Soal tentang sebuah Impian

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Impian. 
Semua orang ada impian. Impian besar, kecil, jangka masa yang panjang atau pendek. Apa beza impian, matlamat, motto, visi, misi, semua tu? Adakah semua benda ni hanya kita buat pada setiap kali menjelmanya tahun baru? Tak boleh ke kita tukar semua impian, azam dan tekad kita ni setiap hari? Tak boleh ke?

Siapa kata tak boleh. Digalakkan lagi adalah! Sebab apa kita perlu hidup diatas semua impian ni? Supaya kita hidup bertujuan. Balik pada basic tujuan kita hidup yang sebenar. Apa tujuannya? Beribadah. Itu yang jelas lagi termaktub dalam kalam suci Alquran. 

Konsep ibadah itu sangatlah luas. Bukan sekadar hanya menunaikan rukun yang lima mahupun yang enam. Tapi lebih pada tu. Misalnya macam menulis kalau kita niatkan untuk menyebarkan sesuatu kebaikan kepada seseorang juga boleh dikira sebagai ibadah.

Soal tentang impian. 

Impian itu biarlah mustahil diakal bukan untuk digapai. 


Bila kita ada impian, kita mula merangka objektif hidup kita. Kita bina visi dan misi serta matlamat yang perlu digapai agar impian kita tadi terlaksana. Kenapa perlu ada Impian dalam hidup? Supaya hidup kita ada sasaran dan tujuan. Bak kata pepatah orang dedulu;

“If you fail to plan, you are planning to fail…”


Dulu masa aku kecil, impian aku tersangatlah besarnya. Impian aku adalah nak buka sebuah sekolah dan sebuah hotel. Tercapaikah impian aku tu? *jeda panjang…* Adakah jalan yang aku susuri sekarang menuju kearah impian aku tadi? Geleng kepala. Langsung tak sama bhai! 
Tapi, jalan yang berbeza bukanlah bermaksud destinasi berubah. Macam jalan raya. Jalan nak ke Bandar ada berapa selalunya? Macam tu jugaklah jalan menuju ke impian kita. Yang penting jangan pernah putus asa. Sekali putus asa, kita akan hilang panduan.
Dalam perjalanan impian seseorang, kita tak boleh nak bandingkan dengan orang lain. Ha, bab banding membandingkan ni janganlah dibuat kat orang. Dengan harga barang takpe. Benda ni sangat sensitive. Sebab lain manusia lain peelnya. Alternative untuk mengejar impian kita tu pulak banyak. Zaman sekarang ni orang kata, nak dengan tak nak je. Semua dah ada depan mata.

Impian jangka pendek aku dah habis. Yang tinggal impian jangka masa yang panjang. Masa sekarang? Geleng kepada dongak ke langit. Masih lagi mencari jalan supaya tak sesat…last but not least from me…

Jika mimpi menarikmu hingga kau terleka untuk bangun, Maka bangkitlah untuk merealisasikannya hingga kau terlupa untuk tidur…


Thanks for reading and don’t forget to catch your dream!

Keep reading on

“Jodoh Itu Milik Kita?”

Memandangkan cuti sem masih lagi berbaki 8 minggu sebelum masuk ke sem yang seterusnya, maka …

Mencarik Rindu…

Kerja gila. 1. Untuk pertama kali bawa kereta auto, aku sendirian merempuh highway. Berpandukan google maps, syukur …

Selagi cuti masih ada…

Dalam debaran persiapan untuk ke fasa kehidupan seterusnya, ada satu benda yang aku agak sukar …

Kawan…

Kawan itu… Tidak dihitung pada waktu gembira, Tapi dibilang pada waktu berduka Kawan itu.. Satu …

The Healer: How I handle my dark phase

Semester baru nak start. Itu semua student dah maklum. Lagi-lagi bagi student UiTM. Seronok cuti nampak? …

Aku dan Blogger #2

Holla! Kabare kalian semua…sihat? Blog kalian sihat seperti tuannya? Jika ya jawapan kalian, tahniah saya …

Any thought?

0 thoughts on “Soal tentang sebuah Impian”

  1. Masa kecik bukan main banyak impian tapi tak semua dapat capai. tapi betullah macam sofie cakap, jalan nak mengejar impian tu bukan satu je. ada jalan dekat, ada jalan jauh. mungkin faktor takdir jugak Tuhan dah tetapkan jalan kita macam mana. yg penting impian tu mesti ada kan? hihi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *