Tapi, raya adalah peluang terbaik untuk sebuah kemaafan...
Ku pandang kipas bilah nan lima di siling. Raya dah seminggu berlalu, angin assignment dan segala report dah bertiupan sejak semalam. Group whatsapp yang dulunya senyap pun dah mula berbunyi. Bukan apa, semua dah sibuk menanya apa yang kena submit? Bila kena submit?
Ah, mood malas pulak masih bermaharajalela dalam sanubari...Nikmat pulak hidup kat rumah! Tapi untuk masa depan yang gemilang, nak tak nak MALAS tu kena pancung sikit. Cantas dan banteras bagi habis! Jangan sampai jejas masa depan...(aiy aiy...)
Esok lusa sesi kuliah dah kembali normal. Parah jugaklah! Tapi itu sakit belajar kita simpan aje...
(padahal aku punya flight senin baru naik, selasa baru sampai Arau...da....)
WAKE UP!!!
Jangan biar malas merantai diri...
(sejak bila pulak malas tu ada rantai ha?....entah....kau senyap! berenti merapu around boleh tak?? *geleng kepala*)
Ah, sudah dah macam tak siuman dua minggu raya ni. Mana kata nak settlekan segala assignment tadi? Kat sini pulak menyangkutnya ea? Kejap lah...hahahaha
(Ni kau merapu kat sini orang pun tak nak bacalah...sibuk aje...ah, kau senyaplah...)
Ada-ada aje...okaylah, aku pun dah boleh 'mati lesu' kalau hari-hari hidup macam ni..At least, habis belajar dengan jayanya nanti bolehlah rancang hidup sendiri.
Chow lu...
InsyaAllah kalau aku rajin nanti-nanti, aku buat entri untuk semua hadiah yang aku menang hasil dari GA. (kredit kepada KameqDeanna, BlogParih)
Oh, tak lupa pulak yang masa BlogParih buat segmen, aku menang sebagai bloglist dia...(Phew, aku punyalah sesaja join tak nak menang pun, tetiba masuk bloglist...:p)
Apa-apa pun thanks semua...:)
| antara juadah yang terhidang |
| Mercun memang tak lepas.... |
| adik comel sape ni???? |
![]() |
| Makanan feveret gua yang jadi barang jualan di bazaar (makanan wajib makan kalau datang rumah aku...hahahahah) |
![]() |
| Donut yang selalu memukau deria kanak-kanak.... |
![]() |
| Gambar sisi gerai...:p |
Tapi tak apa. Itu bukan penghalang untuk merasai kemeriahan hari bahagia.
(even aku sendiri tahu yang raya hanya di sana. dan aku sememngnya tak layak untuk meraikannya)
Raya tahun ni, semua balik. dan cukup ahli. So, kenalah happy-happy kan?
Lagipun bukan selalu dapat gather-gather macam ni. Sementalahan semua tengah belajar dan masih banyak masa, apa salahnya menyerikan rumah. Agaknya, memang riuh giler la rumah sebab dengan ragam tujuh orang pakar dapur dalam rumah. Mana yang masak makanan basahnya, makanan keringnya, kek lagi, ditambah pulak dengan biskut raya dan tak lupa....MERCUN malam raya!
Okaylah, mungkin setakat tu je cerita yang dapat aku merapu meraban kat sini. InsyaAllah kalau jari ni rasa macam nak bersenam, minda pun ada aje idea...aku akan update lagi. Bukan selalu line clear macam ni, time balik rumah ni lah kena hargai, takde istilah nak jimat data sangatlah!
Selamat menambahkan ibadah pada minggu akhir ramadhan!
'Ramadhan akan meninggalkan kita,
Syawal menjelma menandakan hari raya,
Kehidupan biasa bermula semula,
Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa...'
✨Short Update✨
Saya doakan apa jua yang berlaku, semoga dipermudahkan urusan kalian🤲🏻
Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨
Singgah Baca
Singgah Selalu
-
-
.: BRISWALK DI BATU GAJAH :.Sehari yang lalu
-
Hadiah dari FaaSehari yang lalu
-
-
Salam Aidiladha5 hari yang lalu
-
May Babies!Seminggu yang lalu
-
Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites8 bulan yang lalu
-
Tulisan pertama pada 20259 bulan yang lalu
-
UntungSetahun yang lalu






