Inilah yang berlaku
bila kau cuba nak bagi peluang dekat sesuatu perkara baru. Aku benci giler
perasaan time tu. Bahangnya, sampai sekarang kot rasa! Siapa tak bengang oii??
Dah lah first meet kot! Aku pun tak tahu nama kau siapa, nama tempat kau pun
tak pernah aku dengar, tup tup kau layan kitaorang macam tu…apa kau ingat
kitaorang takde maruah ke apa? Sudahlah nak mintak tolong orang, tapi cara
macam nak carik musuh baru…apa da?!
Okay, okay
bertenang sofie, bawak bertenang…jangan marah…tarik nafas, lepaskan segala
emosi bersama helaan yang keluar. Take a deep breath, cuba kawal emosi macam
Oliver Queen handle team dia. Cuba cerita dari mula apa yang berlaku…betul ni
nak tahu?
Okaylah,…cerita dia macam ni…
Satu hari tu, time
aku dengan sorang kawan ni, M (bukan nama sebenar) tengah tunggu bas untuk
balik ke kolej. Masa tu kitaorang baru balik dari satu event hartanah ni.
Tetiba si M tu ternampak satu iklan yang mengatakan ‘Blogger needed’. Aku masa
tu tak nampak pun iklan tu. Maklumlah guna marker je tulis. Pastu M cakaplah
kat aku,
“Cubalah mana tahu,
tu peluang kau ke apa. Ambik je nombor tu…”
pastu aku pun ikutlah apa yang dia
suruh. Sebab betullah apa yang dia cakap kan.
Then, satu hari yang
lain pulak, aku pun terdetik nak wassep orang tu. Tanpa aku tahu gender. Okay,
mula aku assume perempuan. Dari dp wassep tu, aku dapat agaklah dia
berkecimpung dalam arena kecantikan..beauty, spa, saloon gitu whateverlah!
Mula, aku ragu-ragu
jugaklah. Betul ke apa yang aku buat ni? Review saloon? Kau nak ke? Hurm…adalah
berhari jugak aku pikir. Urgh! Cuba ajelah, tak cuba mana nak tahukan! So, pada
hari selasa lepas, pergilah aku dengan ditemani kawan yang lain.Hint dia kasi untuk
cari tempat dia adalah; ‘bertempat di atas
kedai 11, tepi klinik AZ, dekat dengan H dan KP..’
Dan bila aku tanya; "apa nama kedai you?"
Dia macam tak menjawab soalan. Kat situ, adalah dalam 20
minit kitaorang mencari tempatnya.
Disebabkan maklumat yang diberi tak clear. (Langsung!) Bila kitaorang sampai kat satu kedai 11 (yang deret dengan KP) ni, kitaorang salah tempat. Tanyalah pekerja
situ,
‘kedai 11 kat sini ada berapa?’ dia jawablah empat.
‘Yang dekat H tu
dekat mana ek?’ dan pekerja tu bagilah direction dekat kitaorang.
Mak aih! Jauh
lagilah nampaknya tu…Dari lima bintang,
aku dah tolak 2.
- sebab maklumat diberi tak tepat.
- disebabkan maklumat
tak tepat, kitaorang terpaksa pusing jauh menghabiskan minyak dan masa!
Sesampainya kitaorang
kat sana, terus habis segala bintang. Zap!! Macam tu je…iya, aku tahu kau pun
expect kitaorang gempak kebabom untuk review tempat ko, tapi disebabkan cara
kitaorang macam student sengkek dimata kau, kau layan macam nothing je kan?
Mana pergi
greeting? Tak ada.
Sorry?! Pun taka da. Sediakan air apatah lagi, memang dalam
mimpi ajelah kot!
Dia cakap pun
serupa macam tak nak cakap je…mula-mula tu sabarkan ajelah. Sebab dia suruh
tunggu ‘kawan dia untuk interview’. Pffth! Kau yang suruh datang pukul 5, pastu
suruh tunggu macam tunggul…memang taklah cerita dia aku nak review bebagus. Lepas
setengah jam macam tunggul, siap diorang gelak ketawa dalam bilik tanpa ambil
peduli kitaorang yang dah kebosanan kat luar, apa lagi kitaorang pun blah!
Hati ni sebal,
berbuku dan bengang giler! Kalau dalam term English untuk dia tu, aku akan
refer sebagai ‘shemale’. Terkejut jugakla memula...tapi tak terfikir pulak sampai …..(aku takdelah nak marah sangat, tapi disebabkan dia melibatkan kawan aku yang lain menjadi mangsa, dia macam tak adil kat situ...sedih!)
Silap aku jugaklah. Itulah kadang tak semua peluang kita patut cuba. Ada waktunya menolak itu lebih baik dari merana pada masa kelak...
Dunia akhir zaman. Geleng
kepala ajelah…bagus jugak aku blah…memang agak tak sopan, tapi ada ke patut
tinggalkan customer kat luar tanpa seorang pun penjaga ? At leastkan,
at least…kau terangkan apa yang patut kitaorang buat dengan detail, ini tidak…nak
promote tempat sendiri pun macam main-main. Tak serius!
Pengajaran kat sini
adalah, jangan sesekali berurusan dengan orang yang tak pernah serius dan penuh
sifat materialistic. Jangan kerna kami bersandal tidak ber-high heel, kau fikir
kami tidakkan 'tinggi'? Tinggi kualiti bukan terletak pada kasut…terima kasih untuk
pengalaman ini.
******
Benarlah kata
orang, semakin tinggi bangunan, semakin luruh pekerti, semakin maju bandar, semakin
jatuh bahasa…
Semoga dijauhkan
dari semua perkara yang menyebabkan kita lupa diri. Tetapkanlah hati kami agar
sentiasa lurus atas jalanMu. Amin…
Dan sejak pada hari tu, aku dah tak percaya pada iklan sebegitu...serik!
Thanks for reading my worst emotional entry...