Sains Geomatik: Sem 4

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Tahniah sebab korang dah berjaya ke tahap ini dan selamat menjadi senior! ^_^
 
Gambar masa Hydro camp di Lumut, Perak

Subjek dalam semester 4:

  1. Introductory Hydrographic Surveying
  2. Principles of Carthography
  3. Survey Computations
  4. Geodetic Studies
  5. Fundamentals of Land Laws and Regulation
  6. Fundametals of Photogrammetry

Huraian:

  • Hydro adalah main core bagi semester ini. Ada camp, jangan risau..tiba masanya untuk korang berwajah ‘seri geomatik’. Masa pergi camp, semua kerja LP akan terlibat. Bermula dari calibration, traverse, levelling, tacheometry etc. Senang kata semua control terlibat, *(x,y,z).
  • Cartho subjek yang paling banyak teori…ada lab jugak…kena buat map. Sila skor untuk map, sebab seronok…terasa macam budak art pulak! Untuk subjek ni korang akan didedahkan guna software ArcGIS dan Erdas.
  • Survey comp. subjek yang paling banyak kira…namalah computation kan? Markah banyak kepada tugasan kita..iaitu pre-comp. plan….ia memerlukan kreativiti yang tinggi jugak sebab kita kena design dan reka satu kawasan perumahan yang lengkap dengan fasiliti (drainage, shop lot  etc. *tertakluk kepada lect. korang)
  • Geoid memerlukan nombor yang sangat panjang. Sila fahami keywords dalam geoid sebab ia membantu untuk lebih faham subjek cartho. Kedua subjek ni saling berkaitan dalam projection dan datum.
  • Land Laws; Walaupun korang boleh bawa buku law tu masa final korang tetap kena alert dengan keywords yang penting. Misalnya beza antara subdivision dan partition, beza pengunaan form dalam sesuatu task, etc… Cara mudahnya, buatlah nota ringkas tentang topik yang selalu keluar.
  • Photo; Ada dalam lima report. Setiap tugasan memerlukan daya imaginasi yang tinggi...so selamat berimaginasi! Dalam photo jugak korang akan diajar jenis-jenis pandangan dari udara, turut dikenalkan dengan *UAV etc. 

Pesanan:

  • Sem 4 adalah sem yang paling sedikit *LP, tapi jangan ambil mudah sebab semua teori sem empat akan diaplikasikan masa sem 5.
  • Masa cuti semester 4, kita kena buat praktikal pendek untuk subjek sem 5 dekat JUPEM/JTS
  • Kalau nak sambung degree, (tak kiralah nak sambung ke bidang yang sama atau tak) jangan lupa daftar untuk MUET.
  • Masa sem 5 nanti, ada beberapa perbezaan subjek antara AP120, AP121 dan AP122.
  • Mungkin ada perubahan dari segi kod subjek dan silibus untuk mempertingkatkan kualiti pelajar. Maaf diatas segala kekurangan maklumat. ^_^
*LP- kerja lapangan
*UAV– Unmanned Aeriel Vehicle
*(x,y,z)- x=Horizontal control, y=Vertical control, z=Heighting
Thanks for reading!

Keep reading on

Goodbye Part 4!

“ASSALAMUALAIKUM” Semalam, Itu semua semalam yang berlalu.  Semalam yang penuh dengan pelbagai memori… Tahun yang …

Tiga sisi

Alhamdulillah masih berpeluang hidup dan membebel dekat laman yang kian pudar warnanya. Hah! So, hello …

Soalan???

“ASSALAMUALAIKUM” Q:1. Banyak-banyak novel @ buku yang korang baca, buku apa yang watak dia bersatu dengan …

TOTD: Save your Heart

Track of the Day: Save your Heart by Mayday Parade…. Aku tau genre muzik kita …

The Other Side of Open House…

Holla there! How your normal life going? Adakah menarik seperti majlis pembukaan SUKMA di Kuching …

Frequent Asked Questions by new Geomatics student

Awal pada tajuk entri ni aku nak letak mengenai “Perspektif Geomatik di Kaca Dunia”. Pergh! …

Any thought?

0 thoughts on “Sains Geomatik: Sem 4”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *