Universiti atau kolej
tidak menyediakan kita kehidupan yang sebenar. Jika kita seorang pelajar
sepenuh masa, kita mungkin tidak mempunyai banyak peluang atau masa untuk
menyertai sebarang kerja sambilan disebabkan jadual yang begitu padat. Walau bagaimanapun,
pinjaman pelajar membuatkan seseorang itu sukar untuk menumpukan perhatian
dalam kelas kerana hutang yang semakin menaik dan meningkat lebih tinggi,
menyebabkan kita menjadi lebih miskin.
Tambahan pula, tempoh
tamat pengajian menjadi semakin dekat dan lebih dekat, pelajar biasanya mula
panik. Apa sekarang? Apakah yang saya akan buat? Saya berhutang begitu banyak
wang, bagaimana saya akan membayar balik pinjaman ini?
Menurut satu tinjauan
baru-baru ini, hanya 16% daripada graduan kelas 2013 mendapat tawaran kerja
pada sebulan sebelum tamat pengajian. Walau bagaimanapun, peratusan ini telah
meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 8% dalam tempoh dua tahun yang lepas.
Rahsianya adalah, menyelesaikan latihan industri dengan
cemerlang sebelum menamatkan pengajian. Pada tahun 2013, hampir separuh daripada
graduan mendapat pekerjaan daripada latihan industri. Oleh itu, kelas 2015
telah menggenggam idea ini sebagai salah satu faktor reality dimana lebih
daripada 70% graduan menamatkan latihan industri ketika masih berada di dalam
universiti atau kolej.
Situasi ini
bergantung kepada pelajar samada mahu mencari pekerjaan selepas tamat pengajian
ataupun tidak. Kerja idaman kita tidak akan muncul dengan ajaib, kita perlu
berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kita perlulah
berusaha dengan gigih lagi bagi mendapat pekerjaan yang kita idamkan. Sekiranya
impian kita masih belum tercapai, gunalah cara lain kerana dimana ada kemahuan,
pasti ada jalan.
Sebagai generasi
milenium, kita bertuah kerana sentiasa dikelilingi oleh teknologi.dan peranti
yang lebih elektronik. Terdapat banyak agregator pencarian kerja dan papan
pekerjaan di web, aplikasi dan blog yang boleh membantu kita dalam pencarian.
Kebanyakan daripada mereka juga menyenaraikan semua pekerjaan atau latihan
industri yang berhampiran. Kita boleh mula mencari mengikut lokasi, syarikat
atau kata kunci. Dunia internet terlalu penuh dengan kemungkinan yang masih
belum diterokai!
Kita juga boleh
melawat pusat kerjaya kolej untuk meminta nasihat daripada profesional dan tips
bagaimana untuk mencari pekerjaan. Kita mestilah bersiap siaga dengan sebarang
kemungkinan pada masa akan datang. Jadi, untuk mendapat keputusan yang sangat
baik, kita perlulah mempunyai resume yang lengkap, berpakaian kemas, melakukan
kajian tentang syarikat sebelum temuduga dan yang paling penting...

betul tu. yang penting time latihan ndustri tu cari syarikat yg betul2 kita nak kerja. cuba dapatkan yang terbaik. jangan p l.i dekat seven e pulak. good entry
BalasPadamkan?? setuju sgt. kena serius masa nak cari tmpt praktikal...kalau tidak...wat naya ja! thanks!
Padamnice sharing :D
BalasPadammembantu sangat entry nie :)
thanks BV!
Padamdone join! thanks for inviting! :D
BalasPadam