Maaf, lidah aku berbelit…

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

“Maaf”

Itulah perkataan yang sukar diucapkan jika berlaku perang dingin antara dua benua yang hangat bergolak. Puncanya hanya satu, EGO! Usahlah berkata egoku rendah, egomu yang tinggi kalau tiada yang beralah. 
Ego boleh menghancurkan apa-apa sahaja dalam sekelip mata. Walau setinggi mana ilmu di dada, jika ego yang bermaharajalela, nilainya sudah tiada.

Maaf, lidah aku berbelit.

Dalam hidup ini kita akan belajar, tanpa kisah semalam, tiada hari ini mahupun hari esok. Benar bukan? Tanpa sebarang rujuk kita akan menuding tunjuk. Angguk sambil tertunduk-tunduk. 
Sejuta dosa memang sukar diampun hanya dengan seungkai kata maaf. Ia, itu aku akur. Siapa kita mahu bermuka-muka, jika air ditalam sudah terpercik. Sakit yang nyilunya tidak terasa lagi. Kebal!
Lama-lama menjadi bebal dan sebal dengan definisi yang kian menebal. Satu huruf mungkin ada maknanya. Empat huruf itu jika jujur dari hati, dibaca dengan hati yang suci tanpa sekelumit benci, kau pasti akan mudah menerimanya…Ah! Akukah yang masih ego?

Maaf, aku sudah pening.

Nah…aku tiada tempat langsung untuk sebarang memori didunia ini. Usah risau kerana ini bukan asalku. Habis, kau berasal dari mana? Dunia tanpa hujung jari…(sambil menunjuk tangan yang tidak berjari…)
Hairan? Sebab di dunia kami, jari itu digunakan untuk tunjuk mengaji…Ugh! Double meaninglah kau ni! Sudah aku pergi dulu. Bercakap sama kau seperti orang tak siuman aku dibuatnya. Silap hari bulan, orang kata aku yang gila!

Maaf, jari aku masih menaip…

Damailah kau disana. Moga sejarah semalam tidakkan berulang dimasa hadapan. Jika api pun boleh menyala dalam air, tiada apa lagi yang dapat dikatakan. Setiap penawar, pastu miliki racun. Begitulah tawaran hidup ini.

Maaf, aku undur diri,

Tiada sebarang emosi dalam setiap isi,
Sekadar berbasa-basi,
Jika terasa disudut hati,
Maaf dari diri yang hina ini.

Keep reading on

Ke-ter-nampak-kan yang kabur

Dalam dunia ni ada banyak perkara. Salah satunya adalah perkara yang nampak dan perkara yang …

Tahniah kepada pemenang!

Holla there! Setelah dua minggu berlangsungnya “Simply Segmen by Shawal & Sofie”, akhirnya kami telah …

Things make me LAZY to update the blog!

Satu perkara bila kita dah buat blog cantik dan lawa ni adalah, kita tak boleh …

1027:2710

2710 Empat tahun berlalu.. Tanpa khabar tanpa berita Tanpa suara, tanpa cerita… Kau hidup kau, …

Farewell October!

Aku tahu, orang dah mula tertanya…mana aku yang dulu? aku yang suka berhujah tentang hidup, …

Seorang itu bebas

“ASSALAMUALAIKUM”(ini bukan khayalan, tapi realiti yang tak pernah wujud…)Dengan bertemankan radio Sinarfm, burger daging 2.50 …

Any thought?

0 thoughts on “Maaf, lidah aku berbelit…”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top