Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Kelmarinkan, kononnya nak supportlah peniaga dekat sini. Saja, bagi alasan tak masak bekal. Dari sarapan, hinggalah ke makan petang, semua dia beli. 

Setibanya dia dirumah, terus perutnya memulas. Kesakitan serupa orang langsung tak makan!

Sementara ada lebihan karipap siang tadi, dia makanlah dengan niat supaya sakit itu berkurang. Huh, mana ada! Semakin menyeringai sakitnya. Dia meringkuk, baring...menahan sakit. Difikirkan juga, apalah cara yang boleh dia buang sekali sakit ini. 

Minum air panas, makan segala lebihan ubat angin yang dia ada dalam simpanan. Masih juga tidak jalan. Dituam perut agar sakit berkurang, hingga tertidur juga dibuatnya. Dalam tidur itu menitis juga air mata menahan keperitan perut. Ibarat dicucuk-cucuk lah rasanya.

Keracunan makanan kah aku ini? Soal dirinya. 

Habis segala makanan seharian dia dimuntah dan keluar semula. Perit betul rasa tekak, usah diceritalah bagaimana. 

Akhir sekali, dia makan juga ubat arang hitam itu. Fuh, auto keluar segalanya. Lunyai rasa diri...kemudian terus dia rebah, tidur memeluk rasa sakit yang mencengkam...

Jam 5 pagi dia tersedar. 

Tekaknya seolah berada disahara. Kering teramat dirasa.

Bangkitlah dia meneguk barang satu dua air dari botolnya buat melegakan anak tekak yang kekeringan. 

Alhamdulillah perutnya yang sakit tadi, sudah mula pulih. Namun, rasa lain ya...rasa seolah perutnya ada suatu cecair yang amat pedih. Yang, bila-bila masa boleh meletus didihannya.

Okaylah, memandangkan perut dah surut, dia pun bersiap seperti biasa. Satu, dua, tiga...hinggalah jam ke angka enam petang, perutnya mula mengetuk...

'Hei, ini aku datang lagi, kau dah ready?'

Pantas laju dia memusing stereng kereta melangkah ke klinik panel berhampiran. Alhamdulillah ada juga faedah bila mempunyai panel ni. Sakit begini, tidak perlu dia berkira sangat. Terus saja berjumpa doktor.

Usai sesi konsultan bersama doktor, maka benarlah...perutnya sudah semakin sensitif...

Itulah, makan tak ingat dunia...

Dia: Doktor, in case lah kalau saya diserang rasa sakit begini, apa penawar mujarab untuk saya surutkan perih sakitnya ni?

Doktor: Paracetamol. Itu saja ubat paling boleh kawal rasa gastrik macam awak alami semalam.

Dia: *Terlopong* La, ye ke doktor...saya ingat minum air halia suam..

Doktor: Air halia tu lagi lah bahaya. Dia tak membantu bila dah sakit macam tu. Baik elakkan.

Jadinya, untuk dua hari ni dia makan makanan yang sihat demi perutnya yang satu ini. Makan bubur, seperti yang disarankan doktor. 

Paling best, doktor tu siap tawarkan untuk cuti lagi, tapi memandangkan hari ini jadual kerjanya agak pack, jadi agak sukar untuk dia sewenangnya cuti. 

Mujur juga tidak MC, yang rakan kerja seorang lagi tu tiba-tiba EL demi baiki keretanya yang dilanggar dari belakang. Naya pak karim!

Tapi betullah, dua menjak ni memang dia perasan yang perutnya tidak lagi seperti dulu. Ada saja salah makan, terus jatuh sakit...sedikit nikmat sudah ditarik ya...huhuhu

Okaylah kawan, kita beransur dulu. 

Jaga kesihatan selalu okay?

Bertemu lagi di entri akan datang. 

Adios!

Inilah sarapan yang triggered gastriknya...

Terasa macam baru je kita menyambut Raya Aidil fitri tempoh hari. Sekarang lagi seminggu dah Raya Haji. Macam sekejap je masa tu kan...

Sepanjang memandu ke pejabat hari ni, dia banyak berfikir (bila je tak berfikir dalam otak ni kan)...macam semalam pun dok fikir. Kadang fikir tu sampai menangis, kadang senyum dan ketawa seorang. Iya, semasa drive sorang-sorang ke pejabat tu. 

Kadang tu sempatlah geleng kepala dan maki orang. Alhamdulillah juga sepanjang perjalanan ke destinasi itu, selamat. Itulah suatu rezeki yang kita selalu alpa dan jarang ucapkan syukur. 

Apa yang difikir?

Banyak...

Lagi pulak kalau pagi-pagi sambil bersiap tu kita baca berita dan update di Thread. Ha...tu lah kau. Lepak lama sangat dekat Threads sana. Mulalah cepat terpengaruh dengan segala ideologi yang dibawa dari tulisan kat sana. Boleh, nak baca tu. Tapi beringatlah, kena tapis dan kaji sebelum kita nak percaya bulat-bulat.

Perkara yang kerap difikir adalah, sejak menghadiri mesyuarat dalam suatu bahasa bukan kebangsaan tempoh hari buat dia rasa macam, kena kuasai bahasa tersebut. Untuk kemajuan dan pemahaman sendiri. Dan ada juga yang approach untuk offer kelas-kelas yang bersesuaian. Cuma sekarang tinggal nak pilih dan masuk saja lagi.

Komitedkah dia?

Kenalah komited kawan. Inikan untuk kemajuan diri jugak. Jangan malas kawan. Kau kena, pasti dan boleh! - itulah suara kepala dia yang bagi semangat. 

Kita ni, semangat dari diri sendiri kena kuat. Ya, jiwa kita kena kuat dan bersungguh supaya matlamat tercapai. Susah tu memang susah. 

Kadang tu, memang rasa macam...arghhh penatlah nak kena jadi beginner. Rasa gabra dan takut salah. Padahalkan kita belajar… kenapa nak takut salah?

Dah lama sangat dia menyimpan impian untuk kuasai bahasa yang ini. Tapi semua sekadar hangat-hangat tahi ayam. Jaranglah nak jadi arang. 

Apa kaedah untuk kita rasa seronok dan tidak terbeban dengan pembelajaran baru? 

Hurmm…biasanya dia akan mula dengan mendengar lagu, layan drama dalam bahasa yang dia nak kuasai kemudian dengar radio. 

Dulu ye lah masa dia ambil bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga, memang seronok giler. Seronok sebab dapat laoshi yang awesome dan sporting. 

Kemudian dia serap bahasa yang dia faham itu sikit-sikit. Kamus pun sudah dia baca. Sikit-sikit jugalah yang diserap. Tapi kali ni dia kena kekalkan semangat💪🏻

Belajar sampai jadi. 

Daripada 1441 sekarang sudah 1447. Tak lama lagi 1448. Dia kena cari sesuatu untuk penambahan kualiti diri sendiri. Bukan untuk sesiapa. Untuk dirinya juga.

Kata orang, jika kita konsisten untuk 90 hari, insyaAllah usaha itu akan lebih terlihat. 

Doakan dia kuat semangat kawan. 

Okay dah lapar la pulak. Ayuhlah kita masak dulu. 

Sampai berjumpa lagi. 

Semoga kita semua direzekikan untuk berjumpa Aidil Adha 1457 Hijrah🤲🏻







Untuk entri ni dah berapa kali dia buka. Tutup. Dibuka, kemudiannya ditutup. Buka, dan tutup semula. 

Dan senja tika azan maghrib hari ini baru dia mula menaip. 

Harinya hari ini itu alhamdulillah okay sahaja. Hari yang panas, mentari pun mencerlang. Hari yang dia terasa rugi kalau tidak dibasuh dan dijemur segala tuala, sejadah, telekung dan apa jua barangan yang tebal. 

Mana tidaknya, terang dan bahangnya itu, hingga ke jam lima tiga puluh petang pun masih meriah menyinar kawasannya. 

Namun, separuh dari petangnya, dia hanya menghabiskan sisa waktu dengan menunggu. Menunggu sesuatu yang harus dibaiki sebelum dihantar pemeriksaan esok hari. Itulah, diingatkan penantian itu kelak tidaklah selama hingga makan masa empat jam termangu. Sudahnya, dari jam tiga lebih hinggalah ke jam enam setengah tadi dia kepisangan kata orang. 

Dengan peranti bimbitnya turut kehabisan bateri, memang termenung kawan!

Alhamdulillah juga penantian yang itu ada sedikit tercapai hajat kedatangan ke situ. Tidak, memang terasa angin juga jiwanya. Dengan tiba-tiba ada yang teringin ke situ ke mari mengejar barisan suatu juadah terhad di dataran sana. Hendak ke sana pula, jalannya...masyaAllah...sesak! 

Tibanya dirumah terus dia bergegas mengangkat jemuran dan menyapu segala ruang rumahnya. Sedikit lari jadualnya hari ini. Sedih, sebal juga dirasa...masa terbuang sebegitu...

Nasib juga santapan paginya tadi agak berat. 

Dengan keluarnya tidak makan, sudah hendak ke malam begini, memang terasa benar lapar. 

Mujur juga lauk dan nasi semalam masih ada. Cukuplah sekadar dipanaskan untuk dibuat sebagai juadah makan malam. Mudahkan punya lebihan lauk begini.

View on Threads

Kadang itukan, bila dia terbiasa untuk mengendali banyak perihal sendiri, sebal sedikit rasa bila punya orang yang segalanya tidak tahu. Orang kata, janganlah terlalu kasar pada mereka yang begini. Tapi itulah, sabar itu kena tinggi untuk tunjuk segala dari A hingga Z...

Tidak mengapalah, dia pun belajar memahami karenah dan ragam manusia kerana lingkungan pendedahan kita tidak sama. Jadi mungkin ada yang mereka lebih tahu dan dia pun tiada pengetahuan dalamnya. 

Apapun bersabarlah jiwa.

Usai dia menghabiskan makan malamnya, dia menyambung semula entri yang tergendala ini. Bertemankan muzik dari You Tube bertajuk 'no rush, monsieur' barulah jiwanya terasa sedikit lapang dan tenang. 

Oh ya, baju pula harus dilipat dan digosok untuk seminggu kerja pula. Malas hendak kelam kabut diawal pagi dengan sesi penyediaan bekal. Dua tiga minggu ni asyik kelewatan juga dianya. Tapi dia selalu ganti semula waktu kerja yang dia lewat. Mudah.

Semalam sebelum dia tidur, sempat dia terbaca suatu kisah. Tidaklah dia hendak memihak pada sesiapa. Namun dia faham, luahan sang penulis yang kecewa dengan sesetengah dari rakyat Malaysia masih tidak memahami Bahasa Kebangsaan. 

View on Threads

Ah, sembang perihal ini, dia sendiri pun auto bitter kata orang. Iya, bilamana kita itu sudah memiliki kad pengenalan berwarna biru dan diisyhtihar sebagai warganegara Malaysia ini, sepatutnya bahasa kebangsaan itu kita kuasai sebagai menghormati prinsip dan Rukun Negara yang lima.

Tapi itulah, rata-rata perkara ini diambil mudah. Sehingga diperlekehkan pun ya. 

Sedihlah. Jujurnya tersangat sedih dengan haluan masa depan negara Malaysia. Terasa seperti menumpang di tanah air sendiri. Sedih yang teramat. Kadang perihal begini buat kita berkobar dan bangkit dari terusan ditindas. 

Cukuplah segala ragebait posting ni. Dia pun bukan sejenis yang suka manusia yang melaga-lagakan pihak begini. Tapi, jika sekadar pengalaman perkongsian yang benar, mana yang baik itu kita jadikan teladan, dan yang tidak itu jadikan sempadan. 

