Fight or Give Up?

March 21, 2016

Sejak dua menjak ni terlalu banyak peristiwa berlaku. Nak kata tragedi pun tidak, nak digelar sebagai moment tu...erm...bolehlah dikategorikan...dan aku rasa macam aku dah lama giler tak share cerita-cerita yang merapu, yang boleh buat orang sesat dalam hutan sampai boleh berjumpa dengan hero Tombiruo...[okayyy...sejak bila aku guna sesat dalam hutan ni? selalunya lemas dilaut, tak pun terbang dilangit....]

Sesat di hutan.
Rupanya ia lebih teruk rasanya daripada lemas atau jatuh terhempas. Sebab apa? sebab kat hutan, pelbagai hidupan yang hidup. Tak, bukan aku nak menidakkan yang kat dasar laut ngan kat langit tu takde hidupan...ada tu memang ada. Tapi hutan ni dia lain sikit. Dia macam ada semangat dia yang tersendiri. Semangat yang memanggil-manggil kita untuk terus meneroka hutan walau kita tau yang kita ni takut dengan semua jenis binatang.

Hutan ni macam diri kita. Selagi kita takde keyakinan untuk menghadapinya, selagi itulah kita akan terus sesat dalam hutan. 


Naa....see! tu baru 'tertulis' pasal sesat kat hutan, aku dah bagi satu perenggan ulasan. Kalau aku bagi tajuk entry ni sebagai sesat di hutan, tak taulah berapa muka aku akan huraikan..huhuhuhu. Maka kalian pun segera muntah berjemaah...T~T

Sebenarnya aku nak menceritakan dan berkongsi sebahagian realiti aku dengan alam maya. Untuk korang yang sudi menatap dan membaca setiap bait perkataan walau hanya sekadar picisan dari seorang budak yang semakin hitam dan tenggelam ke dasar 'lowest astronomical chart'. 

Tadi baru je habis briefing dari penyelaras pasal report-report yang akan dihantar pada hari rabu ni. Kau dengar tu hari RABU! Tapi, satu draft haram aku buat. Apa ke magnet negatif yang ada pada diriku ini semakin negatif sehingga kami tidak dapat bersatu? Jawabnya, aku yang kena beralih kutub. Cakap memang senangkan? nak 'walk the talk' tu yang macam langkah semut. 


Fight or Give Up??!
Tepuk dada tanya iman dalam diri. Teruknya rasa bila terpaksa meluruskan hati yang semakin lari arah sebenar. Aku pernah cakap dekat Sir yang guide kitaorang masa kem hydro hari tu...
"Sir bagi saya C pun saya dah kira bersyukur tu..."
Pastu Sir jawab; "Kenapa nak C? Awak dah datang praktikal, turun site sekali ke dua kali pun dah dikira C tau..."
Masa tu aku macam naikla sikit semangat. Cuba pupuk diri dengan berkata; "Yang terbaik selalu datang lambat..." 

Tapi.....lepas dengar briefing tadi, aku rasa macam kena jerut! Jerut dek kerana terpaksa berubah kutub dari Timur ke Barat! Sampai terteleng jugaklah kepala gua rasa....

Dan aku merasa kecil yang amat! Hanya Tuhan saja bisa mengerti betapa aku sudah hampir mahu berputus asa...tapi bila direnungkan kembali, masa yang tinggal berapa keratlah sangat kalau nak give up pun...macam sia-sia pulak...dan aku bangkit seperti kuih bangkit yang berwarna putih. T~T


Fight or Give Up.
Bukan lagi satu kekeliruan. Tapi sebuah keputusan yang aku harus pilih dengan waras. Ya, waras! Kerna kadang orang bijak jua bisa gila dalam membuat keputusan tika keadaan terhad...'Walk the talk' dude. Macam menyusuri tali tangsi tanpa memakai sebarang selipar. 

Jika kepayahan hari ini bisa memberi kegembiraan pada hari kemudian, aku pilih untuk menjadi gila buat sementara waktu. Ibarat minum air laut untuk hilangkan dahaga. Semakin diminum semakin haus...

Aku tak dapat nak fokus dalam dunia ni buat sementara waktu, kerana ada dunia lain memerlukan perhatian yang lebih besar dari dunia ini even dunia yang lagi satu itu aku berjalan dengan ragu-ragu. Rupanya final exam tu lagi senang daripada buat report. [Sebenar okay je dua-dua...tapi sebab minat tu telah dikambus dengan awan colombus, tu yang jadi macam ni ni....]

Okaylah, tadi bukak lappy nak buat report, tapi terlari pulak ke blog. huhuhuhuhu...Saja nak pesan kat korang yang hidup ni bukan satu pilihan tapi sebuah keputusan. Hidup takkan dapat dimulakan dalam pemilihan, tetapi bermula dengan satu keputusan yang PASTI. Jangan ragu-ragu even itu bukan kehendak kita.

Last but not least, thanx for reading my nonsense story...
All the best semua and never forget to fight for the best!

22 comments

  1. jangan berputus asa pada jalan Allah, mintalah pada Dia dengan jalan sabar dan mendirikan solat...inshaAllah segala kekusutan atau apa juga yang kita rasa pasti akan tenang

    teruskan berjuang

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah akan terus kuatkan semangat. thanks kak!

      Delete
  2. Salam sofie , bertabah la dan setuju sangat tang final exam lebih mudah dari report .. nangis jap terkenang tahun lepas

    ReplyDelete
  3. Fight dgn keputusan ! All the best sofie utk semua hal. Moga dipermudahkan segalanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin! thanks kim chaa atas kata2 semangat :)

      Delete
  4. all the best kak!lepas dah selesai segala report & final exam tu dapatlah akak relax2 kejap kan? hehe don't give up! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks tashira! :)
      betul2...susah dahulu sng kemudian...

      Delete
  5. pilihan atau keputusan.,
    dengan pilihan kita akan dpt keputusan.,
    dengn mnetapkan keputasan kita akan buat pilihan.,

    never give up keep figting., easy to say., hard to do.,
    =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap! easy to say...hard to do...

      if that easy..

      Delete
  6. Hi dear.. =) whatever you do, don't simply give up.! Embrace... Keep faith Allah is the best planner... Betul la tu, yg terbaik biasanya datang lambat... hehe

    ReplyDelete
  7. Ganbatte, Sofie-chan... ^^ always supoorting u sis..

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan segala urusan Sofie yer

    ReplyDelete
  9. disebalik kesulitan pasti ada kemudahan...teruskan berusaha

    ReplyDelete

© SOFIEADIE. Design by FCD.