Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Ada sesape pernah terfikir nak hadiahkan something kat kawan tapi tak tau nak bagi apa? Nak bagi handphone, handphone kita pun diikat dengan getah. Tapi, kita masih nak hadiahkan kawan kita ni something yang tak lapok dek hujan dan tak lekang dek panas serta alah membeli menang memakai. Masih takde idea nak bagi apa? Meh sini aku tolong korang selesaikan masalah tu.

Tada!!!!

Purses & Clutches
Cantik tak? Of courselah cantikkan! 
Haa..kalau nak tahu beg ni telah dikeluarkan dan direka khas untuk golongan belia remaja dibawah jenama Bonia yang dinamakan Sembonia. Kualiti kulit beg yang sangat tinggi dan mampu dimiliki ni sangat sesuai untuk korang hadiahkan kepada kawan-kawan, adik-beradik atau isteri tersayang! 

Kan lebih baik kalau kita memberi hadiah pada seseorang yang kita sayang tanpa diminta. Sayang dengan perbuatan lagi berharga tau dari lisan! 

[aii...macam ada pengalaman je?..takde r....ayat ni aku amek masa belek majalah remaja ari tu...]

Ai, takkan ni je koleksi beg Sembonia?
Berminat nampak?
Meh aku tunjukkan lagi koleksi beg Sembonia terkini ...

Sling Bag
Sangat sesuai untuk mereka yang berjiwa bebas. Simple dan bergaya! Macam aku. 
[Ek eh dia ni isi bakul angkat sendiri pulak!] *abaikan!*
Tak nak yang nih?

Takpe Sembonia ada jugak reka style untuk yang allergic pada handbag iaitu:

Backpack


Backpack ni lagi selesa bagi mereka yang “tak boleh hidup tanpa beg dibelakang”.
Ada ek manusia macam ni? 
Ada...mana tau korang punya kawan punya adik punya sedara yang macam nih...sebab tu lah backpack ni tercipta.

Last but not least...
(eh, nak habis dah?)

Tote Bag!



Tote bag ni comel tau untuk si pemakai yang suka pada something yang simple tapi bergaya. Tote bag ni sangat trending dalam dunia universiti dan awal kerjaya. Bersemangat gitu!

Habis!

So, tertanya mana nak dapatkan beg comel bergaya dari Sembonia ni?
Beli kat kedai dialah...alah...itu kalau rajinlah....kalau yang kurang rajin beli online pun boleh!
Suka?

Thanx for reading koleksi beg Sembonia terkini!
Kawan...
Aku tak pernah jemu untuk bersembang dengan diri sendiri. Bukan sebab aku gila atau kurang siuman ke hapa, tapi disebabkan aku nak mengelakkan daripada menyakiti orang dengan perkataan yang bakal meluncur dari mulut aku yang sememangnya dah 'mati insurans' since...entah! aku sendiri pun tak pasti bila expirednya.

Aku selalu ada masalah dalam ber'kawan'. Maybe..tak semua tapi selalu jugaklah. Mungkin sebab bila aku mempercayai seseorang tu, bila aku tengok dia dah macam 'semacam' je dengan aku dan aku jadi 'eh, dia ni dah kenapa? aku ada buat salah apa-apa ke?' dan ianya pasti berakhir dengan kebisuan atau dalam kata lainnya akan tercetus 'perang dingin'! 

Hurm, kadang aku fikir betapa kejamnya aku sebab banyak menimbulkan 'perang dingin', 'genjatan mulut' dan yang menyebabkan aku sendiri jadi awkward balik untuk menyapa orang tu kembali. Entahla...sebab tu lah aku lebih rela 'seorang' daripada terpaksa menyakitkan...hu hu hu..

Majoriti kawan? Perempuan. Sebab aku sekolah tak campur, so aku ni boleh kira dengan jari je berapa kawan lelaki. Mostly, null! Ambil langkah berjaga-jaga, malas nak rapat sangat dengan orang sebab nanti 'sakit' siapa susah? (lebih-lebih lagi kalau ada friendzone ke apa ke, tak ke naya..sebab selalunya kita takkan sedar semua tu until satu masa yang akan datang..nak menyesal ke?) Takkan...

Sebab aku tak berkawan?? berkawan tu aku retilah tapi mostly kenalanlah...kawan satu kelas, still kawan. Kawan satu dewan kuliah? Hurm, tak semua kot..kenal tahu nama tu iyalah kot..tapi tak semua orang aku borak..sebab aku 'berat mulut' dengan stranger. ha ha ha

Kawan dalam satu ayat lengkap?
Mereka yang memahami kita tanpa perkataan.
Boleh ke orang faham tanpa perkataan?
Boleh! Body language describe everything der...more than words!

Tapi, tak semua orang ada 'kuasa' untuk memahami orang tanpa perkataan kan? Semestinya! sebab tu lah orang pesan, 
kalau nak dapat kawan yang memahami, kita sendiri kena belajar memahami orang lain dulu...*angguk-angguk*
Kawan aku ada dua paling setia: Diari + Muzik, dorang dua ni tak pernah tinggalkan aku. Dan aku salute dengan doranglah. Ha ha ha. (memanglah sebab dorang takde hati dan perasaan dan semestinya jugak dorang dikawal oleh aku..) Boleh dikatakan jugaklah yang aku ni kind of person yang suka bagi command. Tak tau genetik tu datang dari siapa, yang pastinya aku cuba untuk tidak terlalu 'memerintah' orang sebab, yeah tak semua orang ingin 'ditakluki' right??

Apa-apa pun dunia tanpa kawan, loner dowh...
so biar kawan sedikit tapi mampu menasihati kita, daripada ramai yang akan membiarkan kita hanyut....
Kau pernah rasa tak? Rasa malu dengan diri sendiri? Pernah?
Samalah dengan aku. Aku kadang-kadang malas dah nak ulang cerita banyak kali setiap kali aku jumpa orang, aku berkenalan dan akhirnya pusing-pusing cerita aku adalah cerita yang sama  pada setiap orang yang berbeza.

"Kau kenapa ek lambat masuk diploma? bukan sepatutnya 21 tahun tu patut dah habis ke? kau repeat SPM ea? ke dari matrik?"

"Takdelah, camni dulu masa aku habis sekolah rendah aku pergi satu sekolah ni, lima tahun. tapi sayangnya sekolah tu takde PMR ngan SPM bagai. So, habis je lima tahun aku pergilah kelantan turun tingkatan tiga ambik PMR sebab nak tukar aliran. Kiranya aku masuk batch '95 lah. Sampailah sekarang...."

"Kenapa kau masuk sekolah tu?"

Angkat bahu...

Jalan cerita semua orang tak sama...
Itu semua orang tahu. Kau tahu aku pun tahu.
Umur bukan kayu ukuran. Tahu tu...

Iya aku PMR umur 18, 
SPM umur 20. dan 
aku belajar kat area semenanjung even aku orang Miri.

Kenapa belajar jauh-jauh?
Sebab masa belajar adalah peluang kau pergi tempat sejauh mungkin.

Mula dulu memang parent aku yang suruh...
Tapi lelama ia macam pilihan...
Tulah, setiap apa yang berlaku tu ada hikmah...

Kalau orang lain ada bestie dari tadika, sekolah rendah sampai masuk U...
Aku pulak, ada kawan yang berbeza untuk setiap sekolah...

Dan aku tak pernah kisah kalau diorang semua bagi alasan yang sama setiap kali aku ajak datang rumah.

"Rumah kau jauh..."

Siapa tak pernah lalu di tepi jalan? Bahkan jadi wajib untuk kita jalan dan menjadi pengguna tepi jalan. Macam aku, aku bukan budak jalanan dan aku bukan budak urban. Tapi aku budak tepi jalan. Maksud aku, aku bukanlah orang yang menjual burger atau apa-apa di tepi jalan, itu memang konformlah tepi jalankan. Tak, aku diibaratkan macam tepi jalan, orang ramai lalu di situ tapi orang tak kenal pun tepi jalan itu apa sebenarnya. Dia sentiasa ramai dengan orang tapi dia sunyi. Sebab orang hanya lalu sahaja, bukan menetap. Siapa nak menetap tepi jalan tanpa bumbung kan? Aku pun tak nak!

Tapi, di tepi jalan itu ramai berselisih, memberi laluan dan menjadi pengguna setia untuk menuju ke destinasi.
'Aku bukan suka sangat nak bersosial dengan orang bagi aku cukuplah aku hidup jadi sang pemerhati di tepi jalan...'
'Kau silap. Kalau kau tak bergaul dan berkenalan dengan sesuatu yang kau tak tahu, selamanya kau punya ilmu tak akan berkembang. Kau ingat dengan kau jadi anti-sosial dapat selamatkan diri kau dari dibuli dan dicerca orang?'
'Aku bukan anti-sosial tapi aku berhati-hati dengan masyarakat. Sebab masyarakat sekarang sangat menakutkan aku...'
'Tak, sebenarnya kau takut dengan bayang-bayang kau sendiri.'
Ini jalan aku dan aku pilih tepi jalan. Jalan paling selamat dan tak menghalang laluan orang lain.
Holla!
Sempena pre-2016 yang penuh bersemangat ni ditambah pulak dengan hari yang panas*tetiba* aku naklah buat review sikit pasal planner yang mysis hadiahkan sempena befday hari tu. 
Terima kasih bruh!

Buku tu dibalut dengan kotak comel ni...

 
Matahari...

Banyak orang buat lagu pasal matahari. Pelik jugak aku sebab banyak-banyak alam semesta ni, kenapa orang hanya nampak matahari? Kalau tak matahari pun, bulan, bintang, komet...semua yang letaknya diatas kita. Jarang dengar orang buat lagu pasal lumpur, lumut, tanah, kemuncup, rumput ke...yang kita dok pijak hari-harilah senang cerita..kenapa?

Padahal rumput, lumpur semua tu kita boleh pijak, boleh sentuh dan boleh rasa, siap bau lagi...tapi, kita tak pernah ‘ceritakan’ tentang diorang...bahkan kadang kita boleh rasa jijik lagi...

Kita selalu nampak apa yang diatas kita, tanpa sedar kita lupa untuk berterima kasih pada ‘mereka’ yang menampung kita setiap hari.

Apa jadi kalau ‘mereka’ yang kita susuri selama ni ‘mogok’? ‘Mereka’ jua ada perasaan. Yang kita pijak hari-hari itulah nanti akan berada diatas kita suatu hari kelak...


Kalau tanpa matahari, hari kita akan gelap. Tanpa tanah pula kita tiada tempat berpijak. Nak terbang? 

Percayalah, tiada siapa suka hidup dalam ‘awangan’ dan ‘apungan’ dalam tempoh yang lama.

Dulu Ustazah aku pernah pesan; ‘setiap kali nak mulakan langkah bagi salam dulu...’bukan apa, takut-takut tanah tak sudi nak tampung kita...”kun fayakun”


***THE END!***

"Rant On Matahari #1"
 "Rant On Matahari #2"
Matahari...

Masa aku sem dua, kitaorang ada field site astronomy. Masa tulah aku korbankan mata aku yang sedia rabun+silau tahap langit ketujuh ini demi selesaikan tugasan tu. Habis je semester dua, pergilah buat speck mata baru..mak aih! Terkejut bukan kepalang bila diberitahu yang power aku almost +-900...nganga sekejap....

Dan power tu aku masih guna sampai sekarang...nak turun memang lambat lah..
[even banyak produk mata sekarang ni, tapi aku old school...makan je carrot..tengok benda hijau..itupun jarang buat...sebab tu power lambat turun..]

Takpelah, ni bukti yang untuk meraih sesuatu, kita perlu korbankan sesuatu.

Aku nak markah bagi subjek astronomi maka aku perlu korbankan mata aku. Adil!

sambungan dari "Rant on Matahari #1"
next series
"Rant on Matahari #3"
Matahari...

Orang yang baru jumpa aku mesti akan tanya;

Orang baru: Power speck mata kau berapa?
Aku: Adalah dalam 800 kot!
Orang baru: Wow, tingginya! Patutlah speck kau nampak tebal dan besar...
Aku: Oh...ni sebab aku suka tengok matahari...

Sebenarnya aku tak suka pun tenung matahari, matahari tu yang dok tenung aku setiap hari...nanti kalau aku marah, ‘nangis’ je tau...siap cabut semua pokok lagi...’nangisnya’ pulak kalau siap ‘hentak-hentak kaki’ tu yang bahaya..so, untuk elak dari matahari ni ‘merajuk’, aku tak boleh nak komen apa-apa. Aku kena terima seadanya matahari tu. Even sampai boleh menaikkan power mata aku. Pasrah!


sambungan:
"Rant on Matahari #2"
"Rant on Matahari #3"
salam, maulidur, rasul

Ingat dulu masa duduk asrama, setiap kali maulidur rasul mesti ada pertandingan perarakan, pertandingan pentomen, sajak dan macam-macam lagi. Maklumlah karnival Maulidur rasul tiga hari tiga malam diraikan. Memang meriah giler! Aku paling suka malam terakhir, sebab masa tu banyak persembahan. Pastu setiap kali habis perssembahan, mesti ada macam-macam bunyi. Srooot srooot lah...snif sniff lah...tengok kawan tu, mata dah merah..kawan tu pulak..hidung merah...sedih dalam gembira...

Gembira sebab hari tu hari jadi baginda...sedih sebab masih lagi tak dapat jadi seperti golongan yang baginda rindukan. Menangis lagi...mulut kata Rindu Rasulullah...perbuatan langsung tak membuktikan...maafkan kami ya Rasululullah...

Dulu, aku selalu impi untuk hidup pada zaman Rasulullah. Dan Ustazah aku mencelah, 

belum tentu lagi kamu hidup pada zaman baginda boleh terima ajaran yang baginda bawa. 

Hakikat yang tiada siapa dapat bongkar. Iya, aku syukur sebab diberi peluang hidup pada zaman baginda walau tak pernah bersua.


“Berbahagialah orang yang bertemu denganku dan beriman denganku,
Berbahagialah tujuh kali orang yang tidak bertemu denganku, tapi beriman denganku...”


Marilah kita meraih tujuh kali kebahagiaan yang telah dijanjikan baginda.
Salam maulidur rasul...

Holla!


Ada sesiapa nak hadiah tak? Ada?


Kalau ada cepat komen laju-laju kata "Nak!!!"


Kalau tahun lepas aku ada bagi hadiah untuk pembaca dengan tagline “Betul nak setia”, tahun ni pulak aku acah-acah nak bagi hadiah dengan tagline #Dearsofie.


Nah aku tunjuk sikit hadiah nanti..



Dulu aku pilih guna nuffnang, sekarang aku pilih ikut..ikut..ikut suka akulah...hahahahhaha 


[lempang jugak makannya]


Takdelah, aku pilih based on kekreatifan koranglah...kalau ramai join insyaAllah, aku akan tambah hadiah.


[Aku bajet-bajet dua untuk permulaan.]


Ni pulak review dari pembaca sporting aku tahun lepas..


Fyna dan Yana


Hope lah ada orang sudi terima hadiah ni... 
#Pray4sofie pulak...T_T

Nak bagitau ni...contest ni sedang dibuka...apa tunggu lagi cepat-cepatlah join!



“Kalau aku nih dinasour, mungkin dah boleh jadi minyak kot!”

Statement ni menunjukkan betapa lamanya rasa masa berlalu bila mereput kat opis. Adik aku cakap tu metafora melampau. Sebab dia hanya guna istilah ‘Lebih masam dari tempoyak..’

Pergh! Kalau hari-hari mereput kat opis, bukan setakat jadi minyak je..mungkin dah jadi asap lah kot! Ikut sisi gelap akulahkan, nak je aku ponteng dari datang opis ni. Korang bayangkan ek;

Aku masuk pukul 8 – melanguk menanti langau bagi idea untuk buat apa- tengok jam baru pukul 9- toleh kiri kanan tengok staff lain- semua dok bercahaya wajah dengan iman IT- adoy....lama lagi ke nak pukul 12 ni..- perut bunyi, tengok lagi jam...baru 10.50...

Tu belum lagi sampai ke petang tu...bayangkanlah kalau aku cerita dari 8-5. Maunya korang pangkah laju-laju...[aih, budak ni takde kerja sangat dah ke dekat opis tu?]
Sebab takde lah aku boleh bayangkan diri ni sebagai dinasour yang mereput untuk jadi minyak. Staff yang datang pun berapa kerat sangatlah. Banyak lagi bilangan keratan pokok kelapa dari staff yang datang! Katanya semua pakat habiskan cuti tahunan...ada yang dah balik christmas. [tong r...]

Yang tak acinya...walaupun benda yang aku buat lebih kurang sama macam staff lain...gaji diorang tetap besar woo...aku nih? Picisan budak praktikal, 10% dari gaji diorang je...tetiba terngiang lagu Yuna; ‘Ini tidak adil, tidak adil...tidak adil tidak adil....’

Sampai kesudah tidak adil tu takkan berhenti...


Korang nak hadiah tak? nak tau hadiah dia apa boleh tengok sini..
InsyaAllah esok aku lancarkan. Sokongan dari korang semua amatlah dihargai... ^_^
[kalau baik hati lagi, tolong klik vote kat sidebar tu k?] Danke!
Holla!
Buat masa sekarang aku tak tahulah kenapa aku gila sangat dengar lagu dak Crown the Empire. Lagi-lagi yang Machines tu...pergh! memang awesome giler r...(aku paling suka part first screaming tu...)

Sebelum tu, aku nak bagitau kalau korang tak layan MCR, dinasihatkan untuk tidak dengar lagu ni..T_T


Okay, kalau korang pernah dengar, korang mesti tahu lirik dia? Apa? Tak pernah tau and tak pernah dengar pun...aku sarankan jangan dengar. Aku dah cakap awal ni, jangan kata tak warning pulak... kalau tak nak dengar boleh baca lirik, degil jugak nak dengar nah baca video ni...


Dah dengar? Pendapat korang macam mana? Aip, aip....no judgemental...just pendapat tentang lagu tu... Aku tak tau apa yang terjadi dengan kawan dia...kenapa tetiba dia mati? Sape yang tembak dia? Atau apa sebenar muslihat disebalik semua tu? (video official dia mungkin boleh tengok kat youtube la kot!)

Nah version reinvented (mungkin okay sikit untuk yang tak minat  version kat atas tu...)


Second lagu dia yang ‘The One You Feed'. First time dengar lagu ni, tak tau kenapa aku rasa sedih..[nah lirik] oh God! Dang it sofie...kau tak patut ajar orang dengar lagu macam ni...tapi speaking the truth, lagu macam ni banyak makna kot...
Holla! 
Semua okay tak hari ni? Iya, aku pun tak okay gak sebenarnya dengan isu 'unfollow' yang hangat diperkatakan oleh blogger hari ni...aku ingat aku je yang hadapi situasi tu...rupanya boleh tahan gak ramai yang buat entri...memula baca yang Karimah punya..disusuli dengan Leya, Izyan, cikpinky... #mohontabah (padahal dalam hati ni panas aje...hahahaha) T_T

Balik pada cerita asal...Hari tu aku ditanya lagi oleh Encik Surveyor. Dialog dia lebih kurang macam ni lah...

Encik Surveyor: Best tak kerja macam ni?
Aku: Best tak?
Encik Surveyor: Entah! Kau rasa?
Aku: Humble...

Sepanjang join diorang kat site, aku rasa banyak benda aku perlu belajar.
Aku rasa aku takkan tukar bidang. Aku rasa aku nak sambung sampai aku dapat pangkal Sr.
Aku rasa aku nak buktikan yang bidang survey ni bukan milik lelaki saja. Banyak perkara yang diorang kongsikan. Tak pernah lokek bercerita.
Aku pun tak pernah jemu mendengar.
Aku rasa, aku nak join diorang lagi. Dan sumpah serius aku rindu untuk bekerjasama dengan diorang....(dan iya aku lebih rela redah hutan, digigit nyamuk dari mati kutu, mereput di office...T_T)

situasi survey site
Seharian buat kerja, meredah hujan, lumpur, nyamuk..aku tak jemu tanya soalan kat diorang...aku rasa tak puas nak korek pengalaman dari mereka. Walaupun kerja aku  kat site jadi tukang pegang payung dan tape je...tapi aku puas hati! Aku puas sebab aku boleh jadi diri sendiri. Lain sangat kalau turun opis. Aku banyak duduk, dijudge orang kat opis sebab tak banyak cakap...dan macam-macam karenah opis yang pffthh!

Adalah dalam dua kali Encik Surveyor suruh aku setup 'kamera mahal'...masa tu boleh pulak aku lupa nak tengok point kat bawah...pakat main center je buble...hampeh giler kot aku rasa! Dush! mana kata nak jadi surveyor ni kalau setup alat pun fail! Rasa nak tukul kepala sendiri je bila Encik Surveyor cakap: "Eh, tak masuk pun..."

Tapi itulah, bila buat kesalahan kita akan lebih cepat belajar...

setup alat
 Apa sebab aku bagi jawapan 'Humble'?
Sebab kerja ni, walau tinggi mana dan jauh mana pun belajar, tempatnya ditepi jalan juga...orang tak tau pun benda apa yang kau teropong. Baju pergi kerja pun lusuh aje. Main dengan hutan, tanah, lumpur, berkasut but, bertopi kebun, peluh, kulit jadi gelap...dan banyak lagi...

Pak cik misteri
Bila berada dalam situasi yang disebut tadi, ada ke orang pandang? Nah! trust me...orang hanya pandang kau sebelah mata je...kadang tak nak pandang pun...so, dari situlah kita akan didik hati kita yang...walaupun kerja aku tak dipandang orang...tapi impaknya besar!

Siapa yang mulakan proses dalam sebuah pembinaan bangunan kalau bukan surveyor yang ukur keluasan tapak? Bukankah bangunan perlukan tanah untuk bertapak?
Maka, disitulah kita tahu..."small things matter" - Be humble...

"Dari tanah kita datang, kepada tanah jua kita kembali..."

 Konklusinya, aku rindu hari semalam.... T_T
Holla!
Korang pernah tak tersengih sendiri bila baca comment dari pembaca blog korang? Atau rasa moody bila takde orang comment, atau rasa kosong bila takde pengunjung? Atau paling sadisnya rasa give up bila takde peningkatan dalam blog...yang paling sedih tahap gaban sekali adalah...blog korang tak pernah menang apa-apa segmen, giveaway atau contest.

Ha, kalau pernah korang mesti berhati-hati sebab mungkin korang dah kena virus blog. Virus ni tiada penawar, melainkan korang ada ubat anti-blogging. Ramai blogger bagi tujuan dia berblogging disebabkan suka-suka, suka menulis, suka membebel, isi masa lapang dan antara paling popular sekali sebab kongsi pengalaman, informasi, tutorial dan isi hati. Isi hati pun ada jugak ke?

Ada....jangan kata takde, Cuma dia macam double meaning la sikit, kalau baca tu kena hadam berkali-kali..dan biasanya entri isi hati ni orang jarang komen, silent reder pun okey. Takut komen karang, tak kena pulak...sape pernah rasa macam ni? angkat tangan sikit....okay kita sama!

Pinjam gambar...
Simptom ketagihan pada blog ni juga berlaku pada semua laman sosial. Ia bergantung atas minat seseorang tu cenderung pada laman yang mana satu. Samada you tube, vine, insta, tumblr, twitter dan banyak lagi yang tak tersenarai. Paling cepat famous selalunya apa korang rasa? Pendapat personal akulah kan,  mungkin youtube. 

Sebab apa? Sebabnya utuber atau vlogger ni confirm-confirmlah memiliki muka yang handsome, cantik, suara sedap dan confidency level yang sangat tinggi sebab berani bercakap dengan kamera. Pergh, kameralah paling fobia nak hadap. (Eceh! Konon....). bila dah famous kat utube, orang mesti cari link yang berkaitan milik si vlogger tadi. Extra bila dia ada blog.

Vlog+blog = artis media sosial. Selalu masuk ‘shout awards’ pulak. Pergh! Memang gempak r diorang...

Antaranya korang mesti kenal punya. Contoh paling besar adalah Matluthfi90 dan Maria Elena

MatLuthfi
Maria Elena
(mungkin ramai lagi, tapi yang obviously depa ni la...) sampai sekarang aku ingat dialog video-video matluthfi....^_^!

Kesimpulannya, kita semua suka bila ada sokongan. Followers, fan dan apa jua gelaran tu semua menunjukkan betapa tanpa diorang, kita takde makna. Takde kot. Null! So disini aku nak ucapkan tahniah kepada korang yang sudah lama berkecimpung dalam dunia blog dan masih setia berblog walau busy mencecah sejuta k/j dan terima kasih kepada mereka yang sudi bagi sokongan kepada blog ini. Semoga kekal menyokong walau siapa pun kita.


Besarlah harapan saya, yang dunia blog ini akan terus kekal dalam keadaan aman dan harmoni. And they live happily ever after...the end!

Tetiba aku rasa macam bagi ucapan plus bedtime story pulak! 
Holla!
Akhirnya, hari ni aku berjaya turun site setelah berkurun lamanya. Tapi, disangka panas ke petang, rupanya hujan di tengahari. Jadi terpaksalah berteduh di parkir sementara menunggu hujan reda. Tunggu punya tunggu, nak dekat pukul 12 pun hujan masih lebat. Takde rezeki. Tapi sempatlah pasang tiga 'piket'. Okaylah kan? Sepanjang hujan tu, sempatlah surveyor tu tanya aku.

"Kenapa ambik Geomatik?"

Aku pun dengan muka terpinga-pinga tak tau nak bagi jawapan apa. Istilah Sarawaknya ‘bebek’. (Deng u! simple punya soalan pun tak dapat jawab ke?) Aku just angkat bahu ajelah. Sambil tersengih bagai kerang dilautan yang akan hilang bila disapu air pantai.

Korang janganlah jadi macam aku. Memperjudikan masa depan. Bila tujuannya hanya untuk jelajah tanpa fikir panjang, tu yang jadi berjuta kali fikir tentang hidup.

Pastu tanya lagi: “Kau memang minat ke bidang ni?”
Dush! Aku tak pernah tahu pun bidang ni sebelum aku lahir sampai aku baligh. Pffth! Kalau macam tu semua orang tak tahu dowh! Meh sini aku nak cerita lagi disebalik "Kenapa aku ambil kos Geomatik ni?" 

Masa keluar je result SPM, aku terus apply GMI,...siap borak-borak dengan bakal-bakal student GMI lagi kat facebook. Gila tak nak GMI! GMI cara paling singkat untuk ke German tahu...but, then Puan Umi bertanya...tak nak apply UPU ke?

Hati aku tetiba rasa macam jatuh dari tempat asal. Mungkin beralih sikit ke hempedu. Sebab rasa pahit sangat. Maka, pergilah ke BSN beli nombor. Bukak UPU punya site...tanya Puan Umi..

“Umi, orang mok ambik tourism bolehla? Orang kan mok jadi tourist guide...”
“Cyeh...habis yang kau pulun belajar sains tu semata-mata nak jadi tourist guide je?”

Dang it! Habis tu aku nak jadi apa, kalau bukan tourist guide? Aku macam takdak idea dah masa tu. Aku taknak belajar dekat-dekat. Kalau boleh tempat aku belajar tu, biarlah jauh perjalanannya. Maka, bermulalah sesi soal jawab bersama Encik Google. Dan aku terdetik. Dalam banyak-banyak tempat semenanjung, aku belum pernah hidup kat Perlis. Ahah! dari situlah idea menjelma. Aku cari lagi, gali lagi...sampai puas hati. 


Dalam pilihan tu, aku nampak ada Geomatik. Aku pun cariklah apakah Geomatik? Macam menarik...tapi...boleh ke aku bawak nanti? dalam dua tiga dua tiga, sampai sekarang aku masih lagi kekal dengan kos ni. Pernah jugaklah merasa dean tiga kali. Hajat nak kejar ANC tak kesampaian dek 'dua tiga dua tiga' ni...

Aku terpaksa 'hold' dulu impian aku nak ke GMI. Impian nak pergi German. Impian nak tengok tembok Berlin. Impian nak hilangkan diri di tanah Hitler.

Dalam 'dua tiga dua tiga' tu jugak aku berkira lagi empat lima kali. Adakah aku nak sambung kos ni untuk degree?
 
Aku tanya mereka yang berpengalaman. "Rasa, rasa...saya patut ke tak sambung kos ni?"
Maka, jawapan yang kerap diterima adalah: "Kalau GPA okay, sambung je lah..."
Timbul lagi kiraan enam tujuh kali...kalau sambung nak ambil kat mana? UTM? UiTM?
Dan mungkin kiraan ini akan terus bersambung...sampai angka berapa? aku pun tak tahu...mungkin berputar hingga infiniti.


Jawapan dia best ke tak, bukan terletak pada kos yang diambil tapi pada hasil yang diterima. Bagi aku setakat ni, mencabar! Mental, fizikal, emosi....
Holla!
Kabare kalian semua...sihat? Blog kalian sihat seperti tuannya? Jika ya jawapan kalian, tahniah saya ucapkan. Teruskan aktif dalam blogging, supaya senang saya nak blogwalking..sebelum tu jutaan terima kasih kepada yang sudi luangkan masa untuk menjengah dan menadah mata membaca blog ni...

Aku dan Blogger...
Kalau tahun lepas aku pernah kongsi kisah macam mana aku boleh terjebak dengan fenomena blog-memblogging ni,  tahun ni pulak aku nak sambung pasal macam mana aku survive dalam dunia blog dan betapa noobnya aku masa awal join segmen. (rasa macam nak hantuk kepala kat dinding je masa tu...)

Blog ni dibentuk pada 140414. Kebetulan pulak banyak nombor empat. Maklumlah kita ni anak ke-4...suka benar dengan nombor empat sampai semua nombor nak empat...(jangan bermadu empat sudah...hahahaha). Masa awal niat aku buat blog, sebab nak share pengalaman dengan beradik yang lain.

Lepas tu, bila lama-lama buat blog rasa macam tak best pulak kalau takde readers awam. Trylah join segmen. Harapan, dengan bersegmen dapatlah kenal-kenal blogger lain. Dan alhamdulillah readers dan followers bertambah. (Terharu ni...harap korang tak serik membaca...)

Blogger awal yang aku kenal antaranya: Angel Love Soldier, Blog Parih, Acik Watie, Cik Iman, Akif Imtiyaz, Anamizu, kameq deanna, Nad, Wardah anessa dan yang sewaktu dengannya...

Lepas aku potpet potpet pasal aku ngan blog ni, aku dapatlah komen dari seorang blogger ni dia cakap, dah lama yang dia nak buat segmen macam ni, ajaklah aku join. Masa tu aku blur-blur. Memang blur tahap langit ketujuh petala ke-10 lah kata orang. Aku taktau benda apa segmen ni sebab kalau giveaway ke segmen review ke, retilah sikit. Ni segmen buat entri. Aiyak! (boleh baca sini kalau nak tahu betapa 'cerdiknya aku' buat entri segmen tu sampai segmen tu ditutup tanpa tidak diketahui sebabnya...T_T)


Bak kata omputih, pengalaman pahitlah mencerdikkan kita. So, sekarang aku baru faham macam mana nak join-join segmen ni. Nak diceritakan, hari tu aku nak tukar angin sikit dengan design blog, aku tempahlah dekat Leya...then aku suruhlah beradik aku komen pasal design terbaru tu, dorang majoriti lebih suka style aku yang dulu/lama. Katanya lebih rare dan simple seolah macam diri aku. (okay, ini perasan-tan!) Tu yang aku tukar balik. (maafkan saya leya, design awak memang lawa...) sempatlah guna design leya tu dalam seminggu lebih..(tak taulah kalau ada yang sempat usha masa tu..)

Disember tahun lepas, adalah aku bagi random hadiah untuk readers. Dua je, tak banyak...aku pilih based on nuffnang...aku ingat nak buat lagi, So what do you think?

Macam mana aku survive dalam dunia blog?

Bila tengok followers bertambah, bila ada orang ber'hai' dengan aku dekat chat box dan bila ada orang komen. Tu lah yang kuatkan aku untuk terus hidup dalam dunia ni...

***to be continued***

 So, kalau itu kisah aku dengan blog siri 2 sepanjang setahun 7 bulan 4 minggu satu hari, tentu korang yang dah lama dari aku mempunyai siri yang tak terkira kan?
Cuba share sikit...nak gak tau kisah korang.. 

***thanx for reading until the end!***

p/s: benda yang paling aku takut adalah, bila kita kenal orang dan orang itu lupakan kita...macam Athazagoraphobia..

(aku rasa penulisan aku sejak dua menjak ni serius, kenapa ek? korang rasa tak?)

***AKU DAN BLOGGER #3***
People said advice is a sign of care. I love advice because it keep me being a better person than before. Thanks to all of people that never stop to advice me. But, what if the advice is more like ‘talking back’ than straight forward. You giving advice is a good thing because you do have an initiative to help them. And after that you ignore them like they did a lot of mistake. You start comparing.

“Hey, you know the person before you was good. They always going around to find a job to do. They very good…that day I remembered that when they heard about went out, they will ask them to follow. And they not shame like you…you should not be shy because we are family…don’t stop asking…you are learner not worker. So act like one la…”

Fi yuuuuuuuuu……booom kebabooom……like a bom attacked the Hiroshima and Nagasaki on 6th and 9th of August… and you keep ‘soseh-soseh’ behind that person. While ‘that person’ still exist. [After you attacked with ‘the boom’, you declare a cold war.]

Do you see what happen to that place after the boom? It ruined! But at the other side it grow a hope. Hope to ignore them too…hahahahahha…I know, I know that was my mistake because not took a part in your peers…I just sit at my place quietly and not asking others person what they do, what you do, and what to do…I am independently learner…you can suggest me a software and teach me a little bit…and I will explore the thing and keep playing around with it. And I will ask if I really don’t know. [having problem asking a question is really hard....*sigh*]

“You know, if you don’t ask them, they will think that you already know…”

“Ah, you can give me a job or teach me whatever you want because I am intern…I should not be mad at you if you or they want to advice me…” and give them a fake smiling.

“You should not be like that…” okay, I am smiling and giving the ears to heard with full of attention.

“You should be like the intern before you. They are very friendly person. They do have a wish to getting a job. They not stop asking…” same old, same old…

Why not you giving advice like this;

“You know, you are very good at work. You did complete the job in given time, you do have a higher focused while doing the job and you come early but there is one thing you still missed; lack of conversation.”

Instead of:  

“You know, the intern before you will not wearing a 'baju kurung' during weekday because they always asking a senior to follow them go to the site. Then they will…and more blah blah bla…(about the comparison)”

People. Community. Society. They are the master of judging. If you don’t talk to them, they will talk about you. You got no problem with them, they will find a trouble to mess with your life. That’s why I got an anthrophobia. Afraid with society in higher level. [but we are the society...]


I have no issues if they want to give advises but please, please stop comparing...Nobody like it! [Unless you're the price tag...]

Sigh…levitasi song keep on repeat mode in my head. 
I have travel a lot since twelve. During travel (it’s not travel like going out of Malaysia, having nice trip or food…it’s more like a journey…) I always keep my mouth silent, my ears, my eyes, my mind and my soul open. Why? Because by doing that you can observe the life. I only talk when I want and need to talk. That makes people thing I’m arrogant and mean. I do friendly…only with stranger that I know I never meet them again or after you know me at least one year. Or it can be short if you and I have same ‘chemistry’.

From my observation and experience I always remind myself that I will never do like this or like that to other people if something bad happen to me. I will never let it happen in future. I will not! That my promise.

I’m ambivert. Do you know how ambivert person acts? If you don’t really know you can search them on Google. There a lot of information about ambivert. Some called it trouble identities, messy life because living in the middle of extro and intro and some just surprise with them. They do have a lot of surprise. You can’t read them. Maybe you and I can be on the same bearing and distance but different coordinates. Or at least we all do have a friends or member in this type. So, don’t let them ruined themselves. Why? Because ambivert sometimes can act like a master and in other time they also acts like a loser.

Ambivert fact
So when life keep hit me harder, I will keep it as my momentum. I will put myself in those shoes. Maybe they have a reason by hitting me or maybe they can’t see people like me remaining silent. Because maybe silent killing them. Who knows? Beside, I will read an inspiration books, watch a war movie, listen to my favorite song and keep busying myself from remember those thing. For sure, I jot it down in my journal. If that doesn't work, I will write it on a paper with full of emotional and burn it before flush in the toilet. Fuh!!!

What the stories behind this rant? A lot! I don’t want to share about the stories but I want you to remind yourself that be patient if life hit you harder. It is a life academic. You will remember what life will teach you than you learn in the classes. So let life doing the job. Then, you and I just keep living on. Don’t take it hard because wise person will ignore. Yes, I will ignore them. Keep breathing…be positive…

Live your life, love your life
p/s:  Diam diam ubi, berisi, Bising bising tin, kosong...
First of all, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sya sebab buatkan header yang sangat kena dengan 'taste' aku, 

And Holla!
Aku dah pre-2016 dah...sebab aku tak sabar nak guna header sya ni...nampak tak eksaitednya sampai kerja asyik tukar design je... bukan apa tengah cari identiti blog..(T_T)

Sorry sya. sebab lambat giler buat review pasal header ni...masa mula aku baca apa yang sya komen, aku rasa macam nak tergelak pun ada, nak teruja pun ada...mana taknya orang bagi header percuma tu...sape lah tak nak kan? nak, nak pulak header tu kena dengan jiwa...^_^

Selain daripada aku yang dapat headr #justforyou ni, ada lagi dua orang lain...iaitu Qistina Zahari dan luvmia. Semuanya simple dan sangat, nice! Yang sampai aku tanya sya samada dia buat design blog atau tak..sayangnya, takde...

Aku tertanya jugak, yang arrow tu hala ke apa? Baru aku ingat yang dulu aku punya menu bar tu kawasan tu...mungkin tu lah arahnya kot...tapi sekarang kawasan tu diduduki oleh nuffy...maknanya apa? maknanya rajin-rajinlah klik...hahahaha....tak paksalah..saja je gurau...

Kekeliruan sya., membuatkan aku keliru....dah macam tajuk novel kak shai pulak! Silalah baca novel tu...buat aku gelak guling-guling...

p/s: aku suka tengok part diamond sya design...sebab aku pernah acah-acah sketch style macam tu jugak..tu yang buat aku jatuh hati dengan header ni...so sya, awak ada idea lagi macam mana nak design header saya? kalau ada roger-roger k? 
Holla! 
Kabare kalian semua? Harapnya sihat wal'afiat. Aku? Aku macam nilah...tak banyak bunyi since 3011 hari tu. Sebab? sebabnya seolah macam tahu minggu ni, minggu 'sepi'....(iya aku tahu kalian jua tahu...)

nampak apa yang berubah? 
Obviously nampak dowh...apa dia? design blog?
Kalau tu jawapnnya, salah...salah sama sekali...
Habis tu apalah?
Hati aku...hati aku dah berubah...
Ceyh! ayat.....
Macam mana ko tau yang hati kau made in German? Bukan dari segumpal darah ke?
Itu metafora bombastiklah....saja nak bagi semangat sebab hari tu tak menang pun GA poskad vintage German...T_T sob sob sob....[takpe, Tuhan dah ganti dengan hadiah lain...]

*oh, sebelum aku terlupa entri ni paaanjang sangat. Mungkin lebih lama dari masak 'mamee chef lontong'.

Apa yang berlaku sebenarnya?
Awalnya cerita pasal Pak Yus...yang sangat mengejut.

Lepas tu birthday aku....happylah sekejap sebab dapat kek! yeay!
Tak lama tetiba berita pasal seniwati Mariani...pada tarikh sama birthday aku..

Okay, ini sedih...sebab nanti bila aku ingat tarikh aku, automatik aku ingat beliau...
Riuh sebentar dengan dua pemergian...namun dalam penghujung minggu yang sama....anak keempat Sultan Johor meninggal...lagi sayu...sepi...[Al-fatihah.]

Nampak tak kata kuncinya disitu? Pada tarikh aku lahir, ada orang meninggal dan anak ke-4 sultan johor mangkat tak lama kemudian...itu peringatan jawabnya...wake up call kata omputih.

Agak-agak umur aku dah berapa?
Sebelum aku terlupa lagi, aku nak ucapkan terima kasih kepada Leya kerana sudi men'design'kan blog aku. Kan aku dah cakap, aku ni orangnya cerewet sikit.. nasib baiklah Leya itu penyabar orangnya...thanks Leya! [Dan design dari Leya ni akan digunakan sepanjang minggu ini...]

Lepas tu aku naklah buat review header yang dihadiahkan oleh sya. #justforyou pada birthday aku...pergh! aku pun tak terfikir nak design macam tu....tapi pernahlah terlintas, cuma takde seni lagi...thanks Sya! u read my mind ke? pastu aku adalah tanya sya samada dia buat design blog ke tak? sayangnya takde...oh, rupanya dia pun dialami rasa keliru samada aku ni lelaki ke perempuan...hurm...aku pun turut keliru, kenapa mereka boleh keliru...(insyaAllah jika ada kelapangan nanti aku buat entri khusus untuk beliau...)*gambar transparent...so sila usha pada blog sya

Oh, cerita berikutnya...aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pemberi hadiah sepanjang aku berblogging...khususnya Acik Watie, Momy Ira, Kameq Deanna, dan juga yang lain...moga Allah murahkan rezeki kalian!


Jangan tanya aku, cerita tu best ke tak...sebab aku pun belum sempat baca lagi...tapi dari sinopsisnya cerita ni mungkin masuk slot Samarinda kot! atau slot cerita Cinta Ilahi hari tu..(Dah lama rasa tak baca novel cinta...last 'Lelaki itu Dia' kot! kalau sesapa dah baca cuba sep sikit....)

Apa lagi nak cerita ek? Pasal praktikal? itu nantilah...'kau tau pe'ah ada budak kat opis tu...' okay, kita simpan dulu cerita ni. Dah macam rojak pasembor dah...cerita bermain perasaan sungguhlah entri ni...

Apa yang 'tak lapok dek hujan tak lekang dek panas' sebenarnya?

Kasih kami pada yang telah pergi....

(sila baca dalam nada Hayati dalam cerita 'Tenggelamnya Kapal van der Wijck'

Lepas tu apa lagi?
Sudah, sudah...esok dah Isnin..weekend dua hari tak merasa dowh...T_T
Okay...sampai disini saja cerita dari aku/saya....sampai bertemu kembali!
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!
  • "Sains Geomatik?"

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    7 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    16 jam yang lalu
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Beli tudung baru
    21 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ►  2026 (5)
    • ►  Mac (5)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ▼  2015 (72)
    • ▼  Disember (20)
      • Koleksi Beg Sembonia Terkini!
      • Rant on Kawan
      • Jalan cerita setiap orang berbeza...
      • Tepi Jalan
      • Planner 2016 by owndesignbook
      • Rant on Matahari #3
      • Rant on Matahari #2
      • Rant on Matahari #1
      • Memori maulidur rasul
      • Review hadiah contest #Dearsofie
      • Day 27: Mereputttt.....
      • Soal tentang lagu kegemaran...
      • Day 25: Humble!
      • Blog Addicted!
      • Day 23: Best ke belajar Geomatik?
      • Aku dan Blogger #2
      • First Month: Do you giving an advice or …
      • When life hit you harder, what will you do?
      • Review header #justforyou by Sya
      • Tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas...
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026