Holla!
Akhirnya, hari ni aku berjaya turun site setelah berkurun lamanya. Tapi, disangka panas ke petang, rupanya hujan di tengahari. Jadi terpaksalah berteduh di parkir sementara menunggu hujan reda. Tunggu punya tunggu, nak dekat pukul 12 pun hujan masih lebat. Takde rezeki. Tapi sempatlah pasang tiga 'piket'. Okaylah kan? Sepanjang hujan tu, sempatlah surveyor tu tanya aku.
Akhirnya, hari ni aku berjaya turun site setelah berkurun lamanya. Tapi, disangka panas ke petang, rupanya hujan di tengahari. Jadi terpaksalah berteduh di parkir sementara menunggu hujan reda. Tunggu punya tunggu, nak dekat pukul 12 pun hujan masih lebat. Takde rezeki. Tapi sempatlah pasang tiga 'piket'. Okaylah kan? Sepanjang hujan tu, sempatlah surveyor tu tanya aku.
"Kenapa ambik Geomatik?"
Aku pun dengan muka
terpinga-pinga tak tau nak bagi jawapan apa. Istilah Sarawaknya ‘bebek’. (Deng
u! simple punya soalan pun tak dapat jawab ke?) Aku just angkat bahu
ajelah. Sambil tersengih bagai kerang dilautan yang akan hilang bila disapu air
pantai.
Korang janganlah jadi macam aku. Memperjudikan masa depan. Bila tujuannya hanya untuk jelajah tanpa fikir panjang, tu yang jadi berjuta kali fikir tentang hidup.
Pastu tanya lagi: “Kau memang minat ke bidang ni?”
Dush! Aku tak pernah
tahu pun bidang ni sebelum aku lahir sampai aku baligh. Pffth! Kalau macam tu
semua orang tak tahu dowh! Meh sini aku nak cerita lagi disebalik "Kenapa aku ambil kos Geomatik ni?"
Masa keluar je result SPM, aku terus apply
GMI,...siap borak-borak dengan bakal-bakal student GMI lagi kat facebook. Gila
tak nak GMI! GMI cara paling singkat untuk ke German tahu...but, then Puan Umi
bertanya...tak nak apply UPU ke?
Hati aku tetiba rasa
macam jatuh dari tempat asal. Mungkin beralih sikit ke hempedu. Sebab rasa
pahit sangat. Maka, pergilah ke BSN beli nombor. Bukak UPU punya site...tanya
Puan Umi..
“Umi, orang mok
ambik tourism bolehla? Orang kan mok jadi tourist guide...”
“Cyeh...habis yang
kau pulun belajar sains tu semata-mata nak jadi tourist guide je?”
Dang it! Habis tu aku nak jadi apa, kalau bukan tourist guide? Aku macam takdak idea dah masa tu. Aku taknak belajar dekat-dekat. Kalau boleh tempat aku belajar tu, biarlah jauh perjalanannya. Maka, bermulalah sesi soal jawab bersama Encik Google. Dan aku terdetik. Dalam banyak-banyak tempat semenanjung, aku belum pernah hidup kat Perlis. Ahah! dari situlah idea menjelma. Aku cari lagi, gali lagi...sampai puas hati.
Dalam pilihan tu, aku nampak ada Geomatik. Aku pun cariklah apakah Geomatik? Macam menarik...tapi...boleh ke aku bawak nanti? dalam dua tiga dua tiga, sampai sekarang aku masih lagi kekal dengan kos ni. Pernah jugaklah merasa dean tiga kali. Hajat nak kejar ANC tak kesampaian dek 'dua tiga dua tiga' ni...
Aku terpaksa 'hold' dulu impian aku nak ke GMI. Impian nak pergi German. Impian nak tengok tembok Berlin. Impian nak hilangkan diri di tanah Hitler.
Dalam 'dua tiga dua tiga' tu jugak aku berkira lagi empat lima kali. Adakah aku nak sambung kos ni untuk degree?
Aku tanya mereka yang berpengalaman. "Rasa, rasa...saya patut ke tak sambung kos ni?"
Maka, jawapan yang kerap diterima adalah: "Kalau GPA okay, sambung je lah..."
Timbul lagi kiraan enam tujuh kali...kalau sambung nak ambil kat mana? UTM? UiTM?
Dan mungkin kiraan ini akan terus bersambung...sampai angka berapa? aku pun tak tahu...mungkin berputar hingga infiniti.
Jawapan dia best ke tak, bukan terletak pada kos yang diambil tapi pada hasil yang diterima. Bagi aku setakat ni, mencabar! Mental, fizikal, emosi....



pray for you sofie,thats your walk to success , insyaAllah :)
BalasPadamAmin! insyaAllah...thanks cik ros!
Padam^_^
jadi tourist guide nampak menarik sgt! :D sy penah impi nak jadi org yang kerja dgn google maps T___T
BalasPadamhaa...yang tu macam dah ada bau2 bacang dengan kos ni pun ada...
Padammacam susah jaa kos tu.. hehe apapun, all the best ! :D
BalasPadammacam je susah...tapi takdelah susah sebenarnya...
Padamthanks for ur wish!
Macam bes ja main2 dengan kamera mahal tu.. huhu
BalasPadammemang best pun! huhuhuhu...
Padampernah main ke dengan 'kamera mahal' tu? mesti teruja kan?
^_^
^_^
BalasPadaminsyaAllah akak boleh dgn course ni. saya harap akak berjaya belajar di german juga satu hari nanti. all the best! :)
BalasPadamAmin!!! thanks sis!
Padam^_^