Paling dia suka postingan dari anak Malaysia yang berjaya. Terasa mahu belajar dan berjaya serta usaha hingga benar-benar berjaya. Apa definisinya yang sekarang masih belum cukup berjayakah?

View on Threads

Syukur, alhamdulillah.

Tumpang gembira dengan kejayaan yang lain. Didoakan kita juga dapat meraih setiap kejayaan yang kita damba. Aminn...

Seperti hari ini, meraih ketenangan jiwa juga suatu kejayaan. 

Tenang, mempunyai ruang untuk melakukan perkara yang kita minat, blogging, menjengah laman blog rakan blogger yang lain. Dan terhasil juga entri yang sudah lama ditangguhkan ini. 

Apapun, bersabar ya jiwa. 

Jangan mudah melatah saat diuji. Tetap tenang dalam apa jua situasi. Okay?

Sampai bertemu lagi dientri akan datang. Semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik daripada hari ni. 

Adios! Till then kawan!

Maaf kalian saya menghilang sebentar sepanjang Syawal tempoh hari.

Maklumlah, Syawal ni bulan sibuk. Katanya Hari Pembalasan buat perut. Nak, nak pula penghujung Syawal kita ada Majlis Aqiqah. Dah besar baru ada rezeki aqiqah ni. 

Awal Syawal lalu, usai sesi bergambar dan bersalaman, kita mall hunting di KL sana youuu....masa raya ingatkan mall tidaklah sesak, rupanya boleh tahan juga keriuhan manusia. Masa tu kita pergi IKEA, (of course makan meatballnya), kemudian pergi TRX. Esoknya pula sementara menunggu penghantaran adik ke lapangan terbang, menyinggah ke IOI.

Tawaflah dalam Nintori sana. Memang tahan je tangan ni dari menyapu semua rak. Bulan perayaan ni kena bijak atur kewangan. Bukan tak boleh, cuma di saat ini, kita beli mana yang penting. Misalnya untuk support bisnes kecil yang menjual makanan ke, atau untuk minyak dan tol.

Lambat juga ya saya update berkenaan raya huhuhuhu.

Sayanya sedang usha satu tablet ni. Konon kiranya ada itu nanti mahu jugalah aktif dengan kerap. Medium sekarang hanya tinggal telefon. Jadi agak kekok sikit. Dan pegang phone itu gak, memang buka Threads, terus tak balik ke blog. Begitulah cerita disebalik kehilangan saya seperti chipsmore di sini.

Kalau korang ada Threads, jemput singgah ke profile saya disana. Mana tahu boleh panjangkan rakan disana. Disana saya guna handle name Archiviie. 

Ha, kenapa Archiviie? 

Yang tu kita cerita kemudian okay. 

Sekarang sibuk nak buat mesyuarat penubuhan persatuan keluarga. Saya yang usulkan cadangan penubuhan persatuan keluarga ni disebabkan mulai tahun ini ada yang bagi cadangan untuk buat kutipan. Kutipan untuk berkumpul masa raya, dan apa-apa perkumpulan keluarga. Untuk tiada berlaku penyelewangan seperti kisah 230 juta tu, ada baiknya kita buat secara formal. 

Seperti kata Encik Minyak Hitam Jalanan tu, "Bila ada duit yang banyak ni, mudah untuk mata kita menjadi gelap...jadi berhati-hatilah bila kita diamanahkan dalam perihal harta benda..."

Saya pasti ada dikalangan pembaca dan blogger disini merupakan ahli kepada Persatuan Keluarga masing-masingkan...mesti seronok...kita baru je nak mula. Doakan usulan saya yang renyah ini berjaya...

Dalam keluarga pun kita praktis formal proposal you...apa orang kata, bersistematik. Hajatnya, semoga dana ini boleh membantu orang tua kami pergi haji. Kalau nak tunggu diseru, risau juga mereka tidak sempat...Selain pada itu, kita nak menjaga seluruh ahli keluarga dapat menyambung pengajian dengan baik. Aminnn...

Korang yang pernah ada pengalaman uruskan persatuan keluarga ni, kongsi-kongsilah cerita korang. Mana tahu boleh jadi rujukan kita bersama. 

Sampai bertemu lagi di masa akan datang. InsyaAllah...

Bila soal tentang raya akan membahas perasaan dan pensediaan yang berbeza. Ada yang suka, ada yang gusar, ada yang gembira dan kadang ada juga yang bermuram durja.

Apa je yang best tentang raya?

Bertemu sanak saudara? Itu kalau saudaranya ukhwah terbela. Ada yang tidak bertegur siapa, haa kan jadi janggal pangkalnya. Tapi tetap jua bertemu sebagai ambil suasana dan tradisi raya kata orang.

Tahun ini dia pun tidaklah mengambil port sangat. Cuma jadi yang sekadar memenuhi ruang pun ya. Bukan dia tidak suka beramai begini. Suka itu sukalah, tapi kurang gemar bila itu ini menjadi isu berbangkit. Ah, memang malas hendak masuk bertemu.

Tapi itulah, semenjak injak usia begini, dia lebih selesa membuat hal sendiri. Namun dalam masa yang sama harus jua dia berkomuniti kerana komuniti itu amat penting dalam menjadi masyarakat majmuk. 

Matinya kelak pun, masyarakat yang uruskan. Bukannya dia mati bergolek ke lahad. Mahu atau tidak harus dilawan segala ego. 

Doanya semoga menjadi baik-baik saja hasilnya kelak. 

Tradisi raya sudah lama dia bubar ikut acuan dia sendiri. Lebih tenang dan kembali pada fitrah. Raikan kesyukuran dengan penuh rasa berTuhan. Bukan untuk menghiburkan manusia semata.

Orang kata, sebaiknya urusan sesama manusia ini diselesaikan selagi masih hidup. Bermaafan sesama insan kerana kelak walau ego pernah mendengus kata ‘biarlah dia merangkak diakhirat merayu kata maaf’, tapi ianya tidak semudah itu pabila di alam sana kelak.

Salah satu tradisi hari raya itu jua adalah saling bermaafan. Minta dan beri maaf dengan penuh makna. Bukan sekadar lisan semata. 

Bunyinya seakan mudah bukan, tapiii untuk membuatnya terasa berat. Andaikata berat, beginilah…orang kata memberi maaf itu bukan kerana mereka, tapi untuk kita. 

Untuk ketenangan kita. Maaf itu untuk ketenangan jiwa. 

Sambil-sambil menunggu kedai disini semuanya buka, maka terhasil suatu entri berkisar Tradisi Hari Raya. 

Tradisi Hari Raya dia?

Memutarkan album ‘Raya Hanya Di Sana’ dari kumpulan Mawaddah. Klasik dan evergreen.

Oh ya, alhamdulillah syukur raya jatuh hari Sabtu. Malam ni masih boleh bersahur lagi🤲🏻



Lama rasa tak join apa-apa segmen dekat blog ni kan. 

Jadi, sebagai merai comeback kita di Blogger platform ni, jom kita meramaikan Segmen anjuran Kekja ni bagi lebih menagkitfkan semangat kehadiran kita semula dalam dunia blogging dan penulisan gitu.

Syarat dia kena follow IG Kekja. Harap Kekja notis IG kita, since platform media sosial kita guna nama canggih sikit; Archiviie in the house yo!

Selamat bersegmen semua!

Sejak dua minggu sudah dentuman bunga api dan mercun tidak lekang dari langit kawasannya. Hampir setiap jam, ada saja berdentum di sana, berdentum disini.

Kitanya, lampu raya pun masih belum kunjung tiba. Orang kata, disaat getir perang geopolitik ini, harus berjimat cermat. 

Hairannya makin meriah dentuman membakar wang😅 

Bukan murah satu dentuman itu. Berpuluh juga kawan. Dia pun sudah lama benar tidak membakar duit sebegitu wenang. Urghh memang tidaklah labu. Biarlah dilihat saja orang lain yang membakarnya.

