Latest Posts

Memaparkan catatan dengan label Student. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Student. Papar semua catatan

Semalam dengar cerita keputusan UPU dah keluar. Dan macam biasa, bila keywords ' Geomatik ' ditaip, secara automatik blog ni akan me...

Semalam dengar cerita keputusan UPU dah keluar. Dan macam biasa, bila keywords 'Geomatik' ditaip, secara automatik blog ni akan mencelah di laman carian Google.

Well, sebagai ex-geomatician, aku rasa bertuah sebab update life series masa tempoh belajar dulu. Walaupun secara jujurnya masa tu hidup agak serabut dengan LP, dengan pelbagai report lagi. Tak ditambah lagi dengan lambakan assignment yang selalu datang tetiba.

Tapi tiada siapa jangka yang tahun 2020 akan menjadi satu tahun 'puasa' untuk plebagai aktiviti, Hampir semua jenis industri turut terkena tempias akibat penangan pandemik ni. Termasuklah industri geomatik sendiri.

Bercakap dari sudut pemerhati, aku sendiri pun hilang kerja selepas seminggu pengumuman pandemik ini dikuat kuasakan di Malaysia. Nasib baik bidang kerja tu bukan dalam dunia yang berkaitan dengan benda yang aku belajar. So, bagi aku masih ada peluang untuk mengadaptasikan perkara yang aku belajar secara meluas walaupun bekerja secara solo.

Jadi, untuk adik-adik yang berjaya menyambung pengajian dalam jurusan Geomatik mesti korang tertanya samada relevan ataau tak untuk belajar geomatik selepas fasa COVID-19 ni.

Kalau korang perasan, masa fasa ni, kita didedahkan dengan pelbagai peta berkaitan dengan status kes COVID-19. Termasuklah peta thematic atau dalam bahasa omputihnya 'Thematic Maps'.

Berikut adalah salah satu contoh bagi Thematic Maps sepanjang fasa pandemik ini berlangsung.

COVID-19 THEMATIC MAPS EXAMPLE

Apa itu Thematic Maps?


Secara ringkasnya thematic maps adalah suatu peta yang fokus pada tema atau bidang subjek yang tertentu. (Sumber wiki)

Pembikinan thematic maps ada dalam silibus pengajian Geomatik dibawah subjek Carthography. Kalau masa batch diploma 2013 dulu, kitaorang belajar subjek ni masa semester 4 (Geomatik semester 4).

Bestnya masa belajar subjek ni adalah semua berkaitan dengan gambar, warna, dan juga penggunaan software yang canggih seperti ERDAS dan ArcGIS. Setiap pelajar geomatik wajib memiliki software ni untuk menguasai kemahiran pembuatan peta.

Semakin kerap kita praktis dan buat latihan dengan software-software ni tadi, makin mahirlah kita. Sebab ianya agak tricky dan sangat complicated kalau kita tak familiar dengan terms yang diguna pakai dalam software ni.

Kebanyakkan assignment bagi subjek Carthography adalah berkaitan dengan maps. Samada secara berkumpulan atau solo tu terpulang pada barisan pengajar.

Selain daripada tu jugak, cabaran bagi persaingan dunia geomatik pada masa sekarang masih lagi ditahap yang tidak terlalu crowded dan masih difasa baru di Malaysia. Dia bukan suatu bidang yang terlalu popular seperti Doktor tapi sangat diperlukan dalam menjamin kelestarian pembangunan dunia modenisasi.

Jadinya, jawapan bagi persoalan relevankah geomatik selepas COVID-19?


Well, of course, it still relevant!

Kalau boleh sambunglah belajar sampai korang boleh hasilkan data seperti data-data yang dipamerkan pada masyarakat awam dalam menyampaikan kesedaran penyampaian statistik mengenai pandemik ni.

///

Dulu aku pernah up satu isu ni. Kalau nak tahu samada kos yang kita belajar itu akan membantu saat perang, maka ia berbaloi untuk dipelajari walau mengambil masa berapa lama sekalipun sebab ia membantu menimbulkan kesedaran kepada masyarakat awam.

Sebagai salah seorang pakar dalam bidang professional pada masa akan datang, ianya terpulang pada kita untuk menterjemahkan sesuatu ilmu kepada suatu bentuk yang boleh memberi faedah.

Tak kiralah bidang apa yang kita ceburi, semoga kita semua bersedia dengan apa jua kemungkinan serta diberi ketabahan dalam mengharungi cabaran yang akan datang.

Untuk adik-adik yang bakal menyambung pengajian, janganlah putus asa bila terpaksa menjadi salah satu titik dalam 'Lost Generation'.
Every cloud has its silver lining but it is sometimes a little difficult to get it to the mint  - Don Marquis

[playlist artists="false" ids="3487,3477,3459,3428"] Hari khamis sengaja aku dedikasikan ia sebagai hari trivia. Trivia ...

[playlist artists="false" ids="3487,3477,3459,3428"]

Hari khamis sengaja aku dedikasikan ia sebagai hari trivia. Trivia Thursday gitu...kadang the distraction is getting real, menyebabkan aku pun terbabas dari ikut jadual yang sepatutnya.

Holla gais, amacam sebulan praktikal? Alhamdulillah so far so good. Sekejap je dah sebulan, episod podcast pun dah habis bahagian pertama. Lengkaplah sudah part Cuba. Insyallah minggu depan dengan tema yang lebih gelap akan membawa korang Jatuh bersama ke lohong tidak berpenghuni yang pernah Orang lalui....

Nantikan kemunculannya. Jeng jeng jeng.....

So, untuk entri ni kita bercerita mengenai trivia sepanjang mencari ilham untuk merekod episod #4.

Trivia rakaman #4: Tulis


Tulis. Macam senangkan, sebab semua Orang boleh menulis.

  • Tajuk yang paling tadak idea sekali nak kupas isu apa

  • end up, aku random reading dengan sesuatu yang aku sendiri tak pasti apa benda yang aku hujahkan

  • Tiga hari buat skrip tanpa hasil. Words masih lagi kosong selepas termenung dan research yang mendalam....

  • Ayat Quran yang sepatutnya dimasukkan adalah surah Al-Qalam...

  • Entah dari mana entah, seruan surah Luqman datang...

    • dan teringat pada ayat feveret aku yang ke 34.



  • Lepas bancuh air, dan teruskan pembacaan sambil menaip skrip, tetiba rasa gerun dengan isu yang dikupaskan.

  • Lagi-lagi part akhir yang mengatakan....(pi dengaq apa kalau nak tahu apa part terakhir yang buat aku gerun tu...)

  • Bukan sebab takut mati, tapi sebab terasa sangat kerdilnya diri ini dan betapa tak bersedainya untuk melangkah ke alam hakiki...

  • sebab itu ia seakan kedengaran awkward....(for those yang wonder kenapa bunyi aku agak janggal...)

  • Episod yang paling simple editing.

  • gila tak tersentap dengan isu ni...

    • 1) Sebab aku pun masih banyak main dalam hal-hal remeh Islam,

    • 2) Betapa kurangnya bersyukur dengan aturan Tuhan....walhal...sampai masa Tuhan pasti akan sempurnakan rezeki setiap orang...

    • 3) Walk the talk is really crucial...



  • Perancangan kita dan Dia kadang selari, kadang tidak...sebab kita sekadar merancang, Tuhan tetap yang menentukan...


Apa yang akan berlaku dalam part seterusnya?

Jatuh...

Jatuh...

Jatuh sedalamnya...

Tema yang jauh berbeza dengan bahagian Cuba...
Terima kasih kepada yang sudi mendengar Podcast Orang dan terusan bagi support! Korang adalah pemangkin untuk aku tetap konsisten dan istiqomah dalam melaksanakan jalan-jalan impian. Sokongan dari korang tersangatlah aku hargai. ^_^

Teringat kata-kata cerdik pandai, 'consistent is the key'. Walau kecik mana pun kerja kita, tapi kalau kita istiqomah buat....lambat laun ia akan menjadi compound value...siapa tahu....

Jumpa di terowong gelap tak berOrang minggu depan!

Till then......Moga Husnul Khatimah!

Jam 0155. Instead of tidur melenakan diri disebabkan esok kena bersiap seawal mungkin untuk pergi menjalani latihan industri, aku masih sibu...

Jam 0155.


Instead of tidur melenakan diri disebabkan esok kena bersiap seawal mungkin untuk pergi menjalani latihan industri, aku masih sibuk menaip disini. Entah pemikiran mahu bercerita itu selalu menjengah kala lewat malam. Sedang tadi asyik menulis mengenai hari-hari yang berlalu. Rutin yang tiada kenal erti jemu untuk teruskan hidup walau ia sendu, idea cerita 49 hari itu menjelma...

49 hari itu sepatutnya sudah tamat


49 hari itu sepatutnya aku sudah tinggal ia jauh seminggu lalu. Tapi dek kerana takut terlepas segala peluang dan ruang, aku terpaksa olah serta ubah "misi 49 hari" itu menjadi "misi infiniti". Ia masih berjalan hingga ke hari ini.

Penat. Memang penat. Harian sebagai intern, hujung minggu sebagai life seeker.

10 September 2019


Masuk setahun sudah aku duduk diteratak Gothismanda ni. Nama yang sengaja direka dari tiga dunia khayalan yang aku puja. Tahun lepas pada tarikh yang sama, aku adakan majlis doa selamat sempena masuk ke rumah baru. Masa tu, baru masuk awal Muharram 1440H. Tak sangka, tahun ni hari tu masuk yang ke-10 Muharram sudah. InsyaAllah puasa sunat.

Ikutkan "Cerita 49 Hari" itu aku nak garapkan segala perjalanan sepanjang menghabiskan cuti semester lepas disuatu tempat baharu. Tak sangka pulak, ia kekal hingga ke hari ni.

Dengan kewujudan side project yang lain, aku masih lagi mencari dan cuba untuk gagal berulang kali dalam setiap yang aku pelajari. Cuba belajar untuk tidak ukur berjaya itu pada angka. Cuba untuk tidak menilai usaha pada nombor, dan cuba untuk teruskan cerita walau ia sentiasa berubah laman.

0206 pagi.


Aku patut tidur. Aku memang patut tidur.

Seronok tengok semua orang up gambar jalan-jalan, have fun dengan kawan, rakan, keluarga...sedang aku berhempas pulas menjalani sebuah kehidupan demi mencari makna hidup yang masih belum ditemui. Tolonglah bersyukur duhai diri....Jangan mudah tertipu dengan dunia maya....tak semua orang berani tonjol the dark side of their life. Mungkin semua orang mengalami situasi yang sama. Dengan cerita yang berbeza...mungkin...

Cuba menghargai setiap kehidupan walau ia bergerak sangat perlahan. Perlahannya hanya Tuhan yang tahu kenapa....Seolah macam The Age of Adeline...hahahaha

Doakan aku kuat, doakan aku terusan tabah dalam mencipta dunia yang bebas dari stereotaip jahiliah. Kadang aku tewas jua, kadang aku alpa pada kewujudan garisan jingga yang membataskan setiap yang Dia tetapkan. Benda mudah....amar ma'ruf nahi mungkar...tapi, celah mana masih aku sukar untuk jalaninya?

Minum masih berdiri. Makan pun terlupa kanan dan kiri. Solat? Solat sekadar solat, tanpa dihayati....sedih betullah. Rasa nak maki diri sendiri. Rasanya, kalau dengan menyebat dapat menghapus segala dosa yang sengaja dibuat itu, sudah lama berbirat tubuh ini.....Geram. Geram!!!

Nak kata jahil, belajar sudah mahu habis pengajian tinggi. Agama? Makin hari, makin lucut dari hati. Dunia apa yang kau cipta ha? Mahu jadi munafiq? Fasiq? Mu'min asi? Naudzubillah min dzalik!

Tapi sungguh aku lemah, tak kuat. Jiwa alpa, syaitan terusan menggoda....hingga buta pada syurga neraka. Bodoh!!

0221.


Berteman lampu, berlatar muzik nan syahdu dan aku....yang masih termangu...pada jalan kehidupan apa dan bagaimana mahu dan harusku tuju....

Helaan sumbing dari bibir seolah mengejek kekuatan rohani yang erat dipeluk oleh nafsu. Lepaskan aku dari belengu ini...tolong....sungguh...aku...ingin...kembali....

0223.


Esok belum pasti. Hargailah setiap detik dan desas nyawamu, agar ia tidak tersia dibuang waktu. Kerna, belum tentu kau hidup hingga kehari tuamu...

Cerita 49 hari itu masih jua belum tamat. Kerna jiwa itu masih lagi sesat. Sesat dalam pengarapan cerita yang sengaja direka.....Tulisan tengah malam itu kelam dan dalamnya tak semua orang tahu...jiwa hitam itu masih terapung dilautan dosa.....cuba menggapai tali pengharapan yang kian terlepas dari genggaman tangan....dia masih lemas...

To graduate from college, you need to write a research paper related to your topic of study. Unfortunately, most students find it hard to co...

To graduate from college, you need to write a research paper related to your topic of study. Unfortunately, most students find it hard to come up with a good quality research paper that can help them graduate with good grades. In case you are in this category of students, here are 5 tips to writing a research paper in college.

1. Find a good topic


Most students find it hard to write a research paper because they choose topics that are not researchable.  To write a good research paper, ensure that you get a topic that is researchable. Such a topic should neither be too broad, or too narrow that it becomes difficult to gather information. If you have a problem getting a good topic, work with your course professor, and have them guide you in choosing a suitable topic for your research paper.

2. Start with a clear and easy to understand thesis statement




Most students find it hard to write a good research paper because they don’t have a defining idea, guiding them in the research. This makes it difficult to maintain a coherent thought process throughout the paper. To write a good quality and easy to understand research paper, start with a clear and concise thesis statement that underlines the ideas that you are pursuing in your research. This not only makes writing easy, but also makes it clearer to the reader, in this case, your college professor.

3. Make use of credible sources


The worst mistake you can make when writing a college research paper is to use online sources. Such sources lack credibility, which means that they invalidate whatever points you have in your research paper. To write a credible research paper, make use of books and peer reviewed journals. When using books, try and avoid books that are too old, those whose ideas might have been lost significance with time. Most college professors prefer books that are less than 8 years old for research papers, but the best sources are peer reviewed journal articles.

4. Don’t copy paste without referencing




When writing a research paper, always remember that it not an opinion paper. Any ideas you quote must be referenced properly. When referencing, make sure that you use one of the accepted referencing styles. The most common ones are APA, MLA, Chicago, and Harvard.  If you fail to reference your research paper, it will be considered plagiarized. This is dangerous and can lead you to get disqualified from college. College professors can easily detect this by using plagiarism testing software like Turnitin.

5. Seek help from a writing service


In case you are completely unable to write the paper, you can always seek help from a writing services company. There are some good companies out there that can help you write a top quality paper. One of the best companies that can help you out in writing a good research paper is writing elites. Visit their website and send an enquiry with the words, write my research paper for me, and you will get a quick response on the pricing and other details of the order.

Semalam aku cakap nak tengok Tombiruo. Ah! itu semua omong kosong bila mana aku ternampak suatu booth yang bisa menukar kitaran hidup aku pa...




Semalam aku cakap nak tengok Tombiruo. Ah! itu semua omong kosong bila mana aku ternampak suatu booth yang bisa menukar kitaran hidup aku pada masa hadapan (kemungkinan). Cerita dia mungkin aku akan ulas panjang esok.

Untuk hari ni, aku just nak share tentang 5 benda utama yang telah ubah persepsi hidup aku. (Amboi! ayat kemain kau!) Yeah, yeah...aku tahu ianya bunyi seperti plastik, tapi percayalah...tanpa 5 benda ni, aku tak tahulah aku ni dah cukup sifat jadi manusia atau sekadar jamadat...yang hidup tanpa sebarang purpose. Atau mungkin lebih teruk dari tu...

1- Novel Soalnya Hati
Dari dulu sampai sekarang, dari zaman tulis diari kucing sampai ke logo Paris, hanya novel ni lah yang aku agung-agungkan. Dia dah ubah persepsi aku tentang hidup dan survival di universiti. Buku yang menyebabkan aku gila pada perang. Maksud aku semua info berkaitan perang, movie perang...siap letak lagi dekat buku besar-besar tulisan; "Peace No War".

Ah, itu diari zaman hingusan dulu memang penuh dengan quote...and thanks to the author because your book has helped me to become a new person that I didn't even think that I can be...

2- Buku "Goodbye Things: Towards minimalist living" by Fumio Sasaki.
Sumpah! Kau tau apa jadi pada barang aku lepas baca dua chapter buku ni? Iyap! semua aku dah buang. Tak sangka selama ni aku banyak perap sampah rupanya! 65% dari barang aku adalah barang yang "i think it'll be useful later". Really???

Even a decade after that pun aku takkan tahu yang aku ada barang seberguna itu jika aku hanya simpan..dan simpan. Adoyai! Dan suatu hari aku cari balik nota zaman diploma dulu, tak jumpa. Walhal, aku lupa yang aku pernah guna falsafah Imam Ghazali yang "Ilmu fi sudur la fi sutur"... haish...research pasal satellite dan GIS tu....deng it!

So, hidup minimalist ni bukanlah erti kena hidup zuhud keterlampauan. Dia cuma kena tahu beza benda penting dan benda perlu...Tapi, takpe...aku ada minda yang cerdas untuk ingat semua research itu.

3- Drama "Age of Youth 1&2"
Drama ni banyak ajar aku tentang sudut pandangan manusia lain dan macam mana kita nak survive hidup kongsi rumah dengan orang yang luar dari cara hidup kita. Kadang aku rasa semua orang okay dengan kita bila kita dah buat yang terbaik untuk rumah tu, tapi rupanya tak cukup baik untuk orang lain.

Dia ajar, nak selesaikan masalah kena duduk berbincang..bukan cerita belakang. Benda takkan selesai kalau dibincangkan bukan pada tuannya. Paling penting, enjoy the moment while we still young and energatic...

4- Series "13 Reasons Why"
Cons cerita ni dia terlalu banyak budaya barat. Hahahaha budaya barat bhai...seperti orang timur tak buat pulak budaya tu. Tapi, tulah citer mat saleh ni, kalau takde satu dua scene tak semengah tu memang tak sah. Mesej dah cukup baik, jalan cerita kemas dan penuh twist...tapi tu lah...

Tapi, apa yang penting...cerita ni dia ajar cara kita tengok orang dari sudut mereka bukan dari sudut peribadi kita sendiri saja. Memanglah bagi kita dia terlalu bodoh nak perhatian sampai perlu bunuh diri. Tapi, ada kita kisah kalau dia tak bunuh diri? Null! We say we care, but we didn't take any action...we care but didn't care enough...

Sedihkan kalau kita dapat tahu orang yang paling rapat dengan kita selama ni seek for help. Sebab dia dah drown in her own blood. Deep and sink into darkness yang kita anggap tak penting. Mungkin kita terlepas pandang...makanya,
buatlah baik dengan semua orang sebab kita tak tahu apa yang dia sedang hadapi....

5- Kelas Investment (core subject with 5 credit hours)
Setiap kali masuk kelas ni, aku rasa aku noob dan ketinggalann zaman. Setiap kali masuk je lecterur bagi kuliah, otak aku menerawang tentang how bad is bad about the economy's problems nowadays? Peluang aku nampak bersepah, tapi kenapa dia macam ada hilang sesuatu je. Ada je silap....ada je yang akan menyebabkan aku rasa macam terlalu tua untuk mula melabur atau menabung hanya selepas habis belajar.

Tapi, kesedaran ni dia macam angin kentut (sorry for the term). Sebab orang hanya bising tentang bau tu hanya seketika cuma. Kalau bau kuat, bisinglah pasal busuk. Tapi, kalau bunyi kuat, orang lari sekejap cuma. Dan semua balik pada normal macam takde apa berlaku. Orang tahu masalah itu hanya bila 'kentut' melanda. Krisis ekonomi yang viral. Tapi ada orang berhenti hangout dengan orang yang kentut ni tadi? Takkan?

Itu yang aku musykil tu...dan kawan aku cakap; ia bergantung pada individu itu sendiri. Haila...this class ha, really mixed up my life decision...until now...

###

Aku pernah ajak kawan aku pergi dengar talk pasal kesedaran kewangan dan cara atasi masalah tu (lebih kurang macam tulah tajuk dia). Sadisnya, semua bagi feedback yang sangat tidak memberangsangkan. Macam mana nak bagi orang jadi jutawan kalau kita kasi peluang pun dia tolak? Hatta nak kasi masa depan dia cerah pun dia matikan api...takkan nak tunggu terhantuk baru terngadah?

5, 10 tahun untuk diri sendiri pun berkira. Susahkan?

Okaylah...lain pulak isunya nanti. Saya takmaulah risaukan masa depan orang, kalau itu yang mereka mahu. I just give a future imagination if we didn't take any action for our own wealth and even health. Kalau olang tidak mau apa boleh buat lorh?

So, see ya when I see ya.

p/s: kalau nak disenaraikan semua persitiwa dan perkara yang ubah cara hidup dan bentukkan siapa kita hari ni, memang tak habis nak taip bhai!


Holla there! It's been a century I didn't write any post. Piuh! Say farewell to the long hiatus and mid-sem break. ? So, cerita dia....


Holla there! It's been a century I didn't write any post. Piuh! Say farewell to the long hiatus and mid-sem break. ?


So, cerita dia....seperti biasa. Tak ada yang menarik. Pergi kerja, balik kerja, buat assignment, layan drama, layan movie, baca buku...ah! What a life.....


Aku cakap hari tu nak update entri dua kali seminggu. Sepertinya GAGAL! hahahahahah...(-_-) As a part-timer on everything....there's 7 LIES I always tell myself in order to live a happy life...


1- I'm gonna do this starting today....


Yeah, pada hari yang ceria, panas berangin, mood baik...bagi aku istilah ini tiada masalah. Bagi aku, mantra ini sangatlah membantu untuk jalani hari dan sudahkan semua kerja yang tergendala dikala mood tidak begitu rajin. And it's totally work for me! Aku harap sangat penipuan ini berkekalan sehingga aku berjaya kelak.


2- Hari ni nak up entrilah...


Haa...yang ini ha, paling banyak kali aku tipu. Dari semalam punya kelmarin lagi aku bagitau diri sendiri, 'aku nak up entri pasal ni lah', 'aku kena up entri pasal itulah'.... dan berakhir dengan TIADA ENTRI LANGSUNG! hahahaha


3- Semua kerja tu senang je...


Kalau aku buat dari sekarang. Semua kerja memang senang bila aku buat sikit demi sikit dan tiada sebarang penangguhan. So far, alhamdulillah tiada bertangguh. Dan mantra senang tu sangatlah membantu. So, sesiapa yang rasa cam susah dalam nak siapkan assignment tu, gunalah mantra ni. Mind set kita laju je siapkan tak sampai sehari. Ni mungkin tak tipu...


4- Nak datang awal...


Dia punya awal tu, masih di zon atas pagar. Tak cukup awal. Tapi istilah 'at least' tu lah yang bahaya bila nak tunaikan hajat datang awal ni. Stop lying around people! (I'm talking to myself...ignore it)


5- Esok nak puasa.


Sampai ke sudah tak puasa. Mentang-mentanglah puasa sunat, main-main ek...puasa ganti tu dah habis belum cik kak? Takkan nak tunggu puasa tahun depan baru kalut nak ganti? huhuhuhu...aiy, aiy maam!


6- It's gonna be okay.


I think it's really gonna be okay. As long as I keep on track.


7- Berhenti makan benda manis...


Digi buat promo Baskin Robbins lagi!!! Sekali ni je nak makan manis....pehlis...coklat? nope! dan tetiba aku menuju ke Chat Time dan beli coco smoothies sebab nak ais dan crunchy oreo punya pasal... fail!


Aku pernah terbaca yang orang kata, kalau nak ubah tabiat tu, mula-mula memang kena berlakon dulu, pastu lama-lama nanti dia akan jadi kebiasaan. Tapi, tak bagusnya bila terlalu banyak sangat penangguhan. Senang cerita kalau nak buat suatu benda tu, buat je. Tak perlu tunggu esok, lusa sejam atau lima minit lagi...bangun, dan terus buat. Katakan tidak pada 'NANTI'.


Amboi....kasi semangat dekat orang kemain na...takdelah, ni aku kasi semangat untuk diri sendiri gak ni. So, lepas ni, minggu kuliah dah start macam biasa. Macam normal, student life dan lambakan assignment akan terus melanda dan menerjah sampailah tahun depan. Doakan yang terbaik dan paling penting teruskan usaha!


Apa aktiviti sepanjang cuti mid sem hari tu?? ?




  1. Marathon Age of Youth 1 & 2

  2. Layan movies non stop sampai muntah hijau

  3. Paling baik...baca artikel untuk research.. huhuhuhu

  4. Siapkan assignment...


Dahlah merepek macam ni...entah benda apa lagi yang aku nak tipu demi up satu entri...see ya when I see ya!

p/s: bila dah lama tak menulis entri yang cheerful rasa cam hambar sia....mungkin sebab dah lupa macam mana rasa teruja dan 'hidup' kot....huhuhu

chiao!

Cerita dia takdelah sehangat isu dobi. Tapi cukup membuat aku teruja hingga ke-tahap dewa sembilan belas. Serius, inilah first time aku face...



Cerita dia takdelah sehangat isu dobi. Tapi cukup membuat aku teruja hingga ke-tahap dewa sembilan belas. Serius, inilah first time aku face to face siap bersalam dan ambik gambar bhai! Salam tu penting. Terasa aura seorang penulis dowh...sampai aku rasa speechless. Hahahaha...sumpah tergamam dowh! Dahlah aku balik kelas terus masuk kerja. Dengan perut laparnya, aku bantailah makan roti dulu. Tetiba...aku nampak seseorang yang cukup familiar dalam imaginasi otak aku.


Walaweh!!! Aku jumpa dengan kak Shai bhai! Kak Shai aka Nurul Syahida, my authentic author! Cayalah....sampai sekarang aku tak percaya aku dah jumpa beliau depan mata. DEPAN MATA!


Baca tulisan kak shai selalu buat perasaan ingin tahu aku membuak-buak. Terasa macam sambil baca, kena buat research jugak. Sambil baca, kena mark quote. Haila, sungguhlah novel dia buat aku jadikan Pyan sebagai benchmark aku.


Kalau tak kenal Pyan tu, aku tak taulah. Bukan Pyan Gemersik Kalbu okay! Ini Ammar Sufian si pemilik PHA. Tukang masak dekat cafe. Well, clichenya...yang menyebabkan aku lebih suka usha orang yang bekerja balik tabir. Aku lebih menghargai orang sekeliling...


Dasyhat tak dasyhatnya penangan penulisan kak shai terhadap jalan hidup aku. Hampir macam tak logik untuk dipercayai. Tapi aku percaya dan pegang dengan kata-kata RAM; "Apa yang difikir itu ada..."


(Masih tak percaya yang aku dapat meet up dengan kak shai..OMG! Rasa ketaq tu tak hilang weh. Macam jumpa retis tu.) Well, aku masih bebudak lama yang lebih teruja meet up dengan penulis dari pelakon.


Sebabnya, hari tu ada jugak Hafidz Roshdi tumpang tanya kedai Tomaz dekat mana, petang sebelum DFKL, tapi budak baru punya pasal, aku jawab tak pasti. Hahahaha...lepas tu, nampak Nazim Othman...nampak dia lalu jelah. Pastu, Elyana, Tomok, Zahiril Adzim..tak ramai pun retis yang aku jumpa. Sikitnya masih boleh dibilang dengan jari. (Point dia aku nak bagitau yang penulis lagi awesome!)


Yang Zahiril Adzim tu, aku menyesal giler tak ambik gambar. Paling kurang, autograf ke an..tapi tulah, aku hormat privasi diorang. Maklumlah time tu dalam kedai makan. Shushi King...sushi king...sedih betullah rasa. Takpelah...gue nggak ada rejeki dong! huhuhu #stilltaklehmoveon


So, the happiness is when I meet my favourite author. #idola #masihteruja. Terima kasih Tuhan atas pertemuan singkat ini.


Kak Shai, jutaan terima kasih diatas semua karya yang akak garapkan. Cerita akak dan watak yang digambarkan, sedikit sebanyak telah memberi impak dalam hidup seorang saya pada hari ini. Cerita akak buat saya terminat sejarah, perang, gusti?, "pffth"... Semoga rezeki akak sekeluarga sentiasa dilimpahi dengan keberkatan dari Ilahi. -Amin!-












autograph
first thing first bila jumpa orang famous, adalah asking for an autograph












Muka teruja + unbelievebale + tergamam tak sudah!

###


So, that's it! Kegembiraan seorang peminat novel adalah bila bertemu dengan penulisnya. Tergamam dan terpaku masih tak hilang. Sungguhlah aku perlu tingkatkan interpersonal...haila haila....


Kalau korang rajin nak belek entri lain yang aku pernah kisarkan mengenai kak shai dan watak garapan serta buku beliau, sila-silalah jenguk ?;




  • Short review tentang buku 'Awak sungguh Perfect'

  • Review novel 'Aku keliru'

  • Short Introduction about Pyan

  • Cerita ringkas tentang kali pertama kenal penulisan kak Shai


Kawan aku yang kenalkan novel kak shai ni pun dah kahwin. Mungkin dah ada dua orang anak. Lama giler tak jumpa...alkisahnya yang menyebabkan dia tanya aku pasal pernah ke tak baca novel 'Soalnya Hati' adalah masa tu tengah makan bihun goreng yang ada tauge....maka bermulalah sesi penceritaan. (budak asrama zaman dulu mungkin faham betapa terujanya bila dapat kawan yang rajin ceritakan balik novel dan movie dengan penuh perasaan. Maklumlah, asrama yang aku duduk dulu mana boleh baca/tengok cerita cintun cintan ni.. Melalaikan!?)


Berakhirlah sudah kisah pertemuan kami dengan pembelian satu earphone dan dua casing. Aku tak niat pun nak suruh kak shai beli. Serba salah pulak aku jadinya. Tapi rezeki usah ditolak dong! Lagi sekali terima kasih kak shai! and sorry for the awkward moment...huhuhu sebabnya sungguhlah saya ni masih gagal untuk bersosial. hahahahahah


##


p/s: Dan, pyan...if you out there...ah! (Tak usah berangan lagi...) but I'm still hoping that someone like Pyan really exist...?


dulu akaun fb lama ada dah jadi friends kak shai dengan nama yuhaadie. Then, ada faktor pembaharuan, akaun fb lama aku dah delete, ganti dengan yang sekarang (yang macam skema dah aku nengoknya) yang itu baru aku tak friend lagi kak shai. Dan aku baru realise benda tu. Lol! Fungsi fb aku just untuk kasi fanpage ada admin. Titik.





Chow lu, aku pun dah tersengguk-sengguk menaip. Esok full...dan aku tengah curious apasal sejak dua menjak ni url pelik-pelik dari russia and us jadi reference link? WTH????


Semester baru nak start. Itu semua student dah maklum. Lagi-lagi bagi student UiTM. Seronok cuti nampak? Cuti dah habis. Jangan risau. Tak l...




Semester baru nak start. Itu semua student dah maklum. Lagi-lagi bagi student UiTM. Seronok cuti nampak? Cuti dah habis. Jangan risau. Tak lama lagi pun banyak cuti.So, setiap kali sem baru masuk. Banyak perkara yang diluar jangkaan akan berlaku. Antaranya:

  • Terpaksa buat kerja dua kali ganda dari biasa demi memahami subjek yang dah lama tinggal

  • Kesukaran untuk mencari teammates yang sefahaman

  • Betrayal yang kita sendiri tak jangka

  • People take you for granted

  • Pokai

  • dan lain-lain lagi perkara yang aku pun tak boleh nak jangka....


So, seperti dua semester lepas, setiap kali situasi begini berlaku, aku akan ulang dengar dua video motivasi yang aku download dari youtube. Setiap kali dengar dia akan bagi impak yang berlainan.

  • First dengar untuk ingatkan diri balik.

  • Second sebab aku rasa aku perlukan kata semangat.

  • Third, sebab aku hampir give up! LOL!


Nak buat diri ter-inspirasi ni bukanlah suatu perkara yang mudah. Lagi-lagi bila kita dah mula selesa dengan "zon selesa". Itu sangatlah parah! Zon selesa memang seronok. Tapi, tanpa kita sedar dia akan mematikan 'sikap ingin tahu' atau 'curiosity' seseorang itu. Memanglah 'curiosity kill the cat'. Tapi, dari situlah kita akan dapat pengajaran dan pengalaman yang remarkable.

Plus, dapat pengalaman extra dan limited edition ni, bukan semua orang boleh dapat. So, bila ada peluang depan mata, cubalah terima dengan tabah. Pahit itu normal. Tanpa pahit manusia mati.

Dua video tersebut adalah;

1- Never Give Up


[embed]https://www.youtube.com/watch?v=PjP9r-HU4fk[/embed]

2- Through Hell


[embed]https://www.youtube.com/watch?v=aDCGrINPGUQ[/embed]

I know it's hard to fight the battle without any inspiration. Lagi-lagi kalau kita sendiri tak tahu macam mana nak 'bangun' tanpa sakitkan orang lain. Dunia hujung jari.


Need extra motivation? Just hit the button google and search for it. Everything you need is already in there for you to use it wisely. Lama-lama kawan yang kita ada hanyalah 'maya' semata-mata. Huhuhuhu.


Ada satu fasa itu kita tak punya kekuatan untuk bangkit, apa yang kita perlu adalah sedikit catalyst dan booster. Dan bagi aku the healer untuk terus kuat sehingga hari ini adalah dua video ni. (banyak lagi yang aku dengar, tapi semua tak setanding dua video ni.)


Do the work while listening to these two videos, make me wanna work harder.


The Healer ni banyak bentuknya. Luangkanlah masa untuk refresh balik misi kita. Lima minit reflection boleh buat hidup kita kembali balik pada track yang asal. Nampak macam tak penting, tapi small things matter dude. Diri kita akan rasa perubahan tu bila kita mula spent lima minit untuk reflect balik diri sendiri.


How I handle my "dark phase"?




  1. Duduk dalam gelap for a while. ? (namalah dark-phase...)

  2. Write it down- write something that makes me feel weak, low self-esteem, anxiety...

  3. Turn on the music- starting with the hardcore, then soulful, after that...these two videos.

  4. Let it go- It's okay to cry. I always tell myself, If I do not cry while achieving something, that's mean I'm not trying harder

  5. All is well. Allah always be there for all of us. Hanya padaMu aku menyembah dan hanya padaMu aku mohon pertolongan...

  6. Tidur- the best healer!


Dah macam pakar motivasi pulak hari ni ?. So, apa pulak cara korang untuk kekal inspirasi? Mana tau cara korang aku tak pernah cuba lagi an.


p/s: honestly, I rarely open up my issues to people. But if I tell you, that's mean I really trust you...




Holla there! Lama kan terasa menyepi kali ni. Ahah! Maklumlah dari utara ke selatan menaiki kenderaan mahunya tak lelah badan. (chis! padaha...


Holla there!
Lama kan terasa menyepi kali ni. Ahah! Maklumlah dari utara ke selatan menaiki kenderaan mahunya tak lelah badan. (chis! padahal penumpang je pun...)?





So, apa feel perasaan dah jadi alumni UiTM Kampus Arau ni?

- ? Rasa sedih woo...gua tak tau bila lagi dapat jejak arau...huhuhuhu Sebab semacam dah takde alasan untuk sesuka kesana. Yelah, takde benda nak uruskan dah...

- ? Gembira sebab dah grad. Syukur walau sekadar satu bintang...Lagi?

Masa konvo tu, aku ambik cuti lima hari dari bos. Dan semacam ada orang mencari pulak bila aku takde. Ahahahaha bapak perasan nakmatiey! Okaylah, opkoslah bos yang cari sebab takde aku, susah dorang nak handle shift. Mana tau partner tempat aku kerja tu tetiba ada emergency ke apa...

Macam waktu puasa nanti, dia tak dapat datang dua hari Mujur time tu, cuti puasa...dapatlah aku ganti.

Paling best time konvo hari tu?

- ? Excited!

Sebab dapat jumpa kawan lama...yang belajar kat sana. (I means kawan lama dari sekolah menengah dulu...)

- ? Tak tau nak feel apa, bila dapat gather sekejap dengan classmate zaman diploma...awkward? hurm...biasa je kot...huhuhuhu

- ? Happy!

Sebab dapat buat mini gathering dengan family setelah dua bulan tak jumpa...dan tak tau bila dapat jumpa lagi...huhuhuhu (iya..puasa dengan raya aku tak balik. Raya dekat Dolly Dim sum je nanti...insyaAllah) - siapa nak join team perantau ni, sila roger...

  • Dah jangan tanya aku balik ke tak raya tahun ni...-hahahahaha-

  • Lima hari untuk lunas rindu pada makanan kat Arau tu, terasa macam tak cukup pulak. Tambahan, banyak pulak gerai yang tak bukak. Adoi! Geram pulak rasa...sebab kita dah datang dari jauh, dia boleh pulak tutup....sedih mai!!

  • Shala pizza pun tutup. Huhuhuhu..

