Tips memilih tempat praktikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
I heart Ramadhan 1440H
Peluang
Endgame dan Hantu Kabel
Move On zillion time
Istilah praktikal sangat sinonim bagi pelajar di universiti. Selalunya praktikal akan dijalankan pada tahun akhir pengajian. Masa permohonan tempat praktikal selalunya diadakan pada semester sebelumnya dan pelajar akan diberi tempoh tertentu untuk menghubungi tempat praktikal. Tempoh itu agak lama untuk pelajar buat keputusan, penilaian dan perbandingan syarikat-syarikat yang telah disenarai pendekkan. 

 

Jadi, sebelum memberi kata putus kepada pensyarah, korang kena ambil kira beberapa perkara dahulu. Antaranya:

Supervisor

First thing first penyediaan supervisor sangatlah penting bagi seorang pelajar praktikal. Sebab apa? Sebab dengan adanya supervisor, masa pelajar ditempat praktikal akan jadi lebih teratur dan input pun setiasa ada. Pelajar pun takde istilah bosan, mereput atau sewaktu dengannya. Sebagai pelajar, kita perlu tahu siapa supervisor kita sepanjang praktikal kat situ. 

Jadi, pastikan tempat yang korang mohon tu ada sediakan supervisor. Kalau tak pun yang korang boleh refer bila nak tanya soalan. Memanglah semua pekerja kat situ kita boleh tanya, tapi tak semua tahu…(kalau masa awal bekerja pun sediakan supervisor, inikan pula pelajar praktikal.)

Penempatan

Pastikan tempat praktikal korang tu dekat dengan segala kemudahan. Tak kiralah korang sewa rumah atau duduk dengan family, pastikan yang syarikat tu dekat dengan kawasan kediaman korang.

Elaun

Pastikan company yang korang mohon menyatakan elaun dalam borang permohonan korang. Bukan apa, sesetengah company yang tak tulis elaun pada borang tersebut selalunya nilai elaunnya tak tentu. Memanglah kita praktikal nak belajar, tapi dalam masa yang sama, kita pun ada lakukan kerja sama dengan syarikat tersebut. 
Ada setengah company dia tak bagi elaun, tapi dia bagi sebahagian gaji kalau kita tolong projek yang dorang dapat. #syukurselalu… ^_^

Skop kerja

Korang kena semak dan survey skop-skop kerja yang dilakukan company tersebut. Adakah sama dengan apa yang silibus kita perlu? Sebab sesetengah company masih belum update skop kerja mereka. So, masa kita telefon kita perlu tanya mereka dengan jelas sebelum hantar permohonan.

Kalau boleh, pergi tengok keadaan company tersebut.

Kadang kita over eksaited dapat tempat praktikal sampai lupa nak tengok keadaan dan penempatan syarikat yang kita mohon. Jangan masa hari pertama praktikal, terkial-kial cari tempat kerja…naya bruh!

Itulah antara tips yang perlu diambil kira, dipertimbangkan sebelum memutuskan tempat mana yang kita nak praktikal. Mungkin banyak lagi tips, tapi tips ni berdasarkan pengalaman. Memang agak susah nak buat keputusan bila ada banyak pilihan. Sebab tu lah kita perlukan sedikit guideline daripada yang berpengalaman. (tak kata aku ek…cyeh! perasan!) Jangan sedih kalau korang masih tak dapat tempat praktikal disaat kawan yang lain dah dapat. Dengar pula elaun diorang besar-besar, memang rasa tercabar. Rezeki masing-masing, semua ada bahagiannya.

Aku harap, tips yang aku kongsi ni sedikit sebanyak tolong korang yang sedang dalam dilema…Thanks for reading!

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Tips memilih tempat praktikal”

  1. selepas briefing dari lecturer, biasanya kita yang bertanggungjawab untuk call company tu. kita call sebab nak pastikan betul atau tidak company tu terima student praktikal, karang kita hantar surat mohon praktikal buat pekasam dek company tu je.. so kita boleh call dulu. elak dari pembaziran masa satu.

    selepas kita call dan pihak company tu confirm terima student practical, barulah kita boleh hantar semua dokumen tadi. resume, cv, surat jawapan dari pihak company.

    selain pada cv dan resume, kita perlu sertakan surat "feedback" atau jawapan dari company tersebut sebagai bukti yang pihak diorang setuju terima. dan pihak company akan hantar/bagi pada kita balik untuk dijadikan bukti. surt tu juga mestilah diberi pada supervisor dan kita kena simpan surat tu sampailah kita habis praktikal. in case pihak company tu terlupa atau tak ingat pun yang diorang ada ambil student untuk praktikal.

    terima kasih sudi bertanya 😀

  2. Nak tnya. Mcm mana cara nak mohon LI yg betul? Call company tu tnya ada terima student praktikal tak? Atau terus email resume dan cv kita ke company tu je? Selain dari cv dan resume, perlu ke ada attachment yg lain2 dalam email tu? Terima kasih.

  3. hi terra!
    saya cuba jawab mana yg saya dapat k?
    kalau surat sokongan masih tak dpt, awak boleh hntr resume dengan cv yang menerangkan yg awak nk praktikal dkt compnay tu. lepas tu jgn lupa letk org yg patut dirujuk. cthnya; lect. awak atau coordinator bg latihan industri..

    okay x?

  4. hi awak nak tanya, sy di second last semester. surat sokongan ipt untuk L.I pun tak dapat lagi. kalau i nak try apply mana2 tempat untuk praktikal boleh tak? i mean hantar resume dulu ke. im in islamic banking and finance field. thank you ^^

  5. gitulah gayanya cik nurul….dua2 dah saya rasa..p mcm lebih kurg ja…melainkan, haa…melainkan company swasta tu besar dan gempak…huhuhuhuhu

  6. erhm…kalau nak praktikal dekat syarikat swasta…dapat elaun dan banyak pengalaman tapi kalau nak praktikal dekat kerajaan..pengalaman sedikit dan elaun pun taraaaaa!!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading