Terbang dilangit atau Renang didasar….

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
I heart Ramadhan 1440H
Peluang
Endgame dan Hantu Kabel
Move On zillion time
Too March stories
Self Care On A Budget
Aku tak taulah pasal apa ayat aku sejak dua menjak ni macam ‘berat’ je nak keluar. Bila dah keluar rasa ‘dalam’ je baca. Macam ada maksud dalam maksud yang dimaksudkan tanpa maksud yang sebenar ingin disampaikan. Fuh! Apakebendanya tu? Aku yang nak tulis pun boleh hela nafas berat, inikan orang yang membacanya. 
Nak baca satu hal. Nak interprets lagi satu hal. Hari ni rabu semua orang ayat kurang, gambar lebih. Yang aku pulak, ayat lebih gambar kurang. Suka hatilah labu….
Apa maksud terbang dilangit?
Terbang dilangit ni istilah untuk sebuah kebebasan yang selalu diguna oleh ramai orang. Asal terbang je, bebas. Asal bebas je, melayang. Satu gambaran perasaan tanpa sebarang rintangan. Padahal nak terbang pun banyak rintangan sebenarnya.
Habis renang didasar tu bebas ke? 
Aku tak pandai berenang. Bagi aku istilah ni seperti bunuh dirilah. Nak kedasar laut buat apa? Boleh pecah kepala dek tekanan lautan dengan kegelapan yang penuh binatang pelik-pelik. Tak maulah!

Sebenarnya kita semua nak terbang dilangit dan takut untuk renang didasar. Sebab apa? Sebab benda dilangit semua orang boleh nampak, tapi benda dalam laut, tak semua berani tengok.

Dasar tu aku boleh samakan dengan sisi-sisi dalam diri seseorang. Ada cantik, ada gelap, ada pearl, ada ikan jerung, ada Nemo, ada spongebob…dan macam-macam! sebab tu ada lagu kata…“Don’t get too close, it’s dark inside…” 

Langit? Langit itu posisi kita dalam lingkungan sosial. Apasal pulak? Sebab, warna laut datangnya dari pantulan dan penyerapan persekitaran dia. Yang paling memberi impak pada warna dia, adalah langit dan benda yang ada dalam laut tu. Pantulan tu datang dari warna. Warna datangnya dari mainan cahaya. Dan cahaya itu adalah lambang jiwa kita.

So, choose your society wisely because it determine your personality…

Dan lagi sekali aku tertulis entri ‘berat’ yang mungkin sukar dihadam. Dan aku terpaksa ‘kunyah’ lebih dari 33 kali bagi senang telan. ‘Blender’kan lagi bagus! Jalan singkat tak selalunya berkat. Oh God! aku rasa minda aku dah sesat dalam lautan hingga ke dasar mean lower low water…Dan aku patut hentikan tarian jari diatas papan kekunci ni. 
For those yang baca dengan gigih dan cuba untuk faham, aku ucapkan tahniah dan terima kasih sejauh pluto dipandangan dan sedalam dasar lautan.
Dah…aku dah habis….thanx for reading again!

Keep reading on

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading