Pilihan yang sukar!

December 29, 2015

Holla!
Malam ni aku nak celoteh pasal kerisauan yang melanda sejak akhir tahun ni. Antaranya:

"Macam mana nak bagi semua peserta contest #Dearsofie puas hati?"


Berabad jugaklah fikir. Lagi-lagi kalau ada yang komen dengan ayat yang boleh buat tergaru hati ni...seronok tau baca komen dari pembaca ni sebenarnya. Bukan apa...ia macam bagi aku harapan untuk hadapi kehidupan yang penuh cabaran!

Contoh bila aku baca komen dari akak ni, buat aku automatik nak bagi je hadiah kat semua yang join. Oh God! Aku kat padang sahara ke yang pasir banyak sangat masuk mata nih?


Baca komen  ni pulak, buat aku hargai sangat teman alam maya ni. sob sob sob...terharu dowh!



Lepas tu tak lama kemudian, baca komen yang ni membuatkan aku nak pindah pluto cepat-cepat...


Dan banyaklah lagi komen yang buat aku rasa...aku tak nak korang kecewa...kecewa sebab tak dapat hadiah ni. Aku bagi hadiah annualy sebab aku hargai pembaca blog nan tak semengah ni...aku tak nak korang serik datang sini...aku tak nak korang kecam aku...aku takut...macam Athazagoraphobia....memang sukar!

Dalam kiraan akulah kan, yang join contest ni adalah dalam 20 orang. So, kalau kuantiti ni masih sama sampai tarikh tutupnya, aku berkira...kalau ada rezeki lebih nak bagi hadiah kat semua yang join. [InsyaAllah...#pray4sofie]

Tapikan....tapi..aku tak boleh nak bagi dalam tempoh serentak...sebabnya...stok buku + bajet yang ada ni tak selari...kadang bajet ada, bukunya tak ada, dan vice versalah...aku harap korang faham k?

Harap kerisauan ini dapat diselesaikan sebelum penghujung Januari...#pray4sofie...
And harap sangat semua pembaca, pengomen, followers ke stalker semua..tak serik datang sini..hadiah macam ni annually tau...so grab the chance!

Thanx for those yang join meriahkan contest #Dearsofie! Korang memang sporting r!

10 comments

  1. goodluck. lwk la komen yg venus tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks najwa!
      kan? tak tau nak gelak ke takut...huhuhhu
      ^_^!

      Delete
  2. harap2 lah dapat hadiah best tu...huhuhu...amin......dah lama giler tak dapat hadiah..last dapat masa kawen 2 tahun lepas. lepas tu, NAN HADO!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? saya pun teringin gak hadiah tu...insyaAllah ada rezeki semua akan dapat...Amin!
      ^_^

      Delete
  3. Sofie... saya dah kirim salam kat anak saya tu..
    Erk! ha ha nasib baik planet venus bukan plenet zurah... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bersambut juga...
      ^_^ happy bila baca komen dari planet zurah ni...

      Delete
  4. Wah boleh tahan jugak #DearSofie...Boleh jadi artikel dengan komen-komen yang ado...lagi ler tertusuk hati jika baca komen MYiDEAKiNi...Martilah nak...lalala :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahha.....adoyai myideakini buat lawak maut nih! mati lah....
      ni boleh dikira sebagai isi bakul angkat sendiri ke ni? ^_^!

      Delete

© SOFIEADIE. Design by FCD.