Latest Posts

Memaparkan catatan dengan label Blog Improvement. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog Improvement. Papar semua catatan

Berita paling teruja bilaman kau dah bebas!!! Walaupun kita masih lagi dalam fasa PKP menghapus Covid-19 hingga sifar, tapi itu bukanlah men...


Berita paling teruja bilaman kau dah bebas!!! Walaupun kita masih lagi dalam fasa PKP menghapus Covid-19 hingga sifar, tapi itu bukanlah menjadi halangan untuk aku berjiwa bebas dan terusan bermimpi di siang hari.





Paling gembira sekali impian nak mendesign dan mempunyai authority 87% dalam blog ni sudah pun menjadi kenyataan. Amboi kau kemain nak menulis macam editor majalah ye? Takdelah, aku tengah mood teruja nak explore dan menggunakan sebaik mungkin kenikmatan blog menggunakan wordpress ni. Kasilah aku can untuk hari ni.





Oh ya, ini adalah post percubaan aku taip menggunakan writing block instead of classic. Awesome giler weh! Tak terkata awesomenya. Kalau siapa pernah guna Square Space, writing block Wordpress ni dia macam ada feel macam Square Space jugak.





Dulu masa awal kenal dunia blog, aku pernah guna wordpress.com. Masa tu adalah satu blog merapu dengan tajuk ambivertlife.wordpress.com. Lame giler nama blog. Huhuhu





Betul ke best guna Wordpress?





Ada ramai blogger yang dah memilih jalan untuk self-hosted. Dan sebelum mereka berhijrah, persoalan seperti best ke blog guna wordpress? Kenapa memilih untuk berhijrah? Dan apa kelebihan menggunakan Wordpress sebenarnya?





Kalau korang Google, lambakan carian akan keluar pasal ni. Cuma yang menjadikan dia best adalah bila kita pilih untuk ambil risiko dengan cuba berhijrah daripada blogger ke Wordpress. Penghijrahan ni bukanlah suatu perkara murah. Bahkan aku sendiri dah melabur lebih kurang 300 untuk pastikan blog ni stabil dengan jayanya.





Penghijrahan ni bukanlah suatu perkara murah.





Sebenarnya panjang lagi aku nak explain, tapi cukuplah dulu short-update nih. Aku pun tak tidur lagi hari ni. Korang nantikan perkongsian yang lebih menarik tentang keseronokan blog guna Wordpress!





Adios!


Sepatutnya aku up entri ni semalam. Yup, semalam sempena kemasukan tahun baru Hijrah yang ke 1441. Tapi, disebabkan masalah teknikal seperti...

Sepatutnya aku up entri ni semalam. Yup, semalam sempena kemasukan tahun baru Hijrah yang ke 1441. Tapi, disebabkan masalah teknikal seperti, tetiba laptop kau hang dan juga line macam siput mintak cabut nyawa, jadi semuanya tergendala.

End up aku habiskan baca dengan termenung dan baca buku. Oh ya, qada' tidur pun tak dilupakan. Maklumlah, sepanjang 7 minggu cuti sem ni aku tak pernah duduk dekat rumah dengan amannya. Mesti kena keluar. Tak keluar pergi kerja, ada jelah kena teman orang dan lain-lain lagi....

Alhamdulillah, laptop kembali okay walau makan masa berjam-jam jugaklah untuk loading. Maybe dia cuba sampaikan surat berhenti kerja selepas 6 tahun berkhidmat. Maklumlah, teknologi jangka hayat dia tak sama macam manusia.

Well, hello there! Kabare kalian semua? Aku doakan semua dalam keadaan yang baik dan sihat wal-a'fiat. Seperti yang dijanjikan, tepat 1 Muharram 1441H, aku telah pun melancarkan Podcast Orang secara rasminya. So far so good, Start small start none, everything will end well. InsyaAllah, Amin.

Esok, hidup sebagai pelajar praktikal 2.0 akan bermula selama 17 minggu. Bunyi macam sekejap aku harap ianya fasa yang sekejap. Nampak gaya 2019 will gonna be my last year as a student (yang main-main).

A big applause to my new podcast project: ORANG!!!!



Welcome to the new world Orang.


Selepas lima tahun berkecimpung dalam dunia blog secara rasminya, maka aku memperkenalkan kewujudan Orang secara rasmi ke alam maya.

Why and why kau publish podcast walhal kau tak pernah suka dengar suara sendiri?


Kau tahu, sejak semakin hampir ke penghujung dunia belajar ni, kau dah tak banyak berdialog dan borak macam dulu. Sampaikan kadang aku lupa, macam mana nak bercakap dengan orang, kawan dan small talk selain dari promote barang dekat customer. Tak tahu samada ia sadis atau suatu khabar gembira bila mana kau kurangkan bercakap perkara yang sia.

Maka, selepas setahun mengkaji tentang podcast dan persiapan yang diperlukan, akhirnya dengan penuh keyakinan (dan izin Tuhan), aku pilih tahun 1441 sebagai tahun permulaan dunia baru bagi entiti Orang dan juga thesofieadie #theuprisingofnonsense.

Sebenarnya, buat sistem hidup sendiri itu memang makan masa. Sepuluh, dua puluh even seratus tahun pun, belum tentu orang dapat terima. Itulah yang berlaku pada aku sekarang. Aku tak tahu sistem apa yang aku nak buat, hahahaha....takpelah, janji kau start slow-slow....mungkin tak nampak sekarang.....janji kau teruskan hidup.

Jadi dimana korang boleh dengarkan Orang?


Platform raasminya adalah di Anchor.fm. Kalau ada spotify, korang boleh cari 'ORANG'. Google podcast pun ada, iTunes aku baru submit tadi, rasanya belum approved lagi.

Sokongan dari kalian sangatlah aku hargai. Kalau ada komen, maklum balas atau apa jua pendapat, amatlah dialu-alukan.  Dan insyaAllah aku akan ceritakan juga trivia bagi kewujudan setiap episod Orang dari semasa ke semasa.



To the end, moga husnul khatimah, adios amigos zaijian ila liqa' wa maa'salamah!

Ianya seakan janggal bilamana interface yang biasa diguna untuk berblogging itu sudah berubah. Kalau tahun lepas pada tarikh yang sama, aku ...

Ianya seakan janggal bilamana interface yang biasa diguna untuk berblogging itu sudah berubah. Kalau tahun lepas pada tarikh yang sama, aku hanya tukar template baru. Tapi kali ni, aku tukar platform dan design serta warna tema, semuanya baru (tulen dari hasil kerja aku sendiri)

Well, hello there!

Kabare kalian yang baru serta lama, aku harap come back entri kali ini dapatlah meningkatkan balik mutu serta kualiti blog ni.

February 2019: Penukaran design blog


Menjadi bulan loncatan bagi melunaskan misi yang terlalu banyak tergendala. Dari 2016 sehinggalah 2019, akhirnya tercapai jugak hajat untuk beralih angin kepada platform yang lebih berdikari.

Kenapa aku cakap berdikari?


Pasai, bermula dari design logo sampailah ke design website ni, 100% dari idea yang diserap dari inspirasi luar dan digubah mengikut citarasa aku. Yeah, memang ia agak gelap, cold dan tidak mesra alam...tapi itulah dia pantulan personaliti bagi seorang sofie. Kalau boleh aku nak ianya nampak ke-'sofie'-an gitu!

Proses bagi penukaran platform serta permulaan wajah baru ni mengambil masa lebih kurang tiga minggu jugaklah.

  • Tiga hari - design logo serta favicon

  • Tujuh hari - Design, design dan design

  • Tujuh hari - Penapisan entri dan post (which is masih lagi belum siap sampai sekarang)


Blog revamp plan 2019

Seperti yang aku sudah pun maklumkan pada dua entri lepas, yang Nexbuilder.co sebagai platform baru untuk aku mencoret canting segala maklumat di dunia maya. Haaa, korang mesti tertanya kenapa aku pilih Nexbuilder? Kenapa tukar angin dari blogspot? Merajukkah aku dengan terhapusnya Google+? Walaupun aku bukanlah seorang pengguna tegar.

Tidak gais. Aku tak kisah pun dengan isu penutupan Google+ (hahahaha) dan komen aku, dia macam kos melepas. Mungkin ada benda lain yang dak-dak Google sedang usahakan demi menjayakan produk diorang yang lebih mendapat sambutan daripada Google+. Sama jugak macam hangout. Aku pun tak tahu relevan ke tidak hangout tu. Silap hari bulan dia pun ikut jejak Google+ dak?

Begini kisahnya,



  1. Since aku adalah manusia yang tak betah dengan penggunaan design yang sama dalam tempoh yang lama, aku cenderung untuk beli template baru. Dimana kosnya lebih dari kemampuan aku.

  2. Jadi, bila aku tukar ke Nexbuilder.co ni, aku ada banyak pilihan serta kebebasan untuk mencorak serta menyusun atur design dan template mengikut kemahuan yang aku suka (biar tak lawa, asal aku puas hati)

  3. Nexbuilder.co jugak menyediakan platform untuk buka eCommerce. So, kalau aku rasa nak jual barang online, kebarangkalian sangat mudah sebab diorang dah ada widget WooCommerce serta payment gateway.


Apa pendapat korang tentang wajah baru blog aku kali ni?

