Mana semua orang?

October 24, 2018

Bismillah awalun kalam pemula jemari menaip kata diwaktu malam yang rata-rata memejam mata. Lena. 

Dia?
Dia sibuk memikirkan urusan dunia yang entah sampai bilakan berakhir.
Mana semua orang?
Ditoleh kiri. Dipandang kanan.
Dia tersengih sumbing.
Manakan ada orang jika sendiri tinggal didalam gua tidak keluar.

life, rant

Apa yang kau cari orang?

Orang sudah tidak wujud. 
Kenapa?
Kerna yang tinggal hanya jasad yang bernyawa menanti dicabut.
Bila masakan Izrail datang menjemput.
Takut!

"Kau ponteng kenapa?"
"Saja nak cave in. Dah lama tak lepak dengan diri sendiri."
"Mana semua orang?"
"Entah! Dah balik rasanya. Maklumlah nak dekat cuti deepavali."

Dia senyum lagi.
Bestnya. Teringat zaman dimana dia juga pantang dengar istilah cuti, laju saja mencari tiket untuk balik. Kemana dimana destinasi dia tidak kisah. Janji tempat yang berbeza dari duduknya sekarang.

"Boleh tak kalau aku nak berhenti?"
"Berhenti apa?"
"Hidup. Eh, tak...kerja. Aku nak pencen jap."
"Bos sayang kau. Dia tak kasi kau berhenti lama."

2019.

19 rencana yang ditulis dipandang. Dibaca seolah semua itu sudah berlaku. 
Dua bulan lagi. Cukupkah masa yang berbaki?
Mana semua orang?
Sunyi sepi hening tak bersuara.

Syhh...
Kau dengar itu. Bisikan hati mereka berbalah. 
Yang satu ingin terbang, satu lagi mahu menjunam. 
Yang satu pula menangis tak berkesudahan.
Kenapa?

Aku mahu pulang!
Malangnya destinasi itu jalannya sudah hilang.
Semaknya melukakan.
Bagaimana harus aku jalan? 

green, worldAku cuba. Cuba untuk bercerita dalam bahasa biasa. Dalam bahasa yang aku selalu guna untuk berbicara. Tapi bila berhadapan dengan alam maya, ayat itu seakan ditukar ritmanya. Lari nadanya seolah aku menjadi orang lama. Orang Merong Mahawangsa. Eh!

Mana semua orang?
Tadi berjalan sekadar membeli beras secupak dua. Hingga terputus tali beg yang digalas. 
Mana ada orang galas beras sebelah tangan? 
Tak pasal malu seorang. Haila haila....

Semua orang sihatkah? 
Lama menyepi khabar tak didengar.
Mesti dunia nyata mereka meriah hingga lupa pada kewujudan maya.
Maya yang akan hilang dek arus kemodenan yang pesat.
Surat diutus tidak beralamat.
Manakan sampai pada si tuan.
Apa ceritamu?
Sepi tak berlagu?
Asyik membaca buku atau sedang berkejaran menghabiskan waktu?

Dia pandang lipas yang dari tadi mencari sasaran untuk tempat lepak. Sampai ke dinding tingginya. Tak sangka lipas boleh memanjat. Tak sangka lipas tak gayat. Aku yang tengok sudah naik geli. Ergh!

Kalam kitakan bertemu lain waktu. 
Akhir hidup, moga husnul khatimah.

Mana semua orang?
Jawablah sedang ralit mengait pahala bekalan ke alam baqa'.

Pray, the best

9 comments

  1. Masih bernafas dan melata di bumi Allah ini... alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. hai sofieadie. auuuuchakkk! ana rasa mcm dah lama je menghilang tp ade je ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak ana!!! lamanya menyepi. ni confirm lepas ada pastu takde balik. macam chipsmore ! hahaha

      Delete
  3. Alhamdulillah, akak masih bernafas.. Semoga awak sentiasa dilindungi Allah..

    ReplyDelete

© SOFIE ADIE. Design by FCD.