Bebas berantai

January 12, 2016

Bebas berantai ni dia punya lingkungan tak besar. Radius dia pun tak panjang. Macam sempadan Sarawak kat Laut China Selatan la lebih kurang. Nampak macam besar, tapi tak boleh pergi jauh. Bila lebih dari had, kita kan dipersalahkan kerana melanggar peraturan. Macam zombi yang terikat dengan rantai besi. Dapat bayangkan tak?

Samalah seperti orang yang hidup dia penuh kebebasan, tapi jiwa dia terbelenggu. Boleh jugak disamakan dengan burung merak, bersayap tapi tak boleh terbang. Nak bebas tapi ada rantai yang menjerut. Ronta atau biarkan, tetap akan mati. Jadi jalan selamat, pilihlah bertenang. Seperti dibiarkan tapi dalam minda penuh perancangan. Susun atur nafas dengan perlahan supaya tak tewas kerana putus harapan.


Bebas berantai situasi dia tak sama dengan gantung tak bertali atau layang-layang putus tali. Gantung tak bertali dengan layang-layang putus tali ni, kalau dia jatuh atau terhempas, memang teruk kesan dia. Konsep dimana letaknya rantai atau tali tu bergantung pada presepsi seseorang.

Kadang letaknya di pergelangan tangan seperti gelang, kadang seperti rantai yang memukau tapi bisa menjerut. Boleh jadi seperti gelang besi dikaki seperti banduan merbahaya. Kadang tali itu digenggam oleh kita. Ada masanya jugak tali tu seperti pelampung ketika kita lemas, seperti sayap ketika kita hampir terhempas dan seperti titian untuk kita ke seberang.


Siapalah taknak hidup bebaskan? Bebas dari apa jua segi yang hanya korang sendiri tahu definisinya. Dalam terlalu teruja untuk hidup bebas, jangan sampai tersalah melepaskan tali dalam genggaman atau memutuskan rantai yang diikat. Sebab boleh jadi tali atau rantai itu adalah hidayah dari Tuhan. 

Maka fleksible kan ‘tali hidup’. Supaya ‘tali itu’ dapat membawa kita lebih jauh dan selamat ke destinasi impian.


Fuh! sekarang ni aku pulak yang rasa terpenjara. 
Thanx for reading!

10 comments

  1. kindly feel it right now.. huhuhu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh! beratnya rasakan? tabahlah ct...insyaAllah kan temui jalannya

      Delete
  2. saya setuju~ kadang2 rasa diri macam bebas, hakikatnya kita tetap terikat... terikat dengan rasa bersalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...rasa bersalah yg jadi pembunuh dalam diri...

      Delete
  3. yesss! kadang-kadang kita terasa ada yang mengikat kita sampai kita rasa terbeban. tapi kalau kita bijak menilai erti sebalik 'ikatan' tu.. InShaaAllah ada hikmahnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah....definisinya terlalu dalam...hikmahnya pun insyaAllah berbaloi...

      Delete
  4. cik enkena baca 2 kali untuk memahaminya.. cik en faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah! bagus nya cik en cuba fahmkan! heheheh....thanks cik en!
      ^_^

      Delete

© SOFIEADIE. Design by FCD.