Kalau boleh, kasilah pandangan yang jujur supaya aku tahu mana nak betulkan, kritikan membina sangatlah dialukan bagi meningkatkan lagi kualiti serta prestasi dunia blogging. Boleh tahan pusing kepala tahap giga jugaklah bila kau diberi kuasa lebih dari kuasa masa guna blogspot. Inipun masih banyak yang tak siap lagi sebab kelas pun dah start, banyak masa dihabiskan untuk siapkan FYP.

Antara perkara yang aku terpaksa buang demi kesihatan SEO;



  1. Post yang berkaitan dengan segmen, giveaway, contest serta liebster awards. Kecuali penyertaan dari traveloka ataupun post berbayar aku masih kekalkan.

  2. Kebarangkalian ruangan untuk aku merapu bakal di-ebook-kan. Nak buang sayang...nak jadikan printed book macam tak laku, nak letak dekat wattpad macam tak best. So, kalau korang berminat (kalau) dengan kisah disebalik setiap rapuan rant aku, aku akan buat extended version dia.


Sampai sini dulu cerita penukaran blog 300 darjah. InsyaAllah, masih banyak lagi misi blogging yang perlu dilangsaikan. Untuk semua yang masih setia, terima kasih atas segalanya. Aku pun tak menyempat nak blogwalking, maklumlah tahun akhir degree ni aku nak kejar balik benda yang dah terlalu banyak sangat bocor.

Au revoir!

p/s: untuk kalian yang ada letak blog aku sebagai bloglist kalian, mintak jasa baik untuk upgrade-kan balik url dia, sebab kemungkinan link tu broken agak tinggi. Thank you!

 

 

Satu perkara bila kita dah buat blog cantik dan lawa ni adalah, kita tak boleh bagi alasan untuk biarkan dia bersawang lagi! Dah spent itu...


Satu perkara bila kita dah buat blog cantik dan lawa ni adalah, kita tak boleh bagi alasan untuk biarkan dia bersawang lagi! Dah spent itu ini, lagi nak kasi sawang naik. Tapi tulah, kerja meng-update blog ni bukan perkara yang senang kawan-kawan. Dia perlukan idea, ilham, mood, semangat, muse, dan paling penting hati jiwa raga bersama gambar yang sesuai.


Untuk itu, aku memang salute dan tabik giler bagi siapa yang satu hari boleh up lebih dari tiga entri. Aku ni seminggu hanya mampu up tiga entri saja....(itupun tertakluk pada masa yang aku ada...)


Blogger, issues



Jadinya, antara faktor aku jadikan TAKDE MASA sebagai alasan untuk update blog, ada jugak faktor lain sebenarnya...


Antara sebab-sebab yang membuatkan aku malas giler naudzubillah nak up entri adalah:-



1- Idea, idea, idea, idea!


Bagi orang seperti aku yang ideanya banyak dipengarui oleh persekitaran, aku sangat susah nak kerah minda bila aku dalam keadaan selesa. Selesa?


Dengan maksudnya, just same old same old routine yang tiada pembaharuan dalam hidup. Erk?! Entahlah....aku pun confused kekadang samada semangat menulis tu sebenar-benar idea atau ilham yang tercetus dari perasaan. Hurm.....?


Untuk tidak fikir panjang lagi, aku akan senantiasa bawak buku conteng dan pen setiap kali pergi mana-mana. Senang nak coret bila tetiba ilham menjengah. Boleh je nak guna phone untuk taipnya, tapi tu lah....slow pulak ilham dicatat bila berlaku typo...



2- Komputer hang/lag nak mati!


Hari tu lappy aku buat hal. Dia tetiba lag sampai darah pun rasa hangin semacam. Bengang dia sampai rasa nak hempuk lappy dan baling kat dinding. Tapi tidaklah berlaku sebegitu sekali. Lappy ni harta gua yang paling bernilai kot! Mustahillah nak sesaja ganti. Memanglah lappy ni benda boleh ganti, tapi kenangan kita bersama lappy yang sekarang tu suatu benda yang takde galang gantinya.


Jadi, aku hanya cuci dan buang segala sampahh yang ada dalam lappy. Optimize kan dia balik supaya ringan sikit bila buat banyak kerja dalam satu masa. Dan alhamdulillah, sekarang lappy dah sihat...



3- Malas nak cari gambar/ edit gambar/ dan sewaktu dengannya


Kerja nak mencari gambar ni kadang macam simple dan petik jari semua settle, tapi bila dah buat....makan berjam-jam jugak. Walaupun sekadar guna stockphoto ?. Itu belum lagi nak godek gambar sendiri.


Bila dah jumpa gambar, kerja edit pulak satu hal. Bila tengah edit, nak cari font dan color yang bersesuaian pulak. Macam-macamlah...sampaikan sepatutnya aku update entry jadi terbengkalai sebab masa habis dekat bahagian gambar sahaja...



4- Privasi


Ada mood, ada gambar, ada masa....sayangnya tadak privasi. Aigooo....inilah satunya penyebab yang menyebabkan no entry for the days, or weeks or months! Aku ni pulak jenis manusia yang segan bila time aku taip orang tengok. Time aku nak taip ada orang lalu lalang tanya itu ini. ?


Daripada idea macam air terjun melimpah dan mencurah dengan lajunya terus jadi macam air pili masa musim kemarau! Akulahkan....memang terus tutup dan terpaksa lupakan segala benda yang sepatutnya dibuat. Kes ini bukan sahaja berlaku time nak update blog je, time buat assignment pun iya jugak. Sebab tu aku lebih suka buat kerja waktu malam, macam sekarang ni. Rumah pun sunyi, angin sepoi-sepoi bahasa mengirim idea dari tiupannya...??



5- Jiwa menulis tak sampai


Walaupun ada entri tu aku up sekadar up tanpa sebarang jiwa, dia akan menimbulkan rasa sedikit tidak puas hati. Sebabnya, kalau kita sendiri rasa entri tu tak berbaloi masakan orang lain akan rasa yang berbeza. Confirm-confirmlah orang pun akan rasa bosan dan mehh....apa bendalah minah ni bebel merapu panjang ni...???


Sedihkan? Aku pun sedih kalau orang bukak terus pangkah kita punya site. Satu bounce rate naik, satu lagi macam...syok sendiri! Huhuhuhuhuh tapi tu lah, tak semua orang dapat rasa apa yang kita rasa dan tak semua orang buat blog sebab nak baca blog...


Tapi, kesedihan itu tak lama pun sebab banyak lagi kerja lain yang aku perlu risaukan. Macam sekarang ni misalnya. Aku sepatutnya buat assignment yang perlu disubmit minggu depan, tapi biasalah...setiap kali nak buat assignment...dan dan tu jugaklah muse menaip blog tu datang....katanya nak buat assignment kan?????


Aiy, aiy....nak buat asignmentlah ni...adoyai!!


Okaylah, kalau korang pun ada masalah macam aku ni, korang akan buat apa untuk bagi semangat update blog tu ada?

Lagi-lagi personal blog ni, aku perati je geng-geng personal blogger dulunya aku suka lepak...sekarang sepi bhai! Tapi tulah,  mungkin realiti memerlukan lebih banyak komitmen berbanding dunia siber ni. Apa-apa pun ALL THE BEST untuk korang yang ralit membaca dan juga untuk mereka-mereka yang dulunya pernah ada blog tapi sudah pencen....


Till then!


Ila liqa', maa'salamah and xiao xin!



Mahu sebulan jugak aku menyepi dari radius blogging! Lesap pergi mana entah mood blogging. Jangankan nak up entry, nak blogwalking pun tadak...


Mahu sebulan jugak aku menyepi dari radius blogging! Lesap pergi mana entah mood blogging. Jangankan nak up entry, nak blogwalking pun tadak! Syadid! Maka, sempena pembaharuan domain pada bulan lepas, banyak benda jugak aku dah ubah dalam blog ni. Demi nak menaikkan semula semangat blogging yang entah melencong sampai ke planet mana tah. Bila dah tengok blog lawa, kemas, sedap mata memandang ni, tetiba rasa bersemangat nak berblogging balik! Yuhuuu!!!! ??



Well, hello there! How are you? May everything going to be great!


First of all, aku nak mintak maaf sebab dah lama giler tak menjengah balas kunjugan kalian. ?Bukan apa, awal tahun hari tu...fasa Final Exam. Lepas tu, bila fasa tu berlalu...adalah satu fasa yang menyebabkan aku rasa tadak mood giler nak blogging. Tambah pulak mood nak bersenang lenang plus marathon segala series idaman yang tertangguh tu menjelma. Apa lagi, laptop pun dibiar sepi bersama timbunan buku. Cayalah, bila masuk bulan tiga baru aku berkawan balik dengan lappy. Sebab dah sampai seru untuk blogging balik.


Sejarah pembaharuan blog:-


Untuk brand new blog kali ni, aku cuba untuk bermain dengan tiga warna. Biasa aku guna dua. Tu pun tak lari dari hitam dan putih. Plan awal aku acah-acah nak kasi aura segar pada blog. Berhari jugaklah nak set-up semua kasi lawa. Mulanya aku ingat nak habiskan dalam tempoh sehari. Tapi, fikir kerja punya pasal, terpaksalah buat step-by-step. (Jari aku pun dah kelihatan janggal ya bila menari diatas keyboard ni. Seolah mencari-cari alphabet untuk ditaip ?)


Fasa pertama:- Usha dan beli template melalui Etsy. Nak usha itupun mengambil masa seminggu.


Selepas siap fasa pertama,


Fasa kedua:- Install theme dan buat basic editing. Supaya blog takdelah terbengkalai dalam keadaan yang sukar difaham.


Fasa ketiga:- Design header! Pergh, part ni, nampak je macam senang. Macam je ya...tapi nak cari idea tu...mahu keluar masuk bilik berkali-kali gaklah...belek pinterest, belek blog orang, beleklah google mana yang dapat digoogle (part ni nantilah aku cerita behind the scene dia...)


Fasa keempat:- Susun atur post label yang dah berkecamuk macam orang tadak tujuan penulisan. Hahahaha. Ini satu hal jugak...menguap keluar air mata pun terpaksa ditahan. Terpaksa belek entri lama-lama untuk pastikan post tu tiada unsur broken-link.


Fasa kelima:- Baru up entry baru! Nilah fasa aku sekarang!


Ambik masa dua minggu jugaklah nak kasi selesai ni semua. Tu termasuklah fasa mengemas dan meng-upgrade office sendiri. Nak kasi hias dia supaya nampak segar dan ada semangat untuk belajar katanya. Semua fasa ni terpaksa dibuat masa weekday. Maklumlah weekend kerja full o!


Maka inilah hasilnya! Tadaaaaaa!!!!!


Masa part design untuk tentukan kaler tu overwhelmed jugaklah dibuatnya. Mahu tak overwhelmed! Kaler saja ada ratus juta. Sib baik aku ada banyak feveret kaler.


Selain daripada hitam dan putih, biru jugak termasuk kategori warna kegilaan aku. Hampir semua jamadat yang aku beli kalernya biru. Awalnya nak kasi semua birulah. Biru cair, turqoise, biru terang, biru navy...tapi oren pun termasuk 20% warna item yang aku miliki. Maka, masuklah sedikit kaler oren kuning macam tu.

Pink? Nah...pink ni aku tak minat tapi dia ada aura untuk kasi blog nampak segar. So, terhasillah pallette warna baru bagi blog ni.


Misi yang tertunda??


Dulu, aku target awal tahun untuk upgrade interface blog ni. Dengan hajat nak tukar platform blogging semua. Tapi, orang kata, kalau kita betul-betul nak tahu kita nak atau tak sesuatu benda tu, kena tunggu dalam tempoh 30 ke 40 hari. Kalau dalam tempoh tu kita masih ada keingginan untuk memilikinya, maka tunaikanlah impian tu. (Salah satu tips untuk tak membuat keputusan semberono)


Selain daripada isu bajet dan sebagainya, maka segalanya aku baru dapat tunaikan sekarang. ...tapi dalam tempoh tu aku dah fikir juta nam jugak r nak tukar platform. Maklumlah aku ni blog pun celup-celup timbul. Kalau tak serius macam ni mahu buat rugi je guna wordpress. So, aku cuma cari design yang miliki fungsi macam wordpress. Blogger tetap dihati. Plus, aku malas nak ada masalah dengan GoogleAds. Dahlah nak dapat Ads tu bukan senang. Mahu jugak kena reject dulu...


Sebelum dan Selepas












template, blog
SEBELUM- Guna since 2016 masa raya

 









Blog template
SELEPAS-Landing page for new template ?

 









blog, page
SELEPAS- Interface for blog post page

Perasaan selepas overhaul blog?


Opkoslah happy! Sape tak happy bila nampak blog dah cantik kan? ? Terasa macam perempuanlah sikit blog aku ni. Kalau tidak, semua asyik dok ingat aku ni laki. Haila haila!

So, here to welcome my brand new blog!!!


Walaupun progressnya perlahan, ia tetap berjalan.


Cheers for the turtle!


Till then, ila liqa'!



Holla dear my fellow readers, how you have been so far? Is it great? Life of 2017 really tough! Doesn't it? hahaha, I can tell that...so...


Holla dear my fellow readers, how you have been so far? Is it great?


Life of 2017 really tough! Doesn't it? hahaha, I can tell that...so, have you being consistent towards your blog writing 'thingy'?


Nay....as you see, aku pun timbul tenggelam macam orang tadak blog lagaknya. Tapi takpe, asal kita tulis dari rasa, ia akan tetap selamanya hidup saat mata membaca dan akal mencerna. Sebab menulis tanpa jiwa ni, mesej takkan sampai. Biarpun intonasi setiap orang itu tak senada, tapi paling kurang mereka faham yang aku sedang bicara secara alaminya...


Pergh! itu dia punya intro panjang lebar baq ang!!


Series ni aku sambung lagi. Untuk kali yang ke-4. Bermakna, sudah 4 tahun aku meneraju dunia blogging tanpa bersembunyi dibalik codename PC1667csf. ←codename yang pernah diguna hasil dari menonton Police Story lakonan Jackie Chan and Nicholas Tse. Good old times huh?


Kalau korang masih first time baca series ni, you're welcoming to read the previous series too ?


Aku dan blogger


Aku dan blogger #2


Aku dan blogger #3


Untuk tahun ni, aku boleh summarized kan yang aku jarang update worthy content for the reader. Nampak sedikit tak berilmiah ya blog ni. Hahaha. Tapi, pengalaman tu, senantiasalah aku share. Bab review pun dah berkurang. Sebab? Tak tahulah...mungkin tak kena dengan jiwa kot! Huhuhu


Satu hal aku terpaksa tunda dalam memperluaskan lagi jajahan blog ini. Ada beberapa isu teknikal dan kewangan terpaksa dianjak kehadapan.


Dari segi blog designing:-


aku malas nak ubah lagi. Sebab rasa selesa dan kena dengan jiwa untuk design ni. Nak cari lain memang kena ambik masa lamaaaaa gilerrrr


Dari segi post entry paling meletup tahun ni;


entri mak cik tbs. Femes betullah mak cik tu. Akulah salah satu yang menyumbangkan kefemesan dia. *facepalm*


Entri ilmiah yang lain yang berkemungkinan masih berguna bagi generasi baru;-


'Best ke belajar geomatik?'


BEST!!!←Kata orang yang tukar programme bila sambung degree?


Bestlah sebenarnya, cuma aku lebih suka variasikan pengalaman, itu yang tukar.


Pengalaman paling wow sepanjang berblogging?


- Dapat jana pasif income


Lagi? Erm...kalau aku tak aktif kat blog, aku banyak interaksi dengan blogger dekat instagram. So, to all blogger out there, let's spread our blog-bond through instagram ? . Cumanya, ig aku ni tadaklah banyak gambar sendiri. Coz, mungkin aku sejenis manusia yang tidak suka melihat gambar sendiri. Huhuhuhu


So that's it! Any other story I will add it up later. Karang makin bertambah pulak entri tak berilmiah.


See you when I see ya!


#doakanyangterbaik #hidupblogger #rindublogzamanblackgold #darknessgivelifemeaningful


p/s: dalam entri mak cik tbs tu, aku ada mention pasal air ribena yang hamba Allah kasi. Dan air tu masih elok tersimpan dalam peti harta sofie. insyaAllah panjang umur, 2026 aku cerita pasal air tu. ?



Kebelakangan ni kalau korang perasan, terlalu banyak peluang dibuka kepada blogger. SushiVid , review barang, review website, review and rev...


Kebelakangan ni kalau korang perasan, terlalu banyak peluang dibuka kepada blogger. SushiVid, review barang, review website, review and review dan review lagi. Tapi kali ni, ada peluang lagi besar kepada blogger yang minat menulis!


zalora, magazine


Zalora Magazine @ ZCOOP magazine telah membuka peluang besar kepada blogger untuk menulis artikel di dalam majalah diorang. Kalau korang suka tulis tentang tips, gaya hidup, petua, perkongsian pengalaman travel dan sewaktu dengannya, korang sangatlah digalakkan untuk grab peluang ni.


Sebenarnya aku pun salah seorang contributor bagi Zcoop Magazine, ?sebab tu aku nak semua rakan-rakan blogger aku turut merasai kemeriahan menjadi contributor di ZCOOP Magazine. (emangnya gue jarang menaip artikel untuk mereka kerna idea gue kureng bernas untuk dimasukkan dalam makalah itu dong...hehehehe)


Tapi, kalau korang tak nak tulis artikel banyak-banyak pun boleh. Sebab program ni Zalora letakkan syarat yang sangat mudah.


Syarat dia:-





  1. Seorang blogger

  2. Minimum 30 blog post

  3. Minimum satu entri setiap dua bulan


Senangkan? Lepas tu, kalau korang memenuhi kriteria blogger kat atas, korang hanya perlu buat dua artikel dalam masa tiga bulan!

Reward?

Artikel korang akan terpampang dalam Zalora @ ZCOOP magazine.

Pernah bercita-cita nak jadi penulis artikel dalam majalah tapi tak pernah tercapai?

Haa...inilah peluang korang untuk asah skil menulis korang. Menulis semua orang boleh, tapi nak bagi penulisan tu kekal dan berkesan, memang kena ada skil.

Kalau korang berminat nak menceburkan penulisan korang dalam majalah ni dengan lebih lanjut, korang boleh email dekat nurul.aini@my.zalora.com

InsyaAllah, setiap yang diusahakan itu akan membuahkan hasil. Kalau tak usaha, manakan dapat hasilnya, iya dak?

Till we meet again!

Jadi blogger, tido pun insyaAllah masih boleh buat duit.

#doakanyangterbaik and #happyblogging !?

p/s: segan nak ngaku yang aku ni contributor zcoop magazine. lol! hahahaha can i just work behind the stage? #dilemabudakambivert 


Selepas beberapa tahun membuat research, naluri aku kuat mengatakan tahun ini adalah tahun pembuktian yang aku harus mengambil langkah besar...


Selepas beberapa tahun membuat research, naluri aku kuat mengatakan tahun ini adalah tahun pembuktian yang aku harus mengambil langkah besar dalam dunia blogging. Sebesar mana itu termasuklah overhaul blog ni.


Antara perkara yang termasuk dalam end-year blog missions aku adalah:


1- Tukar blog platform


Ini adalah keputusan yang paling sukar sekali bagi aku. Dah lama terbiasa dengan blogger tetiba nak tukar ke wordpress, uh....siapa pun takkan kata senang. Tapi, since aku ada plan yang besar untuk blog ni pada jangka masa yang panjang, maka aku HARUS tukar blog platform. Bila? InsyaAllah dalam tempoh empat bulan ni.


Kalau ada entri pasal pertukaran platform tu nanti, tandanya nak dekatlah tu. ^_^


2- Brand the blog


Haa....yang inilah faktor utama yang menyebabkan aku buat misi pertama. I have to get my own blogging brand. Blogging memang seronok, dan lagi bertambah seronok kalau dari blog tu aku dapat tunaikan semua impian aku. It's start with blog...^_^


Stop wishing and start doing!


3- I'm gonna open an eCommerce shop!


Walah!!! Akhirnya aku berjaya menyimpan modal untuk buka eCommere shop sendiri! Ini adalah langkah yang paling besar sepanjang aku menceburi dunia blogging. Blog + eCommerce shop? It's gonna be awesome! InysaAllah niche blog aku takkan lari. Masih lagi berkisar tentang life seorang budak ambivert yang berangan hatinya made in German. ^_^


InsyaAllah aku akan up entri special untuk barang yang akan disenaraikan dalam e-Shop tu nanti.


4- Overhaul my social media account.


Semalam aku dah buka akaun facebook baru demi blog branding. No more yuhaadie facebook. Akaun tu aku scroll semalam terasa macam; 'Bapak tak matang giler aku punya status! dahlah guna shortform. ish ish ish...'. So, aku decide untuk delete that facebook and replace it with the new account.


Sebenarnya berbelah bagi jugak, sebab the hardest part of ending is starting over again...right?


5- Coming soon!


***


Become an ambivert is hard. Because, when your extrovert part getting excited exploring the new world, but your introvert part keeps holding on your old sweet memories which make your moves stuck between that. It's okay, I know my introvert part will thank me later. ^_^

Maka terjadilah pertempuran antara dua indentiti dalam satu jasad.  Let's see who gonna win the battle?

InsyaAllah, doakan segala prosesnya berjalan dengan lancar. Aku masih akan buat annual contest dalam blog. Hadiah dia akan semakin awesome dan rare. Akhir kata, semoga semua misi kalian dalam apa jua bidang turut dipermudahkan.


Enjoy blogging!



Hari yang redup dikawasan aku telah membuatkan aku merenung dan memikirkan tentang nasib dunia blogging pada masa hadapan . Kemanakah hala t...


Hari yang redup dikawasan aku telah membuatkan aku merenung dan memikirkan tentang nasib dunia blogging pada masa hadapan.


Kemanakah hala tujunya?


Bagaimanakah pengakhiran sebuah blog kelak?


Adakah blog aku masih menjadi rujukan jika jutaan blog baru muncul setiap hari?


Ah, nak nak pulak dengan masalah 'mood blogging ke laut' yang tak reti balik darat. Kerisauan ini buat aku termangu untuk bersaing sengit. Hahahahaha...sepatutnya aku kena ambil langkah pantas dan cepat. Tadi baru dengar small talk dari Irfan Khairi, beliau cakap zaman sekarang ni;


Kepantasan adalah currency untuk menang pada hari ini

Pantas aku pun harus mulakan tindakan segera.


Bangun, buka blog dan suarakan kerisauan tentang cabaran berblogging. Nampak seperti tiada, tapi jika dikaji dan diselidik, perkara kecil inilah juga yang boleh mengubah presepsi dunia. Dari sebuah blog, sekadar contengan suara minda yang tak mampu senyap walau seketika, boleh jadi pemangkin utama berubahnya sebuah empayar. Siapa tahukan? Masa depan tiada siapa boleh tebak. Tapi, semuanya dapat dibaca dengan perbuatan pada hari ini.


