Dengarlah lagu Doa buat Malaysia.
1. Artificial Intelligince
2. After Earth

3. Mr.Mortdecai

4. Angel and Demon

5. Beastly

6. Begin Again

7. Big Game

8. Black Hawk Dawn

9. Secret Life of Walter Mitty

10. Surrogates

“Cerita yang sangat santai, sempoi dan penuh bermakna”
Lepas tengok cerita ni, rasa macam dapat rasa jiwa orang yang kerja kat National Geographic. Hahahah. Ada kaitan ke? Adalah sape kata takde?
Cuba tengok
kesungguhan Sean O’conell dalam cerita ni. Sanggup pergi jelajah seantero dunia
hanya untuk menangkap barang sekeping dua gambar yang jarang-jarang dapat
dilihat oleh orang biasa. Aku pun dah takde ayat da nak goreng untuk describe
cerita ni. Huhuhu
Okeylah secara
kasarnya cerita ni pasal Walter Mitty yang kerja kat majalah LIFE sebagai
‘orang yang proses negative gambar’. Dia seorang yang selalu ‘zoned out’ atau
dalam bahasa mudah fahamnya dia cepat terhanyut dalam dunia imaginasi dia. Memandangkan
syarikat LIFE ni akan buat penerbitan secara online sahaja maka banyak
perubahan yang perlu dilakukan, termasuklah pengurangan pekerja.
Atas permintaan Sean, dia nak keluaran majalah terakhir ni guna gambar 25. Malangnya ‘negatif’ gambar 25 ni takde. Dan tak pernah dihantar pun oleh Sean kat Walter. Apa lagi gelabah lah si Walter ni cari. Sampai ke Iceland, Greenland dan Afghanistan kau dia cari. Sampai jumpa empat mata dengan Sean.
Atas permintaan Sean, dia nak keluaran majalah terakhir ni guna gambar 25. Malangnya ‘negatif’ gambar 25 ni takde. Dan tak pernah dihantar pun oleh Sean kat Walter. Apa lagi gelabah lah si Walter ni cari. Sampai ke Iceland, Greenland dan Afghanistan kau dia cari. Sampai jumpa empat mata dengan Sean.
Kalau rasa nak
tengok movie yang santai, tak terlalu banyak action, relax…cerita ni sangat
sesuai. Aku rate 8/10 untuk overall, dan
10/10 secara personal. (ehem, ehem...hahahah)
Aku suka dengan semua soundtrack cerita ni. Movie ni buat aku nak pergi ke iceland,....huhuhuhuhu

Masa final adalah
masa dimana semua jenis tabiat manusia sedikit terserlah. Macam-macam cara,
style dan gaya pembelajaran setiap manusia yang kita dapat kategorikan dalam
beberapa kelas. Ilham entri ni pun aku dapat masa jawab paper ENT. Uish, ramai
giler manusia keluar awal, maklumlah paper senang…pastu aku pulak berkira-kira nak keluar. Iyalah ada 45 minit lagi. Kalau keluar awal, nak buat apa...45 minit berangan ke nak teruskan hidup? hurm....
Maka aku ambil keputusan stay sampai habis masa...
Di bawah
pemerhatian akulah kan, sepanjang bergelar student tak kira sejak sekolah
rendah sampai ke Negara china, kita mesti akan jumpa jenis manusia macam ni time
final. Confirm! (confident je kan?) takdelah ni just sikit je…agak-agak lah
kan, kita ni kategori mana?
“Aku rasalahkan, sepanjang
pergi kelas, aku tak pernah faham pun subjek tu pasal apa. Memang blur
habislah! Bila final baru ‘hijab’ tu terbuka…”
5) Kategori akhir ni pulak,
manusia yang akan perhati je perangai manusia kat atas. Dia jenis yang relax,
kadang-kadang pulun berhabisan, Bila orang tanya, semua ‘Okay’ je dia jawab.
Macam jenis berkecuali lah.
So, aku bet korang mesti pernah rasa semua
situasi kata atas kan? Kalau tak sama pun, mesti lebih kurang je ‘peel’nya…bak
kata pepatah melayu ‘banyak orang banyak ragam’.
Hebatnya Tuhan yang ciptakan
manusia…Subhanallah!

Ingat tak dengan
si Alexander 'the horrible, terrible, no
good bad day'? tapi dalam cerita ni dia pegang watak sebagai Dylan Webber
si penggemar kapal terbang kertas.
Ingat buat kapal terbang kertas ni sekadar
lipat lipat biasa dan terus terbangkan. Rupanya, ada seni jugak! Macam mana nak
lipat supaya kertas tu melayang dengan lebih lama di ruang udara, lebih jauh
dan tak cepat jatuh...semua tu perlukan kajian.
Namalah pun
cerita kanak-kanak, so genre dia lebih kepada family lah. Apa-apa cerita yang
berkaitan dengan family ni mesti buat aku termenangis! Entah apa-apalah kan....orang
gembira aku boleh pulak dok srot-srott tahan hingus....
Aku nak ceritakan
balik sinopsis dia pun takde ayat. Dalam cerita ni, Dylan hanya tinggal dengan
ayah dia je sebab mak dia dah meninggal sebab kemalangan. So, sepanjang dia
pergi pertandingan penapisan untuk ke peringkat dunia, ayah dia tak pernah
datang tengok. Masa akhir baru ayah dia datang. (Even plot dia predictable,
tapi mesej dia banyaklah...so tak rugi tengok.)
Masa pertandingan
akhir, Dylan buat kapal terbang dia ala-ala helang yang dinamakan Clive. Memang
awesomelah ceritanya kan, sebab kapal terbang dia berlegar dalam tempoh yang
lama sampaikan semua audience kekaguman!
Macam biasa, hero filem selalunya menang. Habis cerita. .
Aku bagi 7.5/10.
Dinasihatkan penggemar
‘Running Man’ untuk tidak membaca entry ni.
Tengah aku layan
muzik video dak ‘The Wanted’ dengan senyuman tak berhenti, tetiba terdengar
hilaian tawa dari roomie aku. Mak aih! Seronknya ketawa kak?! Ish ish
ish….geleng kepala ajelah…maklumlah dah terbiasa dengan situasi macam tu.
Kalau nak tahu,
tu adalah salah satu dari symptom mereka yang layan running man. Gelak bagai
tak ingat dunia bhai! Dulu pernah gak r termasuk dalam kategori tu…tapi lelama
dah jadi bosan…tak bukan aku nak kritik mereka yang suka ‘Running Man’ ni, tapi
aku tak suka benda yang ‘kerana rating, kau sanggup kelihatan bodoh!’ *ops!*
Entahlah...tak
berminat untuk ‘join the club’. Urm, tak minat. Langsung? Entah…kekadang tu
boleh lah layan macam superman return ke, big bang ke, tapi tak delah addicted.
Just for fun. Rasa nak tengok, layan macam biasa. Tapi, kalau dah takde,
takdelah tercari-cari. Tak suka dikategorikan dalam golongan ‘K-Pop’. Tak. Tak
suka…ehem..*geleng-geleng*
Ish, agak risiko
jugaklah nak kritik ni, ada kena serang tak pasal-pasal dengan ‘die hard fans
RM’ karang. Haa, tak pasal-pasal masuk Metro;
“Blogger dikecam
kerana kritik RM!”
Maka ber’huhu’
jerlah nanti. Kena pulau silap hari bulan. Iya, kita faham dunia sekarang ni
semua tengah ‘angkat’ diorang. Kita tak bolehlah sembarangan nak menafikan
fakta tu. Tapi, janganlah sampai buat orang menyampah tau dak? Seolah orang
yang tak minat or tak layan RM tu
‘rugi’. Cuba bagitau sikit celah mana ruginya kalau tak follow up semua episode
RM tu?
Lain orang lain
pandangan. Ini hanya pandangan akulah kan sebagai orang yang akan ‘heh’ saja
bila dengar orang ketawa sakan layan RM. Aku hormat minat masing-masing tapi
tolong, tolong jangan sampai menganggu ketenteraman awam. Ni tidak,
tengah-tengah malam pun boleh dengar orang hilai tawa. Ish, ish, ish…mana tak
kecut perut kita nak ke toilet.
Takde salah untuk minat sesuatu, janji tahu had dan batasnya.
PnW!
Pernah tak rasa macam tu?
p/s: lagipun A tu adik r..@_@
Serius cerita ni sangat, sangat, sangat....
Kalau korang pernah tengok cerita ni mesti korang tau punya perasaan tu..
Perasaan adore dengan Zainuddin...geram dengan Hayati...sakit hati dengan....
Ah, lupa dah nama dia...
Apa-apa pun cerita ni terbaiklah!
Okaylah, aku masih ada baki DUA paper lagi untuk final ni, so untuk seminggu ni...aku kena fokus dulu pada paper. InsyaAllah lepas seminggu tu setiap hari aku update story....
See ya!
✨Short Update✨
Saya doakan apa jua yang berlaku, semoga dipermudahkan urusan kalian🤲🏻
Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨
Singgah Baca
Singgah Selalu
-
-
.: BRISWALK DI BATU GAJAH :.21 jam yang lalu
-
Hadiah dari Faa22 jam yang lalu
-
-
Salam Aidiladha5 hari yang lalu
-
May Babies!Seminggu yang lalu
-
Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites8 bulan yang lalu
-
Tulisan pertama pada 20259 bulan yang lalu
-
UntungSetahun yang lalu














