Jalan cerita setiap orang berbeza…

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Kau pernah rasa tak? Rasa malu dengan diri sendiri? Pernah?
Samalah dengan aku. Aku kadang-kadang malas dah nak ulang cerita banyak kali setiap kali aku jumpa orang, aku berkenalan dan akhirnya pusing-pusing cerita aku adalah cerita yang sama  pada setiap orang yang berbeza.
“Kau kenapa ek lambat masuk diploma? bukan sepatutnya 21 tahun tu patut dah habis ke? kau repeat SPM ea? ke dari matrik?”

“Takdelah, camni dulu masa aku habis sekolah rendah aku pergi satu sekolah ni, lima tahun. tapi sayangnya sekolah tu takde PMR ngan SPM bagai. So, habis je lima tahun aku pergilah kelantan turun tingkatan tiga ambik PMR sebab nak tukar aliran. Kiranya aku masuk batch ’95 lah. Sampailah sekarang….”


“Kenapa kau masuk sekolah tu?”

Angkat bahu…

Jalan cerita semua orang tak sama…
Itu semua orang tahu. Kau tahu aku pun tahu.
Umur bukan kayu ukuran. Tahu tu…
Iya aku PMR umur 18, 
SPM umur 20. dan 
aku belajar kat area semenanjung even aku orang Miri.
Kenapa belajar jauh-jauh?
Sebab masa belajar adalah peluang kau pergi tempat sejauh mungkin.
Mula dulu memang parent aku yang suruh…
Tapi lelama ia macam pilihan…
Tulah, setiap apa yang berlaku tu ada hikmah…
Kalau orang lain ada bestie dari tadika, sekolah rendah sampai masuk U…
Aku pulak, ada kawan yang berbeza untuk setiap sekolah…
Dan aku tak pernah kisah kalau diorang semua bagi alasan yang sama setiap kali aku ajak datang rumah.

Rumah kau jauh…”

Keep reading on

Sains Geomatik: Sem 5

Semester 5 sains geomatik pada zaman aku (batch perihelion) merangkumi Subjek:- Fundamentals of Entrepreneurship Cadastral …

Cara memohon tempat praktikal

Bagi pelajar Diploma Geomatik, permohonan tempat praktikal akan dilakukan semasa semester lima. Mungkin ada persamaan untuk kos yang …

PRIVACY IS THE TOP CONCERN ABOUT WEARABLES DEVICES

Wearable devices have gained great popularity in the health and sports sectors. The technology has …

Planner 2016 by owndesignbook

Holla! Sempena pre-2016 yang penuh bersemangat ni ditambah pulak dengan hari yang panas*tetiba* aku naklah …

Spare Part by Sean McNamara Film

“ASSALAMUALAIKUM” Spare Part movie adalah cerita yang terbaik untuk menaikkan balik semangat yang hilang. Alkisahnya …

What You Can Expect from the Best Florist Singapore

Now that the florist industry continues to grow and the florist improves its services, what …

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *