2016 huh?

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Semalam aku tido awal. Dalam pukul 10, aku dah sampai kat Iceland dah. Lepas tu bangun-bangun je, tengok jam…da 2016! Wow! 2016 huh? Genap 1 Januari ni, Collin Morgan dah 30 tahun. Aku? Aku…baru sebulan sebaya dengan Logan Lerman…sekarang semua orang dah panggil kakak…tak lama lagi mak cik…lepas tu umi…then Jaddah…last sekali yang tak dapat diduga pulak…arwah.

Tak, aku bukan nak hampakan tahun baru semua orang…aku tak nak jadi spoiler tahun baru…aku pun happy apa sebab tahun 2016 akhirnya muncul. Tahun yang bakal menentukan semua benda yang telah aku usahakan. InsyaAllah dalam tahun ni, aku grad…then kerja. Aku dah dewasa? Arghhhhh!!! Tak mahu dewasa! Dunia dewasa yang menakutkan! Tapi semua itu tetap berlaku walau aku tak hendak dan tak ingin…Empat tahun lagi 2020. 2020 bhai, wawasan 2020!
2016 huh?
Sorotan tahun paling best adalah tahun 2008. Sebab apa? sebab zaman tu zaman Sultan Mizan. Pastu aku dah lama tak buat koleksi sorotan tahun. Yang aku simpan hanya 2008 je. 2008 zaman rebel! 2008…zaman Mawi kahwin…zaman Faizal Tahir penuh kontroversi….lepas tu kawan aku ramai yang tak sokong dengan dia…hanya aku, muzik, kamu je yang setia sokong beliau…terlalu banyak 2008 ajar aku…
Imbas balik semua memori macam ada flash card dalam kepala. Bersediakah aku hadapi 2016 dengan penuh rasa kesyukuran? InsyaAllah….

2016 tu nombor je…takde apa yang akan berubah kalau bukan kita yang nakkan perubahan…

So, nak berubah atau ada azam, tak payah tunggu tahun baru…sebab hari-hari adalah tahun baru bagi orang yang mempunyai impian dan tujuan dalam hidup. Betul tak? 
Tahun baru itu sekadar momentum untuk kita lebih bersemangat. Macam fungsi cukup rasa dan pasti sedap,…samalah jugak dengan fungsi kedai Daiso. Diari aku pun dah bertukar dah….tapi setahun tak cukup satu diari wo….kena ada dua paling kurang…oh…sebut pasal diari, yang 20 nama kat sidebar aku ni harap dapat bersabar k? aku akan cuba settlekan hal penghantaran sebelum Januari habis….Untuk awal bulan ni korang boleh guna buku tiga lima dulu kot! hehehehe..
Dahlah…orang cerita 2016, aku dok sibuk bebel 2008…enam tahun dah berlalu…lupakanlah…

Aku harap 2016 akan menjadi tahun paling terbaik dalam hidup kita semua!


Ya, semoga kita semua sentiasa berada dalam kesyukuran untuk meraih erti sebuah kebahagiaan….

Keep reading on

Review Blog Fatin Liyana

Holla there! Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Fatin Liyana kerana berjaya menjadi salah seorang pemenang …

Tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas…

Holla!  Kabare kalian semua? Harapnya sihat wal’afiat. Aku? Aku macam nilah…tak banyak bunyi since 3011 …

Review Blog Opie

Holla there! For today I like to make a second review on Opie blog. Ha, …

Sains Geomatik?: Kenapa ambil kos ni?

sambungan dari ‘Sains Geomatik?’“Kenapa ambil kos ni?”  Soalan tu masih lagi ditanya oleh Sir Z …

Kenapa harus dipaksa?

Selalunya isu “mempersoalkan” ini, aku selalu letak dibawah labels ‘rant’. Tapi, aku tak nak me-‘ranting’ …

Week 1: Rasa Tua

Hallo, it’s me… I was wondering if after all these years you’d like to meet.. …

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *