Sains Geomatik: Sem 5

March 12, 2016

Subjek:
  1. Fundamentals of Entrepreneurship
  2. Cadastral Surveying III
  3. Industrial Training
  4. Geodetic Surveying
  5. Intro. to Remote Sensing and GIS
  6. Survey Project
Pemandangan tapak subjek geodesy
Oh, sebelum terlupa; 
yang nombor tiga tu kita buat masa cuti sem 4. Kira macam praktikal pendeklah kat jabatan kerajaan (JUPEM/JTS/JTU) dalam lima minggu. Masa ni semua lecturer yang akan uruskan penempatan praktikal. Kita hanya bagi maklumat, lapor diri dan hadir pada tempoh yang ditetapkan.

Markah 100% dari report, buku log dan penilaian majikan ditempat praktikal. Takde Final. Maka, kalau korang takde report, tak datang tempat praktikal...cerita dia memang "see you next time"lah kan...

Preview:
  • Untuk ENT tugasan kita adalah untuk mencipta atau menginovasikan produk/barang/servis dan juga buat plan perniagaan. Dalam plan tu nanti kena tunjukkan semua maklumat tentang produk kita tadi bermula dari A - Z. Markah banyak pada 'business plan' tersebut. Subjek yang membina sikap usahawan dalam diri belia.
  • Cadas III banyak ceritakan tentang Stratastratum dan beberapa pekeliling yang diguna pakai dalam survey.
  • Bagi geodetic pula, penerangan dan pendedahan dalam triangulationtrilateration dan precise traversing. Semua topik dan kiraan berkaitan dengan tiga perkara ni. 
  • Remote Sensing dan GIS bagi pelajar Gemotik Tulen adalah penerangan secara ringkas. Maksudnya tak mendalam macam student AP121 dan AP122.
  • Survey Project takde final. Semua bergantung pada report, markah kumpulan LP dan presentation. (tertakluk pada lect.)
Pesanan:
  • Masa sem 5, kerja LP terasa banyak sangat. Memang banyak LP dari masuk kelas. Lagi-lagi survey project, totally LP (namalah survey project kan?) Untuk elakkan daripada buat kerja luar waktu, silalah buat LP pada waktunya dengan sebaik mungkin.
  • Study dulu cara apa yang digunakan sebelum buat LP (Surv.project, Geoid dan Cadas)
  • Kalau tak faham atau tak tau macam mana nak guna software, bolehlah rujuk pada yang tahu. Contoh staff kat stor ke, lect. ke, member yang pro ke etc. Sebab masa sem ni banyak guna software yang tak diajar secara khusus dalam kelas, so pandai-pandailah explore.
  • Guna peluang sebaik mungkin untuk melibatkan diri dalam report, data dan LP.
  • Kalau korang nak sambung degree, jangan lupa ambil MUET. 

*maaf kalau maklumat tak lengkap. Mungkin ada perubahan dari segi silibus dan kod subjek.
*masa sem 5 jugak kita kena cari tempat praktikal untuk semester 6.
*JUPEM= Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, JTS= Jabatan Tanah dan Survei, JTU= Jabatan Tanah dan Ukur

Thanks for reading!

11 comments

  1. Skrg last sem kan? may Allah ease everything for you Sofie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah last sem kak ros. sebulan je lagi baru habis...
      thanks for ur wish! :)

      Delete
  2. Hai.. saye pon student geomatik jugak... tp sem 4 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. holla junior! nebula kan? all the best for ur study!

      Delete
  3. Salam . boleh buat post mengenai praktikal jupem ? Btw saya geomass part 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, insyaAllah saya akan buat. tunggu dalam post akan datang ya! thanks sudi tanya :)

      Delete
    2. post tentang jupem boleh baca sini k!

      http://www.sofieadie.com/2016/05/praktikal-di-jupem-2.html#axzz48qPMRY00

      Delete
  4. assalam akak.. saya lepasan spm..akak kata sambung degree kene amik muet?? kene amik muet bila eh ke ade jugak periksa dalam course sains geomatik??.. maaf kalau soalan tak relevan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam henny, haah memang kena ada muet. ambik muet ni terpulang pada kita. tapi biasanya orang ambik samada masa sem 4 atau sem 5. supaya sijil muet tu valid masa nak apply degree nanti. kena rajin update dengan takwim muet.

      muet atas kita. kena alert tu paling penting. jangan terlepas tarikh penting dan lokasi untuk ambik muet tu.

      Delete
    2. ohh kiranya kita ambil muet ni secara persendirian lah.. faham2 tapi muet tu amik kat uitm jugak ke kene cari kat cari tempat lain sendiri??

      Delete
    3. haah. kalau nak ambik dekat utim pun boleh, nak ambik dekat tempat lain pun boleh. atas kita mana satu yang mudah. tapi kalau nak ambik, ramai2 satu batch baru syok!

      Delete

© SOFIEADIE. Design by FCD.