, dan fokus pada dunia pembelajaran (sambil selam celup update blog). Memang rasa lain. Otak kau senget benget, jadual hidup dari kelawar kena jadi ayam. Memang pening. Sampai FYP yang orang lain dah submit, aku masih terhegeh-hegeh bersengkang mata nak buat pembetulan. Sedih, cemburu sebab ketinggalan. Tapi itu lah pilihan awal yang aku buat tak pakai otak. Jadi tanggunglah risiko sendirikan.

Jadi, buat adik-adik yang masih mencari dan mengkaji pilihan kalian, pilihlah diiringi dengan Dia. Dia tahu kamu tidak tahu, Dia tahu kamu buntu...jadi call-lah Dia.

Semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. InsyaAllah.

Khabarnya minggu ni result SPM akan keluar. Cuak dia tak payah ceritalah. SPM ni lah penentu kehidupan samada kau pandai atau tidak. Samada ...

Khabarnya minggu ni result SPM akan keluar. Cuak dia tak payah ceritalah. SPM ni lah penentu kehidupan samada kau pandai atau tidak. Samada jadi tikus makmal atau jadi pencinta ilmu. Penentu masa hadapan yang aku sendiri tak tahu mana hala tuju. Kenapa SPM ni sangat penting? Kenapa semua orang pandang pada SPM?

Kehidupan normal seorang pelajar adalah belajar.


Bila dia mula bertanya pelbagai soalan itu menunjukkan dia punya potensi untuk teroka dunia ilmu yang tiada batas. Hari ni kita mungkin boleh dapat straight A SPM, tapi ia bukan jaminan yang kita dah tahu semua benda dalam dunia serta galaksi bima sakti. Banyak lagi kayu ukur yang lain selain daripada SPM.

Jujurnya, SPM adalah anak kunci bagi kunci gudang ilmu yang lain. Anak tangga bagi tangga-tangga yang seterusnya (kalau namppaklah tangga tu). Kalau tangga tu tak wujud, mungkin kita perlu teroka dengan mejadi perintis sehingga laluan itu tidak lagi samar. Perasan tak, masa sekolah dulu tangga sekolah ni tak banyak. Naik pun tak leput. Tapi, bila kita belajar ke peringkat yang lebih tinggi, tangga tu banyak dia lain macam. Tingginya tak payah diceritalah. Boleh putus nyawa silap hari bulan.

Tangga = Ilmu


Ilmu ni konsep dia terlalu luas. Belajar sampai bila pun tak akan punya tarikh lupus. Semakin banyak kita belajar, semakin bodoh terasa. Semakin banyak kita panjat tangga, semakin cepat lelah. Tapi bila kita toleh belakang sejenak, baru kita tahu, betapa indahnya pemandangan dari atas. Buat kita belajar erti syukur pada setiap peluh dan lelah yang kita korbankan setiap kali panjat tangga tu tadi. Tapi jangan toleh lama sangat, takut terbalik ke belakang.

Apa yang normal sebagai pelajar?


Lebih-lebih lagi kalau kita pelajar di institusi pengajian tinggi. Mungkin senang orang akan cakap;-

  • Bakal penghutang PTPTN

  • Zaman kumpul hutang tanpa sedar

  • Fasa culture shock

  • Seperti buih dipantai...


Tapi apa yang orang tak nampak adalah;

  • keceramukan emosi, mental dan fizikal

  • The struggle of adaptation

  • Isu kepercayaan

  • Isolation


Kenapa peminjam PTPTN cenderung menghabiskan duit tanpa kawalan?


Pelajar ni jarang pegang duit besar sekali sedebuk jatuh macam tu. Bila kali pertama dalam hidup punya kuasa belanja terhadap kewangan sendiri, dia jadi teruja. Teruja tu lah yang boleh sampai tak ingat dunia. Sebab tak semua manusia sama cara perbelanjaan diorang. Walau berbuih tips dikongsikan cara pusing balik duit PTPTN tu, tapi tak semua praktiskan. Samalah macam Quran. Orang tahu. Tahu. Amal? Terpulang.
Apa yang seronoknya zaman belajar adalah, kita dibenarkan buat silap.

Takpe. Sebab namalah belajar. Sepatutnya, sesiapa sahaja boleh buat silap dan belajar dari kesilapan kita. Tapi kalau dah wujud kesilapan yang sama berulang kali, takkan nak ulang jugak kesilapan tu pada diri sendiri. Sebab tu pentingnya mengoptimumkan penggunaan akal yang Tuhan beri.

Akal untuk berfikir. Waras, logik, common sense, courtesy, empati dan lain-lain yang berguna untuk membentuk sebuah kehidupan yang harmoni dalam masyarakat.

open book

Jadi, kepada bakal graduan/calon SPM 2018, apa jua keputusan kalian selepas ini, itu hanya sebuah pemula. Hargailah setiap peluang, ruang, tenaga dan masa yang dimiliki. Kerana semua itu tak akan ada galang ganti. Berfikirlah sebaik mungkin. Nak sambung geomatik atau pengurusan hartanah, tiada masalah. Nak masuk bidang apa pun, pilihlah sebab kita nak menjayakan dan menjadi sebahagian tenaga professional bidang tersebut, bukan sekadar wujud. 

All the best!

 

The neck and the shoulders are some of the most common areas of the body where one may experience pain or discomfort. In some cases, neck pa...

The neck and the shoulders are some of the most common areas of the body where one may experience pain or discomfort. In some cases, neck pain is accompanied by shoulder pain. At times, pain in the neck may be originating from an injured pelvis or spine. At times, the pain could be limited to the muscles. But considering that these areas are highly concentrated with nerves, neck or shoulder pain can be highly excruciating. Some of the most common causes of neck pain and shoulder pain include maintaining an improper posture for an extended duration or time, physical injury, diseases (such as arthritis), bad lifestyle habits, and the lack of exercise. The good news is that neck and shoulder pain can easily be prevented. So how can you reduce your risk of having to deal with this extremely unpleasant ordeal? Here are 3 helpful ways to prevent neck and back pain.




1. Maintain Proper Posture


Bad posture is one of the most common causes of a wide variety of bodily pains other than neck and shoulder pain. For instance, back a larger percentage of back pains originate from maintaining the wrong posture when lifting, sitting, and standing. The same case applies to the neck and the shoulders. Ever woke up one morning with an extremely painful neck? More often than not, higher chances are that you slept in the wrong position, used a hard pillow, or didn’t use a pillow. To prevent shoulder and neck pain, always ensure that you stand tall and straight, sit upright, and be careful when lifting heavy objects. Also, you may want to avoid situations that involve stretching out your neck too much. If your work involves sitting for extended periods of time in front of the computer, care to invest in ergonomic chairs and make sure your eyes are directly level with the top edge of your desktop monitor. Also, avoid placing your pillow under your shoulder when you go to bed.

2. Exercise and Massage


As earlier mentioned, the lack of physical activity can be a source of shoulder pain, neck pain or more. There’s a wide range of exercises that seek to strengthen your neck and shoulders while making these parts more flexible at the same time. The stronger your neck muscles and shoulder muscles and bones become, the low the risk of suffering from the associated pains. Every once-in-a while; take a pause from what you’re doing and stretch. Do some head tilts, neck turns, neck rolls, neck lifts, and shoulder circles. These exercises can help prevent neck and shoulder pain. Neck and massage can also be highly helpful to not only prevent but also relieve existing neck pain. You can always visit massagers.pro to identify some of the best massage products to relax your neck, back, and shoulder.



3. Lifestyle Changes


It can come as a surprise to some, but poor lifestyle habits can also contribute to pains in the neck, shoulders, and other parts of the body. Fortunately, one or a few lifestyle changes can help change the story. For instance, you might want to consider quitting if you smoke. If you tend to get so consumed at work, taking regular breaks will go a long way in preventing neck strains and sprains. If you tend to forget the importance of water, you’ll want to remember that staying hydrated can help prevent pains in the neck and shoulders as it keeps the vertebral columns, discs, and joints supple and lubricated for flexibility. You may also want to adjust your diet to include more foods rich in Omega-3, Magnesium, fiber, and antioxidants.

Orang bercerita, kita sibuk mendengar. Orang berhujah, kita sibuk jua membantah. Orang kata tidak, kita keras memaksa Hingga orang terpaksa ...


Orang bercerita, kita sibuk mendengar.


Orang berhujah, kita sibuk jua membantah.


Orang kata tidak, kita keras memaksa


Hingga orang terpaksa akur pada suatu yang dia tidak mahu...


Kenapa diberi simbolik?


Kenapa memaksa setelah ditolak?


Kenapa mahu lari seolah tak punya salah?


Kenapa?


Jika benar tiada salah, hadapi seperti dewasa


Hatta anak kecil pun berani bersemuka jika buat salah.


Ya, lupa anak kecil jujurnya tidak sampai ke besar...


Mahu salah siapa?


Persekitaran?


Didikan?


Ironiknya yang berkata jua tidak pernah jujur


Simboliknya selalu terkeliru


Hingga terasa memperguna yang qudus untuk memperoleh sesuatu


Apa agaknya rasa sebegitu?


Entah.


Simboliknya, sukar untuk ditolak.


Sukar untuk berkata tidak.


Sukar sehingga terpaksa menebal muka seolah tak punya maruah


Paling teruk seperti orang tiada agama dan tidak belajar syariah...


Terlalu mudah bagi sesetengah manusia adalah jerih bagi sesetengah makhluq lain


Tanggapan remeh sekelompok manusia adalah isu serius makhluq lain


Kenapa perlekeh?


Atas hakiman siapa yang memerhati, kata mereka


Atas hukum sendiri langsung tidak diambil kira.


Biarlah...


Biarlah kata dia...


Benar tidak, dia berdarah


Jatuh terjelepuk ditengah kota kegelapan untuk jillion kalinya


Tiada siapa kisah


Tiada siapa peduli


Ya, lolongan sendu tidak berlagu


Teriakannya syahdu


Sayangnya tiada yang tahu...


Sayangnya...memang diakan mati dahulu...


Tidak lahir, jiwanya yang pergi seperti kamu mahu..


Simbolik itu dipandang sepi


Tidak kiralah sejuta maharnya


Jika maruah bagai diinjak


Tiadalah guna pada harga


Simbolik gila menerobos jiwa sang peneroka yang sentiasa dahagakan kata bahasa dan kualiti


Kualiti yang jarang dicari bagi sesetengah manusiawi yang memenuhi bumi


Simboliknya, dia sudah tidak peduli


Hatta melaung teriakan agama tapi tingkahnya tidak sama


Dia rela lari...


Dia pilih untuk lari...


Dari terkambus dalam hipokrasi....




Aku tak tahu macam mana nak mulakan entri santai. Sebab terlalu biasa guna bahasa kiasan, metafora, dan gaya bahasa yang skema? Entah....seb...


Aku tak tahu macam mana nak mulakan entri santai. Sebab terlalu biasa guna bahasa kiasan, metafora, dan gaya bahasa yang skema? Entah....sebab aku rasa seronok dapat keluarkan bahasa lama dari dalam jiwa yang aku sendiri pun tak pasti datangnya dari mana...


Kehidupan. 


Kita tak jangka kita akan hidup sebegini singkat atau sebegitu panjang. Semua rahsia Tuhan. Lain agama pun akan faham. Bercerita soal kehidupan, masa aku dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, ada kemalangan di Lebuhraya Persekutuan. Kind of ngeri jugaklah sebabnya aku nampak darah! huwaaaaaa seram!!! Tak pasti kemalangan antara apa dengan apa. Tapi tadi aku ternampaklah seorang pembonceng atau penunggang motorsikal tak berkutik dari pembaringan dia. Dan darah mengalir seolah....satu je aku doakan, semoga mereka semua selamat dunia akhirat.


Siapa tak seram weh tengok darah in real life dalam kemalangan jalan raya? Meremang jugaklah tadi....huhuhuhu..


Unik


Hari tu, aku dah terbuat kerja gila. Yeah gila sebab aku tak pernah terfikir pun aku akan seberani itu untuk 'break the pattern'. Ini semua gara-gara Nygma! Hahahaha takdelah...dia hanya suis yang gerakkan motor-motor common sense aku untuk live my own life. Hasilnya, walau pun sedikit patah hati, tapi aku rasa lega. Pelikkan?


Apakah kerja gila itu wahai penulis?


Gila ke? Takde lah kerja gila sangat. Cumanya aku guna title kerja gila sebab aku tak pernah buat kerja-kerja macam tu, Nasib baik jugaklah aku guna medium yang unknown. So, lepas da tau resultnya, aku takdelah rasa malu giler sampai tahap terpaksa jadi burung unta!


Tapi adalah sehari dua aku ambik masa untuk hilangkan rasa 'betapa bodohnya diri ini' dengan lepak-lepak dekat luar. Opkos yang jadi telinganya adalah Nygma. Aku ingat aku akan bersepai dengan kristal tanpa darah tapi nyata tidak....it's nice to have a friend like Nygma...i'm sooo grateful....huhuhu


Mungkin sampai sini ajelah kot cerita dia....ada lagi keunikan ceritera yang lain. Tapi biarlah ia jadi rahsia...


Tiada lagi biru kelabu. End of chapter. Kita mula chapter baru. Buangkan segala mentaliti lapuk dan juga persepsi yang berdebu. Install minda dengan vibe baru. Doakan saja yang terbaik untuk aku dan kamu.


Till then!


Oh ya, budak UiTM hari ni berdebar tunggu result ye?? hahahaha



Sejauh mana kita mahu melangkah? Sejauh mana kita harus menongkah segala rencah? Sejauh mana kita mampu bertahan? Sejauh mana kita mahu pert...


Sejauh mana kita mahu melangkah?


Sejauh mana kita harus menongkah segala rencah?


Sejauh mana kita mampu bertahan?


Sejauh mana kita mahu pertahan?


Entah.


Entah lagi.


Balik, balik itu saja jawabmu...


Sebab aku memang selalu keliru.


Soal ini aku memang selalu buntu.


Seperti aku harus mencari sifu


Aku sungguh tak tahu...


Sejauh mana?


Sejauh alam galaksi menerobos mentari pagi


Sejauh nafas sejak azali...


Yang bila-bilakan terhenti...


Mana mungkin jiwa kita selari pada caturan Ilahi...


Mana mungkin Diakan beri pada sesuatu yang sudah kita sebati..


Wujudnya takdir bila kita percaya


Wujudnya qada' bila kita punya agama...


Wujudnya qadar pula bila kita sudah mula menerima segala dengan redha...


Sejauh mana lagi kita harus bergerak?


Sejauh mungkin...


Hingga kau berpaling tiada yang kelihatan...


Hingga kau berfikir dua kali untuk berpatah arang...


Aku tak pasti jaraknya...


Aku tidak punya idea ukurannya


Aku jua tiada punya kompas untuk tahu koordinatnya...


Yang penting aku punya Dia...


Dia pengatur segala ukuran dilangit jua disana...


Sejauh mana kita dekat padaNya itu semua rahsia...


Sejauh mana pun kita pergi, yang satu itu senantiasakan menghampiri...


Kamu tahu itu...


Sejauh mana lagi mahu lari...