Panas Otak!

January 08, 2016

Panas otak 
Ia berlaku bila kita ada idea tapi takde ayat nak diluahkan. Boleh jadi jugak dia berlaku sebab kita terlalu lama mengadap PC tanpa mengalih pandangan ke tempat lain. Kalau situasi macam ni berlaku, bilik yang sejuk pun boleh jadi panas. Siap berpeluh lagi!

Macam tadi, tadilah kot...nak pilih rumah sewa untuk duduk masa viva nanti...sampai otak ni panas. Jem sekejap! dengan busy nak tanya sape je yang nak duduk rumah sewa pastu takde respon. Dari panas otak, boleh turun jadi panas hati. Takpelah, mungkin semua tido awal kot! 


Kitaorang tengah cari rumah sewa yang fully furnished kat sekitar Arau, Kalau boleh dekat dengan kampuslah. Harga yang kitaorang [enam ke lapan orang], bajet sekitar paling mahal 2.4k untuk 53 hari. Itu yang pakcik ni bagilah. Memang harga dah okey sebab termasuk semua bil. Kitaorang pun macam, murahlah tu kan?

Tapi, masalahnya belum lagi bagi kata putus, pak cik tu dah siap bagi nombor akaun lagi suruh bank in deposit. Ai, pak cik biar bebenar? Sebab sekarang yang setuju baru empat orang. Yang lain masih belum respon lagi. Tapi aku dah pesan awal la kat pakcik tu supaya bersabar. No need to rush la...Dia pun okay je lah. 

Panas otak sebab tak membaca kot aku rasa. Tepu je otak ni asyik pandang skrin. Itulah biasanya mood membaca ni naik hantu masa kat U...masa ada final sibuk nak baca novel. Bila dah free macam ni, mood dia tersangkut. Macam nak baca, tapi tak nak baca novel. Sebab nak move on selepas baca sesebuah novel tu makan masa ooo...lagi-lagi kalau baca novel RAM. Tak pun novel Noor Suraya. Yang paling susah sekali nak move on, novel tulisan Pingu Toha dengan Kak shai! Sampai tak boleh nak bezakan mana satu realiti.


So, bacaan aku sekarang more kepada motivasi. Tak pun, panduan ke...selain tu macam...buku-buku yang kurang digemar orang. Contohnya, 'Increasing you financial IQ'. Asal aku baca je, bila orang tanya; "Ko baca buku apa?" Aku pun tunjukkan cover. Pastu si tukang tanya tu pun macam; "Oh" So, motivasi aku macam down bila buku yang menarik dan penting orang bagi respon macam tu. Tapi, aku abaikan je perasaan tu sebab janji aku bahagia baca buku tu. 

Bahan bacaan tu depends gak r. Takdelah semua bahan berat aku baca. Ada jugak kadang nak baca yang ringan-ringan, carilah majalah. Tapi, majalah sekarang mahal wo...dulu lima ringat, sekarang sepuluh ringgit...Gila tak gila!

Okaylah, panas dah otak aku bebel pasal panas otak ni. Mentang-mentang esoK Jumaat, sekati je tido lambat! Tak sedar esok kerja...okaylah...aku chiao lu! 

Jangan panas-panas otak baca blog aku...thanx for reading!

14 comments

  1. hahahaha, tak takk.. tak panas baca blog sofie :D

    ReplyDelete
  2. macam mana panas otak tu ???
    haha..tak pernah kena lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia macam tepu tahap giga...xpernah kena? erm, baguslah diya...

      Delete
  3. try baca novel fixi! hahaah dijamin best :P hahahaha anyway,harap sofi dapat selesaikan masalah sofi tu. mohon tabah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. fixi?? ha, tulah...masih dalam pencarian org lagi...terima kasih tashira..

      Delete
  4. Sejukkan otak, nnt meletoop takde dah orang nak taip entry dkt blog nii =D

    ReplyDelete
  5. "Oh".. Adeh alamak terasa sebab MD sendiri pon jarang baca buku2 motivasi.. Panas otak sebab cuaca panas betul sekarang.. Semoga dipermudahkan segala urusan..

    MD follow sini =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? boleh jadi sebab cuaca mmg panas giler skrg...thanks MD sudi follow sini...

      Delete
  6. hehehe, bertenang sofie :)
    nak sejukkan, try rendam dalam air batu... hahaha (jangan dibuat, just kidding)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha baru nak buat......adeh!!
      xpe2 bawak tido okay la ni...

      Delete
  7. kalau time-time mau panas otak tu ce try duduk depan icebox.. manatau sejukk.. hahahaha chill, sofie. jangan panas-panas :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh....dah letak otak dlm icebox dah pun lissa..jgn risau, nanti dah beku saya masukkan balik dlm kepala ni...okay?

      Delete

© SOFIEADIE. Design by FCD.