Untuk Dia, Biru Kelabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Salam Ramadhan Kareem buat semua warga pembaca dan penjengah yang setia meng-usha blog yang suam-suam susu basi ni. Okay, fine…barang basi mana ada yang suam dah.

Ini cerita untuk dia biru kelabu. 

Untuk dia yang selalu pakai baju kalau tak warna biru, warna kelabu. Dia pernah pakai baju kaler hijau dalam sekali dua yang boleh dibilang dengan jari yang ada…memang tak kena! Langsung! Sebab hijau pucuk pisang. Pergh! macam…macam tak kenalah. Macam zombi sesat kat padang pasir. (Macam aku pulak yang boleh tentukan kaler baju apa yang dia boleh pakai. lolz!)

Tapi, ada satu hari tu dia pakai baju kaler dark maroon, pergh! apak hensem bhai!!! Tapi tulah…jarang sangat dia pakai baju tu. Melainkan kalau kerja hari jumaat. Selalunya dia off hari jumaat. Hurm…aku dah pandai nak menganalisa dia punya baju pulak daaa….Oh, lagi satu. Kalau hari Ahad, dia pakai t-shirt company. Yeah right! Kaler dark blue jugak. So, that’s why aku namakan dia biru kelabu. Dan seluar dia pulak, tak habis hitam, coklat. Bapak senang giler nak baca rutin baju dia. Hahahahah…

Dah habis sangat ke assignment sampai ko nak research baju orang pulak yuha oi!!! Kalau level pro lagi, aku boleh (memang boleh) sesaja nak pakai baju kebetulan matching dengan dia. Sebab? sebab baju aku pun banyak kaler biru dan kelabu. hahahahahahaha

Okay fine. Fine! Aku tak buatlah benda gila macam tu. Aku dah move on. Aku dah tak usha dah dia. Even dari tempat aku, toleh je boleh nampak muka dia dok main phone. So, yeah…aku dah move on. Jadinya aku boleh elak dari kebetulan  pakai baju sama kaler.

Ops, tertoleh pulak! Kan tak pepasal nampak dah dia. Haila haila…susah betul nak move on bila orang tu selalu ada depan mata. Nak nak pulak memandai masuk mimpi orang tak bagi salam tak bagi apa terus terjah. Come on lah! Aku in real life ni kau tak nak pulak terjah. hahahahahahahahaha

Okaylah, cukuplah entri perasan untuk dia biru kelabu. Penat dowh usha orang yang tak pernah curious tentang kita. So, baik berhenti….

Cerita pasal Ramdhan 1439H pulak. 

water, drops
 

Masa first ramadhan hari tu, kereta kena tunda. Hahahahahahahahah
Hadiah ramadhan sedap bhai! Melayang RM150! Ikutkan kena ketuk RM270. tapi pak polizia bilang, dia sudah kasi kurang. Hurm ajelahkan….Kita kasi income untuk majlis. Kurang-kurang boleh dorang beli juadah berbuka. Kita pulak buka dengan maggi.

So, Ramadhan korang pulak macam mana? Ada bukak bazaar tak? Paling tidak pun pergi bazaar ke?

Bestnya….aku masuk tahun ni, dah dua tahun tak berbuka dekat rumah. Masakan umi. Dengan keluarga reramai. Meriahnya….tapi tulah….sedih rindu tu kita telan ajelah sendiri. Berbuka sensorang sambil layan apa-apa movie. Acah-acah gelak sebab movie tu kelakar. Walhal, tak…hahahahahaha sob sob sob.😭😭😭

Pastu dah sedih, toleh belakang…nampaklah dia biru kelabu. Hilanglah kejap sedihnya. Dan patah hati pulak. Apalah! 😣

Dahlah…Ramadhan ramadhan macam ni, baiklah tundukkan hati pada yang Satu. Manusia pun manusia jugak, jangan ikut fitrah sampai langgar perintah. Huhuhuhu

Untuk dia biru kelabu; “Salam Ramadhan”

Keep reading on

A Good Goodbye 2018

Sebelum aku memulakan ulangkaji bagi exam pada petang esok, sukalah aku katakan Selamat Tinggal 2018! …

Hello September!

Salam Aidil Adha buat semua. Moga hari ni lebih baik dari semalam dan hari sebelumnya. …

Salam AidilFitri dari Miri

Holla there! Kabare kalian semua? Aku doakan korang semua sihat hendaknya sempena bulan syawal ni. …

Be strong buddy!

Aku tak tahu nak up cerita apa. Cuma sebabkan aku dah lama tak up entri …

Minda vs Hati

Hati itu ada dua. Hati yang boleh dilihat dengan mata kasar dan hati yang boleh …

Sejarah Bahagia….

Siapa aku untuk berhujah tentang sejarah? Siapa aku untuk mengupas erti bahagia? Siapa aku? Ah….. …

Any thought?

0 thoughts on “Untuk Dia, Biru Kelabu”

  1. salam kak anaaaaaaaaaaaaaaa,
    lamanya tak bunyi!!!! tau pun…mmg lama giler kak ana tak mai sini. hehehehehe

    hahahahah ala kak…..biru kelabu maroon macam tu jerlah cerita dia…tak leh lebih-lebih…hehehehe

    haah, kes tak nampak sign kena tunda punya pasallah tu.

    amin amin…same goes to u kak ana!
    salam ramadhan!

  2. salam sofie,

    aduhhhh terasa lamanya tak mai singgah sini T_______T
    mcm byk benda dah ana tertinggal keta api huwawawawa~

    ecececeyy~ kemain lagi ye biru-kelabu-marroon hehehe
    alamak aih kena tunda? parking salah tempat ke sofie?

    moga indah-indah aje hari mndtg utk sofie hehe

  3. Hahahahahaha…memang random. Walhal in real life ada nickname lain pulak.
    Yeah! happy fasting too farah =)

    Hahahahah yang ini kelakar! kalaulah dia tahu dan dapatlah baca or terjumpa blog ni, itu semua kalau saja…huhuhuhuhu

  4. Comelnya hahaha, biru kelabu random gila bagi nickname! Btw, happy fasting! Nanti kalau dapat date iftar dengan biru kelabu sila update dekat sini ya hehehehe

  5. hahahahahhahahah
    ni kalau masuk csi boleh kena siasat sebagai obsessive stalker tak pepasal! >_<
    amin amin! U too fifie 🙂
    insyaAllah. Salam ramadhan too!

  6. For me, tak pergi bazar pun. Hahaha. Masak sendiri dan makan apa yang ada je.

    By the way, moga hati kuat bila namapk biru kelabu tu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top