Our Times buat aku tergila-gila!

January 10, 2016


Oh God! Still tersengih sendiri time entri ni ditaip! Cool down jap....Dah okey kot! 

Our Times!
Semalam time aku jenjalan di blog, tetiba nampak blog Laki Terok buat review pasal cerita "Our Times"...aku apa lagi, terus masukkan dalam list cerita nak tengok kalau free nanti. Gedong mata tak ngantok lagi, aku terus layan online. Mula tengok trailer lu...pastu rasa macam; tak boleh jadi ni ada 'Tian Yu' pulak tu...[Tian Yu nama lakonan Joe Chen dalam drama "The Prince Who Turns Into a Frog"] tu yang habis je cerita ni, rasa masih terbayang-bayang sengihan dan air mata Hsu Taiyu dan Lin Truly.

Our Times,
Buat aku keluarkan air mata dan ketawa tetiba. Dalam masa yang sama aku pun mendalami watak lakonan diorang. Rasa macam bodohnya percayakan surat amaran berantai yang kononnya kalau tak disampaikan pada orang lain kita akan ditimpa malapetaka. Pastu, rasa macam aku pun alami situasi tu padahal aku langsung tak pernah berada di situasi tu.


Line Hsu Taiyu yang mungkin akan jadi tagline untuk jadi nakal sekejap;

"If you never done that in your uniform, you will regret it in the future..."

Pastu ada jugak dialog yang rasa macam, betul apa yang dia cakap....

Hsu Taiyu: Let me tell you how not to fall...
Lin Truly: What's the tip?
Hsu Taiyu: Don't be afraid of falling!

Dan banyaklah lagi line-line yang buat rasa cerita ni penuh isi. Plus rating cerita ni pun agak tinggi. Aku rate 8/10 secara keseluruhan.


Iyap! Betulla apa yang ditulis Laki Terok...cerita ni memang sedih....perasaan yang sama masa Layan cerita First Love (thailand movie). Memang lepas tengok, tergila dengan P shone...nanges tu nanges la jugak...adalah boleh dikira berapa kali bunyi sroot-sroot...

Haish...kan tak pasal-pasal angau dengan si Wang Darren ni....aiyooo...yang bestnya, aku tak tau pun ni cerita Oktober lepas. Mati-matilah aku ingat cerita lama. Sebab serius, memang sebijik scene macam cerita lama semua...dengan kaset, kedai-kedai dia...nostalgic giler! Patutlah LT pun boleh tulis dia nak pi layan cerita ni untuk kali kedua. Wajib masuk dalam koleksi movie nih!

Sebelum aku habiskan entri ni, aku tinggalkan trailer untuk bagi korang feel movie ni...

Thanx for reading and watching!

*oh God! takleh nak move on pulak!

22 comments

  1. Gileeer review menggoda .. dah laa minat dengan tian yu doloo doloo .. dekat utube ada full movie ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat utube macam ada tp part2 la...so saya tengok kat pubfilm...
      boleh klik kat bawah ni..

      Our time

      Delete
  2. bestnya! masuk dalam list la hehe ngah layan Remember ngan Cheese in the Trap sekarang ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah boleh aje.....tak rugi tengok cerita ni!
      thumbs up!

      Delete
  3. wahhhhh, nampak menarik... sekarang memang banyak jugak ek drama Taiwan / Korea yg versi trobek2 ni... nak tengok la nanti ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg menarik pun Ct! tulah cerita throwback mcm ni buat kita rindu dgn zaman sekolah....

      Delete
  4. wah nak tengoklah! thanks sofie sbb share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome Fieyqa! memang kena tengok!!

      Delete
    2. fieyqa dah tengok haritu! best gila! nangis2 kau hahaha

      Delete
    3. hhahahaha....cukup xsedia tisu? pastu mesti usah nak move on kan?

      Delete
  5. tengok muka pelakon laki tu pun dah tergoda bhahahahaha :P taiwan eh? selama ni tak pernah lagi tgk film taiwan,selalu korea jeeee >.< sy dah masukkan dalam film list! hahaaha thnks sofe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha....a'ah taiwan nye cerita...
      u're welocme tashira!
      ^_^

      Delete
  6. Macam best je. Nak tengoklah. Hehe

    ReplyDelete
  7. Salam. done follow sini. jemput join ^_^

    http://www.yayacendana.com/2016/01/segmen-blogwalking-yaya-cendana.html?m=0/

    ReplyDelete
  8. HAHAHA baru terperasan ada orang Sofie mention dalam post ni. YESS! Our Times memang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha.....thanks for review bro! nasib baik da boleh move on...

      Delete

© SOFIEADIE. Design by FCD.