Tentang Penulis
Jika ditanya apakah sumber ilham beliau mencanting rasa dalam bentuk aksara, nescaya beliau akan menjawab;
“Pengalaman…maka di sinilah tempat saya bercerita serta kongsikan idea yang agak asing dari dunia nyata hahaha…”
Seiring dengan perkembangan teknologi, beliau mula memasuki dunia maya dengan menggunakan persona Sofie Adie.
Cerita lanjut mengenai perkembangan blog beliau boleh dilihat pada laman ‘Timeline’. Tagline kegemaran beliau dalam mengharungi kehidupan adalah;
‘This too, shall pass…‘
Setiap dari kita punya perjalanan kehidupan yang berbeza. Perbezaan itulah yang menjadikan kita unik.
Latar Penulis
Penulis mula memperkenalkan diri dengan nama yuhaadie sebelum beralih kepada sofieadie. Seiring masa berjalan, dia perkenalkan Orang, Alien Oren, Kepada Sesiapa, Sembang Sorang, Dari Meja Sofie Adie dan yang terakhir perkenalannya adalah Archiviie.
Hasil dari projek percubaannya itu, dia memilih sofieadie, orang, sembang sorang serta archiviie sebagai peneman persona mayanya.
Kenapa sofieadie?
Disebabkan domainnya sofieadie.com telah bertapak hampir 10 tahun, maka dia memilih untuk terus bertapak dibawah identiti sofieadie.
Orang?
Manakala Projek Orang juga sudah menginjak usia enam tahun. Setakat hari ini, Orang adalah medium bagi dia bersuara di alam maya..
Sembang Sorang
Sembang Sorang adalah alternate blog yang diolah dari Alien Oren. Tercipta pada era Covid dan peneman ketika dia punya masalah teknikal dengan laman sofieadie tika itu.
Dan Archiviie?
archiviie adalah suatu transisi dia untuk mengekalkan anonymity. Gabungan random dari kata archive dan nombor roman serta vie. Vie pula dia pilih maksud sebagai kehidupan. Maka terhasillah 'Archiviie' = Arkib kehidupan seorang sofieadie.
Sebaris Kata Editor
Ya, laman ini kadang tiada ditapis dek kerana mengekalkan keaslian saat setiap aksara itu menari diatas papan kekunci tanpa henti bersama emosi dan selalunya bersama latar pilihan yang tersendiri.
Jika kalian pembaca lama laman ini, kalian sendiri sudah betah dengan rentak si penulis. Sebentar ia begini. Sekejap pula ia begitu. Namun, seringkali ia adalah sebuah dunia garapan kacukan realiti dan imaginasi. Apa pun motifnya, biarlah hanya dia yang fahami…
Terima kasih sudi mengunjung ke teratak aksara Syurga Buat Sofie. Semoga apa jua asbab kalian kemari, kalian bertemu dengan apa yang dicari. Jika ada kata yang mengguris rasa, mohon dimaafin… Semoga dipermudahkan segala urusan kalian dunia akhirat.


