A Good Goodbye 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Sebelum aku memulakan ulangkaji bagi exam pada petang esok, sukalah aku katakan Selamat Tinggal 2018!

Walaupun 2018 masih bersisa satu hari lagi, aku tetap mahu ucap. Mana tahu aku tak sempat ucap sebelum 2019 menjelma. Seperti biasa, feed blog mulai hari ini, esok lusa dan seterusnya pasti akan dipenuhi dengan coretan dari semua blogger demi mengatakan ‘Selamat Tahun Baru 2019’ dan juga ‘Sayonara 2018’.

Maka, sebelum orang naik muntah bosan untuk melihat suapan sebegitu, baiklah aku up dulu.

Versi kali ini kemungkinan lebih panjang dari biasa (pernah pulak entri aku pendek kan sejak dua menjak ni?) Aku harap kalian tidak bosan. Sediakan nescafe barang secawan bersama sebekas biskut bagi memulakan bacaan dengan lafaz nama Tuhan yang Agung.

p/s: please play this song while you read the whole journal.

###

“Courage doesn’t always roar, sometimes courage is the quiet voice at the end of the day saying” – Mary Anne Radmacher-

Januari 2018

  • Pada malam tahun baru, aku hampir accident. Hampir. Tapi aturan Tuhan masih selamatkan aku. Alhamdulillah aku selamat.
  • Dari sudut kewangan, aku dilanda perasaan gila untuk mulakan pelaburan dalam Unit Trust.
  • Aku sampai sekarang tak faham, kalau nak melabur kenapa perlu jadi agen?
  • Alih-alih aku memang tak suka orang paksa, maka wujudlah entri ‘Kenapa harus dipaksa?
  • Bulan ni, Ana berhenti belajar dan teruskan peluang dalam bidang pekerjaan.

Februari 2018

  • Aku dilanda blog slump.
  • Kelahiran anak buah yang pertama (deng it! aku dah jadi mak cik!)
  • First time guna voucher dari Traveloka untuk makan angin di Bukit Tinggi.
  • Pergi kenduri kahwin Nina, yang sekarang sudah pun bakal bergelar ibu. InsyaAllah.
  • Masa aku dihabiskan dengan marathon F.R.I.E.N.D.S, yang sampai sekarang masih belum buat reviewnya. (Trust me, once you watched it, you gonna re-re-re-watch it over and over and over again…)
  • Summary bagi bulan Feb punya entry; How I spent my last semester break
  • Masa dia yang versi gila dulu nak jalankan misi mencari cinta. Well, aku dah habaq dekat dia jangan jadi begitu gila untuk bunuh diri terlalu awal…

March 2018

  • Blog berwajah baru demi naikkan mood blogging. (Brand new blog)
  • Malangnya penghujung bulan ini aku accident. Real punya. Huhuhu
  • So, aku ‘terkaram’ ke jerlus yang aku pun tak tahu samada aku sudah keluar dari tempat itu ataupun belum

April 2018

  • April already fool me.
  • Kembali menjadi pengguna Uber dan Grab Car.
  • Dilanda satu rasa yang teramat dasyhat sehingga wujud entry ‘Bila hati dah move on…’
  • Bulan terakhir kiosk Yuw yuw selepas penutupan Benang Hijau September 2017

Mei 2018

  • Alhamdulillah kereta selamat dibaiki. Tak sampai sebulan kena tunda pulak…Ujian sungguhlah…
  • Tahap move on media sosial semakin teruk. Kata dia sudah masanya untuk kita ‘Stay Low’
  • Selepas setahun ada major crush dengan si Biru Kelabu, maka wujud satu entri khas ‘Untuk dia Biru Kelabu’
  • Puasa tahun ni? Sungguh aku rindu puasa seperti orang normal. Makan diatas meja, baca doa bersama orang yang sentiasa ada untuk kita….tapi sehari saja aku dapat rasa. Walau hanya dihujung bulan Ramadhan aku tetap syukur.
  • Kewujudan anak buah yang kedua. Yaw, am I getting younger or what?

Jun 2018

  • Aku decide untuk berehat dari hidup pelbagai sisi dan meraikan dunia normal seorang pelajar.
  • Jadi masa final exam bagi semester empat selepas meraikan Aidil Fitri di Melaka dan Johor bersama keluarga, aku cuti dua minggu. Kononnya fokus pada exam.
  • Alhamdulillah, keputusan tidak menghampakan.
  • Untuk sekian kalinya aku bacakan mantera ‘Aku sudah move-on’ sehingga terbitnya ‘Move on edisi Ramadhan Syawal 1439H’

Julai 2018

  • Selepas tiga bulan hiatus soc-med, aku kembali aktif.
  • Bulan yang paling banyak ke wayang sampai terbit review on July’s movies
  • Alhamdulillah kali pertama dipertanggungjawabkan untuk mengaplikasikan teori ke dunia realiti dapat dikawal dengan baik. Ye ke? (Adulthood is killing me)
  • Hampir aku hilang untuk kesekian kalinya bila ‘Terpaksa dewasa‘.
  • Poket bocor tak payah ceritalah.

Ogos 2018

  • Cuti semester yang paling gila dia pernah lalui. (frasa ‘dia’, since aku yang normal ni takkan buat kerja luar alam macam tu…)
  • Misi bunuh diri pertama:- Terima ajakan orang yang dia baru kenal untuk tengok Da’i secara live walau dia tak tahu pun apa-apa mengenai Da’i. (The hell?)
  • Misi bunuh diri ke-dua:- Kerja paling gila dalam sejarah hidup aku yang suci murni bila dia dengar kata nasihat dari seorang motivator video satu minit. Satu cubaan berani mati. Sampai sekarang aku cuba untuk tidak tampil begitu ketara walau jawapannya aku sudah tahu…
  • Rezeki blog melimpah bulan ni, alhamdulillah dapatlah cover poket bocor bulan lepas.
  • Sempat balik Miri seminggu selepas sekian lama tidak jejak Tanah tumpah darahku…
  • Bulan yang berlatarkan lagu ‘Take you down” by Illenium
  • Penutupan kedai depan kiosk kitaorang. Everything has changed.

September 2018

  • Bulan ketiga secara kasarnya hidup macam penagih dadah
  • Sesi pindah rumah. Sesi dimana akan merubah hidup dia 300 darjah.

Oktober 2018

  • Masa ni, masuk bulan kedua aku hidup detachment, alienated dan isolated aka DAI
  • Mewujudkan akronim H.I.N.A yang menjadi peneman dalam satu jasad fizikal.
  • Serabut gila sampai rasa macam terpaksa muhasabah balik tujuan hidup
  • Gilakan bila kau hidup seorang sehingga lupa yang dalam hidup ni kita tak pernah berseorangan.
  • Keserabutan semester lima yang buat dia mencari ‘Mana semua orang?’

November 2018

  • Sekali lagi, untuk tidak terlalu kecewakan diri pada masa hadapan, enam minggu sebelum 2019, dia berhenti sebulan.
  • Tanpa sedar, dia sudah membesarkan radius hijab wakanda.
  • Maze personaliti dia semakin sukar untuk menemui sumber cahaya. Tembok kian kebal, tebal dan tinggi, radius kian membesar sehingga dia buntu apakah kekeliruan itu boleh membawa dia bertemu cahaya itu semula?

Disember 2018

  • Merai bulan nan satu dengan pelbagai nafas baru?
  • Ah, pamitan sebuah December yang buat dia lebih…..aku pun tak tahu apa sudah jadi pada dia…
  • Kembali pada dunia pelbagai sisi selepas sebulan bertapa
  • Jejak kaki ke Kuching selepas lima tahun, demi sambutan majlis Aqiqah anak buah yang sulong.
  • Balik dari Kuching, kitaorang beli ikan masin terubok. Dan ilhamnya wujudlah entri ‘Ikan besar, ikan kecil‘.
  • And now here I am, menjalani hidup dengan lebih serius dalam menjadi seorang ambivert

Taipan terhenti.
Sepatutnya banyak lagi persitiwa yang aku nak cerita. Banyak kisah yang aku sudah tidak sanggup simpan sorang. Tapi, idea itu bagai tercantas. Ada kisah yang aku memang patut kemam sampai mati. Ada babak yang kalian kan tahu selepas aku pergi. Sedih ke?

Takdelah. Aku dah biasalah. Tak payah fikirkan sangatlah orang semacam aku yang hidup hanya memenuhkan statistik saja. Alhamdulillah semua masih baik-baik. Syukur semua masih dalam kondisi yang…Allah lebih tahu apa rahsianya.

Aku pun dah kira, entry ni memang cukup panjang. Hatta air nescafe aku bancuh masa awal tadi pun dah habis dulu. Lagu Linkin Park yang berdurasi 3:31 pun tak dapat cover the whole entry.

###

Dia berteleku ditikar sejadah menunggu waktu Isya’. Playlist Top Song 2018 yang dibuat oleh Spotify untuknya diputar sebagai muzik latar. Setiap lagu punya cerita yang berbeza. Terlalu sarat sehingga berat untuk diceritakan.
Into eternity; ost dikala Thor kehilangan ibunya dijadikan latar ketika dia kehilangan dirinya juga. Dirinya yang telah kebal dengan istilah ‘kejutan budaya’ atau bahasa lainnya ‘culture shock’. Dulu dia manas. Dulu dia benci saat dilabel begitu. Tapi, sekarang dia sudah beku…
Kadang kita harus berani berbuat salah demi belajar dari sebuah kesilapan yang kita buta untuk melihat dengan lebih jelas. Kita beranggapan yang helang itu wajar tidak melakukan silap. Walhal kita lupa sang helang juga punya titik buta antara kedua matanya.

2018

Sebuah pemergian yang baik. Dalam dia ketawa, matanya juga berair. Sedih, gembira, pelbagai ilmu baru yang 2018 telah ajarkan. Butakan mata pekakkan telinga pada dunia yang tidak membantu kita dalam meneruskan perjuangan solo ini.

Pertarungan solo?

Kitakan punya Allah, Dia kurnia kita ketabahan untuk harungi kehidupan. Mana mungkin ini pertarungan solo. Titipan doa dari keluarga, sahabat dan warga seagama jua yang menjadi nafas hidupnya kita hari ini. Kita tidak sendiri teman…kita tidak pernah sendiri…

Kepada kalian yang sentiasa ada saat aku buntu, sentiasa wujud saat aku perlu, sentiasa abadikan doa dalam setiap sujudmu, terima kasih kerana masih setia. Terima kasih kerana masih wujud, dan terima kasih kerana tidak pernah jemu untuk menerima diri nan kerdil ini menjadi sebahagian dari babak hidup kalian.

###

2019

20 tahun sudah aku tinggalkan bangku darjah satu.
Aku tak berharap banyak. Aku cuma mahu dimatikan dalam keadaan husnul khatimah.
Aku mahu dipermudahkan hidup dalam menggapai gelaran ‘Abid dimalam hari dan singa disiangnya.’
Selagi masih hidup, selagi itu perjuangan belum selesai.
Medannya kita pilih, tiba masanya kita persiagakan perisai.
Kau sudah dewasa, walau jiwamu masih dahagakan darah muda namun kau perlu waras.
Ada dunia yang kau harus jaga.
Ada hijab yang kau harus waspada.
Tersalah cantum kaukan binasa.
Tidak di sini, mungkin di sana.
So here is a Good Goodbye!

Keep reading on

Lan Berambeh Anak Sarawak 2015

“ASSALAMUALAIKUM”Pa kabar tak oghang semua? Alhamdulillah ada juak aktiviti berpekdah dapat dijoin cuti sem kedak …

AVON ONLINE: Produk kecantikan untuk wanita

Wanita dengan kecantikan sangatlah sinonim. Soal tentang wanita mesti ada kaitan dengan cantik. Bila cantik, …

Untuk Dia, Biru Kelabu

Salam Ramadhan Kareem buat semua warga pembaca dan penjengah yang setia meng-usha blog yang suam-suam …

The Other Side of Open House…

Holla there! How your normal life going? Adakah menarik seperti majlis pembukaan SUKMA di Kuching …

Rant on Matahari #1

Matahari… Orang yang baru jumpa aku mesti akan tanya; Orang baru: Power speck mata kau …

Day 6: Promise huh?

Apa cerita nak promise-promise nih? Okay, okay…aku dah janji nak tido awal hari ni… setiap …

Any thought?

0 thoughts on “A Good Goodbye 2018”

  1. terima kasih kak shikin atas segala kata2 semangat yang tak pernah putus since saya follow blog akak. semoga kebaikan sentiasa melimpahi hidup akak sekeluarga ^_^
    amin amin amin.

  2. Bila pelbagai dugaan datang kepada kita, ianya sebenarnya bukan satu musibah tapi satu bentuk pengalaman untuk kita teruskan kehidupan yang mungkin panjang mungkin di sebaliknya kerana manusia nie ada bermacam-macam ragam dan rupa.. Akak tau yang Sofie merupakan seorang insan yang mempunyai semangat juang yang kuat, jadi be happy okey..! =) Semoga tahun ini akan terus memberikan cahaya kebahagiaan yang berterusan dalam kehidupan awak..

  3. hahahah aku pun macam tak sangka yang aku terjebak dengan drama2 untuk tahun tu. banyak jugak kerja gila aku buat. baru ingat nak pencen buat kerja gila, masuk tahun baru terus terbuat lagi kerja gila…Kerja gila dengan aku berpisah tiada…

    Kau ada je benda miracle berlaku, cuma malas cerita. End of story.

  4. Alhamdulillah masih punya keluarga dan teman yang menjadi penguat semangat untuk teruskan hidup. Plus, rakan blogger pun buat aku tak pernah giveup untuk hidup.

    Amin amin thanks for ur wish MrD! Happy new year and keep smiling! ^_^

  5. Salam Yana, Alhamdulillah sempat dipertemukan dengan tahun baru masihi 2019.
    Sama-sama kasih untuk yana jugak sebab diberi semangat baru ^_^
    semoga terus kekal aktif dan update walau tak selalu.

  6. fuhh macam drama hidup kau ni walaupun aku cuma baca summary je. Banyak benda kau dah lalui. Aku pulak rasa macam takde apa2 2018 dah buat kat aku. Btw, selamat tahun baru.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *