Terpaksa Dewasa…

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Sebuah perjalanan kehidupan yang memerlukan kita untuk menjadi dewasa sungguhlah tak seindah seperti dunia yang kita pernah khayalkan masa kecil dulu kala….

Tapi….haaa ada tapi dia. Tapi dunia yang dikurniakan ini lagi banyak pengajaran dan hikmah dia yang kita boleh belajar dan kenal erti hidup. Ceyh ceyh ceyh….ayat kemain kau menaip memalam buta macam ni ya…

Okaylah, aku pun dah main selam timbul selam timbul da dengan blog ni. Azam nak consistent, haram ke laut sahara! Tapi takpe, rezeki dari segi masa itu sentiasa ada bila jiwa kita benarkan untuk merapu meraban. hahahahaha

So, apa cerita menarik minggu ni?

Tak banyak. Cuma adalah satu dua cerita yang mungkin aku akan kongsikan untuk post-post akan datang. (InsyaAllah) Mengenai rumah, buku, drama realiti…Oh cakap pasal rumah, alhamdulillah aku dah jumpa kontraktor yang bersesuaian, insyaAllah minggu depan rumah tu dalam fasa pertama untuk menjadi sebuah rumah….#doakanyangterbaik

Yang seterusnya mengenai hidup ini, (ayat serupa lama sangat hidup..kalahkan perdana menteri!)

Aku tengah merencana suatu agenda. hahahahahaha (sila gelak versi villain) tapi tak tahulah sejahat mana agenda tu. Aku pun tak tahu kenapa aku perlu lakukan agenda tersebut. Curiosity kill the cat huh? Orang kata biar mati mencuba daripada mati menyesal….so….#doakanyangterbaik

Another life story?

Tadi ada satu family ni, dia suka sangat beli casing dan aksesori gadget dekat kiosk kitaorang…katanya kedai atas kerek. Wallahu’alam…Macam-macamlah dia beli. Kitaorang pun terhibur je layan karenah diorang. Maklumlah weekend macam ni opkos ramai family menziarah mall. So time ni lah kitaorang kejar sale kaw-kaw punya. Dan bila dengar diorang kata begitu, kitaorang belajar something…

Manusia suka bila kita layan dan mendengar celoteh mereka…

Sebab nak jadi ‘telinga’ di zaman ‘mulut’ ni bukanlah kerja idaman semua orang. You know what I mean…Dan sungguh kerja-kerja servis dan melayan orang ni memang dapat belajar baaaanyaaak perkara. Terima kasih Tuhan atas peluang sebegini. Buat kami lebih menghargai tentang hidup. Yeah, hidup..walau kadang jiwa selalu meronta kenapa tidak mati…Allah, syaitan kuat benar hasutannya…dah itu memang kerja mereka. Adoyai!!!

Jadi sebagai rakyat marhaen dan manusia yang hanya memenuhkan muka bumi serta statistik populasi ini, sukalah aku katakan….walau buruk mana pun kehidupan kita, just be nice to others…sebab kita tak tahu apa yang orang lain lalui. 

Begitulah dunia ini memaksa kita untuk dewasa dan aku terpaksa akur untuk dewasa…biar figura batman dan jokers penuh menghiasi kereta serupa kanak-kanak rebina, aku peduli apa….

Menjadi dewasa tak bermakna kita harus menyekat imaginasi kita. Imaginasi adalah kunci pengetahuan yang paling tinggi sebab dari situ kita akan membina mimpi untuk kita kecapi suatu hari nanti…

Jangan jadikan dunia dewasa penghalang kita untuk melintas ‘Bridge to Terabithia’….

Gerak lu, papehal roger!

Keep reading on

Hijab Wakanda

Assalamualaikum kepada semua warga maya yang masih setia menatap laman aku yang tidak lama lagi …

Kawan…

Kawan itu… Tidak dihitung pada waktu gembira, Tapi dibilang pada waktu berduka Kawan itu.. Satu …

Never There…

Do you think about me cause I don’t have any doubt you must in this …

The Healer: How I handle my dark phase

Semester baru nak start. Itu semua student dah maklum. Lagi-lagi bagi student UiTM. Seronok cuti nampak? …

The reason…

Kadang bau asap rokok itu nikmat. Kadang dengan hidu pun boleh buat rasa tekanan yang …

Akhirnya….tertunai hajat hati!

Salam sejahtera warga bumi sekalian!Amboi , ceria nampak?!Aih, mestilah dah hajat hati tertunai, sapelah tak …

Any thought?

0 thoughts on “Terpaksa Dewasa…”

  1. yeah…right. betul kata nina. tapi sungguhlah…menakutkan jugak bila difikirkan balik. nak tak nak terpaksa hadap. alah bisa tegal biasa. 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top