Latest Posts

Memaparkan catatan dengan label Books. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Books. Papar semua catatan

Apa yang cuba disampaikan oleh penulis sebenarnya dalam buku Hiatus? Okay, aku beranggapan yang buku terbitan kali ini adaah sebua...

Apa yang cuba disampaikan oleh penulis sebenarnya dalam buku Hiatus?

Review, buku,

Okay, aku beranggapan yang buku terbitan kali ini adaah sebuah fiksyen
Bila fiksyen, dia adalah rekaan. 
Bila rekaan, maksudnya ia hanya sebuah ilusi yang dicipta oleh penulis...(hopefully)

Itu yang aku harap. Agar buku ini bukanlah dari sebuah kisah benar yang terlalu sadis dan tragis. Tapi kebarangkalian untuk berlaku secara realitinya, ia bukanlah mustahil.

Bagi pendapat peribadi akulah, buku ni seolah membuka parut lama yang darahnya sudah terhenti. 
Ia seperti mengingatkan aku pada suatu zaman yang tak semua akan rasa bangga dengan apa yang telah dilakukan.


Seakan satu trend...yang 'fasa itu' semua orang ada. Sikit atau banyak, lama atau sekejap,...semua kita simpan dan lipat kemas dalam memori yang tak semua layak tahu. Sebab bila mereka tahu, presepsinya seakan menyerong. 

Buku itu telah buat aku bertanya pada ramai orang;
"Minyak dan air boleh bersatu ke?"

Ada yang jawab, boleh. Ada jawab tidak.

Boleh, sebab dia termasuk kategori psycopath. 


Blur kejap. Apa kaitan minyak, air dan psycopath? 
Dia ni lah kan....faham ke tidak soalan?

Boleh ke? Tanya aku lagi...
"Minyak dan air bergabung larutnya seperti bancuhan gula?"

Kadang itu ujian untuk dia. Mak kami pernah habaq, keistimewaan itu boleh jadi ia satu rahmat atau istidraj...Naudzubillah min dzalik!

####

Itu review aku terhadap buku Hiatus tulisan Budak Tomato.
Ayat dia masih menarik. Macam ada sedikit gaya Pingu Toha. Bila baca terasa sesat didunia tanpa sempadan masa...

Best ke tak?
Define 'best'...😎

Tapi, aku cadangkan korang baca Esc. dulu baru baca buku ni. Sebab dari Esc. korang dapat tahu prosesnya. Proses perkembangan cerita...mungkin!

Tapi, aku setuju dengan pendapat Nina, yang Esc. tu lagi best dari Hiatus. 🙌

Sebab Hiatus dia bagi 'rahsia' untuk kita simpan terlalu besar. Sampai aku tak rasa lagi ia sebuah rahsia...

Kalau siapa yang dah khatam buku ni, aku rasa korang pun mesti banyak persoalan yang bermain di benak kan? Rasa macam speechless...kagum tapi dalam masa yang sama kecewa. Kecewa dan terkilan. Mungkin?


Tetiba aku ingat satu pesanan ni;

terimalah penyampaian daripada sesiapa sekalipun walau dia bukan alim ulama selagi perkara itu benar...bukan lihat pada si penyampainya, tapi lihat pada isi yang disampaikan...

Bila penghujung buku ni, aku terasa macam baca tulisan Ismi Fa Ismail pulak. Mungkin Ramlee Awang Murshid juga..

Kenapa aku cakap macam tu? Bacalah karya diorang, insyaAllah korang faham kenapa aku kasi review Hiatus diganding bersama Minyak dan air...

As an avid reader, aku bagi Hiatus 3.5/5

Dah, aku kena cuci otak dulu sebelum aku sambung ke bacaan yang seterusnya....

See ya when I see ya! Thanks for spending your precious time just to read "a-not-related" review.

p/s: what is rong with the blogspot exactly?? Nak balas komen pun tak dapat ðŸ˜ž

Hari ni dah masuk dua Muharram 1438H. Dua hari berturut semalam aku ada PDS (Pemantapan Destini Siswa) dan ya, aku dah pergi Puncak Alam....

Hari ni dah masuk dua Muharram 1438H.
Dua hari berturut semalam aku ada PDS (Pemantapan Destini Siswa) dan ya, aku dah pergi Puncak Alam.

Hari ni, baru aku ada peluang untuk 'me time'. Dua minggu selepas cuti seminggu hari tu, memang terasa hidup dalam fast lane. (Welcome to the real Rat Race sofie!)

Cuti Muharram. 
Kawan aku ajak jadi tourist guide. Ajar dia cara pergi ke KLIA. Sebab menurut beliau, dia tak nak menyusahkan orang setiap kali nak balik Langkawi menggunakan kapal terbang Air Asia, ataupun MAS airlines. So, aku terima tawaran dia. Plus, aku pun banyak lagi benda yang perlu diteroka. Misalnya, menajamkan lagi pemikiran dan mata dengan keadaan sekeliling.

Done! Aku dapat rasakan pengaruh penulisan aku kali ini disebabkan novel 'Awak Sungguh "Perfect"'. Malam tadi, aku khatamkan novel tu, yang sepatutnya aku baca masa cuti sem or mid-sem nanti. Disebabkan curiosity itu membunuh, jadi, aku tewas.

Awak Sungguh "Perfect"


Novel ni jadi peneman boring aku kalau penceramah PDS tu 'agak boring'. (mendengar ceramah untuk dua hari berturut-turut itu sangat memenatkan minda T_T...) Yup! memang semua orang yang baca title tu akan mencebik...dan berkata...

"Uish, tajuk novel zaman sekarang...semua lebih kurang je..." sambil memandang sinis pada novel yang aku pegang. Sungguh, pandangan itu membuatkan aku rasa kredibiliti penulis yang aku sanjung itu bagai dipandang lekeh. Aku kurang gemar rasa tu...dan jika anda bukanlah penggemar novel, atau membaca atau anda gemar membaca tetapi tidak kisah siapa penulisnya, anda tidak layak untuk menilai.

Nurul Syahida aka kak shai adalah satu-satunya penulis yang aku sanjung penulisan beliau selain daripada RAM, Anis Ayuni, Aleya Aneesa, Aisya Sofea, Pingu Toha, Noor Suraya dan penulis otai yang lain. Maka aku terangkan pada mereka.

"Kalau ikut saya, memang saya tak suka semua novel kat pasaran sekarang. Tapi, disebabkan saya dah lama menanti karya terbaru penulis ni jadi bila saya dapat tahu ada novel terbaru dari beliau, secara automatiknya saya akan berusaha untuk dapatkan! Dan saya hanya akan membeli novel dari penulis yang berjaya membuat saya hidup dalam dunia novel mereka..." dengan bersungguh aku cerita.

"Siapa penulis tu?"

"Ala, penulis yang cipta watak Pyan..." lagi berkerut dahi diorang lagi adalah. Mana yang tahu, faham...yang tak tahu, diam dan angguk.

Aku tak rasa orang akan faham. Aku tak minta diorang tahu atau kenal atau paksa diorang baca semua karya beliau. Lain orang lain citarasa. Aku suka penulisan dia sebab rasa dekat dengan masyarakat sekeliling. Watak yang bukan dipelopori oleh semua bangsawan yang menyebabkan aku rasa rekaan cerita dia melampau-lampau. Tak. Nurul Syahida adalah penulis yang menyebabkan aku minat sejarah, sejarah politik dunia, perang, oldies dan jadi diri aku sekarang. Novel dia, wujud masa aku alami krisis identiti.

Awak sungguh "perfect"
Bukan cerita tentang kesempurnaan. Tapi, kesederhanaan. 

Okaylah, kalau aku tanya soalan kepada para peminat novel diluar sana;

"Watak novel apakah yang berjaya membuatkan korang lemas dalam cerita mereka? sehingga bila dah habis baca novel tu, baru korang dapat udara..."

Jawapan aku: Uth. Aku minat pyan, tapi Uth buat aku lemas dan sesak nafas. Uth buat aku jadi overthinker. Pyan buat aku nak mencari manusia semacam dia. Uth, buat aku jadi macam dia. Uth. Uth watak ciptaan Pingu Toha. Pyan, rekaan Nurul Syahida. Sunan,...idola aku untuk menjadi terbaik...Sunan, buat aku malu sendiri.

Cuti Muharram dan Awak Sungguh "Perfect"

Cuti Muharram aku berjaya habiskan membaca Awak Sungguh "Perfect". Berbaloi untuk dimiliki. Buat aku kurang rasa takut dengan kucing. Entah sejak bila takut kucing tah...Dia bukan takut, tapi geli..teringat zaman dedulu aku pernah tercampakkan kucing bila sorang kawan aku letakkan kucing tu dekat riba aku tanpa aku perasan. Tindakan reflect! Dan kucing tu jadi mangsa keadaan..hahahahhaha kesian kau kucing....-maafkan aku kucing..*_*...

Cerita fresh hari ini. Thanks guys sudi baca walau aku tak sempat lagi balas komen korang. All the best untuk semua dan Salam Muharram 1438H. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. ^_^

p/s: yang baru follow blog ni, terima kasih sudi jenguk and follow sini. Korang boleh tinggalkan link untuk aku follow korang balik :)

Wasehman! Kelas kau Yuha! Lepas baca novel terus pandai bermadah bagai yer? Ha ha ha...mana ada! Aku memang suka bermadah kata berul...


Wasehman! Kelas kau Yuha! Lepas baca novel terus pandai bermadah bagai yer?
Ha ha ha...mana ada! Aku memang suka bermadah kata berulam bahasa la..sejak azali lagi..

Aku bagi 6.5/10 bintang untuk buku ni. Tu pun dah kira tahap sengih 30 minit sensorang lepas baca. Overall sangat bestlah..berbaloi baca, dapat menambahkan dan mengukuhkan lagi bahasa Malaysia...
Apa yang bestnya tentang 'Cinta Pertama' ni?
Bagi aku bestlah, sebab orang yang tak pernah ada pengalaman tentang cinta-cinta cukuplah dengan membaca dah terasa macam...pergh! Peritnya...mungkin ada yang manis tapi terselit kepahitan ya di situ. Seperti yang di'mukunkan' oleh uncle Edward tadi...

"Kalau ku tahu peria itu pahit,
Takkan ku gulai dalam kuali,
Kalau ku tahu bercinta itu perit,
Takkan ku mahu bercinta lagi..."

And, disebabkan membaca dan melihat keperitan orang bercinta ni pahit bagi aku, so buat apa nak alaminya lagikan? Ianya seperti mencampakkan diri ke dalam lava berapi...sob sob sob.

Buku ni ada 44 buah cerpen yang ditulis oleh penulis adiwarna jemari seni sendiri. Semua best, khayalan, fantasi bergabung realiti penulis sangat berkesan dan berjaya buat aku terhanyut dalam dunia mereka. Indahnya membaca...

Pesan aku pada diri, jagalah hati dari mencintai sesuatu yang bukan milikmu...

(Still waiting Pyan huh?? the one that never exist!)

Done khatam this novel yang tebalnya mengalahkan kamus! 1036 m/s. Like seriously nak pegang tunggang terbalik dengan buku yang seberat...


Done khatam this novel yang tebalnya mengalahkan kamus! 1036 m/s. Like seriously nak pegang tunggang terbalik dengan buku yang seberat dan setebal itu? Na...tapi aku dah khatam dalam masa kurang sehari...

Ugh....rumitnya lah kisah cinta diorang! (Aku yang tak pernah bercinta ni pun terasa betapa kompleksnya) Serius sepanjang aku baca novel ni aku rasa terhanyut dan tenggelam dalam dasar laut yang tak berpangkalan. Fuh! Deep giler rasa. Lagi-lagi part uth dan Lana tu...
Tapi, overall memang best. They live happily ever after!

Tadaa....
Uth n Lana
Keri' n Elina
Bucks n Vee
Alam n Teja
Aman n Lisa
Haris n Jem
Kay n Yana
Evan n Ada......
Aku???(hahahaha Null!)

Dan semuanya berkesinambungan. Kalau tak baca salah satu ceritanya gerenti blur! Gerenti bro, sampai aku sendiri terasa macam lost bila baca..tapi, apa yang aku perhatikanlah serasa macam penulis ni macam live around artis, pelakon, produser semua tu...macam krew cerita KIL, Terbaik dari langit, nostalgila, muka surat cinta....hurm kalau dorang producekan cerita Pingu Toha ni pun macam best jugak...

Tapi, better tak payahlah sebabnya kalau semua novel jadi cerita habis tak menarik dah la dunia seni, tak unik da dunia fantasi novel..sebab kadang-kadang imaginasi pembacaan seseorang tu tentang sesebuah novel tu selalunya ada limit dia sendiri...no expectation! Tak perlu expect tinggi-tinggi...cukup sekadar terima seadanya...kan?!

Macam tahap or istilah 'handsome' bagi seseorang tu terhadap seseorang yang lain tak sama. Lainlah kalau handsomenya macam si omar burqan Gala tu...(yang kita boleh nak google top lelaki handsome dunia tu memang handsome la kan..) tapi, sebagai rakyat biasa yang wujudnya dan matinya tak memberi kesan kepada negara...tak payah negara..cukup daerahlah kepada orang, memang taklah nak berangan tinggi-tinggi...
Hu hu hu.
Yang hairannya bilalah aku nak jadi penulis ni??
Hurm....inspirasi huh?? Null!. 

"Cukup dengan membaca untuk melarikan diri dari realiti..."
Best of luck mr.Pingu!

copy pasta from Kak Shai Cuaca: Hujan beserta angin kencang Mood: Angau! Lagu latar: Melayu klasik moden. (Ini bukan kisah...

copy pasta from Kak Shai
Cuaca: Hujan beserta angin kencang
Mood: Angau!
Lagu latar: Melayu klasik moden.
(Ini bukan kisah syok sendiri, tapi realiti yang tak pernah wujud.)

Ahah!
Akhirnya berjaya jugak aku khatam novel 'Aku keliru' setebal 771 m/s ni dalam masa kurang dari 10 jam. Puit! Lama jugak lah nak hadam. Dengan nak kena refer balik watak-watak yang ada kaitan dengan kisah novel sebelumnya....mengalahkan study masa final hari tu! (Namalah pun sekuel novel...)

So, aku kena start baca balik dari 'Plain Jane' and sedikit pembelekan dari 'Akukan Novelis'. Dan walaupun secara radikalnya, (walaupun radikal tu aku tak faham apa maksudnya...) aku sangatlah tak berminat dengan watak 'SitiNur Balkis dengan ejaan namanya K bukannya Q....' Iyalah, ia agak pahit untuk hadam watak macam tu. Tapi, sekurang-kurangnya dia belum terlambat untuk membetulkan kesilapan dia. Huhuhu...klise..

Dan apa yang pastinya setiap novel karya Nurul Syahida, angau dan penangan dia macam lain sikit. Macam aku kena ambil serius dengan apa yang dia tulis dan catat mahupun ceritakan dalam kisah berbentuk novel. Sebab ianya seolah sangat realiti!

Dan serius selepas aku baca novel 'Aku keliru' ni, tetiba terasa macam nak delete akaun twitter, dak FB bagai,...alasan? Takut terjadi obsesi stalker macam yang berlaku kepada Safiah Shuhaimi! (Dan percayalah, gaya penceritaan sesebuah novel akan mempengaruhi gaya penulisan pembaca jugak!)

Rugi kalau tak baca novel Nurul Syahida dari awal dan kalau nak catch up hanya dengan membaca 'Aku Keliru', macam tak berbaloi! (maka, silalah mencari semua karya Nurul Syahida...) Sebab terasa macam ada 'kosong' di 'situ'.

Misalnya pandangan aku terhadap  Zaniel/Daniel Adam dalam novel 'Plain Jane' sangat "undescribe" dan penganggu kebahagian. Tapi, dalam 'Aku Keliru', dia seorang yang sangat matang! Sama jugak macam Safiah...Tapi, tah kenapa dalam banyak-banyak plot aku paling suka part selepas Safiah berpisah dengan Roul...

Sebab kat situ Roul nampak sangat bertanggungjawab (tipulah kalau aku kata aku tak suka part Masni dengan Adam berbaik semula..dan macam mana bibit jejak kasih diorang yang diungkaikan dengan sehelai 'sapu tangan' yang dijahit logo MU dan style tali leher yang dimasukkan ke dalam poket kemeja...)

Wawawawa...benci expectation!!!



Tambah pulak aku baca novel tu sambil dengar semua list lagu melayu yang ada dalam lappy...part tak boleh blah bila seolah latar lagu dengan part yang aku tengah baca tu, macam kena je...hahaha...(kenapa lagu melayu? sebab untuk memudahkan 'perhadaman' dalam sistem pembacaan..)

Kalau ada orang tanya; "siapa penulis melayu alaf-21 prima yang membuatkan aku terasa macam hidup?"
-Nurul Syahida.
Sebab?
Cerita dia tak berkisarkan tentang;
  • orang pandai yang sambung belajar sebagai doktor dan engineer tak pun pilot dan seangkatan dengannya...
  • anak orang kaya dengan kaya dan dunia persekitaran orang kaya yang bahawasanya orang kaya mana ada baca novel melayu walaupun kebanyakan besarnya novel melayu sangat meng'angkat' taraf orang 'kaya'
  • tiada sinetron air mata atau drama yang membuatkan aku fobia untuk 'berkahwin' atau menyebabkan aku rasa macam 'nak kahwin'
  • senang di hadam dengan bahasa yang bernama 'pengalaman'.
  • membuatkan aku nak tingkatkan pengetahuan am!

Bila membaca sesebuah novel yang membawa impak positif, biasanya aku tak jemu baca berulang kali. Macam novel 'Soalnya Hati', novel yang menambahkan minat aku pada sejarah. Macam novel 'Aku Keliru', tetiba je ada semangat nak tengok wrestling...hahahaha...(tapi, macam tak je yang ni)

Itulah yang dinamakan penangan 'Aku Keliru'!
(Pyan, Apis Milo, Abg Jeb, Roul, ..dan aku masih belum ada koleksi 'Tiga Hati')
Pyan tetap pilihan... :)

Memandangkan cuti sem masih lagi berbaki 8 minggu sebelum masuk ke sem yang seterusnya, maka tersebutlah kisah aku melayan semua cer...

jodoh, milik, drama, novel

Memandangkan cuti sem masih lagi berbaki 8 minggu sebelum masuk ke sem yang seterusnya, maka tersebutlah kisah aku melayan semua cerita 'slot akasia'. Start dari 'Love You Mr.Arrogant', sekarang 'Jodoh Itu Milik Kita'. Dan, hasilnya dok sengih sensorang. Nonsense betullah. Angau entah dengan sape sapelah yuha oii.

Aku pernah bagi tahu member aku sorang, aku cakap yang giler bestlah kalau dapat lelaki sebaik Aariz Daniel tu. Pastu, dia jawab,
'Mustahil lelaki sebaik macam tu wujud!'.

Tapi, aku percaya ianya wujud. Sebab R.A.M cakap,
'apa yang difikir itu ada!' maka, percayalah.
The Power of Believing ni kuat wo...

Back to 'Jodoh Itu Milik Kita', suka sekali aku katakan, aku memang minat giler tengok pasangan tu. Farid Kamil dan Tiz Zaqyah. Sangat comel. Dan bahayanya tengok cerita macam ni, sebab ianya akan mengecewakan aku. Terutamanya. Cerita memang bolehlah happy ending. Tapi,realitinya...

Masuk era umur angka DUA nie, memang banyak dugaan. Dugaan hati. Kehendak atau keperluan. Memang aku akui kadang kala aku sendiri boleh terbabas. Tapi, Alhamdulillah masih boleh diselamatkan. Haish, apa yang aku melalut ni?

Bercerita soal jodoh, (aie, serius nampaknya topik ni...) membuat aku sendiri blur. Umi, akan bagi greenlight selepas semuanya sempurna. (masih belum sempurna...)
Umi, umi, nasib baiklah anakmu yang sorang ini 'loneranger', kalau tidak maunya sakit kepala fikirin. Ah, usah fikirin.

"Kita patut bersyukur, bukan mempertikaikan kenapa itu kenapa ini..."-Jodoh Itu Milik Kita-


Jodoh bertemu Ilahi pada usia muda.
Macam Ammar. Berapa ramai yang sebertuah dia. Sikit je.
Sob sob sob,...sangat gementar.

Dalam 'surat cinta' dah lama tertulis, hanya aku je yang tak baca.
Proses awalnya kita kenalah cintai Tuhan sebagaimana kita angau pada sesuatu yang tak pasti. Mencintai Rasulullah sama macam kita jatuh cinta pada 'crush' kita.
Kita tak kenal tapi suka. Kalau Rasulullah mesti kena lebih lagi. Sebab kita kenal, tapi kenapa masih belum cinta?

Sebab dalam diri manusia akhir zaman banyak dikaburi oleh penyakit al-waham, iaitu penyakit cinta dunia, dan takut mati. Nak kikis dalam masa singkat bukan senang. Tapi, nak semai bukanlah susah.
Hanya nak atau taknak je.

'Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih'

Entri kali ini, aku cuma nak share bahawa apa-apa jua sesuatu yang tak pasti itu mestilah dikembalikan kepada sesuatu yang PASTI.

***THE E.N.D***