Kenapa pilih Huawei P9?

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Holla there!

Baru nak timbul balik selepas seminggu misi pencarian smartphone paling awesome kurun ini. Iya ke ‘paling awesome’? Okay, ini berdasarkan empat mata akulah yang mengatakan bahawa sesungguhnya Huawei P9 Plus adalah smartphone paling awesome! Ada apa dengan Huawei P9 ni?
Huawei P9 baru je diperkenalkan pada April lepas dan dilancarkan di Asia pada 5 May, iaitu dua hari yang lepas. Yang bestnya tentang smartphone Huawei kali ni adalah dia ada kerjasama dengan Leica. Leica ni kalau korang nak tau adalah satu jenama kamera yang paling tip top selain daripada Canon dan Nikon. Dalam bidang geomatik pun, ada guna jenama Leica. Namanya Leica Total Station. (Gila tak teruja!) Okay, aku bukan nak cerita pasal Leica, lagipun korang boleh try google sendiri siapa Leica tu. 
Dalam kategori P9 ni pulak ada tiga iaitu P9, P9 Lite dan P9 Plus. Paling yang aku rasa nak memiliki sangat adalah P9 Plus. Sebab apa P9 Plus? Benda ‘plus-plus’ ni bagi aku dia macam ada lebih sikit dari yang lain. Special dia macam beza antara “A solid” dan juga “A plus”. Korang mesti tau kan perasaan perbezaan ni? 
Sebelum aku terliur dengan P9 Plus ni, aku senarai pendekkan smartphone yang aku memang nak dari pelbagai sudut. First, aku nak camera yang lawa
Pilihan: iPhone 6, Samsung S7 Edge, Sony Z5, Huawei Mate 8. 
Lepas tu aku pendekkan lagi senarai, tinggal Z5, Mate8 dan S7 Edge. 
(Cara cakap macam right now na na na nak beli kan?) Ini pelan perancangan untuk cari the best smartphone. Ko kena faham tu…
Lepas tu, aku compare lagi…
Sony, aku punya adik yang addicted sangat. Tak mbohlah kacau. Samsung lak, aku dah pernah try. Maka tinggallah Mate 8. Dalam berkira-kira nak Mate 8, aku pun ushalah sekejap kat P9 plus. Kotlah gambar dia lawa ke apa, maka jumpalah video kat bawah ni. Dan ini telah menebalkan lagi hasrat aku untuk memilik P9 Plus. 
Specification antara ketiga-tiga P9 secara detailnya korang boleh baca sini. Kat situ aku buat compare antara P9, P9 Plus dan Mate 8. Jujurnya memang Mate 8 awesome gak, Incase P9 Plus tu harga dia di atas keupayaan aku untuk memilikinya, mungkin Mate 8 lah galang gantinya….(ayat pasrah…) Kat bawah ni pulak video specifikasi antara Mate 8 dan P9 Plus 
Dua-dua ada lebih kurang masing-masing. Mana yang Mate8 ada P9 pulak takde. Mana yang P9 ada, Mate8 takde. Itu namanya, strategi pemasaran. Aku sebagai consumer ni kenalah membuat keputusan dengan bijak dan bernas…susah jugakkan nak membuat keputusan ni. Lagi-lagi melibatkan duit. 
Kenapa pilih Huawei P9?
Satu:- Faktor camera. Sementara aku gali duit untuk beli camera Mirror-less ke DSLR ke GoPro ke SJCam etc.
Dua:- Paling smart antara yang ter”smart”. Sebab aku bukan jenis yang tukar phone setiap sem abad. As long dia bagus, aku akan gunalah. 
Tiga:- Ada kolaborasi dengan Leica.
Empat:- Test market Huawei. 
Tu jelah kot cerita pasal P9 ni. Buat aku rasa macam nak membanting tulang pulak. Masih fresh kat market confirm harga dia tiga kali gaji pun belum mampu milik lagi. Lagipun, aku tengok iklan kat nuffnang baru review G8. Senior dua tahun dari P9. Okaylah, P9, see you when I see you!
Thanks for reading!

Keep reading on

Bila umi tanya…

“ASSALAMUALAIKUM”Cerita petang tadi.Sambil main sim dan makan buah jambu cicah asam dengan umi.Umi: Result dah …

Cuti Raya di Mana???

“ASSALAMUALAIKUM”Cuti raya di mana??Of courselah kat Miri!Alhamdulillah, dengan selamatnya aku telah pun tiba di rumah …

Pamitan sebuah December

December. Bulan aku kata dia. Ah, selamat hari tua bisiknya sendiri. Umur sudah meningkat tiada …

Asing.

‘Cik datang sini shopping ke?’ tanya Encik Grab Car. Aku hanya angguk dan mengiyakan. ‘Haah, …

Noktah

Assalamualaikum kitak orang semua! Ari tok aku mok berloya pasal ‘NOKTAH’. Apakah itu noktah? Tanda …

Summary of part 3

“ASSALAMUALAIKUM” Cerita 1 Cerita tentang kesimpulan bagi satu-satu semester. Bagi akulah, semester tiga adalah ‘paling …

Any thought?

0 thoughts on “Kenapa pilih Huawei P9?”

  1. pantang nampak ada post camni mesti mata cepat-cepat nak baca. hahaha. menarik jugak gadjet ni

  2. Cantiknya huawei p9 . Rasa macam nak beli pulak, tapi tu lah kewangan sekarang tak mengizinkan. Nanti dah cukup duit mesti keluar model baru pulak. Hihihi. Semoga berjaya memiliki smartphone yang diimpikan 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top