Jadi, wahai rakan blogger yang setia menulis setiap hari, pesanan daku...janganlah kalian berhenti. Kerana telah ditulis oleh kitaran hidup, setiap apa yang kita buat pasti ada cabarannya. Bangkit dan sahutlah cabaran itu. Because legend mana kenal erti putus asa - BT-


So, antara cabaran blogging yang dihadapi oleh blogger tanpa sedar/sedar adalah:


1- Tidak punya masa


Some people said, it's not about time, it's about priorities. Jika mahu blog kita dikenal pada masa jangka yang panjang kelak, kita juga haruslah berkorban masa dari sekarang. Satu atau dua jam sudah memadai.


2- Blog dijajah oleh media sosial yang lain.


Siapa nak baca blog? Kalau semuanya dah terpampang dalam fesbuk? Ayat artikel dekat fesbuk pulak, semuanya catchy. Buat rasa nak klik dan tahu je tentang cerita penuh dia. Walhal, link tu pun sama gak asalnya dari sebuah blog. Biarlah lepas kita klik tu, iklan bukan main lambaknya, tapi masih sabar sebab perasaan ingin tahu tadi. Well done fesbuk!


Belum lagi diambil kira cerita drama di twitter. Biarlah thread dia panjang berjela, tapi orang still baca sebab dari twitter orang tahu the latest issues and trending? Betullah...sometimes. Bagi aku twitter tempat meroyan je. Hahahahaha Ada yang bagus tu, baguslah...sometimes boleh rosak minda jugak mengadap fesbuk dengan twitter lama-lama.


Insta? Insta dia tak sama sebab a picture shows a thousand words. But, once dah addict dengan insta, goodbye lah blog ui!


3- Internet


Yo, ini adalah salah satu punca blog aku boleh mati berbulan lamanya. Tapi sekarang, semua kerisauan itu sudah dapat dielak walau aku duduk berjauhan dari kemudahan wifi rumah. Sebab? pelan infiniti dari digi! Gilalah kalau lepaskan peluang emas yang ditawarkan ni.


digi, plan, postpaid


Why digi? Oh, sebab aku baru nak try market digi ni, tapi so far no problem. Dah dalam tiga hari kot aku guna. Alhamdulillah semuanya smooth...


Kalau korang rasa pelan ni mahal, korang bolehlah survey yang murah dan bagi kepuasan melayari internet tanpa batasan. Malaysia negara bebas untuk memilih bukan?


4- Idea kering!


Hah! Orang kata juga, jika kita mahu menulis dengan banyak dan lancar, kita juga harus membaca dengan banyaknya. Sebab dari membaca kosa kata kita akan menjadi kaya. Alah, zaman sekarang ramai je penulis yang bukan dari kalangan yang gemar membaca. Well, it's up to you. Sebab manusia itu unik. Tapi, jarang kita jumpa pemimpin dunia yang kurang gemar membaca kan? Bacalah, tak pernah rugi pun kalau kita membaca.


Tapi, kalau dah banyak baca still tadak idea, tengoklah movie, lepas tu buat review. Pergi makan tempat baru, buat review. Mana tau lama-lama idea tu akan muncul. InsyaAllah.


 5- Blog dah tercemar dengan marketing melampau.


Betul ke? Somehow it's a big competition among blogger nowadays. Terpulang bagaimana cara untuk hidup. Setengah orang jadi kurang gemar dengan blog sebab asyik-asyik cerita sama, copy paste. Takde idea sendiri. Ambik, ciplak idea orang. Itu perkara biasa. Memanglah sekarang ni originality idea tu dah takde sebab dunia pun dah tua, mestilah idea pun lebih kurang sama. Hahahah


Lagi satu sebab, biasanya yang punya idea unik ni satu kelemahan mereka; mereka tidak gemar gembar gemburkan cerita. Cerita kat blog, biarlah habis kat blog. (ke aku sorang je rasa macam tu?)


Kadang aku terfikir jugak, setiap kali ada yang bertanya untuk collab or sponsored, aku akan pertimbangkan dulu. Sebab, aku tak mahu blog aku jadi satu platform yang over marketing. Memang ia satu peluang cerah, satu pemangkin yang akan angkat blog kita, tapi sekali sekala tidak mengapa. Sebab aku ambivert, pilihan untuk jadi extrovert itu selalu dimarahi oleh sisi introvert. Hahahaha


***


Okay chow dulu. Kes entri ni dibuat gara-gara ramai rakan blogger yang dulu kian sepi. So, aku rindu penulisan korang dan harap korang kembali aktif. Remember, once blogger, forever blogger.


Chiow lu!