Pamitan sebuah December

December 02, 2018

December.

Bulan aku kata dia. Ah, selamat hari tua bisiknya sendiri. Umur sudah meningkat tiada apa perlu dinafikan selain menjalani hari-hari dengan penuh kematangan. DEWASA. Walau itu suatu situasi yang dia cuba elak. Kalau boleh...tapi sayangnya, istilah 'bila orang dah besar nanti' kian menghampiri dan menjengah kepala. Ah, sudah.....

Terima kasih buat keluarga, rakan Facebook, rakan instagram, rakan realiti, rakan taulan yang mengenali insan yang memakai nama SofieAdie ini. 

Jujur aku agak terharu dengan semua ucapan ini. Buat mata berlinang kala membaca...ah aku semakin emosi sejak hidup berteman Tuhan dan AlQuran. Jiwa seakan mudah sangat terjentik. Tapi, itu semua aku simpan hanya buat tatapan dalam bentuk tulisan. Realitinya, aku pakai topeng senyuman agar dunia tidak perlu gusar jiwa yang semakin tenggelam ke dasar yang aku tidak pasti kedalamannya....


Sudah, sudah dengan ayat-ayat deep yang tak semua orang pandai snorkel untuk memahami tulisanmu itu. So, December, my month...what we gonna do? 

Nah, I think I just wanna be chill, relax, enjoy the moment, stop the rat race....dan hidup. Hahahahah Haila, hidup ni adalah tugasan yang paling susah. Dia seronok memang seronok dapat hidup, berpeluang menjadi manusia instead of makhluq atau jamadat yang lain. Punya perasaan, punya tanggungjawab, punya tekad dan semangat...tapi sampai satu masa....hentian itu memanggil untuk aku belajar erti rehat buat seketika. Dan ya, kini aku berada dalam fasa 'rehat' itu. 

Aku berhenti jadi apa yang orang lain mahu aku jadi. Ya, aku tahu aku akan mengecewakan kalian. Walau dari dulunya tak pernah memberi sebarang kebaikkan dari hidupnya aku. Tapi, aku belajar...belajar untuk bersikap lebih terbuka walau iakan melukakan. Belajar untuk menerima dengan lapang dada setiap dari tindakan yang aku pilih. Kita masih belajar erti sebuah kehidupan. 

Sambutan hari lahir kali ini sukar untuk diterjemahkan. Kadang aku hanya mengikut gerak hati dimana aku perlu memainkan peranan sebagai manusia waras. Kewarasan yang kian hilang bila kau terlalu lama bertapa. Bertapa bahagia....

Cerita sebelum December, aku jumpa ustazah yang banyak memberi sokongan untuk aku kuat dari segi kebergantungan pada Tuhan. Aku tahu, tanpa umi ayah aku memang tak menjadi manusia. Tanpa insan kiri dan kanan yang mendoakan barangkali aku sudah lama meringkuk di jalanan. Syukur, Alhamdulillah masih punya insan yang sudi mengutip diri ini....

Pamitan bagi penghujung 2018. 

Aku banyak lalui kerja-kerja gila. Yang kadang aku sendiri mempersoalkan kenapa aku lakukan jua walau aku sudah tahu penghujungnya. Kata dia, bukan selalu buat kerja gila. Mencipta satu babak drama kehidupan yang akan kau kenang sampai bila-bila. Tapi....


Aku gusar, gusarkan tidak bertemu aku yang satu itu. Aku yang pernah bersemangat waja untuk teruskan hidup. Ah, nampak gaya aku sudah kejutkan 'mereka' dari tidur. Mereka yang berhati tisu, minta hidupnya disingkatkan. Allahuakbar.....hargailah hadiah sebuah kehidupan ini duhai jiwa nan satu. Aku tahu, kau tidak mahu....berdoalah...doa agar penghujung hidup kita sama-sama berakhir dengan husnul khatimah. Menjadi seperti hero idaman kita, Uwais Al-Qarni. Kau juga pernah pinta dan panjatkan doa mahu menjadi seperti beliau bukan?

Ya...dia diuji dengan perkataannya sendiri. Aku takut untuk berkata lebih walau ujian itu sungguh dia rindu. Tanpa sedar ia mendewasakan jiwa mereka. Mendewasakan cara mereka berfikir, memahami dan akhirnya diam meneleku di tikar sejadah. Tidak terungkap rasanya. Tapi dia yakin. Yakin yang doa itu ampuhnya boleh kalahkan pedang dan mata pena yang tajam....

Tulisankan tetap menjadi saksi. Orangkan tetap berdiri mengharungi December bulan terakhir bagi tahun Masihi....


Orang.

Orang sentiasa ada. Kalian tahu mana orangkan bersemadi.
Dalam setiap huruf yang tergarap itu kuburannya.
Dalam setiap bait perkataan itu nisannya.
Dalam patah perenggan itulah peneman jiwa sang penglipur lara yang masih belajar kedamaian sebuah kehidupan berlapang dada.
Dia sudah ucap, dia terima apa jua keputusan.
Apa yang harus ditakutkan?
Terima tolak itu bukan lagi jawapan.
Yang tinggal hanya Dia...kita, cara menerima segala ketentuan yang telah ditetapkan. 

Aku hanya entiti yang mengubah satu titik menjadi garis dan dari garisan tercipta pelbagai bentuk yang lain. Terpisah atau bercantum itu ruangnya ada dibalik Hijab Wakanda. Hijab yang tak semua dapat rasa. Yang nyata, dunia itu dia rasa....

10 comments

  1. sanah helwah sofie, moga dipermudahkan segala urusan , btw disember pun bulan fav kita haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you yana. amin!!
      eh sape je tak suka december hehehehe

      Delete
  2. Replies
    1. dah puas rehat. kena gerak dan bangkit mara mencipta jalan kehidupan yang lebih bermakna. ^_^

      Delete
  3. Semoga terus kuat dan peroleh apa yang dihajati ^^

    ReplyDelete
  4. Happy birthday sofie. Macam dh lambat je ni haha. Takpe jadi diri sendiri je senang takyah penat2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah tak lambat sgtla...December ni satu bulan aku punya hahahaha
      yeah be weirdo!!!!

      Delete

© SOFIE ADIE. Design by FCD.