Latest Posts

Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan

Panas panas gini makan aiskrim memang sedap. Lagi-lagi kalau dapat offer dari Digi. Ah! jangan risau ni bukan entri berbayar dari pihak digi...


Panas panas gini makan aiskrim memang sedap. Lagi-lagi kalau dapat offer dari Digi. Ah! jangan risau ni bukan entri berbayar dari pihak digi mahupun baskin robbins. Ini hanya cerita tentang peliknya rasa aiskrim pistachio!


Siapa pernah rasa perisa ni?

Ergh! Macam ubat rasa dia. Aku bertahan sampai habis sebab kacangnya saja. Sebab kacang pistachio! Kaler dia? Sepertinya menarik, tapi....orang kata kaler makanan yang cantik dan pelik ni, rasa memang out! Totally out! Untuk yang anti ubat, aku sangatlah tak galakkan korang ambil perasa ni.


Tapi, tak sedap pun...habis bhai! Gambar pun tak sempat nak ambik. Panas punya pasal. Semua benda balun macam tak ingat dunia. Tapi, satu je yang best...dia tak manis! Yeay! Perasa lain mungkin sedap...tapi Manisnya ya ampun.....dua bulan minum air kosong bagi neutralisekan balik gula tu. Hahahahahah


Entri ni pasal Pistachio Baskin Robbins je ke?


Tak ilmiah langsung! Tapi, bolehlah nak kasi korang tahu...kalau pi Baskin Robbins tu, cakaplah nak rasa Pistachio ni, then staf tu akan kasi korang rasa sesudu...dah tak sedap, jangan ambik. Habis cerita.


Kes aku ni, main nampak kacang, tak kisah dah cream dia rasa apa. Janji ada kacang. Hantu kacang punya pasal. (ada ke orang nak makan aiskrim ni lepas dia rasa? huhuhuhu...kawan aku kata term normal life aku terlalu janggal bagi dia...?)

Esok, cadangnya nak pi layan Tombiruo...tapi takde geng. Takde geng pun jalan saja....janji Ejim gua support!!!!


p/s: hari tu nampak anaqi dengan syira ayob....tapi tak nampak pulak zahiril adzim....teringinnya nak ambil gambar diorang....


see ya when i see ya!


Current playlist on Spotify....




Musim Ramadhan biasanya semua dari kita akan ada makanan 'wajib' masing-masing. Since tahun ni aku tak berpeluang buka puasa di tana...




Musim Ramadhan biasanya semua dari kita akan ada makanan 'wajib' masing-masing. Since tahun ni aku tak berpeluang buka puasa di tanah air sendiri, maka hanya mengenang resepi pun dah cukup untuk aku hilang rasa terliur nanti. (Haraplah tak kempunan...?)




Sebelum aku mulakan entri ni, suka aku menjemput semua rakan blogger untuk merebut peluang memenangi hadiah yang menarik dari Lazada. Boleh pergi ke link ini untuk sertai. The more the merrier right? 


Untuk contest minggu pertama anjuran Lazada ni, dia bertemakan: Delicious Ramadhan. 


Peserta perlu bagi resepi makanan kegemaran sewaktu iftar. Tak kiralah korang suka makan apa, tapi dia hanya wujud time bulan puasa je. Bulan lain, dia macam kureng sikit...haaa...


Okay habis sudah intro aku.


##


Makanan feveret aku yang wajib ada time puasa adalah Bubur Pedas. Ini bukan bubur sebarang pedas tau. Sapa orang sarawak mun sik pernah cerik bubur pedas tok, lekaslah cerik. Iboh angkat bahu mun orang tanyak giney rasa bubur pedas sarawak tok. 



bubur, pedas, sarawak

Bubur pedas paling sedap opkoslah hasil air tangan umi terchenta! Sedih woo, tahun ni tak dapat merasa bubur pedas ni...?

Okay, jujur cakap aku pun hanya reti sediakan bahan dan makan saja. Untuk masak tu, memang kena bersifu dulu dengan umi. Bukan tak pernah tengok umi buat, cuma ingat time tu jerlah. Bila dah lama tak makan dan tak tengok orang masak tu, dia macam ada semut dalam memori. ?


Resepi Bubur pedas Sarawak versi umi.




Bahan-bahan:


Minyak masak
Bumbu bubur pedas
Cili kisar
Campuran bawang kisar
Daging
Air rebusan daging

Fucuk
Baby corn
Cendawan butang
Black fungus

Pucuk timun
Kacang panjang
Pucuk midin

Santan

Suun
Garam
Maggi cukup rasa (optional- boleh diganti dengan Knorr Pasti Sedap)
Ajinomoto (optional)


Cara memasak:

  1. Mula-mula panaskan periuk dan masukkan minyak kedalam periuk. Kemudian, masukkan bawang yang telah dikisar diikuti dengan cili kisar. Tumis sehingga baunya naik dan pecah minyak.

  2. Masukkan daging yang telah dipotong dadu. Kemudian, barulah dimasukkan bumbu bubur pedas tadi ke dalam periuk. Kacau sehingga rata. Masukkan dua cawan air rebusan daging.

  3. Setelah bumbu bubur pedas sudah separuh masak, tambahkan lagi air rebusan daging sehingga bumbu tadi masak sepenuhnya.

  4. Tambahkan fucuk, baby corn, cendawan butang dan black fungus kedalam periuk dan kacau rata.

  5. Setelah bumbu bubur pedas dan bahan yang lain sudah masak, masukkan pula pucuk timun, pucuk midin dan kacang panjang. Kacau sehingga rata.

  6. Lebih kurang lima minit kemudian, tambahkan santan kedalam periuk dan kacau perlahan bagi mengelakkan minyak pecah.

  7. Masukkan garam, Maggi cukup rasa dan juga sedikit ajinomoto untuk menambahkan lagi rasa.

  8. Akhir sekali, masukkan suun yang telah dipotong kedalam periuk dan gaul rata. Setelah suun masak, kacau kesemua bahan secara rata untuk memastikan rasanya stabil.

  9. Sedia dihidang!


*extra - boleh juga tambahkan udang ke dalam bubur pedas, jika anda mahu rasanya lebih sedap.

##

Antara bahan/barang yang boleh didapati di Lazada sepanjang pembuatan bubur pedas ini adalah:


MAGGI Cukup Rasa

maggi, cukup rasa

Yang penting periuk untuk memasak tu mestilah tidak terlalu nipis dan tidak tebal. Bagi hasilkan campuran rempah bubur pedas serta bahan yang lain tu sekata dan tidak cepat hangit bila dibiarkan terlalu lama.


Kalau nak masak dalam kuantiti yang banyak, bolehlah menggunakan periuk ni.


Lazada


Biasanya umi akan buat guna periuk ni untuk dijual dibazaar. Siapa yang duduk disekitar Miri bolehlah beli nanti. (promote lagi!)


Lepas tu, kalau nak bagi tahan lama dan bagi bubur tu lambat sejuk, bolehlah simpan dalam periuk porcelain ni. Umi punya kaler kuning. Kalau tak habis dimakan time iftar, malam tu cariklah periuk kaler kuning. Ada rezeki tu, adalah lagi...


lazada


Untuk sesiapa yang tak pernah rasa bubur pedas ni, bolehlah cuba memasaknya dengan menggunakan resepi asli umi. Syhhh....jangan bagi tau umi yang aku dah bocorkan secret recipe beliau. At least aku tak bocorkan sukatan dan kuantiti yang diperlukan. ?


Enjoy cooking!