Sains Geomatik: Sem 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Assalamualaikum and hello there!

Dalam minggu ni aku akan ceritakan semua subjek pasal geomatik. ^_^! Maklumlah bulan mengisi UPU pun sedang hangat sekarang…so, aku takmaulah orang pilih kos ni kerana alasan tak logik macam aku..huhuhuhuhu…

Antara subjek geomatik yang akan korang ambik masa semester satu adalah:

  1. Asas pendidikan islam
  2. Consolidating Language skill
  3. Kokurikulum
  4. Pre calculus
  5. Physics
  6. Introductry Surveying
  7. Computer Application I (takde final)

(mungkin ada berlaku perubahan dari segi silibus dan code subjek)

Cara skor semua subjek geomatik:

  • Betulkan niat belajar.
  • Rajin tanya pensyarah (terus tanya kalau tak faham, jangan bertangguh-tangguh nanti jadi beban)
  • Pinjam buku kat library pasal semua subjek yang berkaitan untuk lebih faham
  • Jaga ‘carry mark
  • Untuk subjek yang takde final, sila buat sebaik mungkin

Tips:

  • Masa semester satu, pre-calculus dikira subjek paling susah. Tapi, kalau korang rajin buat tutorial dan jawab soalan past sem, insyaAllah dapat skor A untuk subjek tersebut. Jadi, rajin-rajinlah ye tekan kalkulator.
  • Physics zaman ni lagi senang berbanding SPM. Jalan kira dia pun tak complex. Tapi jangan ambil mudah pulak, sebabnya kalau tak praktis pun tak jadi jugak…
  • Untuk introductory surveying, kita akan diperkenalkan dengan cara-cara lama yang paling asas. Walaupun tak diaplikasikan sangat dengan zaman sekarang, yang paling penting kita faham konsep asas ni, insyaAllah sampai penghujung sem berguna.

Pesanan ringkas:

Biasanya lain kelas, lain pensyarah. So, ikut cara pensyarah korang sebab merekalah yang akan semak kertas korang bukan pensyarah kelas lain.
Maaf kalau aku ada kecacatan maklumat ke salah silibus…yang aku cerita ni version 2013 (batch perihelion)

Thanx for reading…keep on reading untuk subjek semester seterusnya…

p/s: huraian bagi subjek aku ada terangkan dalam entri “Sains Geomatik

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Sains Geomatik: Sem 1”

  1. Boleh saja…nak panjang ke pendek? hahahha
    ringkasnya bawak barang keperluan saja. Baju, alat tulis, laptop, barang mandi, makanan, hati yang jitu…

    kalau nak versi panjang saya akan buat dalam entri ya…
    thanks for asking the milady! 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *