Purpose of living

October 09, 2018

Salam sore buat semua teman-teman yang masih mengintai dibalik talian sambil mengisi minda yang sudah kering dek kerana hujan yang lebat.

Dah kenapa minda boleh kering walhal hujan sedang lebat dan cuaca sedang bergolak?
Sebabnya, dah sejuk-sejuk macam ni mesti benda paling nikmat adalah tidur! Jadinya, bila banyak sangat tidur boleh bikin otak jadi jammed dan ketandusan perkara baru. 

Life, purpose

Apa-apa pun rencana kalian dalam melunaskan misi 2018, semoga dipermudahkan urusannya. Eh, dah tinggal 2 bulan je nak 2019? Cepatnya! See, cepat kan? Baru hari tu raya, dah nak Deepavali. Apa cer? Masih banyak lagi misi yang belum digaris ni. Aiyo! Haaa....cepat-cepatlah langsaikan...

Jadinya hari ni, disebabkan kelas pun cancel, mood nak buat thesis tu takde, tapi mood blogging laju je merencana, aku pun up lah satu entry. Entry yang ringan sikit. Entri tentang hidup, surviving, zaman belia dan tenaga muda. Trust me, it's very light reading.

Ada kawan tanya,
'Weh, ko dah submit belum chapter 1?'

Aku dengan selamba jawab, 'Of courselah belum.'

Mengeluh.
Wish that I can be like Dr.Strange. Time tido pun boleh belajar. Tidak pun Split, personaliti yang rajin kena bangun. Biar aku yang malas ini tiduran saja. Ah, anganmu saja!

Gais, aku bukan tak nak buat, aku nak sangat buat. Tapi setiap kali nak buat tu, aku rasa macam nak drop je subjek tu. Huhuhu....tapi teringat kata mutiara dari Imam Syafi'e, buat aku rasa macam....yelah, yelah...aku kena hadap peritnya belajar. Azabnya kena kejar dengan date line dan semua benda yang sewaktu dengannya.

Really? What you doing for living?


1. BELAJAR

Satu perkara penting aku buat secara full time dalam hidup adalah BELAJAR. Aku masih lagi belajar. Dalam bidang pengurusan hartanah dan masih terkial-kial lagi untuk faham tentang apa itu hartanah. Lambakan sifu dalam bidang ni memang ramai. Hatta, semua orang pun boleh cerita pasal harta-tanah ni. Maklumlah sumber tanah itukan dari Tuhan. Jadinya dia adalah edisi terhad. Untuk atasi dari kehabisan stok tanah ini, kita sebagai manusia telah mencipta pelbagai alternatif agar semua manusia dapat merasai kemanisan hidup memiliki harta-tanah tadi. 

Tapi, bagaimana? Adakah bila semua pegang satu harta-tanah sudah puas dan merasa cukup dengan apa yang mereka ada? Satu sudah dapat, mahu dua. Dua sudah digenggam, masih punya ruang, ingin tiga pula. Tiga dapat, ada rebutan, terpaksa miliki yang empat. Dan seterusnya....

Habis, kalau orang yang satu pun tiada, bagaimana ceritanya pula?
Kita ditindas!
Kita hanya mampu jadi gelandangan di tanah sendiri. 
Cukup dengan apa yang ada, semuanya itu dunia. Dunia hujungnya binasa....

Garu kepala.

Untuk memahami perhubungan rapat antara manusia dan sifat memiliki itu bukanlah perkara gampang. Lagi-lagi bila ia melibatkan duit, assumption, possession, dan banyak lagi. Sebab dalam bidang ini, there is no true value. Sebab Tuhan tak pernah bagi harga tanah pada hambaNya. 

Sistem lama dulu pun guna konsep, 'siapa teroka dia punya'. 
Itulah yang aku sampai sekarang tak sudah mengkaji....

Life, research

2. Part-time worker

Bagi memahami dan mengadaptasikan teori dengan kehidupan sebenar, aku pilih untuk menjadi heroin drama Taiwan. Acah-acah habis kelas terus lari pergi kerja. Kerja biasa je pun. Saja nak tengok keletah dan gelagat manusia yang datang dari pelbagai ceruk. 

Katanya dengan kerja itu dapat bina networking tanpa sengaja. Alhamdulillah, dah masuk setahun lebih menstabilkan kehidupan dua sisi ni, aku dapat atasi sedikit masalah introversi yang terlampau. Walau kadang aku masih punya masalah takut pada keramaian. But it's okay....dia sudah surut. Ada masa saja dia naik gila.

Masa sem dua, aku ada belajar pasal Economics of Built Environment, dalam tu dia adalah cerita pasal pendapatan negara kasar, bersih dan sebab-sebab yang membuatkan income negara masih sukar untuk diteluskan. Antaranya adalah pelajar yang kerja separuh masa. Heheheheh

Patutlah ramai cakap dunia belajar paling best. Buatlah apa saja yang korang suka buat zaman belajar ni untuk explore pengalaman, dia masih lagi dibawah status pelajar. Bila status pelajar, dia ada speciality yang berbeza dari status pekerja. Adalah sikit....

Dunia belajar sambil kerja pulak dapat mengasah survival skills hidup di bandar. So, bestkan sambil kena hujan kita mandi sekali. (metafora yang menceritakan siapa je yang suka berjalan dalam hujan lebat)

3. Jual topup

Ha, yang ni aku nak ucap terima kasih pada dunia teknologi. Duduk saja pun boleh dapat duit. Goyang kaki pun, boleh buat duit. Yang penting ada akses. Memanglah aku sejak guna postpaid ni selalu argue dengan manusia yang masih guna prepaid. 

'Come on la guys, cukup ke data guna prepaid? Silap hari bulan, bayaran topup tu lagi mahal dari postpaid.'

Dan orang macam aku yang guna postpaid ini tadi, telah mengaut keuntungan pada mereka yang masih setia dengan prepaid. Kita serilah kan? Ke tak? 

Biasanya orang guna prepaid ni, sebab kawasan dia banyak wifi. Rumah wifi, kolej wifi, dalam bas wifi...Aku pulak jenis manusia yang suka pada kepunyaan sendiri. Tak gemar guna barang yang disediakan walau ia percuma. Sebab kalau difikir logik, 'nothing worth come free right?'

So, kalau siapa nak topup, silalah roger!

4- Zalora contributor

Hands up untuk loyal zalora contributor. Yang ini memang aku sayang giler nak lepaskan even artikel yang aku contribute tadaklah sebanyak karya sasterawan dunia. Tapi diorang ajar aku cara buat content yang lebih berkualiti dan worth reading. Dimana aku akui yang penulisan aku ni, terlalu banyak menenggelamkan manusia dari bumi. Hahahaha

5. Blogger

Kita, blogger, macam ni, buddies forever! (sambil buat gaya pact)

Blogger, life

Siapa nak biarkan blog dia bersawang kalau dah habiskan berjuta masa untuk pastikan blog dia hidup sampai kiamat weh? Rugi besarlah. Lagi-lagi kalau google dah tanam blog kita setaraf dengan dinosaur. Silap-silap dah boleh hasilkan minyak!

Jadi, bila kita buat something, buatlah sampai jadi minyak. 

Minyak masak, minyak petrol, minyak wangi....biar lama prosesnya, biar lambat hasilnya, yang penting ia akan menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Cuba cakap minyak apa yang mudah prosesnya? 

6. Hamba pada Khaliq

Yang ini kunci kepada nafas aku pada hari ni. Tidak hidup segala perkara di atas tadi tanpa tunduk pada Dia. Dia pencipta kita. Dia pereka segala seluruh mayapada. 

Terbang tunduk kata Fynn Jamal. 
Resam padi kata orang lama.

ibadah, dunia, manusia

###

Apa pun yang kalian pembaca budiman buat dalam hidup ini untuk teruskan kehidupan, biarlah bersama Tuhan. Semua itukan boleh menjadi ibadah dan saham di akhirat kelak. Kita tak tahu, amal mana, tulisan mana, tindakan mana dan apa yang akan menarik kita ke syurga atau menolak kita kita ke neraka. 

Kalau mahu disenaraikan pekerjaan yang kita bertanggungjawab untuk sempurnakan memang tidak tertulis dan dapat terasa bebannya. Sebagai anak, kawan, pelajar, kakak, adik, saudara muslim dan banyak! Khidmat pada masyarakat, negara, bangsa, agama.....mahu tidak hidup kita! Silap hari bulan gali kubur sendiri sebab dah tak tahan untuk tanggung bebannya hidup...

Makanya, biar kecil mana pun sesuatu kerja itu, buatlah dari lubuk hati yang terdalam....dihuni rindu yang menjalar...jarak terus memisahkan kita, tapi hati....

Eh, eh ternyanyi pulak.

Akhir kalam disebabkan kilat sudah sabung menyabung ni, hiduplah dengan sehidup hidupnya.

To the end, moga husnul khatimah.

8 comments

  1. Saya setuju sangat yang title 'pelajar' tu special sikit lagi-lagi dalam usaha menimba pengalaman ni. People tend to be more forgiving towards students.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? bila kita cakap, saya student...orang terus konsider sikit. huhuhu
      kan best kalau dapat pegang titel student sampai tua. hahahhaha

      Delete
  2. Yes, akak setuju sangat apa yang awak perkatakan Sofie.. Apapun yang kita buat, biarlah bersama dengan Allah dan yang paling penting, nawaitu kita tue, biarlah betul Insha Allah apa saja yang kita lakukan akan ada rasa manisnya yang tersendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak shikin sebab setuju. hehehe
      nawaitu. yup! nawaitu paling penting dalam setiap aspek.
      insyaAllah....amin amin!

      Delete
  3. hmm worth reading. benda yang polah kmk bepike terus what is the exact purpose of living. going to write my own pandangan bout this topic soon! hihihi. sejujurnya kmk pun macam terkial-kial jak dengan life tok. kadang bingung apa tujuan, apa mok achieve, apa nok mok di polah semua yalah. haih. apa-apa pun mesti teruskan perjuangan tok. tapi blog kmk timbul tenggelam sobs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you eeca!
      samalah kamek pun kadang bingung juak pekey. tok jak kah reason kamek hidup? huhuhu
      sikpa timbul tenggelam. pastikan sik terus tenggelam udah....

      sik sabar mok baca entri kitak pasal topic tok juak! do tag me k?
      moga kitak jumpa ur own purpose ^_^

      Delete
  4. fuh..hebat betul ni study lepas tu part time kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu takdelah sehebat saidina umar lagi...
      >_<

      Delete

© SOFIE ADIE. Design by FCD.