  • Sebagai kenang-kenangan, aku belilah sandal kat sana...maklumlah sandal yang aku pakai hari tu dah teramat dhaif! Orang pun tak mau jalan sebelah aku T_T


Hentian dalam perjalanan?

-Gombak-Selayang- Kampar- Kedah- Arau-Yang pi kedah tu aku tak bleh bla. *(cerita takde kaitan dengan konvo)

Ayah aku, beliau kangen bangat ketemu sama anak buahnya. Kitaorang (aku dan adik aku) memang tak pernah rapat dengan cousin kitaorang yang ni. Maklumlah, zaman dedulu diorang orang Labuan. Zaman tu, diorang cakap, siapa tak pandai cakap Labuan tak boleh kawan dengan diorang.

Opkosle aku failed cakap labuan. 'R' pun pelat 'ghoti'...Maka, gagallah aku menjadi kawan diorang sampai lah sekarang. Hahahahaha

Tu lah, masa kicik-kicik, budak ni perkara main pun dia akan anggap serius tau. Kalau orang cakap tak nak kawan dengan kita tu, maksudnya tak sekufulah tu...-ni cerita zaman ritulah...

##

Memandangkan result UPU dah keluar, seperti biasa blog ini akan menjadi rujukan kepada junior yang berjaya ditawarkan dalam kursus geomatik. TAHNIAH UNTUK KALIAN! Paling teruja bila adik kepada kawan aku yang dari sabah juga dapat kos ni (adik kepada blogger ayuni sara).. hehehehe ada jugak sebab untuk aku jejak arau nih...

Kepada adik Ashikin, Faiz, dan Zahirah yang pernah minta pendapat secara personal tu, kami ucapkan selamat maju jaya dalam bidang geomatik! Kepada semua bakal graduan Sains Geomatik 2020, jumpa kalian di puncak 2020!Jangan segan silu tanya kami tau...#alumnidahweh

lp, in memoir


Pada Arau kami merantau,

Meneguk selautan ilmu,

Dari Arau kami pergi,

Menabur bakti pada pertiwi....

Bayangan masa depan itu dicanting oleh perbuatanmu pada masa kini...-sa-


Kalau bukan kita sendiri yang akan sayang perjalanan hidup kita, maka siapa lagi? Setiap hari aku akan ulang frasa ni. Dari rumah ke kelas. ...


Kalau bukan kita sendiri yang akan sayang perjalanan hidup kita, maka siapa lagi?


Setiap hari aku akan ulang frasa ni. Dari rumah ke kelas. Walau dengan penuh mujahadah. Then, dari kelas pergi kerja. Aku ulang lagi. Disebabkan aku perlu memaniskan muka sebaik mungkin dalam bidang ini. (Alah, mana-mana kerja pun perlu senyumlah...) Sehingga aku boleh mengukir senyum dengan sebenarnya. Seperti ini...?


- senyum tak susah bukan?


Jadi, aku semat dan pahat dalam diri :- 


I love my life. I will make my own mission come true. Aku yakin! Pasti boleh! Takbir! Allahuakbar!


Dan alhamdulillah hari-hari yang aku lalui itu seperti lancar. Kalau ada cela pun, aku rasa semacam boleh terima. Semacam mudah untuk berlapang dada. Dan yang itulah menyebabkan aku punya minda berdialog lebih dari mulut. Hah!


##


Sekarang ni, aku guna iPhone 4. Pemberian umi aku. Itupun selepas samsung Y aku merajuk dan mintak pencen. Masalah phone aku adalah dia sangat tak compatible dengan apps yang memerlukan ios8. Jadi, bila ada apps yang perlukan ios8 untuk update, phone aku jadi ketinggalan.


Banyak benda tak boleh guna. Kalau boleh guna pun, mesti ada masalah sikit. Lepas tu, kawan aku yang sangat "cerdik" bagi cadangan.


"Aku rasa, kau tak payah tukar phone. " kata beliau penuh yakin.


"Habis, kena tukar apalah?" tanya aku penuh naif.


"Kau cari pakwe!"


"Apa kaitan dowh?!" No correlation at all!


Terasa macam minda sempit pulak bila jadikan 'itu' sebagai jalan penyelesaian. Kau tak rasa macam tu ke? hahahaha


#


Ramai bertanya; "kerja sambil belajar, tak penat ke? Mesti mu penat kan?"


Dan aku pun tersenyum. Iya, tidak...tidak pun tidak...


Cuba tanya, benda apa yang tak penat dalam dunia ni? Kalau berehat terlalu lama pun, penat juga...#mereput lah, #pishang lah...


Jadi, penat yang berbaloi adalah penat yang kita akan dapat hasilnya. Walau bukan sekarang, tapi untuk masa depan. Depan...


##


Bila kita dah buat sesuatu keputusan, kita mesti belajar untuk menerima dan menyayangi jalan itu sebaik mungkin. Pahit, kelat dan masamnya jalan itu adalah bonus untuk kita menjadi lebih matang. Ada masa terasa terlalu payau hingga bisu. Tapi, percayalah...setiap yang susah pasti ada kemudahan. Itu janji Tuhan...


Live well or live hell, your call...For the better or the worse, we have no choice except to love our own life story...


Hiduplah jalan yang tak pernah ditempuh oleh ramai orang. Memang ia bersemak samun, tapi itulah jalan menuju ke sungai yang ramai tak nampak. Dari aliran sungai itu kelak kita akan berlayar mencipta sejarah dan menunaikan segala impian yang telah lama kita pendam.


#loveurlifeliveurlife


Carpe diem my friends!