Rant on cermin mata

January 03, 2016

Cermin mata.
Siapa pakai cermin mata mesti faham semua perasaan yang dilalui oleh setiap yang berkaca mata. Bila hujan, bila sejuk, bila ada wap, bila terpegang cermin dengan jari, dan macam-macam lagilah yang boleh menganggu penglihatan normal.

Kalau dulu boleh fikir orang yang pakai cermin mata ni semua bijak pandai, tapi bila sendiri pakai, kirim salam ajelah dengan istilah tu. Apa bijak tu disimpan oleh cermin mata ke? *sambil betulkan speck mata*


Siapa-siapa pun boleh bijak tanpa perlukan cermin mata sebenarnya. Asal pakai speck je doktor, asal pakai speck je bergaya, asal pakai speck je pandai, asal pakai speck je....dahlah sampai bila pun takkan habis.

Cermin mata.
Satu keperluan bukan kehendak. Keperluan kepada mereka yang rabun jauh, rabun dekat, silau...sebagai perlindungan kepada mata. Cermin mata tebal, power mata tinggi...cermin mata gelap, silau mata tinggi...cermin mata takde cermin...cucuk mata nak? kalau dah jadi trend tu, biar ajelah...asalkan dia tak ganggu sesiapa, sudah!

Apa sebenarnya aku nak cerita ni? 
Oh, terlupa ...awalnya aku nak cerita pasal impian 2016 ni kena lebih besar dari speck mata. 
Kenapa speck mata? Sebab dari matalah kita boleh buat penilaian. Bukan judgemental ek...selagi mata masih berfungsi, dengan bantuan cermin mata, gunalah sebaiknya untuk teroka dunia dan alam dengan bijak. Alang-alang dah pakai speck mata macam orang bijak, tak salah kita berfikiran genius kan? 


Cermin mata lagi....
Setiap dua tahun bertukar. Power pun macam tipu je...makin tukar, makin tinggi...asal tukar je, naiklah power tu. Nak-nak pulak kalau dulu pakai versi besi yang boleh karat telinga pakai...sekarang dah tukar ala-ala plastik. Tak perlu risau nak betulkan nose pads la, pad arms lah...semua dah terlekat rapi hanya pada speck. Mudah!

Dear cermin mata,
Terima kasih kerana membantu aku untuk menghadapi dunia dengan penuh jelas dan bergaya.
[perasan tak sudah!]

Kadang dengan cermin mata pun boleh mengajar kita melihat dunia dengan pelbagai presepsi.

Thanx for reading!

18 comments

  1. wah. betul :D
    eheheh alhamdulillah tak rabun hihu.
    tp qila ada bc tips satu tu dia ckp kalau taknak naik power jgn naikkan ha gitu ahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ek? tak pernah try pulak...bagusnya mata qila..hrp berkekalan hingga bila2..

      Delete
  2. suka quote dlm gmbr first! tersurat pun iye, tersirat pun sama T___T

    sofie taw kan bokeh? perasan tak kalau kita tgk lampu malam2 tanpa spec, view kita tu mcm bokeh? hehe kelakar rasa bila perasan benda ni ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah la....teruja pulak bila nina gtau!terus google tu nak cari pasal bokeh...hahahahha ^_^!

      Delete
  3. Paham perasaan tuu bila spek mata kena wap, jari terpegang cermin =.="
    Dulu dulu mmg org slalu ckp, mesti bijak sbb tu pakai spek tp sekarang org ckp mesti bnyk main gadget niih .. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan??dulu sebab banyak membaca....sekarang banyak jugak membaca...cuma medium dia berlainan je...hahahhaha

      Delete
  4. Yup.. Siapa yg pakai terpaksa pakai cermin mata je tahu betapa x bestnya kena pakai spek ni. Nak tidur pun susah, nak kena bukak spek dulu. Lagi2 kalau rabun power mata tinggi, smpai ke bilik air pun masih pakai lagi utk mandi. Kesian betul org rabun ni. Hahhaha..*gelak kt diri sendiri.

    Biasa time kecik2 je power asyik naik. Smpai satu tahap nanti, power tu x naik dah. Macam aku power rabun dh x naik lagi, tapi power silau tu still naik. Takpe la redha. At least aku mampu nampak lg keindahan alam ni, xde la buta terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahahah..samalah...

      ek?time kecik je ea? kira kalau power aku sampai sekarang lagi masih naik ni kira aku masih kecik lagi la kan? hahahhahahah

      Delete
  5. specs memang keperluan sangat sangat dahla rabun Hana ni teruk :( susah betul kalau tetiba hilang tak ingat letak mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. keperluan giler! samalah saya pun boleh dikategorikan rabun tahap tinggi..
      kalau masa hilang tak ingat letak mana tu, terus rasa macam bad day...huhuhuhu

      Delete
  6. ya Allah I really feel you. orang kata rabun ni ujian, salah satu nikmat yg Allah tarik balik. nasib baik kita mampu melihat dgn jelas sbb spec ni kan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan....jasa speck mata tak ternilai oleh org yang memerlukan...

      Delete
  7. Zumal pun pakai cermin mata, kekadang terfikir kalau la dulu jaga mata takde la terbuang duit kat cermin mata nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan DZ! kita tolong bagi rezeki dekat org yang jual cermin mata...^_^!

      Delete
  8. dulu, sebelum mata rosak, bila tengok orang pakai spek, rasa nak pakai jugaklah. haha. macam-macam buat untuk punahkan mata. adumakk. tapi, tak de lah sampai pergi ambik garpu cucuk mata. sakit~ huh. macam tengok tv dgn jarak dekat dan lain-lain. kemudian, bila mata dah rasa sakit, pergi check, ada rabun jauh dan silau. ahha. kemudian, pakai spek, mula-mula tak selesa dan menyesal jugaklah. tapi, kalau tak pakai, jatuh dalam longkang pulak.

    bila sekarang trend pakai spek besar plastik pulak dah, haha, rasa nak tukar pulak. tapi, bahagian kaca mata berminyak tu benci sungguh.

    sy ada kakak yang rabun jauh dan silau. tinggi jugaklah power dia sampai nak masuk tandas pun kene pakai gak. mata pun dah jadi bengkak semacam. ngeri sungguh.

    *maaf, panjang lak mengomen kat sini.* >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe...saya hargai sangat kalau orang sudi komen panjang2 ni :D

      what?? tomo sanggup wat gitu? huhuhu saya takyah buat memang gen rabun..huhuhu

      samalah..saya pun masuk tandas memang kena pakai speck. kalau tak merabalah cari uat gigi, berus gigi semua..hahahhahha

      annoying giler kalau terjadi part tu...dahlah minyak...makin dilap makin kabur lak...memang panas! T_T

      Delete

© SOFIEADIE. Design by FCD.