Cabaran belajar Geomatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Menjadi salah seorang pelajar Geomatik memang seronok. Sebab apa? sebab situasi pembelajaran yang berbeza bagi setiap subjek. Ia merangkumi lab, kerja lapangan, dewan kuliah dan kelas. Masa paling seronok dan mencabar adalah fieldwork. Dalam entri kali ni, aku nak share cabaran yang perlu dihadapi sepanjang menjadi pelajar Geomatik. Antaranya:

1- Cuaca

Kadang cuaca banyak memberi pengaruh kepada emosi pelajar Geomatik. Betul ni…Bila terlalu panas, kulit jadi gelap. Bila hujan, satu kerja LP pun takkan pernah siap. Jadi cuaca paling seronok adalah; berangin! Biasanya musim berangin ni hanya berlaku pada tengah tahun. Tertakluk jugaklah…

2- Alat

Isu alat tak cukup memang satu masalah. Lagi-lagi kalau masa giliran kita buat LP, alat takde. Ha…ini memang bikin panas. Tambah pulak banyak lagi kerja yang tak siap. Memang akan angin. Tapi, kalau pandai set masa dan kerja, nein problem bruh! Paling kecoh sekali bila hujung minggu, ramai yang buat kerja luar…memang tak akan cukup alat lah cerita dia…

3- Member LP

Biasanya, kumpulan site akan dikekalkan untuk setiap subjek yang ada kerja site. Sebab, senang nak discuss segala benda yang berkaitan dengan report atau project yang terbengkalai.. Masalahnya adalah, bila kita dapat ahli yang susah sangat nak bagi kerjasama. Memang sakit woh! Dahlah kena hadap untuk tiga subjek, setiap hari…satu semester…bayangkan…sebab tulah kena pilih betul-betul member LP nih..kalau boleh yang kita boleh buat macam family. Bukan apa, karang ada yang merana. tak pasal-pasal.

Be professional in your group..jangan campur aduk hal peribadi dengan kerja LP.

bila kau lapar tengah malam, tapi report berlambak…T~T

4- Report

Ada sesetengah LP group yang expert dengan kerja site, tapi lemah dalam buat report dan sebaliknya. Tapi, lebih baik kalau stabil keduanya. Ini adalah persediaan untuk latihan praktikal sem akhir nanti. Masa tu, semua kerja kita yang akan buat seorang. Jadi, dari sem satu lagi kena biasakan dirilah untuk stabilkan keduanya. Lambakan report memamgakan berlaku pada setiap hujung sem. Kes dia sebab, bila LP tak siap, report tak boleh nak jalan…tapi boleh je, buat yang teori awal-awal. Tdak hallah…

5- Kenderaan

Semakin senior, semakin jauh site yang kita akan dapat dan semakin besar kawasan yang diperlukan. Contohnya masa semester lima, keluasan 300mx300m diperlukan tanpa halangan dan setiap station saling nampak untuk subjek Geodesy. Maka, nak taknak kawasan bendang memang akan digunakan. Letaknya pulak bukan dekat, jauh nu ha…jadi, aku nak habaq awal…siapa yang rasa boleh bawa kenderaan tu, silalah bawak. Boleh tolong ringankan kerja kawan yang takde kenderaan langsung. [lagi-lagi kalau masa tu bulan puasa…pergh…maunya pengsan!]

6- Subjek ENT!

Masa sem lima, akan ada satu subjek keusahawanan yang wajib diambil. Sudahlah masa sem lima banyak kerja site daripada masuk kelas. ENT ni pulak benda yang memang lari jauh dari bidang kita. Subjek memang bagus, sebab dia bagi kita pengalaman uat bisnes plan sendiri. Kalau nak bukak bisnes, kira macam kita tahulah sikit selok belok dia…cabaran? agaklah sebab ada presentation…huhuhuhu..

Banyak lagi cabaran dia sebenarnya. Tapi yang paling terasa yang enam ni lah...tapi, Alhamdulillah semua cabaran tu dapat dihadapi walau sesukar manapun. Bila ingat balik, macam tak percaya pulak dah nak habis dah pun…padahal masa situasi tu berlaku, rasa macam diri ni tak boleh buat je…rasa macam nak quit…dan macam-macam lagilah rasa…tapi tulah..hidup mesti diteruskan…

Thanks for reading!
Dan tahniah untuk yang dah berjaya harungi sema cabaran ni!
*Applause….*

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Cabaran belajar Geomatik”

  1. Waalaikumsalam henny,
    bezanya; geomatik dia adalah fokus kepada menjadi land surveyor.
    manakala geoinformatik dia lebih kepada penggunaan GIS dan buat plan.

    dia macam sama, tapi bila menjurus kepada satu pilihan…dia punya spefikasi ada sedikit beza.

    kalau nak tahu lanjut boleh dm dekat ig. saya akan sambungkan dengan kawan yang sambung di utm ^_^

  2. Assalamualaikum akak saya nak tanya kalau lepasan diploma nak sambung degree ada dua (yg saya tgk kat utm) geomatik dan geoinformatik.. Apa beza dua tu ya?? Terima kasihh

  3. waalaikumsalam henny..
    bidang kerjaya dia awak akan involve dalam field dan jugak office.
    field sebab nak collect data, office pulak kena generate data tu dan terjemahkan dalam bentuk plan.

  4. insyaAllah ada disediakan pembantu dan anda memang kena rajin bertanya bila tak faham…
    tak pe…dulu saya pun sangat lemah dengan matematik… >_<

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top