#Gift4them: Kena return??

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Seusai balik dari kerja praktikal petang tadi, aku agak terkejutlah tengok bungkusan yang ‘seperti ku kenal tapi dimana ya?’. Lepas tu aku tengoklah maklumat.

Bungkusan tak dikenali?

Apasal pulak tak dikenali? Bukan alamat tulis semua dah betul ke? Pelik berganda pulak aku nih….Pastu aku pun buat semakan maklumat dari sang penerima dengan sang pengirim. Rasa macam dah betul. Tang mana pulak tak dikenali? “Telefon 5 kali tak jawab?” Rasa macam aku tak bagi nombor telefon, nombor mana pulak posmen ni call kata tak jawab? Pelik-pelik!

Oh, mesti korang yang baca lagi pelikkan? Apalah yang aku dok bebel pasal kena reject bagai…

Ingat tak hari tu yang aku kata, aku akan bagi hadiah kepada semua peserta contest [kecil] yang aku anjurkan? Kalau tak ingat, atau confused dengan benda apa yang sedang berlaku. Apa itu #Gift4them semua, rajinkan diri tengok entri-entri kat bawah ni:
Fuh! tak sangka sebanyak itu dah entri yang aku buat sepanjang contest dan proses penghantaran hadiah ni. Tapi dalam 20 peserta tu, ada seorang yang tak bagi respond langsung, sorang kena return balik [gambar package kat atas tadi] dan dalam dua parcel kot yang masih tersangkut kat pejabat pos laju bahagian penerima. 
Aku dah cuba email penerima, tapi senyap takde jawapan….sedih ooo…mungkin dia busy kot. Yang tak bagi respond langsung tu, aku pun dah macam tawar hati…kalau nak soh aku pos lagi sekali mungkin lambat lagi lah jawabnya. huhuhu…tak pun aku simpan je hadiah tu, untuk contest yang akan datang…tapi sayanglah…sebab aku dah target nak bagi semua yang join tu…
Kepada mereka yang dah terima, siap buat entri lagi, ada jugak yang PM aku dan beritahu diorang dah dapat hadiah tu, aku hargai sangat kerjasama dari korang semua! ^_^ Harap sangat korang jangan serik untuk belek laman serba gelap aku ni selepas dapat hadiah tu…

Walau kita tak pernah bersua, tapi biarlah hadiah tu jadi saksi di syurga. Siapa tahu kan?

Aku pun tak pasti apa keadaan hadiah yang masih belum sampai lagi tu. Sebab sekarang ni pos laju macam tengah cuti. So, mungkin ada kelewatan sikitlah. Dan aku rasa orang pertama yang dapat hadiah tu adalah penerima dari Penang. Wow! Sarawak ke Penang, jauh tu! Hari ni aku hantar, esoknya penerima bagitau yang dia dah dapat. Cepatlah tu kan? 
Andaikata, dua peserta tu tak bagi respon jugak, korang cadangkan aku buat apa? 
a) tak payah buat apa-apa
b) hantar email setiap hari kepada mereka
c) tunggu sampai mereka balas tanpa buat apa-apa
d) ………………………………
Kalau habis Januari, mereka tak balas jugak…kira expiredlah. Dah hantar, kena hantar balik pastu kalau hantar, posmen hantar balik..macam main-main pulak dengan posmen…sian posmen…penat pusing merata cari alamat. 
Buat mereka yang nak dapat buku-buku comel macam semua peserta, insyaAllah aku akan buat contest secara tahunan sebagai tanda menghargai pembaca di sini.

Secara tahunan pada bulan Disember sahaja. Dan penghantaran insyaAllah pada Januari. 

Okay tak kalau macam tu? sebab aku rasa blog ni takde makna kot tanpa korang. Ha, korang yang tengah baca ni lah…

Terpanjang pulak entri nih!
Thanx for reading and supporting ya!
p/s: untuk Sab, diharap awak bersabar ye. InsyaAllah hadiah tu akan sampai jugak kat awak nanti k?

Keep reading on

Batman vs Superman?

Hello there! Alhamdulillah masa GA MBO Cinema yang lepas, aku dapatlah dikira sebagai salah seorang …

Cerita 49 hari

Jam 0155. Instead of tidur melenakan diri disebabkan esok kena bersiap seawal mungkin untuk pergi …

Untold Story

“ASSALAMUALAIKUM”Salam jerebu satu Malaysia!hahaha….jerebu dah naik ke Perlis da….nak lepak kat Academic Height (A.H.) pun …

Forrest Gump

Forrest Gump adalah satu cerita yang penuh dengan dialog yang tersirat dan bermakna. Itu bagi …

Span atau Iguana?

Span atau Iguana? Span [atau ejaan betulnya sponge] Span sifatnya menyerap. Dia serap dan membersihkan. …

Captain Philips: Based on true story

Captain Philips adalah salah satu movie Tom Hanks yang bermain dengan perasaan penonton. Dalam cerita …

Any thought?

0 thoughts on “#Gift4them: Kena return??”

  1. Hadiah tadi posmen dtg hantar tapi sayang takde dekat rumahh .. urggghhhh .. lupa nk pesan dkt jiran suruh ambikkan T.T

    NOTE : Diam menyepi sebab internet habis quota bkn sbb busy renovated 'rumah' .. heheh

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *