Tawar hati dah...

January 26, 2016

Kenapa kita perlu jalankan latihan industri?
- Sebab nak cari pengalaman dan suasana kerja sebenar.

Kenapa perlu mengalami semua situasi sebenar?
- Sebagai kelebihan kepada pelajar supaya tak terlalu terkejut bila hadapi pekerjaan yang sebenar kelak.

Betul ke semua ni?
- Kadang betul jugaklah. Banyak keleihan sebenarnya bila masa belajar kita ada latihan industri/ praktikal.

Okay itu cerita pasal praktikal yang tinggal sebulan lebih lagi. Sebenar aku cuak jugak nak habiskan praktikal sebab rasa macam banyak lagi benda tak de atau tak tau. T_T


Apa jadi kalau bidang yang kita belajar ni, tak sama dengan bidang yang kita kerja nanti?
Contoh aku budak ukur tanah, tapi aku dapat kerja budak jualan. Kalau korang kat tempat aku, korang akan terima tak kerja tu? Kalau nak sambung degree pun, ada lebih kurang lima bulan lagi. Aku malas nak 'honeymoon' beria sangat sekarang. Dengan keadaan kewangan sendiri masih belum kukuh, memang simpanlah dulu semua impian tu sekarang. 

Target aku sangat besar untuk tahun nih. Sampai aku terpaksa fikirkan masak-masak dan sedalam-dalamnya hingga kerak bumi. Habis je belajar terus kerja. Tak kiralah kerja tu bidang aku ke tak. Tapi, bila aku suarakan hasrat aku...benda pertama yang akan bangkit adalah; 
'belajar jauh-jauh semata-mata kerja macam tu?'
tak pun, "belajar mahal/tinggi tapi kerja lebih kurang macam orang lain yang tak sambung belajar...T_T"

Itulah dia. Itulah perkara yang boleh mengurangkan rasa dalam hidup nih. Semua jadi tawar...entah ikan air tawar pun tak sanggup nak berenang dalam hati ni sebab tawar dia terlalu tawar...sampai takde udara untuk bernafas....


thanx for reading my nonsense entry...
rasa macam nak habiskan praktikal awal je...

p/s: bagi aku peluang untuk buktikan. ~the reason-hoobstank~ 

8 comments

  1. all d best kak sofie for your LI ^^

    ReplyDelete
  2. salam Feel you sofie, akak pon nak kerja biasa biasa je dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kalau nak tunggu kerja tu berbaloi, memang takkan dapat pengalaman...
      saya setuju kak.

      Delete
  3. lepas habis degree saya keje cashier jek. sementara nk dapat keje yang sekarang ni. ada je kawan2 saya yg keje guardian lepas habis degree dan sampai sekarang diorg masih keje guardian dan skng dah jadi store manager pun..2 org kawan saya macam tu. dari duduk rumah takde hasil, baik pegi keje..tak kisah lah keje apa pun..halal..lagi pun best sbb dapat pengalaman dan kawan2..biar lah apa org nak cakap..sebab last2 nanti yang hadap hidup ni, kita jugak. org-org cuma boleh tengok dan cakap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan??? nak takut dgn cakap org sampai bila kita takkan dapat apa yang kita nak. lagi2 duduk zaman serba serbi moden ni....setuju sangat dengan cerita kawan kak nad. perkongsian yang sangat bagus utk freshie macam saya....^_^

      Delete

© SOFIEADIE. Design by FCD.