Geomatik di UiTM Arau

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Assalamualaikum and hello there!

Kalau korang pernah baca mana-mana entri berkaitan dengan geomatik dari blog ni, amatlah dialukan untuk teruskan pembacaan entri ini (khas untuk mereka yang mencari suasana Geomatik di UiTM Arau…)

Antara lima sebab utama kenapa korang perlu ambil kos geomatik di UiTM Arau:-

[boleh jugak kalau kos lain yang berkaitan, asalkan Perlis]
1- Kos sara hidup yang murah
2- Kawasan yang masih kaya dengan warna hijau (kecuali masa musim panas dan kering…memang kuning jerlah ceritanya kan…)
3- Merangkumi semua kawasan pembelajaran; kelas, dewan, lab dan padang.
4- Survey site yang luas dalam kawasan kampus
5- Senang nak jimat duit.
(dulu aku pernah cerita kat entri ni)

Tiga sebab perlu dipertimbangkan sebelum memutuskan untuk sambung belajar di UiTM Arau:1- Arau tak banyak shopping mall. (alasan ni mungkin tak relevan sebab giant dah ada…mungkin akan datang pun banyak lagi yang akan dibuka)
2- Perlis takde wayang. (wayang korang boleh tengok kat Kedah…tak jauh sangat aih….)
3- Perlis takde airport (tu yang jadi transit banyak bagi orang jauh macam aku…)

Pesanan dari pengalaman aku, sila kuatkan hati untuk belajar bidang ni, sebab korang akan mengalami lima situasi pada setiap penghujung semester:
1- Kulit gelap
2- Kerja luar pada hujung minggu/ hujung minggu akan terganggu
3- Timbunan report dan kiraan data yang memeningkan
4- Himpunan test dan penyerahan report dalam masa yang sama.
5- Situasi skip kelas berlaku sebab nak siapkan report.

Jangan risau, semua perkara tu takkan berlaku kalau korang pandai mengurus masa. Semuanya bisa diatur kawanku…hahhahahahha…

Dimana ada kemahuan, disitu pasti ada jalannya…

Keep reading on

I Still….

Who are you now?Are you still the sameOr did you change somehow?What do you doAt …

Analogi Kereta Lembu

Kerap pulak lecturer Investment aku guna analogi kereta lembu dalam kelas beliau. Aku yang setia …

Things make me LAZY to update the blog!

Satu perkara bila kita dah buat blog cantik dan lawa ni adalah, kita tak boleh …

Ceritera Ramadhan…

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua!  Sebelum memulakan entri dengan lebih lanjut, bersamalah kita menghadiahkan Al-Fatihah …

2016 huh?

Semalam aku tido awal. Dalam pukul 10, aku dah sampai kat Iceland dah. Lepas tu …

Review header #justforyou by Sya

First of all, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sya sebab buatkan header yang …

Any thought?

0 thoughts on “Geomatik di UiTM Arau”

  1. hahahahha..jgn risau kalau gelap byk produk untuk putih..^_^
    dia belajar pasal ukur tanah, macam mana nak kira luas kawasan lot kita dan mcm2lah…
    insyaAllah aku akan citer part by part untuk next2 entry…
    hope u enjoy reading!

  2. andai dapat ku u-turn masa….nak sangat balik ke uitm shah alam..jadi muda semula..pegi kelas..buat assignment..lepak bilik sebelah..makan2 lepak kat dataran cendekia…naik bus pegi kelas….keseronokan yg dah berlalu..sekarang ni seronok jaga anak je lah…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top