Dia lebih tenang sekadar mengulang lampu raya yang sama. Itupun susah benar untuk dia menekan punat place order.. 

Mengira setiap detik seolah berharap harga itukan jauh turun lebih murah. Walhal pusing-pusing memang itu harganya yang termurah. 

Last minit order begini, harap sampailah sebelum malam Syawal. 

Bila melihat ramai yang berkongsi mengejar seribu satu malam itu buat jiwanya lebih tenang. Ramai jua sudah sedar dan kembali pada fitrah itu sungguh aman rasanya. Walau dilanda pelbagai dugaan Ramadan ini buat tanah air tercinta, kita tetap semangat menegak dan memuji Allah Yang Esa. 

Hendak diturut arus rage bait ini, silap-silap mereka ketawa suka kerana kita telah masuk ke perangkap dongeng mereka. 

Picisan begitu namun sudah berani injak warga peribumi. Kita harus bangkit mempertahan setiap aspek tanah kita. Namun usah dipukul rata. Berwaspada dalam segala perkara.

Syawal kali ini ramai jua gelisah. Gusar kerana ianya jatuh pada minggu yang kurang cantik pada jadual pendapatan. Semoga setiap dari kita dicukupkan rezeki. Aminn🤲🏻

Jadinya, dek kerana ramai juga mencadangkan agar kita lebih cakna dan berjimat cermat, akhirnya dia putuskan untuk tidak membuat apa-apa kuih raya. 

Juadah raya? Mungkin boleh dipertimbangkan. 

Akhir kalam, semoga Ramadan kita kali ini menjadi bekalan buat negeri Akhirat sana. Amin…



Usai waktu berbuka tadi, tiba-tiba terasa angin sebegitu deras sehingga satu persatu buah nan tua jatuh ke bumbung. Kemudian, beberapa minit berlalu, hadirlah barisan hujan yang tersangatlah lebat. 

Ributkah?

Laju dia berdoa dalam hati agar setiap limpahan hujan ini membawa kebaikan. Aminn🤲🏻

Siang tadi, alhamdulillah setelah berkali merancang, akhirnya berjaya juga dia membeli sepasang baju raya. Sedondon tudung. Sukanya dia dalam hati. Seronoklah dapat membeli baju dan tudung baru dengan bermodalkan kurang dari seratus.

Alhamdulillah.

“Balik mana tahun ni?”

“Balik yang disini, yang ada-ada buat ziarah sebentar saja. Tidak berlama..”

“Oh…kenapa tidak pulang ke desa?”

“Tiada siapa disana..”

Dan rata-rata hanya mengangguk saja. 

“Beraya disebelah siapa kali ini?”

Dia hanya senyum. Raya disebelah mana pun sama saja. Yang penting kita raikannya dengan penuh rasa kesyukuran.

Lebih mudahkan begitu. Lebih senang tidak perlu dipergaduh kampung siapa, siapa harus didahulukan. Mungkin rayanya hanya sekadar mengambil suasana semata. 

Dunianya tidaklah meluas mana. Tidak juga pergi berziarah ke mana. Ada menjemput dia pergi. Jarang dia pergi terjah semata.

Serik pengalaman raya zaman kecilnya menjadi beban sang tuan rumah. Jadi kebanyakan raya dia lebih suka menghantar ucapan raya melalui Whatapps saja. Sekadar tanda ingatan begitu.

Kilat masih lagi sabung menyabung di luar. Diselangi dengan azan Isya yang sayup kedengaran dek kereta hujan yang melebat. Semoga Allah menjaga kediaman kita. Aminn.



Tahun ini hajatnya mahu dibuat popia nestum campuran milo. Hajatnya itu akan menjadi hajat semata atau akan direalisasikan, wallahua’lam. Biskut raya?

Tidak rajinlah mahu dia buat. Hujungnya hanya terbuang. Beli? Lagilah tidak. 

Dulukan, haah dulu. Dulu blog ini selalu dia ceritakan betapa meriahnya dia menyambut raya. Tapi itu dululah. Sekarang ke injak begini, dia faham yang raya itu seadanya saja. Meraikan rasa syukur.

Ketupat? Lemang? Rendang?

Kadang teringin dia masak yang mudah. Sekadar mengambil suasana. Kebanyakannya dia memang masak. Yang mudah-mudah saja. Hidup ini mudah sebenarnya…

Nak nak pula kita sudah diambang akhir sana…dalam ambangan sana pun dia masih syukur kerana diberi peluang hingga ke hayat ini. Siapa sangkakan sekarang mata dunia memang rata-rata telah memerhatikan kemusnahan itu semua berlaku kerana tangan-tangan manusia sendiri. 

Sebagai marhaen, kita hanya hidup berlandaskan Al-Quran dan Sunnah yang telah diwariskan kepada kita. Selalu dia pasang dan dengar setiap bacaan Al-Quran. Kurang-kurang dia sudah berhenti menyajikan dendangan barat pada halwanya. 

Habis-habis pun segala nasyid Mawaddah jugalah yang dia cari. Peneman dunia pencarian Tuhan.

Memandangkan hujan masih jua belum reda, jadi sukalah dia akhiri postingan ini dengan suatu renungan diri dari nasyid yang berjudul, Mana Milik Kita. 

Salam Ramadan 1447 Hijrah buat warga Muslim dan Muslimat yang meraikannya. 

Setelah sekian lama bertimbang bertimbung bagai, akhirnya blog ini berjaya juga berpindah dari rumah sewa ke tapak lama. 

Iyalah, dulu kemahin kau ea, agah nak pindah Wordpress. Lepas tu sia-sia je takde update. La, even takde update pun, takdelah merasa perit setiap sen tu ye dak...

Dan alhamdulillah akhirnya blog yang bernama Syurga Untuk Sofie ini telah siap berkemas untuk merai Syawal akan datang.

Awal tu ingat tak dapat dah nak recover entri lama. Pusing punya pusing, akhirnya, dapat jugaklah diselamatkan. Cumanya, adalah entri-entri cringe dan tidak bertamadun dulu tu kita buanglah. Buat malu kat orang saja wak. 

Ini pun rasanya kalau ada terjumpa lagi entri cringe tu, hangpa habaqlah dengan kami. Biar kami buangkan terus. Malas nak throwback bagai. Asyik kita ja dok ingat kat orang, orang tak ingat ingat pun kat kita hahaha.

Adalah beberapa entri tu yang gambarnya rosak. Yang itu tandah dulu. Nanti kita repair slow-slow. Yang penting, moving forward...

Semoga seorang sofie lebih rajin untuk menulis di Syurga ini. Aminn..

Selamat merai 10 malam terakhir bagi Ramadan 1447 Hijrah semua!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Saya doakan apa jua yang berlaku, semoga dipermudahkan urusan kalian🤲🏻

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Apapun, bersabarlah jiwa
  • Itulah, Makan Tak Ingat Dunia
  • Dah Nak Raya Haji 1447 Hijrah Sudah

Singgah Selalu

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: KANTIN @ GOMBAK DEPOT, SRI GOMBAK :.
    4 jam yang lalu
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Sibuk sikit, dan bunga-bunga
    13 jam yang lalu
  • Time Travel Afif
    Ada Yang Baik - Ada Yang Kurang Baik
    2 hari yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Hari Pustakawan 6 Jun : Perjalanan cerita saya sebagai seorang Pembantu Pustakawan
    2 hari yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Blog Archive May 2026 | 88K Pageview & 11 Journalist
    Seminggu yang lalu
  • Blog Anamizu™
    May Babies!
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    9 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    9 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    Setahun yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (9)
    • ▼  Mei (3)
      • Itulah, Makan Tak Ingat Dunia
      • Dah Nak Raya Haji 1447 Hijrah Sudah
      • Apapun, bersabarlah jiwa
    • ►  April (1)
      • Syawal, Mercun dan Mall Hunting
    • ►  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026