Rant on Kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Kawan…
Aku tak pernah jemu untuk bersembang dengan diri sendiri. Bukan sebab aku gila atau kurang siuman ke hapa, tapi disebabkan aku nak mengelakkan daripada menyakiti orang dengan perkataan yang bakal meluncur dari mulut aku yang sememangnya dah ‘mati insurans’ since…entah! aku sendiri pun tak pasti bila expirednya.
Aku selalu ada masalah dalam ber’kawan’. Maybe..tak semua tapi selalu jugaklah. Mungkin sebab bila aku mempercayai seseorang tu, bila aku tengok dia dah macam ‘semacam’ je dengan aku dan aku jadi ‘eh, dia ni dah kenapa? aku ada buat salah apa-apa ke?’ dan ianya pasti berakhir dengan kebisuan atau dalam kata lainnya akan tercetus ‘perang dingin’! 
Hurm, kadang aku fikir betapa kejamnya aku sebab banyak menimbulkan ‘perang dingin’, ‘genjatan mulut’ dan yang menyebabkan aku sendiri jadi awkward balik untuk menyapa orang tu kembali. Entahla…sebab tu lah aku lebih rela ‘seorang’ daripada terpaksa menyakitkan…hu hu hu..
Majoriti kawan? Perempuan. Sebab aku sekolah tak campur, so aku ni boleh kira dengan jari je berapa kawan lelaki. Mostly, null! Ambil langkah berjaga-jaga, malas nak rapat sangat dengan orang sebab nanti ‘sakit’ siapa susah? (lebih-lebih lagi kalau ada friendzone ke apa ke, tak ke naya..sebab selalunya kita takkan sedar semua tu until satu masa yang akan datang..nak menyesal ke?) Takkan…
Sebab aku tak berkawan?? berkawan tu aku retilah tapi mostly kenalanlah…kawan satu kelas, still kawan. Kawan satu dewan kuliah? Hurm, tak semua kot..kenal tahu nama tu iyalah kot..tapi tak semua orang aku borak..sebab aku ‘berat mulut’ dengan stranger. ha ha ha
Kawan dalam satu ayat lengkap?

Mereka yang memahami kita tanpa perkataan.

Boleh ke orang faham tanpa perkataan?
Boleh! Body language describe everything der…more than words!
Tapi, tak semua orang ada ‘kuasa’ untuk memahami orang tanpa perkataan kan? Semestinya! sebab tu lah orang pesan, 

kalau nak dapat kawan yang memahami, kita sendiri kena belajar memahami orang lain dulu…*angguk-angguk*

Kawan aku ada dua paling setia: Diari + Muzik, dorang dua ni tak pernah tinggalkan aku. Dan aku salute dengan doranglah. Ha ha ha. (memanglah sebab dorang takde hati dan perasaan dan semestinya jugak dorang dikawal oleh aku..) Boleh dikatakan jugaklah yang aku ni kind of person yang suka bagi command. Tak tau genetik tu datang dari siapa, yang pastinya aku cuba untuk tidak terlalu ‘memerintah’ orang sebab, yeah tak semua orang ingin ‘ditakluki’ right??
Apa-apa pun dunia tanpa kawan, loner dowh…

so biar kawan sedikit tapi mampu menasihati kita, daripada ramai yang akan membiarkan kita hanyut….

Keep reading on

Adulthood thingy is killing me!

Holla there! Alhamdulillah masih lagi hidup, masih bernafas dan yang paling penting masih punya semangat …

PRIVACY IS THE TOP CONCERN ABOUT WEARABLES DEVICES

Wearable devices have gained great popularity in the health and sports sectors. The technology has …

Most Welcome!

“ASSALAMUALAIKUM”Alhamdulillah, selesai sudah proses penghantaran hadiah kepada pembaca.Terima kasih banyak-banyak sebab sudi menerima hadiah kecil …

Brand New Blog!

Mahu sebulan jugak aku menyepi dari radius blogging! Lesap pergi mana entah mood blogging. Jangankan …

How to fall in love 101

That its. Budak tu dah berhenti. My study booster dah tak ada depan mata. Mana …

QITMIR!

Qitmir! Dia senyap. Ekornya tidak berkutik seperti tadi. Setelah aku lalu, baru dia berlarian seperti …

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *