Move On Edisi Ramadhan Syawal 1439H

June 20, 2018

Ini bukanlah cerita perihal move on seperti yang didambakan oleh semua orang. Ini adalah cerita bagaimana "move on-nya" seorang manusia yang tak pernah move on. Walau acap kali dia membaca mantera, 'aku dah move on..' walhal yang sebenarnya dia tidaklah kemana pun....

Dear, biru kelabu

Dan Salam Aidil Fitri buat warga pembaca budiman yang sedang riuh meraikan raya yang ke 1439H ini. Amacam raya? Seronok tak?

Aku?

Macam biasa. Alhamdulillah diberi peluang beraya bersama keluarga, walau bukanlah di Miri sana. Tapi, kitaorang berkumpul jugaklah di Melaka dan beraya di Johor. Almaklumlah kehadiran anak buah yang dinantikan telah selamat menjengah bumi Ramadhan hari tu. So, now aku dah jadi MAK CIK!!!! Hohohohohoho 

Raya kali ni masih solo😎. Huhuhuhu So what kalau masih solo? Masih dapat duit raya lagi tau! hahahahahaha Okay move on please???

Ceritera Ramadhan 1439H

Ramadhan kali ni aku dengan rajinnya telah mencatit menu berbuka bagi 29 hari berpuasa. (Yeah, aku 'raya' lapan hari...so please alert untuk ganti...) Puasa ke tak puasa, kalau kau dah kerja dekat mall ni, memang tak de port dan tak de maknanya boleh makan semberono. Dia sama je dengan kau puasa. So tak best....

menu, iftar

Sambutan puasa yang pertama bagi tahun ni agak tragis. Satu sebab berbuka dengan almond london berulam jantung dan hempedu. Kedua, sebab duit memang tengah kering, kereta kena tunda pulak! Dugaan giler...

iftar, paling, sedu
Nampak tak masa first puasa tu, kemain assignment banyak giler nak kena submit dalam minggu yang sama. Nak-nak pulak time tu aku suka benar jadi editor. Even aku tahu yang aku tersangatlah tidak mempunyai barang bernama masa. Allah....panda? Zombi? Tak payah cakaplah....

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Pheww....

Maka puasa aku secara rasminya bermula bertemankan kesepian sejak ramadhan kedua (sambil layan F.R.I.E.N.D.S....) Huhuhu tragis benar bunyinya. Adalah dalam 29 hari berpuasa, hanya lima hari aku berbuka bersama manusia. Sedih nya lahai....Bila dapat berbuka ramai-ramai tu rasa macam menghargai giler. Sebabnya peluang tu memang tak selalu ada. 

Sepi, iftar 
Ni menu berbuka paling mewahlah bagi aku. Iftar di Haikara dengan housemate. Masa tu dah officially habis kelas. Hohohoho...siap makan aiskrim kau!! Tapi dia takleh lawan buka puasa  dengan keluarga masa last puasa hari tu....pergh! Siap dengan sup gearbox, dengan ayam goreng, dengan sayur dan paling best...the complete of my family....😊

Alhamdulillah, takdelah rasa sedu sangat ramadhan tahun ni....at the end...the happiness will come to us....

Iftar, mewah

Kisah buka puasa paling terharu....

adalah bila mana aku punya order dekat sushi king dibuat even aku tak bayar lagi (puasa ke-18)....plus, time tu pulak aku ambik lambat. Masa tu, senyum sampai langit sebab memang tak expect giler. Beratur panjang usah dicerita. Maklum, bila dah hujung-hujung ramadhan ni aku tak peliklah bila segelintir manusia mula tidak menghormati waktu berbuka. Sampaikan aku pun tak dan nak makan...terpaksa acah-acah macam tak puasa....itulah cabaran sebagai kerja kuli ni. 

Yeah, bila mana semua orang rasa dia mampu beli apa sahaja dengan kemewahan yang dia punya, dia sudah tidak hormat dengan nilai-nilai estetika yang sepatutnya ada dalam diri seorang manusia yang berperi. Oversupply producer and the rudeness of consumer...will never end...(what have I been rumbling about? 😮)

Iftar paling gila?

Ramadhan ke-7. Masa tu, first time kirim dekat member menu dekat bazaar. Dan tak sangka si biru kelabu tu....ah! abaikan...akukan dah move on.....tepung pelita paling sedap di bazaar seksyen 13 😋

Move on Syawal?

Sempatlah tengok orang tu potong rambut raya. Kemas. Tu jelah boleh cakap. Takleh lebih-lebih...maklumlah dah move on...ehem ehem...dan ini adalah minggu terakhir aku bekerja sebagai pemerhati setia budak kiosk. Yeah, aku berhenti kejap je...sebab final dah start. So, aku dah semacam ada bau dekan untuk sem ni. #doakanyangterbaik. 😉 

Aku cuti raya hari tu tiga hari saja. Sebelum puasa, raya pertama dan raya kedua. Raya ketiga dah kena kerja macam biasa. Tapi tak sangkakan, kita yang sambut raya, orang lain yang beria cuti...panas tu memang panas, tapi dunia tanpa toleransi tak membantu kita jejak syurgawi. So, mengalahlah....sabar...

To dear, salam aidil fitri 1439H....
To all my loyal readers, selamat hari raya dan maaf zahir batin andai sepanjang dunia blogging ini ada yang serba serbi kurangnya....banyak benda dah berubah...(move on katakan...) 

Dahlah kau, tak habis-habis dengan move on...pigidaa!
Aku cuba bhai, aku cuba...sebab tu aku berhenti...sebab aku cuba...aku harap cubaan ini berjaya...

Till then....ila liqa'!

Tinta tanpa dakwat

June 03, 2018

"Tanpa sebarang keributan, nescaya blog inikan terdampar sepi..." 

Ya, ya, ya....masakan ilhamkan muncul dikala jiwa sedang lena? Masakan ideakan menjelma tanpa sebarang keserabutan. Hipotesis keracauan jiwa mula tercipta. Semakin itu, semakin ini....Dikala itu, dikala ini...ahhh!!!!! Kacau!

Helaan kegalauan dimuntahkan. Hijau sekali warnanya...ku fikirkan biru kelabu...hahahahaha

Buku berlambangkan tengkorak itu ditatap lama. Separuh dari lembarannya sudah penuh dengan coretan. Adakala tulisannya rapi tersusun seperti tiada ribut yang meniup, ada waktunya pula seolah ditulis diatas kapal yang kehilangan sauh dan dilanda garuda....buruknya mengalahkan cakaran ayam tanpa kasut! Perlahan pena berdakwat hitam digapai....penutup dicampak ketepi...

Ramadhan 17, 1439H
Saat hati hilang mencari kedamaian dihujung dunia, saat itu jua kaki terpasung kaku pada dunia yang fana. Jiwa semakin tenggelam dalam angan yang tiada benarnya. Khayal menggamit hampir butakan rasa ketuhanan pada yang Esa. 

Dia...suatu jawapan yang tiada kepastian. Kenapa?

Aku nak lari....

Ke mana duhai hati?

Ke sebuah negeri yang tiada penghuni...

Tidakkah kan menambah sepi?

Kerna ramai buatku lupa diri...

Kenapa?

Oh...tintanya sudah kehabisan dakwat.
Tiada cetakan, tiada pena....hanya omongan di laman sesawang. Tiada siapakan kisah.

Hidupkah sang penulis? Matikah hatinya? Elokkah pernafasan jiwannya?
Sama seperti....
aksara yang bermain dalam benaknya...menari tanpa henti.
Bicara tanpa suara.
Tapi bingitnya bisa memekakkan minda!

Jeda.. . . . .

Langit biru ditenung. Seperti tiada apa yang ditanggung pada awanan. Sudah lama tidak sebiru ini. Biru. Kelabu...dia termenung lagi....

Aku rindu...rindu pada sesuatu yang tiadakan sama seperti dulu. Mengertikah kamu?


Kelak akukan berhenti. Mungkin seketika...pada apa...kemana dan kenapa...mungkin sukar untuk dicerita. Tapi yang pasti aku mahu lari...seketika cuma...mencari rasa yang semakin jauh dari mayapada yang sepatutnya....

Jauhnya tiada berkejaran...risaukan rasa yang pergi itukan mati terdampar di tandusan yang tiada kehidupan. Mati....

Mati.....

Semoga jiwa yang hilang itukan kembali pada suatu yang hakiki...bukan lagi sekadar ilusi....

Tinta. Tanpa. Dakwat.
Dibiar sepi tanpa ayat yang mungkin kamu dimasa hadapan tidakkan faham.

Ya kamu yang ralit menaip mencari pemula bagi sebuah kehidupan...

© SOFIE ADIE. Design by FCD.